Thursday, October 28, 2010

.' CUTEST BABY CONTEST ' bersama Sinar Raudhah


Assalamualaikum semua

saya mencuba lagi nasib dengan contest 'Sinar Raudah' yang bertajuk....' CUTEST BABY CONTEST ' syarat2nya.. klik di sini yea- SINAR RAUDHAH

1 - Terbuka kepada semua blogger di Malaysia
-ya, saya berada di GOMBAK
2 - Buat satu entry bertajuk " CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah-sudah
3 - Letakkan banner di atas pada entry kita..-pun sudah
4 - Add blog Sinar Raudah di dalam bloglist wajib menjadi follower Sinar Raudah....sudah
5 - Upload sekeping gambar si manja , kalau dapat yang candid lagi bagus dan gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio.-ok, dah
6 - Sekiranya yang tiada anak dan ingin turut serta pun boleh, upload la gambar anak sedara ke, anak rakan sepejabat ke, anak jiran ke, janji haruslah minta kebenaran.-ini anak sendiri..hehehhehe.

7 - Boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger tapi make sure bukan gambar si manja yang same dan sekeping gambar untuk satu entry..

8 - Si manja hendaklah berusia 1 hari - 3 tahun

9 - Di bawah gambar tersebut hendaklah sertakan NAMA SI MANJA , UMUR
SI MANJA dan NAMA IBU SI MANJA..kalau -dah

10 - Pada entry tersebut jangan lupa mention sekali blog Sinar Raudah beserta link back sekali dan tinggalkan link kita kat ruangan komen.

SETELAH SEMUA SYARAT2 SUDAH SAYA LAKUKAN, INILAH GAMBAR YANG SAYA SERTAKAN...TADAAAAA

NAMA: ASMA' BT MD ZULKIFLI
UMUR: 1 TAHUN 5 BULAN
NAMA IBU: NORSHAFIDA BT GHAZALI





OK, ASMA'...GOOD LUCK YEA...

Wednesday, October 27, 2010

ALERGIC MAKANAN LAUT?

Assalamualaikum geng bloger sekalian.....

saya tahu walaupun tak ramai geng blogger yang msuk mengomen di sini.....saya tetap postingkan sesuatu pasal diri saya...hahhahaha...tahu kenapa..kerana saya suka menulis....tapi bukan penulisan yang heavy....kadang-kadang tidak ada info bergunapun...cuma cakap-cakap kosong sahaja...kadang-kadang malu juga kat geng bologger yang menulis khas untuk menyampaikan dakwah dan info tazkirah...huhuhuuhhuuh

jadi blog saya nie xtahula berstatuskan apa.....ilmiah...? emmm...kureng ada.....cacamerba aje.. mula-mula khas untuk melaporkan homeschool anak,tp sekarang dah lai plk jadinya.in the future kena fikir baliknie apa sebenarnya dengan blog saya nie...


status saya sekarang adalah= alergic dengan makanan laut....sebenarnya akak ada darah alergic dgn makanan laut. kalau orang kelantan cakap_bade....kalau orang KL sebut aper yer...alergic kot...lebih manis bunyinya...walhal perkara yang sama aja...
tahun nie dah 2 kali saya terkena alergic...awal tahun dulu sebab makan udang dalam mee udang...30 minit makan terus naik bintik2 gatal bawah kulit kat tapak kaki dan tapak tangan. 3 hari saya merana dek kegatalan...last2 saya dah tak tahan ,pi klinik minta ubat makan...tak tahan juga..pergi balik klinik tu minta di inject kan...

kesan inject tue tak berapa memberangsangkan..malah meninggalkan parut seumur hidup...daging tgn saya mengeras setengah tahun dan sekarang sudah tiada lagi, cuma meninggal kesan putih (macam kulit albino sebesar buah limau nipis kat lengan kerana inject kat lengan)-pi tanya balik, dr tu kata komplikasi inject ada jugak yang jadi gitu? emmm....betul ke? ;)

dan 2 hari lepas sekali lagi saya alergic....kali nie dengan sotong pulak..pelik juga, sepanjang bertahun2 nie makan sotong, tak gatal lagi..2 hari lepas gatal...gatal macam yang 1st jugak...xboleh nka buat kerja..masak pun xboleh..terus pergi klinki minta ubt mkn dan inject....tapi bukan kat klinik yangs saya tau! dah fobia....dan tempat cocoknya juga bukan di legan .hahhahahahhahah..... nasib baik dr pompuan...saya memang selalu pilih klinik pompuan...mahal skit tak kisah..janji kita bebas bertanya....dan ceritakan masalah2 sulit..hahhahahah

setelah mendapat injection ptg tadi...sekarang dahkurang gatal...cuma mengantuk sgt....dah tibai tido lepas magrib tadi...sekarang mata dah segar skit..

alhamdulillah.....tapi risau jugak kalau saya terpeknet...inject alergic tue xper ke?emmmm...peknent......? hhahahahah xcek pun...memang period selalu tak teratur sejak kelahiran anak ke 3 1tahun 5bln yg lepas....

Friday, October 22, 2010

CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL



ASSALAMUALAIKUM, JOM...JOIN CONTEST LAGI....KLIK KAT SINI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH KANJUT OK...

Saya mempertaruhkan gambar ini untuk tatapan juri

Nama diberi : ASMA' BT MD ZULKIFLI

Umur: 1 TAHUN 5BULAN

jom ramai-ramai kita menjoinkan anak-anak kita
Tarikh tutup : 01.11.2010 (tepat jam 12.00a.m)

ok, Asma'...good luck....!

Tuesday, October 19, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA 2

hari Ahad lepas saya ber window shoping di JJ Wangsa Maju bersama anak-anak dan suami. saja, jalan-jalan hujung minggu, habiskan minyak kereta..ekekkekekekek

saja servey harga barang (amboi, barang-barang sekarangnie makin mahal harganya...patutlaa kalau dikatakan gaji cikgu-cikgu sekarang nie kalau tinggal kat bando2 besau gini, di letakkan dalam kategori miskin bandar..tgklah harga barang-barangnya,setakat gaji 2+++ atau awalan 3+++ dengan anak tiga empat orang....memang kena betul-betul budgetlaa)

haru betul si asma'..mama bawa stroler nak letak awak kat dalam tue, dia pulak nak tolak stroler...badannya kecit, stroler jer bergerak, yang menolaknya...alahai., xnampak kepala pun.habis semua orang di langgarnya.., tak nak kita tolong pegang sekali pulak tue.

selepas penat berjalan-jalan, kami singgah di kedai buku MPH...teringat kat kedai buku kakchik ..entah bila nak bersua dengannya..hehehehhe...

anak-anak apa lagi...berpusing-pusing memilih buku. si abang Muaz jatuh hati dengan kisah-kisah haiwan Makkah di zaman Rasulullah. si kakak Faqihah pulak ambil buku mewarna yang ada hadiah pensel warna dua tiga batang...masing-masing harganya RM45 dan RM20...hai nampaknya mama hanya boleh pegang dan usap -usap kulit buku "aku terima nikahnya 2" karangan ustaz hamrizal..sudah lama berhajat untuk memilikinya...untuk bacaan peribadi...dengar komen dalam blog kawan-kawan kata best dan memberi semangat dan nasihat.

itulah ibu kan....selalu mengalah..hehehe xperla...mula-mula tu teringat ajer kat buku tu..sampai kat rumah, terpandang al-Quran kecil dengan terjemahan yang dihadiahkan oleh suami ketika mengandungkan asma' dulu...ahhh..semua buku semestinya memberi ilmu dan motivasi..tapi Al-Quran adalah sumber motivasi yang terulung...aku cuba baca dan hayati terjemahannya...buku motivasi aku terima nikahnya tu lain kali ajer....terubat segala rasa terkilan..insya ALlah saban subuh akan saya teruskan membaca al-Quran beserta terjemahannya itu) tq Abang atas hadiah yang cukup berharga....






Saturday, October 16, 2010

SALAHKAH CARAKU MENEGUR?

Assalamualaikum dan selamat bersantai bersama keluarga di petang minggu ini....

Harinie para guru sekolah menengah dan rendah seluruh negara (tapi rasanya seluruh Kuala Lumpur dan Selangor sahaja) telah dipaksa rela untukm menghadiri satu perjumpaan dengan ketua tertinggi dan kedua tertinggi negara iaitu Dato Najib dan Dato Muhyidin di Bukit Jalil pagi ini . walaupun ramai yang pergi secara terpaksa kerana diugut dengan prestasi dan segala bagai, namun saya enjoy juga. almaklumlah tak pernah pergi ke Bukit Jalil dan tak pernah melihat secara live pemimpin tertinggi kita itu.

heheh sepatutunya entry ini ditulis tajuk @saya pergi ke perjumpaan Guru satu Malaysia@ tapi...jap...jap....dengar dulu cerita saya......

nak ceritanya peristiwa ketika pulang dari Perjumpaan itu, dah dekat dengan rumah saya....saya hanya berjalan kaki di tengah panas yang terik..begitu panas sehingga kulit saya terasa [edih dan tegang yang amat...

di dalam kepanasan yang rasanya melebihi 38 celcius itu...saya sedar saya sedang membontoti 2 orang anak remaja perempuan yang baru menjangkau belasan tahun. dengan pakaiannya yang seksi baju bersinglet pendek dan seluar kekat separas betis.....menampakkan auratnya . Gaya jalannya...masya Allah, mengalahkan anak dara yang berumur duapuluhan.tumbesarannya amat pantas saya kira tak seperti kita dulu-dulu.

maka saya mempercepatkan langkah agar berada di hadapannya...sungguh cantik rupa paras gadis ini . dengan memakai sunglasses besar (yang sapelah dirembatnya...). saya cuba menegurnya....adik ni umur berapa saya mengbah tone deringan agar nampak lebih ramah. 11 tahun jawabnya ringkas. namun kepanasan suhu membakar hati saya mengubah gaya ramah menjadi lebih tegas namun masih berhikmah.

Saya kata begini "pakaian awakni tak sesuai dipakai untuk keluar rumah, awak belajar kat sekolah tak tentang aurat perempuan. baju singlet awak menampakkan aurat. awak bangga atau malu bila orang boleh lihat aurat kita?...(aku mula naik panas)tak apalah kalau mak tak tegus,cikgu nak tegur ye...."
awak dah datang haid? tanya saya...belum...ok, nanti kalau dah datana haid, awak dah cukup umur dan tak boleh dah pakai macam nie yea....tegur ku...dia menggangguk2.

saya pun terus masuk ke kedai..bila pandang belang aje, budak perempuan dua orang tu dah tak ada..kemana perginya? mungkin dah masuk kedai buku sebelah ataupun terus balik rumah? ah..biarlah .......

tapi saya tegur tue..rsanya sebab panas luaran dan lebih panas bila melihat remaja baru nak menginjak darjah 6, dah pandai pakai pakaian menjolok mata....mak dia tak tegur ke? pelik saya....

dalam hati tiba-tiba gugup juga....risau kalau-kalau mak dia datang marahkan saya..maklumlah parents sekarang tak boleh ditegur anak-anak mereka....

teringat mak saya menegur seorang remaja yang pakai menjolok mata di atas sebuah bas di kampung halaman..pantai timur....bukan insaf malah mengherdik mak saya..."makcik apa peduli..jaga kubur masing -masinglaaa....mak saya pun tak marah...."....begitu kurang hajar sekali bercakap dengan orang tua begitu....

Allahu Al'lam..teguran saya tue..
adakah membawa kemarahan kepada budak itu dan emaknya.... entahlah
biar Allah sajaha yang menilai...

Friday, October 15, 2010

Nak mengaji tapi tak pandai

Assalamualaikum pembuka bicara.....dan salam Jumaat yang Mulia

ramai kawan-kawan di luar sana yang nak sangat mengaji tetapi sayangnya tidak berapa pandai mengaji.....termasuklah saya..tajwid pun tak berapa kena, nak kata lancar kadang kala tergagap-gagap jua....

pada pendapat saya..di mana ada kehendak di situ ada jalan...bukankah kita sudah ada pelbagai kemudahan termasuk internet sekarang nie..ada internet bukan hanya untuk memudahkan segala urusan seharian, bukan juga hanya untuk mengisi masa lapang seperti berseronok, kita juga boleh mengggunakannya utk berlatih melancarkan bacaan kita...

caranya?...senang sahaja....
kita buka mana-mana website al-quran yang mempunyai bacaan dan tulisan al-quran,,,,kita boleh pilih nak baca surah apa dan ayat ke berapa...kama kita dengar dan sambil kita juga membaca bersama, dengan itu, kita boleh mengetahui di masa kesipalan bacaan dan kesilapan tajwid kita..

disamping itu, jika kita sudah penat membaca, kita boleh mendengar bacaan sambil kita memahami maksudnya..


antara web yang saya sering kali melakukan @tadarus@ adalah web ini: tanzil.info
di sini kita boleh pilih dengan imam mana yang kita nak tadarus bersama....saya suka imam Ash-Shateri..bacaannya sungguh mengharukan hati yang mendengar..bagaikan memanggil-manggil hati saya untuk membaca dan membaca dan membaca lagi....
sahabat cubalah sendiri...ia amat menyeronokkan. ia tak memerlukan downloading atau save ke PC..cukup online sahaja..
bukankah ada cara senang untuk kita lebih mendalami kitab suci Al-Quran kita itu...

semoga kita dapat menjadikan al-Quran bacaan harian kita di samping membaca akhbar2 dan ber FB serta ber blog di laman maya ini....

just sharing...
sharing is caring
caring is loving

Monday, October 11, 2010

"KONTEST CANDID CAMERA



lama dah saya tak bercontest......nie saja2 nak masuk, manelah tahu boleh menang...contest nie pun dapat info dari blog umisofie. tq umisofie.

nak tahu syarat-syaratnya...klik kat gambar ini....




dan gambar yang saya pertaruhkan adalah.....seperti di bawah ini...



namanya Asma' Bt Md Zulkifli. berumur 1 tahun 6 bulan. Namanya seringkas tuannya. payah nak tersenyum dan sgt tidak suka bergambar. juga tidak suka ber posing. sume gambar yang mama ambik, sume nya kena candid.
terkejut kena panggil sewaktu sedang asyik bermain dalam kereta..perjalanan nak pergi beraya...


ok...semoga Asma' ada rezeki memeangi contest ini

dan last sekali saya nak tag 2 orang iaitu

nik zuliana
nik murnihati

Jalan-Jalan Taman Metropolitan

Hari Ahad semalam, anak-anak asyik ajak abahnya pergi Taman Layang-layang... jam dah menunjukkan pukul 5.30.....

mamanya terasa nak makan potato kat KFC laa pulak, tapi KFC kat selayang nie xsedaplah...dah kena banyak kali, bila beli, ayam dia rasa lain macam, macam ayam lama. kentang lenyek dia pun bau semacam...bau kentang lama...memang tak menyelerakan...rasanya sebab KFC kat sini tak begitu laris jualannya,jadi barang2nya lamabt bertukar ke stok baru....haruslah rasanya tidak sesedap ayam ,kentang serta coslow yang segar...maaf ye KFC cawangan selayang.......

tapi kami sekeluarga keluar juga ke Taman Layang-layang tue, xmahu menghampakan anak-anak yang akan mula bersekolah lagi esok..kalau tak, esok mahunya di sebut-sebut lagi nak pergi ke Tamna Layang-layang tu. mama nya jugaklaaa yang akan rasa sedih dan tak sampai hati.... dan KFC?....yea, kami beli kat cawangan Sri GOmbak...tapi pn the way balik laa...alhamdulillah.....kotaknya dah dibuang....hehehehhe

last sekali utk n3 pepagi nie....(Muaz baruje ke sekolah dgn abahnya...mamanya terus buka tnet..heheheh)...kita layan beberapa pics semalam ok....


ok, nie gambar pemandangan tepi tasik


this is my famly...aik, name ayahnya kecit jer tuh....


hahhaha, boleh tak wat adagen cam gini.....wah....indahnya alam ini...jom pandang langit....

sume berebut nak naik buia..dari 6 buah buia, skrg tinggal 1 ini aje...mane taknya, yang dh tua bangka pun dtg begayut jgk. tapi pihak pengurusan tak baiki pulak yg rosak tue...


kakak faqihah merajuk xdpt naik buai ke?
kesian kakak...


dapat kat Asma', dah xnak turun dah....adik, ramai budak-budak lain tengah tunggu giliran tu..

ok...dah nak pukul 7, kita ambik last pic ok.... dah berpagar dah, alhamdulillah, lebih selamat dan tidaklah gayat sgt nak melihat ke bawah...sebelum nie, naik seriau bulu roma bila bawa anak2 melintas "gaung"ini...



Saturday, October 9, 2010

keputusan Puding trifle

Alhamdulillah......
puding trifle saya menjadi jugak....
tapi biasalah percubaan pertama...
ada sedikit kecacatan


antara kecacatannya adalah:

1. kastadnya tak cukup untuk menutup semua permukaan puding

2. jelinya tawar...(rasanya memang resei asal begitu, lain kali..kena derhaka lagi skit..nak taruk gula..orang kelantan xsah kalau xtaruk gula.....hehehehe)

3. nak cuba cari koktel yang halal.....(xtahulaa ade ke tak di pasaran)
4. kena cari loyang yang kecil sedikit agar keknya boleh disusun berlapis-lapis...lagi cantik rasanya dari selapis

5. jelinya menjadi cair jika berada di luar peti ais..pelik juga....tapi kalau azali kejadian jeli memang akan cair jika berada di luar peti ais, saya pun xtahu...

apa-apapun....dessert yang saya sediakan tidak hais dimakan...maybe mereka sudah terlalu kenyang SELEPAS menyantap nasi dan air sirap...(nak sedapkan hati..hahahahhaha)


nie baru acara atur kek dalam loyang


separuh puding yang berbaki....tengokpun dah tak berapa menyelerakan....hahahaha
tapi don't judge a book by its cover yer...bolehlaa tahan rasanya

ke Taman Metropolitan

hari ini kami sekeluarga menyertai perjumpaan adik beradik kat taman Metropolitan.. dengan acara pot luck.....(macammna eja nie...kurang pastilaaa)

makanya saya tidak tahu nak bawa apa....maybe semua orang dah bawa lauk pauk untuk makan tengahari.....

saya terfikir...kalau semua dah bawa lauk pauk...saya
bawa dessertjerlah..hahhahahahhahaha


google punya google...saya jatuh hati pada resepi Puding trifle..........3 hari duk cari buah-buahan campuran...tapi semuanya tiada logo halal malaysia yang meyakinkan....mahu tak mahu, saya terpaksa gunakan nata de coco

jeli juga saya gunakan halajel punya..jadi tak tahu berapa banyak nak kena masukkan.....apalagi... menderhakalah jawabnya...haip...tok guru..mintak mahap bebanyak....

makan bila dah derhaka pada resepi tok guru......nampak macam tidak menjadi.....kenapa jeli halalgel bau lembu....booooooooohhhhhhhhhhh....bohhhhhhhh.....
alamak...puding trifle ku berbau lembu...maka...bila dah derhaka 2 kali..terpaksalah menderhaka keseluruhannya....saya nampak ada sirap merah...terus campurkan sekali.....

bila sume dah dilakukan....letak dalam peti air sambil berdoa agar jeli itu mengeras dan menyelamatkan dessert yang hendak dipersembahkna pukul 1 nanti....tapi nampaknya makin berbau lembu dan jelinya xmahu mengeraslaa...ishhh...risau...risau.....

kalau xjadi...xboleh bawa lah....

abang..kalau xmenjadi....kita kena tukar menu lain nie.....kita ganti aiskrim HPA jer lah 2 kotak..........

em

sabar

tunggu 30 min lagi yer....
.................
apa keputusannya...nantikan n3 saya malam ini....

jeng...jeng..jeng...

Thursday, October 7, 2010

20 fakta tentang Israel yang belum kita ketahui

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

PS:sebar-sebarkan walau 1 ayat.......kredit to adik http://black-roses92.blogspot.com/

Monday, October 4, 2010

RUMAH TERBUKA LAGI

Assalamualaikum semua

Biasalah kat KL, kalau xhabis syawal, memang akan sentiasa ada rumah terbuka. hari sabtu dan ahad saya tutup dapur, penih rumah terbuka....



seronoknya snapping pic anak2 nie...

jom layan....


si Asma' dengan abangnya Muaz....susah asma' nk bagi pose mcm nie...
-dlm kereta-


pi rumah orang kawen......abahnya
-sebelum makan-


hantaran hari pengantin perempuan...
pengantin lelaki belum datang lagi.
pelamin tue direka khas oleh pengantin lelaki....seorang designer jugak...
simple but nice kan....


tadaaaa.....inilah dia pengantinnya dalam pakaian jawa
opsss.....mana gambar saya ye...hahhahah...teka sendiri ;)

bertemu lg dalam n3 akan datang

Saturday, October 2, 2010

Jalan-jalan malam hari


Assalamualaikum dan selamat berehat dihujung minggu

lewat petang semalam, sesudah kami mengambil anak-anak dari pusat jagaan....terus balik kerumah....sudah solat magrib......

"Jom keluar jalan-jalan dengan kereta".....kata abahnya....
"yahoooooooooooooooo......terus melompat sume anak-anak"..asma' pun terus ambil seliparnya...tahu pulak dia orang ajak bejalan....


kami bersiar-siar di ibu kota......pergi tgk lampu kat masjid negara dan masjid........
abahnya pergi solat isyak, kami yang perempuan tunggu dalam kereta

selepas itu mulalah men "snapping pics"

jom layannnnn.....











kemudian kami ke MAsjid negara.....aik..nape dh xbleh add pic neh.....em....lain kalilah plk ok...

bye2


Friday, October 1, 2010

Matahari dari jarak 5000 km





saya sekarang amat meminati bidang fotografi. oleh kerana amat meminatinya, Encik suami belikan kami Lumix T1 bula lepas. saya sedang try and error menggunakannya. tapi kenapa hati ini masih melihat2 DSLR? hhuuuhu


dan malam nie saya mencaari2 ilmu ttg fotografi...terjumpa article ini....



Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Wallahualam…..

Thursday, September 30, 2010

Hujan...Sakit kepala

petang tadi hujan turun teralamt lebat dengan guruh dan kilat sabung menyabung....


saya parking keretapun jauh jugak dari sekolah, sebab kawasan sekolah xboleh parking dah penih...dalam sekolah pula tgh buat bangunan baru
terpaksalah melanda hujan lebat utk sampai ke kereta.


suami dan anak-anak terus ajak pergi makan char kuey tiaw
....xsempat balik tukar baju.....pergilah sengan baju yang basah itu...


dalam kereta ...menggiggil kesejukan ...terpaksa utup econ....anak ponpuan menanges....panas katanya...bukak bali econ...


sekarang kepala masih lagi berdenyut-denyut dan rasa nak muntah......
adui....inilah akibatnya kalaukena ujan xcepat mandi.....
harap esok sakit kepala hilang dan xselsema teruk.....
kalau sakit, nak jaga anak pun susah....

Monday, September 27, 2010

HANDBAG KENA CURI


handbag makcik google-adalah iras2 beg saya....tapi kulit handbag saya menggerutu dan warna coklat gitu

ASSALAMUALAIKUM GENG BLOGGER SEKALIAN

Seperti tajuk yang serius di atas, dikhabarkan kepada ibu-ibu yang hendak menghantar anak ke nursery especially dengan kereta, tolong kunci kereta anda enjin dimatikan dan anak-anak tidak ditinggalkan berseorangan di dalam kereta. pastikan juga hand bag dan barang berharga seperti laptop disembunyikan dari pandanagn org yang berada diluar kereta, sorok bawah seat ke, tinding dengan bantal besau ke, atau jgn tingal letanjang gitu jer dalam kereta...
cerita saya....haaaaa
begini ceritanya ......

tengahari tadi semasa saya keluar menghantar anak-anak ke nursery, saya tidak menguncikan kereta dan terlupa untuk menyembunyikan handbag saya yang diletak di atas seat belakang.....bila saya toleh ke blakang ,seorang remaja lelaki sedang menjinjing handbag saya sambil berlari. berderau darah saya, saya panik. saya menjerit ,

"pencuri, pecuri!" sambail mengejarnya tindakan reflect betui..akupun xtahu macammana aku boleh kejar budak tu....tapi sah-sah bagai pelari pecut negara.tiba diselekoh hadapan, budaktu itu melompat di atas motor kawan dia and terus blah..

menggigil badan saya keteperanjatan dan kepenatan. nasib baiklah duit dalam handbag sedikit sahaja dan saya baru sahaja mengeluarkan kamera baru LUMIX PANASONIC suami sebelum datang ke sekolah tadi. Yang adapun hanya hanphone serta bedak compact saya sahaja....yai..yai...yai...lipstic syeshedo , celak,blusher, foundation tia amelia akupun ada sekali wooo...woooo...kak tia oii..aku xder duit nak beli bar!!!! ..waduh....

saya terus menghubugi suami minta block kan kad ATM dan bil celcom. setelah memenangkan diri lebih kurang 10 minit di Nurseri anak dan kembalikan tenaga yg hilang akibat kejar mengejar td, saya melangkah longlai menuju ke kereta dan terus ke sekolah.

on the way nak ke sekolah,terpikir plk, kat manalah malaun dua ekor tu campak beg aku. saya try pusing sayu kampung Sg. Tua Baharu tu, mana tahu kalau-kalau terjumpa handbag saya ka mana-mana. tapi hampa.terus ke sekolahlah....

tiba disekolah, riuh kengkawan mencari saya....saya berdebar, rupanya dua ekor mala"un tu dah campakkan handbag saya ke kampung sebelah, ada orang jumpa dan trus telefon ke sekolah kerana ada secebis sampul surat beralamat sekolah ada di dalammya..syukur..selamat duit dr beli handbag baru ...hahhahahahah

petang setelah selesaikan menjalankan tugas, saya dan suami pergi ke rumah orang yang jumpa handbag saya itu. makciktu kata dia rasa kenal dengan budak yang meragut itu....katanya dari kampung nakhoda tengah....umur 16 tahun, anak seorang bomba....tak pergi sekolahlah tue....memang itu kerjanya....allahu a'lam.....saya rasa memang betul..sebab mangkuk ayun yg melarikan handbag tengahari tadi bukan mat dadah atau orang tua...memang sah-sah remaja belasan taun, rangka badannya tetap menjadi igaun ngeriku! kurus dan xberapa tinggi, pakai bau coklat dan ber cap.

apa2pun syukurlah,saya dan anak-anak selamat. barang2 seperti ic, lesen memandu, kad ATM, kad sogo ;) masih ada. duit rm1 masih berbaki sebanyak rm4 ;) boleh beli aiskrimpun jadilahh...cuma ralat skit handphone NOKIA N70 ilang.....abang....kena beli barulah nampaknyakan....hubby terus tersenyum sumbing.

bila dapat tahu beg dah jumpa dan segala isi oerutnya yg penting masih ada...aku sujud syukur selelpas solat zohor kat surau sekolah....ya Allah...syukur semuanya selamat terutama anak2 dan dokumen2 penting tu..kalo tak..mahunya aku jadi org siam @ PATI seminggu dua.....tanpa ic sah


melayu serba boleh!!!!!!

TERIMA KASIH SAYANG

semalam, saya sekeluarga telah ke Sabak Bernam. saya nak mengurt bahu saya nie.... sejak lahirkan anak ke 3 sehingga sekarang, tangan kanan saya tidak boleh diangkat tinggi, tak bole nak menulis lebih dari 5 minit,

pada pendapatan saya aku suka jadi doktor sendiriini mungkin disebabkan saya selalu menyusukan anank saya mengiring di sebelah kanan...sakitnya Allah sahaja yag tahu...sengal hingga ke siku tau
perjalanan ke sana memakan masa 1 jam 30 min...rumahnya di dalam kawasan ladang kelapa sawit...bila sampai, terdengar pak aji itu menyapa "waras...waras"...oh,,org jawa rupanya...

sebenarnya malu2 dan tkut2 juga saya nk mengurut dgn lelaki, tapi bila mengingatkan nak berubat dan tiada cara lain sebab dgn tukang urut perempuanpun dah pergi..tapi tak menjadi..dan teringatkan kecemasan semasa di bilik bersalinpn lelaki jugakkan saya gagahkan jua...

nasib baik pak haji itu dapat membaca perasaan cemas dia minta keizinan dari suamiku dan urut bahuku di hadapan suamiku....yang melucukannya...xsempat nak masuk dalam rumah pun..kat beranda rumahnya aja.... saya buka 1 sahaja butang jubah, hanya tunjukkan kepala bahu..dia tak urut banyak, hanya layangkan minyak dan terus cekup urat yang sakit. katanya ada 3 urat yang telah lari dari kedudukan...dan terus dicungkilnya urat itu dan betulkan kedudukan...huss...sakit? xyah cakaplaaa...nak terkencing aku uratnya di atas kepala bahu, di lengan dan di bawah ketiak (lengan dan ketiak, dia xsentuh kulitpun...urt ats baju sahaja.... (dalam diam saya respek juga pak aji jawa tu....

alhamdulillah, kini bahu saya rasa ringan sedikit..nak tengok 2,3 hari lagi...baru akan hilang sakit kata pak aji tue.... seterusnya dia beulkan alingment leher saya..katanya leher kita mcm stereng kereta jugak..kena betulkan alingment....hhahaha lucu rasanya...xsampai 5 minit..semuanya selesai....


suami hulurkan sedikit saguhati..dan kami terus pulang....
sebelum pulang, kami bawa ank sedara pegi makan tengahari kat kedai makan... sempat laa snapp gambar depan kedai makan tue skit..org suka bergambarkannnn


mula-mula sampai kat sabak bernam...ini muzium sabak bernam. ada sebuah kereta lembu..apa lagi...ber tebahhh laaa anak2 saya kat atas tu....


anak sedara yg belajar kat kolej Komuniti...baik budi dan hormat orang tua..boleh dibuat calon menantu...insya Allah isteri dan menantu solehah...ada berani???!!! eheheheh


haa, mcm kt negara owang puteh plk..ada burung merpati segala...tak dapek p nogori owg putehpun..sabak bernam jadilaaaaa


Asma' sedang ralit tunjuk kat burung2 merpati yg sdg makan makanan yg di tabur oleh tuannya...dah ada gigi...2 batang bwh dan 4 btg atas...skrg dh suka menggigit orang...pedih oooooo


kepada suamiku...terima kasih abang kerana bersusah payah membawa saya berubat hingga ke SB..... maafkan jua segala kesalahan dan kedhoifan serta ke Kelampauan ku selama ini......
Saya terlalu mengikut perasaan... aik nape syahdu plk nih....heheheh adalaaaa.......biasalaaaa.....

Sunday, September 26, 2010

SAYANG TAPI BENCI

salam kawan blogger sekalian....

malam nie saya baru terjumpa blog adik bongsu saya yang sedang belajar kat satu universiti awam dipanati timur Malaysia.....

biasalah, kita sebagai kakak, menaruh harapan yang besar kepada adik yang sorang itu (adikberadik saya tidak ramai, 3 orang sahaja termasuk saya).

"heng, xpayahlaaa bercouple2 nie.....bahaya....ia tidak memberikan kita faedah, malah melaghakan kita, mengganggu pelajaran...apa tidaknya baru nk belajar..tut..tut....tut...tut...msg...terus sambar, sengeh sorang2 dan balas....2 minit...masuk lg msg...kita balas. 2 minit masuk lg msg....kita bls...bukan kah itu mengganggu namanya....?"

ala k.da, tak mengganggu lah, heng akan cuba yag terbaik...ia memberi suntikan semangat kepada heng untuk terus belajar..ia memberi heng arah tuju untuk berjaya....">(dalam hati...amboi, pandailah hang, xcukuplgke kata2 nasihat yang ummi berikan, doa yg ummi dan kakak-kakak pohonkan agar hang berjaya & sentiasa bersemangt).....

"yerlaa, tapi kena ingat, bercinta diantara lelaki & pompuan nie banyak dosa daripada pahalanya....hati kita sebagai pelajar memerlukan hati yang bersih dari noda dosa....baru senang paham dan mudah ingat serta berkat bila belajar....."
( ya Allah, bukalah pintu hati adikku ni

"color: rgb(51, 51, 255);">dengan sengeh2 kerang busuknya....nie aku geram nih..nak disekeh2 kepala budaknie


saya dah mati akal nak menasihatinya....hanya doa yang menderu di dalam hati,...agar Allah menjaganya dalam setiap perkara yang dia lakukan...

dan hari ini, saya dapat tahu dia telah clash dengan budak itu...budak pompuan tu yang minta putus...apa lagi, jadilah adik saya itu mamat jiwang sekarang....sedih pulak saya bila memikirkannya....banyak pula puisi yang dikarangnya..biasalah bila dah iwang...otak semakin merewang dan lebih kreatif utk mengarang puisi...sebenarnya itulah salah satu perkara yang paling saya takuti..cinta yang tidak sampai ke penghujung...akanmerana, budak tengah belajar, kalau dh tention, iman tak kebal....takut akan memakan diri, pelajaran terabai..aduhai.....rugi sekali....

">benci kerana ditinggalkan tetapi masih tidak dapat membuang perasaan sayang dan cinta kepada nya....

em...mcmmana nie...inilah padahnya bahana cinta....

adik oiii...cinta monyet jer tue..xpayahlaaaa nak serius sgt....



bagaimana pula jika kita mencintai seseorang, tapi dia kerap kali menyakitkan hati orang yang kita sayang....????
oh rumitnya hubungan ini.......

Monday, September 20, 2010

Jalan Malam Hari

hari ini rajin plk wat n3 .....
hari ini saya ambil cuti Rehat, bby Asma' demam panas + selsema dan naik ulser plk dalam mulut....apa lagi menanges jerla kerjanya....
yerla makan tak boleh, isap susu pun tak boleh. nak menelan air liurpun xboleh...kesudahannya meleleh sahaja 3 jenis air dari wajahnya....bukan 7 jenis air suci tu...nie adalah air mata, air hidung(hingus) dan air liur yang tak boleh ditelan...sian sungguh...maka sayapun mengambil cuti khas untuk menjaganya...
kalau dihantar ke nursery, bimbang asma' menangis...maklumlah nursery kan ramai..takut tak boleh nak memenuhi karenah dia yang tak sihat itu.
waktu malam pulak abahnya mengajak kami sekeluarga berjalan-jalan dengan kereta...pusing-pusing KL aje..nak bagi anak-anak menagntuk dan senang tido....asma' pun tertido dalam kereta juga..
bolehlah para ibu mengambil tips ini untuk cepatkan anak anda tidur..hehehehhehe
sambil pusing-pusing tu, snap gamabr 2,3 bijik...
last sekali kami berhenti kat padang merdeka Kl..ambil beberapa keping...saja suka-suka..nak praktis skill photografer yang xpernah berkembang ini.....

jom layan









dh tgh mlm daa..jom snap gmbar yg terakhir.....

ziarah rumah sahabat.....

saya sekeluarga telah dijemput untuk beraya dan makan tengahari di rumah seorang sahabat seperjuangan kat sekolah....Puan Asmiza namanya....

walaupun sudah sarat, orangnya memang rajin dan pandai memasak...kalau kat sekoalh sesi petang..dialah orang yang terkenal dalam masak memasak...especially hal kerabu mengkerabu nie

tq asmiza.....kerana menyediakan lauk pauk yang best2
(walaupun xsempat menjamah masi danagn-sebab xmasak2-ada masalah dgn pengukusnya)
antara lauk yang disediakan....rendang ayam, nasi impit, satey,kauh kacang,laksa penang, air oren, oren sunkis sbg pencuci mulut.....

layanannya amat peramah sekali, memang anak, mak dan bapak yg peramah....
semoga Allah permudahkan kelahiran bayinya

pls doakan Puan Asmiza kita...anaknya disahkan melintang...bulan depan due...semoga bbynya pusing balik ikut kedudukan yg betul dan xperlu di operate..aminnnnn Ya Allah...

ini dia tuan rumahnya


layanan mesra dari suami dan anaknya Amanda (seluar belang)




Saturday, July 31, 2010

Jangan Makan Panadol!!!!!

PANADOL MERBAHAYA



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.




Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1 : 1 atau 1 : 2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


Wednesday, July 21, 2010

Pentingnya air tangan ibu yang solat

saya pernah terbaca satu article tentang pentingnya ibu yang solat dan impaknya kepada makanan yang di masak olehnya......
tapi lupa pulak kat mana saya membacanya....jadi saya akan ceritakan sediki tentang kisah itu...

dahulu, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Pada suatu hari, dia telah bernazar akan meminum air kencing anjing hitam jika dikurniakan zuriat. selanag beberapa ketika, isterinya telah hamil. Maka lelaki itu terinagt semuala nazarnya. Dia tak sanggup untuk menelan air kencing anjing hitan seperti yang di nazarkannya. dalam syariat Nabi Musa ketika itu, semua nazar wajib dilakukan walaupun apa yang dinazarkan itu haram.Maka dia berjumpa dengan Nabi Musa

Nabi musa berkata, tidak usahlah kamu meminum air kencing anjing hitam itu, tapi aku akan menyuruhmu untuk meminum air yang lebih kotor dan dahsyat daripada itu...iaitu air hujan yang menitis di atas atap orang yang tidak solat.

bayangkanlah air yang menitis dari atap rumah orang yang tidak solatpun dikira lebih jijik dari air kencing anjing hitam....bagaimana pula dengan air dari tangan seorang yang tidak solat?...tentunya lebih jijik dan lebih kotor ....betul tak? bagaimana pula jika tangan itu yang menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak nya setiap hari? bukankah kekotoran dan kejijikan itu akan akan memberi kesan kepada makanan yang disediakan dan memberi kesan kepada ahli keluarga yang memakannya.....

begitulah kepentingan solat kepada seorang ibu dan air tangannya dalam menyediakanmakanan kepada ahli keluarganya.

Monday, July 19, 2010

hai..semua

Asslamualaikum..lama benar saya tak update blog ini....sudah lama kekeringan idea....

kalau ada yang merindui saya...ecehh....ader ker..la~la~la~.....jom kita ber chat kat face book plk.hehhhe

jom...jumpa kat facebook... Norshafida Ghazali.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails