Thursday, April 14, 2011


Manusia seperti itu memang memualkan
kalau melihat kelemahan orang lain, nampak semua kelemahan, tapi kalau diri sendiri sedikitpun tidak nampak salah.

mengata setiap masa bekerja adalah hutang, jika tidak buat secara sempurna, akan berhutang dan gaji yang dapattu adalah dikira haram..

bagaimana pula dengan dia yang tidak pernah datang waktu kerja hari sabtu dengan bermacam-macam sebab-sebab peribadi yang tidak munasah? disebabkan dia suka mengipas bos....sedaplah dia minta excuse xleh datang......bospun ikut ajer...nak buat macammana dah banyak termakan budi. itulah kelemahan perempuan jadik bos...hanya sedikit yang boleh tegas....bila dikipas...beri sedikit hadiah..terus lembik....tapi tak semua perempuan begitu. aku akuinya

hatiku sakit.....hatiku pedih....hatiku mengganas...namun apa yang boleh aku buat..melihat dan meluat.....

Saturday, April 9, 2011

TELUR PALSU DI MALAYSIA


Assalamualaikum kawan-kawan di alam maya...
apa khabar semua.
sudah tentu ramai yang sudah membaca desas desus tentang kemunculan telur palsu di pasaran kita hari ini. yang paling menakutkan ia membahayakan otak, dan sistem badan manusia.

sini dari BERNAMA :

Telur ayam pun tiruan?

GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

'Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama"


jom tengok kat sini:

cara-cara membuatnya. jom tengok....

Telur tiruan dari China !!!!





Kulit telur..( bahan - kalsium karbonat ) . Yang bertanda tick telur tiruan, yang sebelah telur asli:
















Tak ada penyakit cari penyakit..

jom tengok video nie pulak.


Apakah tanda-tanda telor anda palsu?...
antaranya ialah....
* tak berbau macam telor yg biasa ... (Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah
* tastelesss ... tak rasa macam telor sebenar....
* unusual shapes & larger than real eggs....
*Ia besar & bila dipecahkan tak adapusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur
*Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
*Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
*Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
*Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
*Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
*Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Unidentical twins: The fake egg (left) is different in shape and colour from the genuine egg
“The fake egg also had a rougher surface than the genuine one.

“When cracked, there was no sign of chalaza, the structure inside the egg that keeps the yolk in place.

“The fake egg white and yolk quickly mixed together, unlike that of real eggs,”
Amat perlu anda perhatikan ... posisi kuning telur-telur palsu ini akan sama semuanya.


* The fake egg yolk (left) is more yellowish dari telor sebenar....
* Telor palsu (fr.China & full with chemical) lebih murah dari telor sebenar...

p/s: tapi saya musykil kalau telur sejuk....yang tak jadi menentas atau telur lama ...ia pun akan menjadi cair dan bahagian kuning n putihnya akan bercampur.....bagaimana nak bezakan telur sejuk dengan telur palsi pula..risau betullaaaa....

Friday, April 8, 2011

Coklat iPhone..

COKLAT IPHONE

Selamat malam semua… iPhone merupakan smartphone yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang… Walaupon hanganya yang mahal, tetapi ramai orang sanggup membelinya kerana kualiti produk keluaran Apple sangatlah bermutu tinggi… Ini kerana syarikat Apple lebih mementingkan kualiti dan keupayaan setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat itu… Walaupon begitu masih ada lagi segelintir kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Apple Hater… Tak tahulah sebab mereka terkena dengan produk Apple cap ayam ataupon mereka memang tidak mengemari produk keluaran Apple yang mahal ini…

Tetapi bagi mereka yang ingin mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sesiapa pon, anda mungkin boleh mencuba iChocolates… iChocolates merupakan produk coklat berbentuk seperti iPhone dan boleh dimakan… Jom usha gambarnya…

Kotaknya yang menarik…

Aplikasi iPhone yang boleh dimakan…

Banyak coklat aplikasi yang boleh diletak…

Kalau agak-agak tak lawa boleh ubah ikot suke…

iPhone nie bakal menjadi iPhone yang paling sedap kerana boleh dimakan… Hahahaha…

p/s: Sumber asal Akuphobiajiwa kacau

Thursday, April 7, 2011

xbahaya ke?

Jepun mohon maaf


xbahaya ke kepada industri pengankapan ikan..waduh....waduh....Malaysia ada meng import ikan2 dari Jepun tak ye?



TOKYO - Kerajaan Jepun memohon maaf kepada masyarakat antarabangsa dan penduduk negara itu, semalam selepas terpaksa membuang 11,500 tan air dicemari radioaktif ke dalam Laut Pasifik, kelmarin.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, kerajaan menyedari kesan tindakan itu tetapi menegaskan ia perlu dilakukan bagi menghalang lebih banyak masalah dan pencemaran di kawasan loji Fukushima Daiichi.

Kerajaan turut mempertimbang mengenakan sekatan ke atas makanan laut keluaran negara itu selepas ikan yang dicemari radioaktif ditemui di kawasan perairan di selatan loji itu.

Proses mengalirkan air tercemar ke laut bermula kelmarin dan dijangka mengambil masa selama lima hari, menurut pegawai syarikat pengendali loji, Tokyo Electric Power (Tepco).

Selain itu, air yang mengandungi radioaktif lima juta kali ganda lebih tinggi daripada had yang dibenarkan dikesan di sekitar loji itu.

Lebih 60,000 tan air tercemar berada di dalam tangki simpanan loji Fukushima selepas pekerja menggunakan air laut bagi menyejukkan reaktor nuklear yang rosak akibat gempa.

Lautan Pasifik mempunyai jumlah air seperti 300 trilion kolam renang dan air tercemar yang disalurkan ke laut bersamaan dengan lima kolam renang.

Sementara itu, Tepco mula membayar wang ihsan kepada mangsa krisis nuklear yang terpaksa berpindah dari kawasan sekitar loji terbabit, semalam.

Gempa sekuat 9.0 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu menyebabkan hampir 28,000 orang terkorban dan hilang manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Wednesday, April 6, 2011

tolong bagi nasihat!!!!!!!!!!!!!!!!


Tak tahu nak kata apa.....korang tolong bagi aku nasihat...aku tak tahu aku salah ke betul....

mood sekarang tengah geram dengan transit anak kat satu sekolah tadika mereka. transit yang terlalu berkira atau aku yang keterlaluan berkira-kira????

Dulu masalah cuti. jika sekolah dia cuti, transit automatik cuti. sedangkan kita bekerja.mana nak letak anak. kalau dia tutup terpaksalah menumpang transit kat tempat lain dan of course kena bayar kat orang...maknanya bayaran transit anak bulan tu pun bertambah.......adakah aku terlalu berkira???????

Dulu, kalau sekolah anak-anak cuti..tapi aku hantar jugak anak-anak ke sek tersebut untuk transit, sebab aku kerja... walaupun tuannya muncung ajer dan dok ulang yang transit nak cuti juga.....aku pekakkan telinga.....sebab pikirkan kalau dalam setahun 4,5 kali dia cutikan transit, aku kena bayar lebih dari poket sendiri untuk transit anak .padahal kalau cuti sekolah atau tak hantar anak 2 minggu dalam sebulan, dia enggan potong bayaran. alasannya kalau semua transit orang bayar begitu...pengasuh hanya dapat 20sen sehari jerlaaa.....hati aku sebal...adakah aku seorang yang berkira??????????????????????


Dulu aku terpaksa Ot kan anak-anak bawah jagaannya. selalunya sampai 1.30 ajer..tapi 2 hari aku OTkan mereka sampai 5.00 ptg. dia caskan RM15 sehari satu kepala.2 kepala rm30 ringgit.. 2 hari maknanya dah rm60. aku sabarkan ajer, tapi dalam bulan tu jugak aku xhantar anak 2 minggu sebab cuti sekolah...tapi dia xnak pula potong bayaran walaupun sedikit...aku naik hangin...adakah aku seorang yang berkira?????????????

sekarang....encik suami pula dah naik hangin..minta aku carikan transit lain untuk anak-anak sebab dah tak lalu transit berkenaan...kata suami, pindahkan transit lain aje...bayar mahal abang tak kisah..asal dah tak bermasalah dan serabut otak.bayar mahal..kalau ambik lewatpun xkisah sebab dah berbaloi dan tuan transit tak mengungkit2....


aku dah mula naik gatal kepala.....................
apa perlu aku buat.

Sunday, April 3, 2011

Mana Cerita Merlin?????

Assalamualaikum, sume kawan-kawan...

penat saya menunggu cerita Merlin malam nie, tapi rupanya tidak adalaaaa.
maka saya layanlah cerita lama. walaupun lama, tapi belum pernah tengok.cerita awal tahun 2000 dulu kot. alamak..lupa pulak namanya tadi ermmmmmmmmmmmm...apa tajuknya...tiba-tiba lupa pula tajuknya.

kesiankan amy mastura tue...jahat si jeslina..pandai dia berlakon untuk merampas segala-galanya..kerja, adik emy ,rumah, malah boyfriend nya juga....tapi itulah lelaki, pantang kesunyiankan...kucing yang tak akan tolak bangkai...wahai lelaki di luar sana..lebih-lebih lagi yang bergelar suami.walau apapun godaan yang mendatang ingtkanlah ALLah dan wanita yang setia dibelakang anda.

masih nak mengingatkan tajuk filem tadi......hahhahaha.best jugaklah ceritanya..walaupun cerita asalnya ditiru dari ceritaorang putih...

makanya cerita MERLIN tu memang dah habis ke..? dah tak main dah yer? filem apa lah pulak yang akanmenggantikan cerita MERLIN tu kan.....

last2 memang lupa betul tajuknya lah...aduhai..matapun dah menantuk, ceritatu[un baru jer habis...nak tidor dulu..esok pagi kerja...doakan saya tak terbabas..nk iron bajulagi..huhuhuuh

wassalam

Kolam Mandi menyebabkan KANSER???



Assalamualikum, apa khabar semua rakan-rakan di luar sana ...semoga sihat walafiat dan ceria disamping keluarga tersayang.
saya nak kongsikan info yang baru saya baca sebentar tadi...yang membuatkan saya kebimbangan...bimbang untuk melepaskan anak-anak mandi di kolam renang awam lagi. di Malaysia, semua kolam renang airnya di rawat mengunakan klorin..klorin itu dicampurkan dengan air kolam untuk membersihkan air daripada bakteria-bakteria.

namun.....

pernah tak sesapa yang mandi kolam dan terkencing di dalamnya...???? hahahhahah sila angkat tangan..hahha, tentu sendirian tersenyum simpul..walaupun bukan kita, mungkinkah orang lain yang terkucil samakan...

perlu dikatahui, apabila air berklorin tesebut bercampur dengan air kencing atau najis (sisa organik) ia akan menghasilkan THM (trihalomethanes) iaitu bahan karnisogenik yang boleh menyebabkan kanser !!!!!!!!!!!!!!!!!

walaupun kandungan THM itu rendah, jika di sentuh atau terminum, dalam jangka masa yang panjang, kita akan terdedah kepada kanser

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat telahpun mengharamkan rawatan air minman menggunakan klorin. mereka lebih suka menggunakan osmosis terbalik (RO) atau utra violetNamun di kebanyakan negara membangun dan Malaysia juga, klorin masih digunakan kerana ia lebih murah.

artikel ini saya dapatkan dari sini. jika nak baca lebih lanjut bolehlah ke sini.

bacalah juga kesan BPA dalam botol plastik terhadap hormon lelaki
yang mana boleh menjadikan lelaki pondan dan mengurangkan jumlah sperma mereka dari 60 juta kepada hanya 20 juta sahaja. ai..lama-lama lelaki Malaysia boleh jadi wanita nie..bahaya betul .kepada parents yang masih tidak menukar botol susu bby silalah bertukar segera kepada botol yang bebas BPA.

ada botol BPA free yang plastik. avents, anakku, pureen dan banyak lagi...tapi botol-botol plastik ini kena tukar juga 6 bulan sekali

kalau mana-mana parents malas nak pikir nak tukar-tukar botol lagi bolehlah membuat pilihan utk membeli botol kaca atau botol stainless steel. harganya berbaloi kerana boleh pakai seumur hidup...dan boleh turunkan kepada adik-adik dia

boleh ke link ini:


sama-samalah kita berwaspada dengan benda-benda berbahaya di zaman modern ini.....

Saturday, March 26, 2011

KAsut ini dah MAHAL.


Assalamualaikum semua...


saya baru balik dari SOGO KL...sebenarnya ke sana sebab nak bertemu dengan kakak ipar yang sedang berkursus kat salah sebuah hotel di situ. maka alang-alang pergi SOGO..terus terjah bahagian kasut....ala..kasut yang saya minat tu...kasut apa....haaa..sila ke sini

tapi uwawawawwawawa.....sale dah habis...harganya sudah jadi RM219.....sale aritu turun menjadi rm 170. sedih betul..bila ada sale lagi kann.....xperla..saya pujuk hati....insyaALlah bila sale murah-murah meletop, saya akan ke sini lagi..hahahahah. lagipun kasut yang saya pakai hari-hari ke sekolah itupun tak jejas lagi ....masih cantik dan baru...

dont judge a book by its cover

Assalamualaikum...
dah lewat malam tapi saya masih lagi setia mengadap PC.hahahahhaha
tengah buat apa? ahahhaha
jom saksikan....


Friday, March 25, 2011

Bahaya Tepung Gandum yang bewarna PUTIH BERSIH kita!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum semua

sayan ingin kongsikan berita tergembar kepada semua kawan-kawan saya diluar sana...ini demi kebaikan kita sekeluarga dan rakyat malaysia terutamanya Ummat Islam secara keseluruhannya...


dari sumber yang saya baca...sebenarnya tepung gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin B yang diesktrak daripada si kaki pendek (babi)!!!!
betulkah begitu...?????

yang paling penting : kandungan di dalamya ada vitamin B yang diambil daripada babi..kerana vitamin B ini hanya terdapat daripada lemak rusa, pada pokok dan pada babi sahaja. untuk diekstrak daripada pokok dan rusa memakan belanja yang amat mahal dan susah hendak diperolehi (rusa) maka daripada sumber-sumber yang dipercayai, mereka memasukkan sedikit vitamin daripada babi.. kalau dah nama babi,sedikit atau banyak tetap haram...bagaimana ank-anak kita nie.....adui yay...

yang kedua: ada racun bahan kimia
BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna
putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan
mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan
dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.


benzoyl Peroxide adalah :

· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

sumber asal:

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/217


dan sila tengok video ini:


Thursday, March 24, 2011

assalamualaikum...

malam ini...suami ajak keluar sebab nak belikan anak-anak sebijik kasut seorang..katanya dah 1 minggu anak-anak merengek nakkan kasut untuk dibuat bersukan...sukan pasti... alahai...saya bertanya...bukanke kasut raya aritu baru beli ker sebijik seorang siap ada lampu kelip-kelip lagi...boleh dibilang dengan jari berapa kali ajer memakainya......

suami kata katutu dah pun tercabut tapak...abang dah buang .....
alahai dah dibuang pula...kasut yang hanya pakai sekali setahun..ada acara padang baru pakai....xpayahla dibunag lagi..kita boleh gam balik..cuma nak pakai hari ahad ini aja kat padang untuk perarakan...gamkan ajer...

tapi apa nak buat dah di buang sebelahnya..kata suami anak-anak tak nakkan ksut lama..kasut bar juga akan direngek-rengeknya nanti..emmmmmmmmmmmmm..budak-budak zaman sekarang...mengada-ngada betul....kalau di kata mama takada suit..ala mama pergila bank..dalam bankkan banyak..amboi....susahnya nmemahamkan anak-anak yang duit itu bukan senang nak dapat....

Tuesday, March 15, 2011

Minat kasut Ini

jadikOGGER_PHOTO_ID_5584242089572316882"
Assalamualaikum semua...
dan selamat bercuti...
ng nak pergi bk lupa semua anak-anak kami pergi ke TESCO...kaklong nak beli produk simplysiti....sebelumtu kami ke pasaraya Pantai Timur, bawa anak-anak sementaruruskan menunggu kaklong ke Tabung Haji menguruskan sesuatu....

dan di Pantai Timur, saya jumpa ini....
saya jatuh hati dengan kasut but ini...uwawawawawawwa
harganya rm208 tetapi katanya selepas diskaun dah jadik RM 170...
serius xleh nak tido teringatkan kasut but ini..

teringat perasaan semasa memakainya...wah...gumbira sekali...walaupun nampak tinggi tapaknya..sebenarnya ia flat sahaja...tapak didalam kasut flat dan tidak menyakitkan kaki dan betis..rasa sangat elok untuk saya yang selalu sakit urat betis kalau pakai kasut bertumit...

yang musykilnya sekarang...sesuaike saya nak pakai dengan baju kurung ke sekolah...
hahahhahahah...

xperla...simpan dulu nafsu nak kasut ini...gajipun belum dapat....
apa pendapat kawan-kawan...boleh ker saya pakai but ini dengan baju kurung...xnampak pelikke? kat sekolah, jubah diharamkan....

Monday, March 14, 2011

bercuti di rumah ummi

assalamualaikum...

Sapa yang rasa tak best balik bercuti ke rumah mak sendiri sila angkat tangan!.hahahahaha...saya tidak pernah boring bila balik bercuti di rumah ummi...tenang dan damai sekali..hheehhehe maklumla tamah tumpah darahkan.

Ni rangka percutian saya utk cuti sekolah seminggu nie..akan dihabiskan sepenuhnya di rumah ummi..sabtu nnti suami akan balik ambil..wah...seronoknya..hati saya gembira bukan kepalang...sudah terbayang menu-menu yang nak umi masak.wah....bahgianya hatiku....

Saturday, March 12, 2011

Berada di kampung

assalamualaikum,

Sekarang saya sudah berada di kampung...balik juga akhirnya selepas berbelahbahagi nak balik atau tidak sebab 2minggu lepas sudah balik...alhamdulillah,selamat sampai walaupun kepenatan dan jalan hujan renyai2 dari mula pperjalanan sehingga sampai ke destinasi. Kelantan sekarang mcm musim tengkujuh...hujan renyai2 sepanjang hari....ok.nnti saya hupdate berita2 terkini ok....berota!mcmla ramai nk baca belog sayanie.hheheheheh

Saturday, March 5, 2011

SMS dari seorang sahabat

Assalamualaikum semua...
semoga hari sabtu yang permai ini mendatangkan kebahagian buat semua....

dua tiga hari yang lalu, saya telah mendapat sms dari seorang sabahat baik saya .....dia bercerita tentang kehidupannya kini dan sedikit kegusaran lantaran masalah yang sedang melanda....biasalah..setiap manusia tidak terlepas dari rintangan dan dugaan dalam hidup...

dan saya cuba membuat hatinya senang dengan mengolah cebisan video ini untuk buat dia tersenyum buat seketika..semoga hidup dan kerjayanya kembali ceria dan berseri....




Friday, March 4, 2011

mengumpat atau Fitnah..itu sama sahaja

asslamualaikum....

orang kata kalau kita bercakap pasal orang lain walaupun benar itu dikira mengumpat...dan jika bercakap pasal orang lain yang tidak benar itu dinamakan fitnah...kedua-duanya adalah dosa besar yang membuatkan pelakunya rugi....

seorang wanita sudah sinonim dengan menumpat..heheheh, jangan marahkan saya yer wahai sahabat wanita di luar sana. mungkin bukan semua...tetapi saya nak menjuruskan kepada saya..saya sejak dua menjak ini, merasa susah sangat menjaga lidah dari mengumpat. maka saya telah meng google masalah saya ini...baik saya copy paste di sini, untuk ingtan saya dan renungan kawan-kawan juga.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Nauzibillaihi minzalik.....minta dijauhkan...saya bertekad tidak lagi mahu lagi terjerut dengan perangai ini walaupun sebagai kaedah bela diri.saya takut kalau-kalau pahala yang yang terlalu sedikit ini akan hangus terbakar dan saya terpaksa menerima dosa orang lain pula, sedangkan dosa sendiripun sudah berjuta-juta lemon.....saya insaf.....

Wednesday, March 2, 2011

Tak Semua Teksi Jahat.

Assalamualaikum semua.....

Tak semua driver Teksi jahat.....tapi itulah ....yang saya jumpa sebentar tadi......waduh...geram betulla....saya selalu terkena dengan driver yang tak berapa baik.

alkisahnya....paginie saya ada kursus balapan di PPD Gombak. suami yang hantarkan. Balik , saya kena cari cab.......rasa takut-takut nak naik cab membuatkan saya teragak-agak untuk naik cab...saya nak cari melayu, rasanya selamat sikit dari India....maka sayapun naiklah teksi yang satu nie..

tah ape-ape yang dia borakkan tah...pasal tak puas hati guru dihantar ke Sabahlaa....pasal Najib bagi hadiah sampai RM18 ribu kat Guru Besarlah...katanya bukan guru besar yang bertungkus lumus mengajar murid-murid tapi guru.....kenapa Kerajaan bagi hadiah kepada guru besar pulak????dia menanya asaya. saya banyak diam ajer...dalam dia bercakap-cakap tue, saya perasan dia guna jalan jauh dan suka-suki berenti nak isi gas kat petrol station...takke sakit hati..padahal meter berjalan...pastu siap tanya-tanya saya macam-macam...saya nak tegur, takut pulak nanti dia naik angin dan buat macam-macam pula...aisyeeee......

sampai di rumah...memang kena rm10...rasanya kalau betul-betul dia drive dengan jujur...rasanya tak sampai rm10...tapi alhamdulillah, saya sudahpun berada di rumah dengan selamat......alhamdulillah........ala kulli hal....

pernahkah anda mengalami keadaan seperti saya.

Tuesday, March 1, 2011

esok pi KURSUS

Assalamualaikum,

hari ini saya selsema dan batuk teruk..suarapun dah jadi garau semacam. tekak rasa macam ada duri durian...nak telan air liur sakit, dan gatal-gatal pedih...batuk kuat sampai terkencing-kencing.....

esok pula saya kena hadiri kursus balapan yang di anjurkan di PPD Gombak. waduh...batuk2 kuat begini, boleh masuk dewan taklimat atau kursuus ker...segan kalau-kalau batukku mengganggu jemaah yang hadir untuk berkursus..yang lebih tak enak jika batuk-batuk xhenti diselangi dengan nak muntah...boleh bikin malu kat saya nih...tapi bagaimana yer..kalau xpergi,nanti dikata bermasalah pula...

sedangkan saya baru sahaja bertukar ke sesi pagi......dengan masalah sebelumni....nama belumlagi dibersihkan..takkan nak mc pula ke kursus..mahunya nama saya lagi harus jadik harum semerbak bagai bunga taik ayam.....

nak tak nak , esok pagi, saya terpaksa pergi jugak. tawakal ajerlaa.. kawan-kawan semua, tolong doakan moga batuk saya reda esok dan boleh bertahan dalam kursus tu tanpa sebarang gangguan dari batuk-batuk ku....amin....

p/s... sapa2 ada apa2 cara untuk menghilangkan batuk secara traditional.saya dah tak percaya kepada ubatan yang dijual di farmasi mahupun di klinik..sume tu ada dadah n tak berkesan (lambat berkesan)

Monday, February 28, 2011

SESI PAGI

ASSALAMUALAIKUM ....

Mulai hari ini saya akan mengajar sesi pagi pula...Alhamdulillah......Allah memperkenankan doa saya. Sebab utama saya hendak bertukar ke sesi pagi adalah kerana anak saya yang dua orang itulah... abnag Muaz dan Faqihah...kasihankan Abang Muaz, dari tahun lepas terpaksa duduk kat PAsti dari pukul 8.00 pagi hingga ke 6.30 petang....

tahun ini , anak-anak saya yang berdua itu sudah pandai menyatakan protes mereka tidak mahu ke sekolah kerana mama ambil petang...

"sume kawan-kawan Muaz balik tengahari..mama dia mabil tengahari..Muaz dan Faqihah ajer balik sampai lewat petang....harinie Muaz tak nak pegi sekolah"

itulah perkataan yang setiap hari dia ucapkan kalau gerak dia nak pergi sekolah.....hati ini sayu pula bila mengenangkan anak-anak di PASTi sampai petang..tapi apakah daya..

insyaAllah, semoga dengan saya bertukar ke pagi ini, anak-anak lebih bersemangat nak ke sekolah, dan saya lebih bersemanagat nak menjalankan tugas, dan aktiviti rumah tanggapun saya boleh lakukan dengan lebih baik...insya Allah..amin...

SESI PAGI

ASSALAMUALAIKUM ....

Muali hari ini saya akan mengajar sesi pagi pula...Alhamdulillah......Allah memperkenankan doa saya. Sebab utama saya hendak bertukar ke sesi pagi adalah kerana anak saya yang dua orang itulah... abnag Muaz dan Faqihah...kasihankan Abang Muaz, dari tahun lepas terpaksa duduk kat PAsti dari pukul 8.00 pagi hingga ke 6.30 petang....

dan muali tahu ini , anak-anak saya yang berdua itu sudah pandai menyatakan protes mereka tidak mahu ke sekolah kerana mama ambil petang...
"sume kawan-kawan Muaz balik tengahari..mama dia mabil tengahari..Muaz dan Faqihah ajer balik sampai lewat petang....harinie Muaz tak nak pegi sekolah"

itulah perkataan yang setiap hari dia ucapkan kalau gerak dia nak pergi sekolah.....hati ini sayu pula bila mengenangkan anak-anak di PASTi sampai petang..tapi apakah daya..

insyaAllah, semoga dengan saya bertukar ke pagi ini, anak-anak lebih bersemangat nak ke sekolah, dan saya lebih bersemnanagt nak menjalankan tugas, dan aktiviti rumah tanggapun saya boleh lakukan l=dengan lebih baik...insya Allah..amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails