Thursday, September 10, 2020

Penangan Jualan InaQalisya 9.9



Hahahah, penangan Jualan Pakaian Baju Kurung menepati syariah, tangan bercaff dan lebih labuh daripada `sabella kurung. Malam ini kedai ini menjual baju kurung tak perlu gosoknya yang berharga RM120 dan RM140 dengan harga RM99 sahaja sempena 9.9.2020. Siapa yang tak gila..... saya termasuk salah seorangnya... tapi walaupun tak sanggup membeli lagi, saya tetap menjadi penunggu setia mereka . Menonton setiap baju yang ditunjukkandengan mata terbuntang dan hato yang dup dap dup dap...berkenan...... lebih kepada berkenankan harganya yang menjuman ke paras RM99... bahaya oooooo.

Dan  Ratu InaQalisya ni, bagi saya adalah sicantik manis Mia. Seorang remaja berusia 19 tahun. Akan sambung Degree dalam bidang halal (makanan kot) di UITM bulan 10 ini. Ssangat polite, murah dengan senyuman dan tidak penat melayan segala pertanyaan customer walaupun 2 jam bersiaran tanpa henti.. teringin nak dijadikan menantu.kalaulah ada anak jantan yg dah dewasa dan kerja baguskannnnn. Iyelah prosuk kita kena bagus jika mengidamkananak orang yang lawa dan penuh sopan santun. Tak gitu.

Sanagt murahlah malam ini. Tapi disebabkan sayapun sudah membeli untuk diri sendri 6 pasang pada hujung bulan 8 yang lalu, termasuk 2 helai utk si anak dara .....makanya ...iman saya perlu kuat.

Maghrib tadi hampir saya terbeli sebenarnya. Tapi keyboard Pc tu tak boleh nak taip pula..Mungkin Allah memnag dah tak bagi saya membazorkan duit yang memang dah nak kering sebenarnya.. pakaian ni banayk-banyak memang seronok. Senang hati dan gumbira nak memakainya. Tapi bila dipandang baju suami yang sama aja setiap minggu..  haihhhh bersalahtu mengaum-ngaum datangnya.. oklah kita stop dlu untuk bulanini beli baju.

Kita skodeng FB inaQalisya ulan depan plk.... eh.... silap-silap.. skodeng tu wajib hari-hari, cuma membelinya bulan depan.. keh keh keh. 

Tapi di hati masih ada barangan yang masih terasa berguling-guling nak beli especially 9.9 ni.. tp setakat mlmni ajalah nk kena beli dan buat payment pun kan.. huhuhuhuhu.

1. Lighting untuk buat video. Lampu ring @ soft light box... masih pening
2. Gimbal ke apatah namanya . Monopod yg boleh bergerak . Swich to landscap dan biasa dengan cepat dan tidak bergegar tu. 
3. Microfon boya m1@ MM1. Ni dah lama diminati/ konon senang nak buat video  dengan suara yang jelas.
4. Housing untuk Ipad. Senang utk tukar ipad kepada housing yg xada keypad jika suami nak bawa pergi bisness jual rumah dia. Tak perlulah guna yg ada keyboard kalau nk buka file atau gambar depan pelanggan kan. Tapi masih lagi xbeli2.

Entahlah masa dah pkul 12. Agaknya sale pun dah habis...huhuhuhuhuh



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails