Sunday, July 10, 2016

PERJALANAN BALIK DARI KAMPUNG

Alhamduilllah, kami sekeluarga selamat sampai  ke teratak bersepah kami selepas 14 jam mengharungi perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan. Jem...jem..dan jem sepanjang jalan. Suami pula tidak putus-Putus meng waze kan jalan alternanatif untukmengelakkan diri terjeru,us ke dalam kancah jem..


ewahhh..ayat, tak menahan hehhe.

rumah bersepahh!!!!! meninggalkan rumah yang tidak sempat dikemaskan sebelum balik bercuti amat melelahkan. aduhaii.... nampaknya lepas balik sekolah besok, saya nak kena menahan mata dari terkatup nie.... baju bajann kotor dari kampung berlonggok , lantai dan karpet yang berhabuk.. cukup membuatkan saya alagkah nikmatnya orang yang ada bibik..

"bibikk.... tolong mop lantai ya, lepastu basuh lantai dapur, bersihkan bawah sink, cuci tandas y.a.. basuh dan jemur baju., sental tandas sekali ya.. mop lantai rumah sampai atas dan vacum sekali"......
ku cuba tutup mata mengimaginekan  situasi itu.. aduhai...... enak sekali. namun, itu tidak mungkin terjadi. saya masih belum boleh menerima kehadiran orang asing di rumah. tak selesa dan rimas. Kewangan juga  masalah no 2. emak kata bila dah ada bibik, jimatla duit transit umar, dan duit pengasuh anas beberapa ratus.. tapi ketidakpercayaan saya kepada bibik masih menebal dengan tempelan ingatan sedutankisah-kisah benar daripada rakan sejawat dan di dalam tv menbuatkan saya redha dan pasrah akan kebersepahan rumah dan keletihan ini.. ehehehhe

janganla budak UPSR baca coretan ini..kasihan depa.. fail grammer bahasa melayu nanti. huwahahaha.

okeyla ibu-ibu, esok udah sekolahhhhhhhh... mau nengok baju bajan yangnak di iron. misi lepastu, memburu... bukan lagi memburu lailatul qadar.. ( mcm xdapat juga tahunni lailatul qadarnya.. hurmmmm) tapi memburu si tikus MUKUS. sebelum balik kampung haritu, seekor MUKUS masuk dalam rumah, darpada lubang air dlm tandas yang tidak di tutup. xsempat saya nak hentak dia dengan lesung, dah sembunyi di sebalik almari. dan-dan petang tu dah nak bertolak..... ku tinggalkan mukus dalam rumah secara paksa rela....huhuhu..

mgantuknyaaa...


salah satu laluan alternatif kami ptg tadi adalah DABONG- tempat yang terkena banjir teruk di Kelantan penghujung tahun lepas.

saya kongsikan beberapa gambar. 

 jambatan yang terputus dilanda air banjir yang mengganas. kini sudah dibina jambatan sementara daripada besi untuk menghubungkan jalan yang terputus.

 separuh laluan jambatan yang masih ada.. ketinggian jambatan asal jika nak dibandingkan dengan jambatan sementara yang kami lalui.

  besi2 diikat ditepi kiri kanan jambatan untukguide para pemandu agar tidak terjatuh ke dalam sungai. alhamdulillah. sebelum ini sudah ada insiden di mana sebuah kereta terbabas dan terjun ke sungai kerana jambatannya memang muat2 sebijik kenderaan sahaja..

 antara tiang2 tiang jambatan lama yang runtuh.
 jalan/ laluan jambatan lama yang runtuh dan dihanyutkan arus ke tepi sungai.


untuk melalui jambatan ini, skami terpaksa menunggu 30-40 minit kerana mengikut giliran kenderaan dari arah seberang. terima kasih kepada penduduk yang bersusah payah menjadi guard lalulintas untuk kelancaran kami dan pemandu lain menyeberang... Allah.... sungguh mulia hati mereka berjemur di tengah panas semata-mata untuk mengawal laulintas ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails