ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH...
pernahkah kita merasa susah sangat kita nak dapatkan kawan di sesuatu majlis atau di mana-mana tempat yang kita pergi? pernahkah kita bertanya dalam diri kita apa yang boleh menarik orang lain untuk menjadi kawan atau bersahabat dengan kita? ya...itu jugalah pertanyaan yang sedang berlegar-legar di otak saya sejak dua menjak ini.....
alkisahnya...di stadium...semasa sama-sama bertugas sebagai penjaga masa untuk MSSD. apa itu MSSD....Majlis Sukan sekolah Daerah.....di stadium Selayang baru. saya memang perasan saya susah untuk mendapat kawan.ala...bukan baru perasan, sejak dulu-dulu lagi..zaman sekolah rendah, sekolah menengah hatta universiti sekalipun...saya hanya ada beberapa orang kawan sahaja.
kembali ke kisah di stadium..setelah menghabiskan masa dari 7.30 pagi sehingga 2.30 petang dengan para petugas (pegawai kejohanan sukan yang lain) akhirnya saya berjalan solat seorang diri...pergi kelaur makan tengahari seorang diri....berjalan kaki ke pharmasi juga seorang diri dan balik ke stadium juga seorang diri.....tiba-tiba hati saya terasa sedih sekali melihat orang lain berjalan berdua dengan rakan samaada rakan se sekolah ataupun rakan yang baru dikenali di sini. namun..saya masih keseorangan..saya terfikir apa yang tak kena dengan diri saya. adakah saya kurang bercakap? rasanya dah bertegur sapa dan buat sedikit lawak jenaka agar suasana tidak terlalu kekok....mereka juga telah meminjam stop watch sekolah (yang sengaja saya bawa banyak kalau-kalau ada pegawai yang tidak membawanya) kepada mereka...namun, mereka juga meninggalkan saya keseorangan sahaja...bukan harini baru kenal..semalam sudahpun duduk sebaris (bertiga) dalam dewan mendengar taklimat MSSD ini...emm..saya tak faham kenapa saya jadi susah hendak diterima sebagai kawan.
saya juga ada ego..kalau mereka tidak mahu menemani saya..saya bukan tidak boleh berjalan seorang diri. saya bukan seorang yang begitu dhaif untuk merayu agar jangan ditinggalkan atau memohon agar menunggu atau mengajak saya untuk ke kedai makan for having lunch together.. saya tidak meminta dan tidak merayu sebaliknya menunggu a.k.a hendak menguji mereka. adakah mereka sudi mengajak saya bersama mereka..ya...seperti yang saya jangka..mereka meninggalkan saya keseorangan...selepas solat zohor, saya mengemas telekung sembahyang..bila dah siap, saya pusing ke belakang...sah mereka sudah pergi. padahal tidaklah lama sangat saya mengemas telekong. tadi mereka ada di belakang saya kerana saya didepan.
apa masalah saya sebenarnya....sayapun buntu. tengoklah 4 hari lagi ....hari Isnin hingga Khamis minggu depan, kami akan masih bertugas di stadium itu..mungkin saya boleh merapatkan diri saya dengan mereka atau sebaliknya.....
saya dapat merasakan ia adalah masalah diri saya. dari kecil saya memang susah untuk mendapatkan ramai kawan.
adakah muka saya nampak sombong?- rasanya tak.
adakah saya tidak cukup matang untuk berkawan dengan mereka? anak dah tiga.
adakah mereka geli sebab saya kuat batuk dan kadang-kadang batuk berkahak? heheheh 2minggunie saya tidak sihat.
adakah saya terlalu ego untuk meminta mereka menunggu saya untuk solat dan pergi makan bersama?-saya memang tidak mahu memaksa orang lain dan ia juga cara saya menguji adakah mereka nak berkawan dengan saya atau tidak.
adakah saya seorang yang terlalu sensitif ? orang biasa-biasa ajer, saya yang pikir lebih-lebih pula?-entahlaa..kalau rakan blogger semua berada dalam keadaan saya...tidakkah rakan semua berfikir seperti saya?
adakah saya seorang yang suka think negetive about others?-ada jugak kadang-kadang.
namun soalan -soalan itu tiada jawapannya...kerana saya masih keliru....
1 ulasan:
Arol juga selalu mengalami masalah nie! Arol memang susah nak dapat kawan di suatu tempat yang baru. Padahal, Arol dah cuba sebaik mungkin untuk menjadi peramah tapi... Sampai sekarang, Arol masih belum jumpa jalan penyelesaiannya. =.='
Post a Comment