Thursday, March 22, 2012
Membentuk anak buluh
Monday, March 12, 2012
Lemak Meningkat di Sini
Rotavirus
* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak
Bagaimana Rotavirus Tersebar
* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.
Cara Mencegah Penyakit
* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan
terima kasih kepada blog iniye..akak copy.
Thursday, March 8, 2012
Buang lagi...
Banyak benda yang kita membazir di dunia ini...Orang di Somalia kekurangan makanan...tiada air....tiada harta dan duit juga....namun orang di Malaysia pula melimpah ruah segala-galanya....
Inipun dikira membazir juga...
Sudah expired di dalam peti ,Umar masih minum skit setiap hari.lebih kurang 3oz saja dari pagi sampai 2ptg..manalah nak di simpan kalau dah penuh 1peti...jom kita mandi susu ye harini..pokok bunga sayapun banyak dah yang jadi ank susuan...heehe
Ya Allah...bukalah selera Umar untuk minum susu dengan lebih bersemangat..semoga membesar dengan kuat dan sihat...aminnn...
Kadang-kadang saya panaskan dan berikan kepada kakaknya Asma' yang berumur 3tahun..heheheh.tapi kena bagi masa dia tidur atau mamai2 waktu malam. Kalau tak...dia akan muntah..katanya susu baby busuk..hehe
Menyesal
Setiap orang tentu pernah membuat satu atau dua atau berkali-kali tindakan bodoh dan merugikan diri sendiri di sepanjang hidupnya..namun...jika ia tidak menyakiti sesiapa,tiada dosa dicatit...jika ia membuat sesorang rasa sakit atau mengambil hak orang lain baru malaikat mencatat dosanya.
Walaupun tiada dosa..rasa bersalah dan malu pada diri tetap ada..itulah yang terjadi pada diriku hari ini.
Melatih budak yanng kurang talent amat sukar. Sudah tentulah..sebabtu saya dipanggil guru..kalau dah ada talent xperlu lagi dilqtih..bukqnkah beitu.maka saya harus brsabar dengan segala karenah mereka...cuba sedaya upaya untuk mengawal perangai mereka yang semakin naik lemak bila nampak saya berbuat baik dan boleh bertolak ansur dengan mereka..saya harus dengan sabar menegur kelakuan mereka yang semakin hilang hormat pada saya....
Allahu Akbar...Allah maha besar. Semoga perjuangan saya tidak disalah ertikan oleh rakan guru yang lain..walaupun sebenarnya saya dah mula tunjukkan rasa menyampah kepada perangai budak-budak itu..
Kenapa saya malu? Kerana bila saya menunjukkan rasa tak senang kepada perangai mereka..ada rakan guru yang kagum dengan persembahan mereka...dan tiba2 murid itu menangis di hadapan perhimpunan kerana tidak dapat menyanyikan satu lagu dari cerita tersebut...membuatkan rakan guru lain kasihankan dia. Sedangkan tadi saya ada memberi komen negetif pada murid terbabit..saya rasa bersalah dan malu..kerana sudah tentu rakan guru yang lain memgatakan yang saya salah membuat penilaian..Ya Allah...memang salah saya terlanjur memberi komen dan memberitahu mereka.sepatutnya saya diamkan sahaja. Saya malu dan malu...sekarang saya buntu dan semua kerja lain tergendala.kerana saya asyik memikirkan akan hal itu.
Tak sabar mahu hari ini berlalu dengan cepat dan perkara ini hilang dari kotak fikiran saya.
Monday, March 5, 2012
Perempuan bernafsu 99
Thursday, March 1, 2012
Pertandinga MTQ peringkat sekolah
Hari oertandingan kian dekat...saya ditugaskan untuk membuat teks dan melatih murid perempuan untuk bercerita..well...as always la kan...every year.muka saya aje kalau latih murid bercerita mtq. Tambahan saya memang minat benda krwatif mcm gubah lagu guna irama lqgu2 lamani...
Tadi baru dapat tqngkqp 3murid peremouqn.sorang darjah 6,2orang lagi darjah 5.so far...saya belum menilqi mereka secara terperinci utk dijadikan satu-satunya calon untuk membawa cerita tersebut.
Bestnya kalau dapat calon yang berpakaj lengkap,boleh bercerita,pandai membuat gaya,ada suara untuk menyanyi sekali.husss.
harap-harap saya boleh melatih mereka untuk membawa cerita siti khadijah dengan baik...risau juga...kalau dapat murid bagus tapi cerita yang saya karang hampeh...tak kemana jugakan..
Doakan untuk kejayaan murid-murid kami...yang lebih merisaukan lagi sekolah saya menjadi tuan rumah umtuk pertandingan Majlis Tilawah alQuran untuk tahun ini nanti.Guru Besar dah menyebut...malulah kita jika sorangpun peserta dari tuan rumah tudak ada yang berjaya ke peringkat kebangsaan...hussss...saya kena gigih nie...
Esok akn saya titipkan berita terbaru mengenai latihan bercerita kami.harapnya murid-murid itu dapat menghafal barang dua tiga perenggan untuk dilatih nada gaya dan tone deringan lagu esok hari.heheheheh.
Tuesday, February 28, 2012
MARAHKAN MURID
Hai...pagi-pagi lagi dah naik angin cikgu ni. Maklumlah dah namanya manusia...kadang-kadang ter hot juga bila ada yang nak naik kepala...apatah lagi jika sepatah kita berkata,10patah pula dijawabnya
kalau jawapan betul tidaklah mengapa..
ni...meraban yang entah apa-apa. Kelas 6u si jejaka bertapa,
gambar pertama adalah singgahsananya,gambar ke dua nama negerinya,masuk aja cikgu,mulutnya terus berkata-kata. Semua kata-katanya menidakkan pesanan dan nsihat guru..naik hangin guru dibuatnya.
Saya masuk memberi ala kadar cerita...si dia tetap dengan sikapnya yg dianggapny lawak aja...saya sound direct kepada dia,siap mencabarnya agar menunjukkan sekurang-kurangnya 3A bila result upsr tiba..kalau tak..saya akan buuu dia
melampau tak saya???..
Sebelum keluar rehat saya memanggilnya.
"awak tahu tak,perbuatan awak membuatkan cikgu terasa hati dan naik marah.kenapa awak selalu menyampuk kata-kata guru.kalau yang berkaitan xapalah juga..ini entah apa-apa yang saja nak buat cikgu marah. Awak tahu tak perbuatan awak dinamakan tidak menghormati guru..si dia tunduk membisu,sesekali mengangkat muka dan menganggukkan kepala.kesian pula melihatnya" syarahku berjela-jela
Saya minta maaf jika kata-kata saya buat hti awak terasa...ini adalah teguran.kalau saya tak tegur mungkin awak tak tahu perbutan awak salah. Dia senyum pahit...saya benar kan dia keluar rehat...
Sebelumtu saya keluar dlu ke tandas...
.melabur apa yang tersisa,
pi tandaspun naik hangin juga...enth harike berapala di cleaner ni x sental lantai...berminyak penuh habuk hitam.kalau semalam dh sental mana mungkin begitu kotornya@ mungkin si anak murid turut berkongsi rasa,melabur menyelinap ke tandas guru.
kalau diguna bersih di pam flash oklah juga..tapi melabur sedap flash terlupa..cikgu nak membuangpun tak selesa.inilah nasib guru sek rendah..dah nampun rendah,walau belajar tinggi.huk hik hik....
Maaf dipinta kesekian kali
Jika pembaca ada terasa hati
niat berseloka di pagi ini,
sambil cerita kisah terjadi
Monday, February 27, 2012
Musim Ujian Kali Pertama
Minggu ini bermula ujian kali pertama di SKSTB. biasalah murid-murid kebanyakannya tidak ambil pot sangat. maklumla ujian kali pertama. Buat kesalahan pun kalau pertama punya warning belum ada hukuman lagi.
Tambahan pula budak sekolah rendah.ye...dan saya sndri.tidaklah keterlaluan mengajar memandangkan mood nk mengajar lepas cuti 2bulan masih suam-suam kuku.opsss.....tapi tidak dapt disangkal guru yang bersungguh-sungguhpun ramai...jangan terasa hati guru yang commited ye..heheheeheh
harini kena ganti.kelas puan zuriana..tak datang..xtahu kena mybe pi wat chek up mengandung ataupun tak sihat...Allahualam..dan ini adalah kelas 6b...mulut..amboi...sepatah mulut cikgu..10patah menjawabnya...sangat biasa dgn guru tanpa rasa gerun lagi...ni nk kena tegur skitni...ha..nampak kat atastu berani2nya dia wat peace walaupun tgh jawab peksa..ishhh...ish...cikgunyeee punnn..membuat gangguan jgk..napelah di snnap dpn budak...xsenonoh betulkan...
banyak ragam ye..ada yg bawa towel..kes hingus meleleh leleh..skrgni musim selsema kan. yang bawa fabreez pu ada ke?..hahhh...itu fabrezz utk kelasla...isiansemula dgn air utk bersihkan white board.. ;)
Sunday, February 19, 2012
Patah Lagi Buat Kesekian Kalinya
Untuk kesekian kalinya....kaca mata saya patah lagi. begitu rapuh walaupun cina tu kata ini bingkai Titanium punya,boleh lentur.
manusia juga begitu. nyawa manusia juga terlalu rapuh .Jika sudah sampai ajal,orang yang kita amat sayang akan pergi jua walaupun selautan kasih kita kepadanya...Namun ada juga pepatah melayu dulu kala,pantang mati sebelum ajal....maksudnya walau sakit seterukmanapun jika masih belum sampai ajal...akan selamat jua.
3hari sudah saya menerima berita mendebarkan. satu satunya kakak saya dikatakan mengidap kanser payudara. gelap seketika dunia ini. kami sama-sama melahirkan baby pada bulan 12 yang lepas.kini anak kami berumur 2bulan lebih.tahun 2009 lepas kami juga sama-sama melahirkan bayi perempuan,cuma selang 2hari sahaja.
masih terbayang-bayang kami membesar bersama,kawan gaduh,kawan ke sekolah.dia 2tahun lebih tua dari saya. kanser itu hanya kata-kata dari perubatan kampung...kaklong dan ummi sendiri sangat takut untuk ke hospital.kata orang tua-tua kanser sangat2 tidak berkenan dengan ubat hospital yang panas. kaklong,ummi dan saya sendiri tidak dapat terima jika doktor mengesahkan ia adalah kanser.... walaupun ada di sudut hati saya eloklah ke hospital untuk memastikannya,saya tetap takut segala ketupusannya.
.doa saya pada setiap hembusan nafas saya ini... agar kaklong sentiasa sihat dan jangkaqn perubatan kampung itu salah tentang penyakit kaklong...amin...semoga kaklong tetap sihat walafiat kerana baby dan 2 orang anaknya yang masih kecil amat memerlukan kasihsayangnya....kaklong bukan kacamata saya yangg mudah patahhhhhhh...
malam semalam saya ke kedai kaca mata untuk menukar bingkai yang lain...kini saya memakai kaca mata lama dgn bingkai baru..tapi nyawa manusia tidak seperti bingkai yang boleh ditukar ganti kan..kan...amat takut akan kehilangan insan yang paling kita sayang....
Tuesday, February 7, 2012
Berjalan-jalan ke One Utama
Harini boring sungguh duk kat rumah. Maka saya cadangkan pergi ke kedai untuk berjalan-jalan....maka keluarlah kami sekeluarga dengan kancil kami...
semua jalan ditutup kerana taipusam. Maka sampailah kami ke one utama tanpa disangka-sangka. Oleh kerana tidak ada tujuan dan keperluan (sebenarnya banayk saya nak.beli,tapi buat dekkk aje.....pikir duit belum meriah..huhuhu)...kami berjalan-jalan sahajalah....
Biasalakan bebudak nie....kalau dah masuk shopping complexs bergalaklah macam mak ayah nya yang kurap ini seperti Donald Trump...muaz dengan kasut bolanya....faqihah dan asma, nakkan bear nya....last sekali Asma'mengamuk nakkan troli berbentuk kereta. Sungguh teruji sekali
Untukendamaikan hati anak-anak yang tak puas hati sebab tak dapat belu barang yang mereka nak...kami pwrgi mandi manda si kawasan jeram bukit lagong....
Sekian aktiviti hari ini...aktuviti esok belum di fikirkan lagi. Lusa saya dah start bekerja..risaunya....
Saturday, February 4, 2012
Rinduuuuuuu.....
kami merinduinya. Foto di atas adalahfoto kali terakhir yqng saya ambil dari luar jemdela rumah emak.selepas itu..ia diragut pergi
.. sudah 7 tahun bersama....kali terakhir kami melihatnya adalah pada 16/12 pada pukul 9.40 pagi...sedih kan bila yang disayangi menghilang dilarikan orang lain.
Tanpa Sebarang berita dan jejak....sehingga kini kami tetap merinduinya dan berharap agar dapat berjumpa lagi dengannya dalam keadaan sempurna.
Ia bersama kami ketika kami susah dan senang. Ia merakam sejarah ke empat anak2 kami...
Semoga Allah mengembalikan kamu ke sisi kami semula dalam keadaan sempurna. Wira SE wne 5242
Friday, February 3, 2012
Matanyaaa
matanya....
sekali tengok...waw comelnyaaaa
dua kali tengok ish...something wrongke?pakai contact lense ke? kalau tengok malam...eiii..meremang bulu roma...
apapun....kalau macamni mata kan...lawanya dia...
CUBA BUAT STOK SUSU
Hari rabu minggu depan saya akan mula bekerja semula...risau memikirkan baby umar yang akan ditinggalkan kepada pengasuh nanti. pelbagai persoalan dalam kepala saya mi.
bersediakah dia nak handle susu ibu yang akan saya bekalkan setiap hari nanti. mahukah dia bersusah susah untuk panaskan susu setiap kali mahu menyusukan umar? mahukah dia alert setiap jam untuk memastikan susu yang sudah dipanaskan hanya boleh diberikan kepada umar dalam masa 1jam sahaja? mahukah dia menggunakan warmer yang akan saya bekalkan nanti? adakah dia akn komen semua benda itu akan menyusahkan & menambahkan bebanan kerja dia nanti..nak masak untuk budak transit lagi,nak kemas rumah lagi...itu smua mbuatkan saya risau.
saya juga risau bila perasan yang perut umar tidak berkenan dengan susu beku yang dicairkan.sudah 2kali memberinya susu yang telah dibekukan..nampaknya 2x juga perutnya meragam dan sepanjang hari dia akan menangis dan tak senang duduk..adakah ini petanda saya perlu membekalkan susu fresh shj. Bagaimana jika suau perahan saya drop.auau tak cukup...haruskah saya bekalkan juga suau formula....bagaimana dengan azam saya mahu exclusively breastfeed umar paling kurg 6bln pertama????...
risau memang risau. nampak.ya saya kena mulakan sesi pp saya untuk make sure.susu saya bertambah banyak setiap sesi mengepam agar cukup untuk bekalan umar aetiap hari.kena kais pagi minum pagi,kais ptg minum petqnglah nampaknya..nqmun nak buat pp tu..adui yaiiiii...memerlukan semangat dan keerajinan yang tinggi. Semoga Allah menolong saya.
Muaz gerun ke Sekolah
Mengenai tajuk di atas.saya agak risau dan geram dengan karenah muaz sejak dia masuk darkah 1. setiap kali mahu ke sekolah kebangsaan,dia akn menunjukkan protes tidak mahu ke sekolah. Diantara alasan yang selalu dia sebut,dia tak suka cikgu Masyitah kerana cikgutu sangat garang.suka cubit bawah ketiak.
Saya kata kalau kita buat kerja rumah yang cikgu bagi,bawa buku ikut jadual yang sepatutnya,tidak bermain atau bercakap semasa cikgu mengajar,buat kerja dalam kelas dengan kemas,cikgu tidak akan marah atau denda kita.malah cikgu akan lebih sayang kita.
tp he refused to listen. Yesterday unfortunately he left b.m teks book at home. so he got the punishment twice from his teaCher. So today when i ask him to take bath...tanda kena pi sekolahlah tu...he starts to cry...
semalam dia tido lewat untuk siapkan 2mukasurat huruf g dan h. sian pula saya tgk. gigih dia siapkan walaupun mengantuk. Tapi masa nak pergi sek tadi dia nanges lg.saya pujuk dia.lama-lama dia pergi juga walaupun jam sudahpun menunjukkan 2.10..dah masuk kelas dahtu. harini hari Jumaat, masuk 2.10 ) cara jalanpun memang tak bersemangat. mengheret kaki macam askar kalah perang je saya tengok
Kalau iyapun..guru-guru darjah 1....janganla garang sanagat dengan murid darjah satu. Si emak penat dah memujuk ank untuk ke sekolah..anak nak pegi sekolahpun dah syukur sanagt rasanya....rasa nak bayar je rm 10 hingget.
Itulah masalah sesi persekolahan juga rasanya .pagi hingga11.00 diaorang pi sek agama. 1.10-6.30 plk diaorang ke sek keb plk.maklumla tengahari...panas...berpeluh...kelas pun crowded (sek saya&anak sayala tu) ,mengantuk lagi, sedikit sebanyak boleh melupuskan semangat mereka untuk ke sekolah.
Harap-harap Muaz cepat belajar dan matang.agar senang sikit nak handle dia....penatla dgn dia..ank sulung.manja lebih sikit dan susah nak berdikari.banyak karenah..nak handle adik-adiknya yang 3 orang ni lagi..silap haribulan memang kuar air mata maknya nie... haihhhhhh.....tolongla bagi pendapat apa yang perlu saya buat nie yea.
Untuk Bayi yang selsema,kahak,batuk
Step 1: panaskan air dlm rice cooker, Dr Nadir suh buh vicks sket but i chose not to (sebab baca kat Vicks Baby Balsam tu die state that 'not to be heat in water, do not vaporized bla bla and so on)....bile agak2 dah nampak wap steam tu... hadapkan muka anak mcm gambar di atas, make sure pegang anak kuat2...guna bantuan suami anda jika perlu...cos air di bawah tu panas ye....meronta sket takut terjatuh pulak or tangan tercapai ke air panas tu...Nauzubillah ...oh ya steam up to 15mins ye...ni adalah process nak mencairkan kahak ye....kalau in the process tu, normally anak akan terbatuk and kahak akan keluar, normally die tertelan...takpe cos akan kuar from poo poo, bukan masuk ke paru2 semula...so dun worry...
Step 2: Mari menepuk... masa jumpe Dr Nadir...wah bunyi tepukan die sgt kuat..tp suprisingly tak sakit cos bentuk tangan tu...cupping method.... kalau tangan flat kite tepuk memang lah sakit....ok tepuk side sini....process ni adalah utk pecahkan kahak bg spread ye...buat dlm masa 2 ke 3 min...nak lama sket pon boleh
Step 3: Mari menepuk sebelah sini pulak
Step 4: Mari menepuk bahagian depan pulak ye....oh tp i tak seberani Dr Nadir, so tepukan tak berapa kuat la ye....see my anak menangis mintak dilepaskan tu...bukan sakit tersiksa ke apa ye (saya tak dera anak hehehe)
BENTAN
Thursday, February 2, 2012
Setiap Hambanya menerima Ujian dariNya....
Kematian memang wajib berlaku ke atas setiap manusia.
Sudah 2hari saya demam.orang kata demam dalam pantang bahaya. Ptg semalam saya ke klinik.doktor kata saya bentan kerana saya cuba drive kereta kancil yang pedal gearnya agak keras dan sterengnya agak liat. Terus rasa tak sedap badan....dan maghribtu memang sakit segala sendi,urat saraf dan saki kepala yang amat.bila kawan saya call bagitahu berita tersebut,saya terasa dada sangat sempit,air mata mencurah keluar.bila melihat mata bby umar,saya terkenangkan baby Putera Zulkarnain yg telah pulang ke rahmatullah...terus sakit kepala datang lagi dan....demam lagi. Saya bayangkan kita yang dengar beritapun demam,apalagi emaknya yang terpaksa di operayte, susu mencurah keluar,tapi baby tiada...begitulah seberat mata memandang lagi berat bahu yang memikulnya...
tolong doakan kawan saya Wan Mahani Wan Abdullah ye kawan-kawan. semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan rahmat dan rezeki yang lebih baik...aminnnnn....
Wednesday, February 1, 2012
tugas ibu kepada anak darjah 1.
Malam ini,saya berkesempatan untuk membuat spot check ke atas beg-beg sekolah anak bujang saya .wah....memang banyak benda yang saya terlepas pandang.buku-buku teks nya belum ditulis nama. Belum dibalut dan ada pages yang koyak belum di salotape. Banyak kerja sebenarnya.
Dengan keadaan berpantang dan baru menjadi ibu kepada anak yng baru masuk sekolah rendah....banynk yang perlu saya lakukan. First time lah katakan....buku-buku latihan anak bujang banyak yang dhaif.... Dikoyak kat belakang...maka yang depanny pun nak ikut sama tettanggal. Bnyk yang saya perlu ajar dia... Buku berlipat-lipat macam nak buat nasi lemak
Kini saya sendiri sedar betapa ibu-ibu di rumah harus selalu meng spot chek dan banyak memberi nasihat kepada anak mereka. Dulu sayapun pelik serta naik angin bila melihat buku tulis murid-murid yang berlipat-lipat,bercampur-cpur dengan subjek yang berlainan.ini kerana murid tersebut tidak mendapat perhatian dan tunjukajar dari ibu mereka di rumah.seharusnya saya menasihati mereka untuk menggantikn ibu mereka yang kurang mempunyai masa untuk berbuat demikian...
insya Allah...begitulah manusia..bila dia tidak berada dalam sutuasi yang sama,susah untuk dia memahami.tapi jika sudah berada di sitiasi yang sama...dia akan sedar dan belajar untuk lebih bertolak ansur dan bersabar..
Tuesday, January 31, 2012
bolehke.....
hari ini sudah hari ke 52.seminggu lebih lagi untuk saya kembali bekerja.saya baru 7hari bekerja keras untuk melatik Umar minum botol. baru-baru ini kakak saya menghadiahkan saya sebiji btol jenama tupperware...memang bagus botolnya..tetapi umar liat sikit untuk menghisapnya.mungkin kerana putingnya agak panjang dan lubangg agak besar membuatkan umar nak muntah dan terjelik.(hahaha-..dlm bahasa melayu mybe tersedak ye....)
jadi saya servey dalam fb...nengok2page menyusu bayi.kebanyqkan ibu-ibu memilih puting jenama Mom utk bayi mereka yang liat untuk minum botol.saya tahu puting jenis itu mahal...tapi saya sudah tidak ada banyak masa untuk try and error lagi.kalau dulu saya melatih bayi saya guna botol seawal 2-3hari selepas dilahirkan.tapi umarni agak lewat kerana berpantang yang ini tidak kerap bertungku dan mengurt.jadi punya byak masa untuk ber direct feeding
semalam saya ke kedai My Baby world...dan selamt duit 61hinggit untuk beli 2puting dan 1btol 8auns brand mom utk umar.mula2 nak beli puting aje sbb cik somi dah belikn botol wide neck yang agak murah..bila ditanyakan ...pekedaitu kata xleh nak conferm boleh muat dgn btol jenama lain atau tidak,takut leaking..mahu xmahu saya rembatlg botol skali...memang agak mahalkan.try kat rumah rupanya bolwh jer putingtu masuk dgn botol wide neck biasa
Alhdulillah arini saya berjaya membotolkan umar dgn susu perahan. Syukur walaupun agak payah pada mulanya dia nk hisap..5minit lepastu terus ok.
saya berdoa agr umar tidak mengalami nipple confusion seperti komen ibu-ibu yang menggunakan putong brand mom kepada bby maaing-masing. bby mereka lebih prefer kpd puting itu slps menggunakannya.. dan saya tidak putus -putus berdoa agar Allah membanyakkn air susu saya sekurang2nya 6bulan untuk saya memberikan secara exclusive susu ibu kepada umar...amin....kalau boleh nk breastfeed jgk samapi umurnya 2 tahun.kalau nak maintan exclusive suau ibu sampai 2tahun saya rasa xdapat agaknya. Tabik springg kepada ibu-ibu yang exclusively pump susu utk bby yg dh xnak direct breastfeed..alangkah rumitnya nak bersengkang mata bgn pam ssu utk keperluan ank dlm 1hari...itulah pengorbanan ibu untuk anaknya.
















