Monday, September 7, 2015

BREAST PUMP BARU

Start seminggu lepas Anas lahir, saya mula gatal tangan meng servey breastpum baru.. hayaaaa..nak habis duit lagila tu. makanya hari demi hari, kebanyakan masa saya bersama Anas, saya juga habiskan masa dengan skodeng blog blog, review-review pasal breastpump yang ada di abad ini. heheheh. . untuk membuat stok, harus ada mood. untuk ada mood harus rasa gumbira, untuk ada rasa gumbira  harus ada  gadget baru.. dan haruslah yang new. akan ada sahaja alasan untuk membeli a new gadget. 

Alasan terkuat kali ini adalah  medela mini -e saya berbunyi terlalu kuat dan ia adalah single pump untuk di bawa ke sekolah nanti agak memalukan kerana bunyinya yang macam mesin jahit baju. macam mesin rumputpun ia juga. Malu dengan adik2  sekerja yang pamp nya langsung xbunyi . dan satu lagi alasan yang kuat adalah untuk menjimatkan masa bila double pump ni. hehehe

alhamdulilah, survey punya survey, dari kedai alam maya, hingga ke kedai yang bukan maya, makanya saya telah memilih http://e-mumshop.com  yang dekat dengan rumah saya. rata -rata kedai membuat jualan diskaun sempena merdeka. Bila dibandingkan, nak dekat-dekat sama aja harga diskaun yang diberikan antara penjual-penjual. saya memilih e-momshop kerana 

1. ia dekat dengan rumah, saya boleh ke sana untuk melihat sendiri dan bertanya serba sedikit akan perihal breastpump yang ingin dibeli.

reason ke 2 adalah kedai ini menawarkan diskaun  20 percent untuk service pump selepas tamatl warranty dari pengilang. haaaa..itu yang saya nak.. pengilangnya di Puchong, jauh juga tu. tak apala..lepas habis warranty, bleh service kat e-momshop aja. Aqilah pemiliknya . Rasanya nama penuh dia Aqihah Idris kot. banyak barang berkenaan maternity dan baby yang ada di kedainya. seronok tengok. tapi yang tak seronoknya duit lerrr... hehehehhe.
Saya telah menyunting Breast Pump ini dan satu Bra menyusu di kedai e-mumshop ini. 

sebenarnya saya dalam dilema untuk memilih antara lacte duet dan spectra M1. tapi setelah tambah, tolak, bahagi. campur kuasa dua, kuasa membeli, buasa batry, kuasa mudah  rosak, kekerapan service, maka hasilnya... tadaaaaa.....
LACTE DUET.


INI SET WAJIB YANG ADA DALAM KOTAK

 INI ADALAH MOTORNYA. BESAR JUGA. SAIZNYA, BOLEHLA MACAM SETENGAH DARIPADA BUKU LATIHAN MURID SEKOLAH RENDAH

 Corong warna putih  tajam tu adalah penutup pam tu, kalau nak simpan dlu sebelum di basuh , nk sambung pamp lagi kejap lagike... bolehla tutup dulu dari di masuki habuk.

Corong  ada 2 part, 1 part madam blah tu, yang tu keras. 
part ke dua adalah plastik shield tu, sangat lembut. jadi xpayah nak beli silicon tu lagi, bila oam, breast anda tidak akan sakit. 


 4 valve yang diberi percuma

 Ini adalah 2 lubang untuk di sambungkan tiub dengan pam. ada dua lubang, maksudnya ada dua motor ya. jadi suction pamp tidak akan slow kalau guna double . setengah pump ada 1 motor sahaja, jadi kalau nak guna double pump, kena guna tiub bentuk T atau Y, jadi suction akan jadi slow sikit sebab suction berkongsi dua. paham kan? hehehehehe


gambar nie tepek sini jugak,  salah satu hari daripada 21 hari yang setiap harinya ke klinik kesihatan selayang untuk ambil darah Anas . cek kuning. fuh....sangat memenatkan.


Alhamdulillah, Anas di tahniq  oleh seorang ustaz yang datang memberi tazkirah surau berdekatan dengan rumah kami....Alhamdulillah, seorang ahli hadis, moga Anas juga menjadi salah seorang ahli agama yang soleh suatu hari nanti..amiiinnnn.


WALAUPUN BEGITU..JIKA ANDA INGINKAN KETAHANAN DAN KECHOMELAN, RASANYA PUAN  PUAN-PUAN  BOLEH SERVEY JUGA MALLISH ILLARIA... SETANDING DAN SAMA GAGAH DENGAN LACTE DUET.

kenapa saya kata setanding???  ia serupa. ada 2 motor . cuba bagi saya malish illaria lebih hebat.. (huhuhuhuhhu)  IA BUATAN RUSSIA.. DENGARPUN DAH RASA HEBATKAN.. MANAKALA LACTE DUET HANYALAH DARI CHINA. BUNYIPUN TAK BESTKAN.. KALU BAHASA KELANTAN, BARANGAN CHINANI MACAM KODDI SIKIT.. HAHHAHAHAHHA.... HOPEFULLY NOT LA KAN, SEBAB SAYA DAH TERBELI. HUUHUHU..
MASA KAT KEDAI TU, MALLISH TAK ADA SALE.

penjual tu bagitahu saya, Rusia lagi bagus dari China dan China lagi bagus dari Taiwan. Breast Pump dari Taiwan rasa-rasanya penjual tu kata Antumz aritu....

ok ibu-ibu yang sedang mencari.... nak try sendiri pamp sebelum membeli, anda boleh kunjungi kerai Breast Pump yang menawakan "peneraian" secara percuma sebelum anda membelinya di pumponthego.

dari segi suction, saya lebih suka suction medela mini kerana:

medela punya suction ada yang lebih inggi dari lacte.
medela tiada butang ltekan dan lcd, ia berbentuk pulas yang senang dicontrol oleh tagan.


kekurangan lacte:
suction  nya yang paling tinggi adalah level 9 yang bagi saya masih lembut dan tidak menyedut sekuat medela.
ia telah diset automatik boleh on 30 minit sahaja, kalau kita nak lamalg, boleh tekan semula. (tiada masaalh, tapi bagi saya, ia juga satu kekurangan)
unutk 30 min itu, susu belum keluar sepenuhnya kerana suctionnya terlalu lembut. breast lambat kosong.


actually terpulng kepada pilihan ibu sendiri. kalau sebelum ini, ibu punya breast pump yang slow dan lembut, elokla ambil lacte ni, tapi sebab saya te;ah biasa dengan medela yang suctionnya kuat, bila dapat lacte, rasa slow dan lemah gemalai aja..hehehehe..

sebenarnya klau ibu ibu sukakan yang kuat, tapi bukan dari brand medela, spectra M1 adalah satu pilihan yang bijak juga. tapi ada kekurangan nya:
1. ia di built in dengan battery. mama ia perlu kerap di service kerana masalah suction yang slow. ini kerana, bila dah built in battery, kita akan terguna juga pamp tu sambil cas dan sambil guna, macam hp juga.. walaupun dah tahu, ia akanmenjadikan battery cepat kong, kita tetap terpaksa guna semasa cas, betul tak?

2. ia menjadi cepat panas kerana untuk guna elektrik sahaja, batry yang ada di dalam akan cepat panas, maka ia pun menyumbang kepada kekerapan service yang  perlu dilakukan.. 

ibu boleh cuba 3 jenis pam yang saya syorkan ini, dan boleh buat pilihan sendiri ya .

lacte duet
malish illaria (double)
spectra M1


dan saya... I vote for Malish ill aria kerana ia buatan Russia, dan sehebat lacte kerana ada 2 motor, heavy user. walaupun suctionnya xberapa lembut, says hanya perlukan lebih masa untuk  kosongkan cik B



sekian terima kasih

meh saya perkenalkan BP untuk ibu-ibu pi servey ya..tadaa.... 

 mallish illaria


spectra M1








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails