Monday, April 29, 2013

SUSU DEBU

Setahu saya dari kecil hingga besar memang saya hantu susu... (jangan gelak dulu) bukan susu dada tau...susu debu...

Semasa kecil ummi akannbuatkan saya segelas besar susu fernleaf setiap hari dan disejukkan di dalam peti. Sebaik sahaja pulang daei sekolah, itulah yang akan saya terkam dahulu..sungguh lazat.

Bila time mengandung..saya juga minum susu debu..kalau duit ada byk saya beli anmum untuk ibu mengandung. Kalau dah semput, saya beli nespray sahaja.. kalau dah nazak sangat saya beli duthlady... hahahahahah...duthlady murah sesikit dan susunya kurang ber krim..

Harini saya biat susu neapray dicampur milo ..milo ais ....bila nak minum..haihhh....rasa lain macam bau nya... mual dan busuk...agaknya bertambahnyabusia ke siri ke 3ni membuatkan deeia bau dan ras saya sudah tidak ngam dengan susu debu ni..

"Mama, tak pernah Muaz minum air milo yang paling sedap tapi rasa nak termuntah ini"....ngomel anak sulungku... hahahhaah...dalam hati bukan kau saja nak...mama pun rasa nak muntah..bau nya cukup mual..yekkkkkk.... tapi habis juga segelas untuk saya.. cepat2 saya pi bilas demgan air masak kosong..huhuhuhu....

Minggu lepas saya buat cek kesihatan di sekolah...selepas makan 1jam saya cek darah... amboi..tinggi betul gula saya.. 8.0.. darah rendah tetapi asid urik tinggi. 6.2....

memang ada keturunan kencing manis dan penyqkit gout pun...risau juga.. nampaknya dah masuk ketiga siries ni, memang kena pantang makan..bukqn pantang jumpa nak makan tau...entahla boleh tahan atau tidak.

Semoga hari tua kita membawa seribu kebahagian buat kita..bukan seribu penyakit... nauzubillah...

Tuesday, April 16, 2013

ALAHAI FAQIHAH

Alahai kakak Faqihah dah pandai ber sms dengan abahnya...

Terharu bila saya baca sma dia kt abah...

Terasa diri saya yang kurang membelai dan  menghabiskan masa bersamanya

Semiga kakak Faqihah membesar  menjadi anak gadis yang cantik..gigi yang sihat..menjaga kehormatan dan aurat. solehah dan berjaya dunia akhirat...amin ya Allah

Di bawah adalah print skrin sms kepada abahnya....

URUT BADAN YANG MURAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....kehidupan saya anak beranak bulan ini biasa biasa sahaja... anak anak sihat walafiat.. cuma saya selsema agak teruk dan sakit urat. Hari Ahad saya pergi mengurut . Dengan seorang bidan thailand...kalau nak diberi markah..saya bagi 80/100

Kenapa 80/100? Sebab makciktu perlahan sedikit urutannya. Tak kuat sangat. Kalau orang yang belum pernah mengurut dengan mana-mana tukang urut.... memang sangat berpuas hati. Bagi saya yang uratnya sakot tahap kronikni memang memerlukn urutan yang kuat.

Sapa yang nak mengurut di kawasan pinggiran batu caves dan mahukan bayaran mampu milik adalah sangat di sarankan. Hamya rm30-35 sahaja. Kalau pakej bersalin pula rm 150 untuk 3 hari. Maknanya rm50 sehari. Antara perkhidmatan yang di tawarkan untuk pakej itu adalah; mengurut....bertungku...mandi air rebusan...barut perut dan mandikan baby. Sangat murah.

Makcik Thailand tu boleh dihubungi di

0146080904-maklong.
Mungkin bicaranya sedikit pelik kerana dia orang Thailand. Tetapi jika anda biasa mendengar loghat kelantan..begitulah gayanya.

Kalau para suami nak menurut..bleh menurut dengan suaminya..paklong..seorang tukang urut lelaki.. harga perkhidmatan tidak saya tanyakan...sama kot...

Jangan risau tentang minyak yang digunakan. Ada setengah orang takut untuk berurut.. bimbang akan kaedah yang digunakan .  Atau minyak yang digunakan.... insya Allah maklong ini seorang yang warak. Hamya ayat al Quran di gunakan khususnya doa setelah selesai sesi memgurut. Minyaknya juga tidak busuk..

Tersenyum mengenangkan wanginya minyak maklong sehingga saya tanyakan dinmana dia dapatkan minyak tersebut... katanya ia boleh digunakan utk tubuh dan rambut.. ada gambar matahari pada botolnya. Minyak iktu khas maklong gunakan untuk urutan di bahagian muka dan last touch seluruh badan.

Sememangnya ala-ala spa tau......

Untuk markah 90% saya pernah mengurut dengan seorang bidan di rawang.. sangat bagus.....dia kuat bertenaga...namapun pencen askar. Walaupun kuat..tapi tak sakit.. orang sakot urat kronik macam saya...memang sesuaiiiii sesngat... mungkin harganya untuk kita yang biasa2ni...sedikit tinggi.... rm80 kerumahnya.. kalau dia datang ke rumah kita rm 150...kalau pakej bersalin..rm300 sehari termasuk mandi air rebusan (serai wangi dan segala rempah ratusnya ) bertungku...mengurut....barut oerut dan baby mandi sekali. Sapa nak no boleh minta dengan saya...

Mahal?? Memang.... tetapi servisnya sangat tip top....kalau ada duit lebih apa salahnya....kalau tak mampu..boleh cuba maklong..pun best juga... tp sedikit lembut ;)

Tuesday, April 9, 2013

LOGO HALAL

Assalamualaikum....
Semalam anak mendapat jajan dari guru kelasnya. jajan dalam hamper . Suka betul budak budak bila di beri hadiah oleh gurunya..sekilas pandang gsmbar depan jajan seiras gambar tiger coco crunch tu.

Maka sebelum saya membuka jajan saya skodeng logo halal  di plastik depannya. Alahai.... tiada logo halal la pula.. sah-dah dari syarikat cina. Dan bulatan untuk logo halal ada tapi di dalamnya di lukis bunga raya laaaaa.....mana pergi logo halal?

Saya memujuk Asma' untuk buang jajan ituw.. mju r memang anak-anak dah terbiasa  dengan memerhatikan dahulu logo halal sebelum membeli makanan di pasaraya. Alhamdulillah...dia dengar kata. Kalau tak haru juga mahu memujuk untuk digantikan jajan lain.

Cerita pasal hadiahni....Alhamdulillah...semalam abang Muaz imtihan ( peperiksaan bacaan alQuran juzuk 39) lulus juga akhirnya walaupun hanya dapat Maqbul. Bolehla. Kasihan saya dengan abang Muaz.. ketinggalan jauh dari adiknya Faqihah... risau kalau-kalau abang rendah diri. Terima kasih kepada Pak Long ( mudir/gur u besar) kerana menaikkan semangat abg Muaz dengan memberi hadiah duit.

Sukahati betul Abg Muaz balik rumah semalam. Tidak sabar dia menunjukkan sampul surat yang dia buat sendiri untuk membungkus duit hadiah Pak Long itue. Alhamdulillah. Kalau lah saya berpeluang untuk berjumpa dengan Pak Long, saya ingin saya ucapkan terima kasih kerana memembuatkan anak saya rasa dihargai dan rasa lebih bersemangat  untuk meneruskan pengajiannya kepada juzuk 29.

P/s: semalam saya bermimpi dapat bercuti di sebuah challet. Yang lebih menyeronokkan lagi..udang galah besar-besar datang merangkak menyerah diri untuk dibakar..wah...manisnya bila ia dipanggang dan di ratah..waaaa

Dan mimpi itu membuatkan saya keras mata. Mula berfikir tentang kesihatan diri. Sejak akhir akhir ini, saya tak sihat;selsema, sehingga sakit  semua gusi gigi dan urat. Trasa bahagian  pinggang dan rahim berdenyut, panas dan membengkak. Ya Allah...berilah aku kesihatan yang baik dan jauhilah aku dan keluargaku dari segala penyakit.

Mengenangkan susur galur keluarga yang ada sejarah ketumbuhan rahim dan otak... (nauzubillah) terfikir adakah kesakitan ini permulaannya..saya pejam mata dan berdoa agar semua itu dihindarkan dari saya dan keluarga. Saya masih ingin menambah zuriat. Adakah saya perlu cuba sekarang memandangkan makin lama risiko mkin banyak. Kalau lah saya terlambat dan ditakdirkan saya diuji dengan penyakit seperti nenek dan emak saya dulu... mungkin tiada peluang untuk saya mendapat cahaya mata lagi.

Ish......merepek betul saya ni kan....tapi saya dah mula memikirkan tentang having another baby....alahai...Umar baru 1 tahun 4bulan....pray for the best to Allah

Antar logo halal yg dipercayaidan  digunakan hibgga akhir2 akhir ini

Wednesday, March 20, 2013

SUKAN PASTI 2013

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Bersiaran pada pkul 3.19 am. Kakak Fqihah deman panas. Entah mengapa. Mungkin tongsilnya bengkak. Sudah 2 hari kakak faqihah batuk-batuk kecik. Hari ini batuknya semakin kuat beserta kahak sekali. Saya risau bila tgk dia demam.

Mata dah tak mengantuk. Maka saya nak upload beberapa pics semasa hari sukan Pasti ahad lalu. Kira berita dah basi nie.

Di sana ku lihat hijau nan besar. Sungguh Gah sekali. Sejuk mata memandang. Semasa hari kejadian saya terserempak dengan dengan anak murid. Yang seronoknya dia pernah bagitau emaknya kuat UMNO. Siap cakap dengan saya "emak saya kata Anuar punya rancanganlah orang sulu serang Lahad Datu tu" Ternyata dalam bencikan PAS dan PKR, emaknya tetap memilih PASTI untuk pendidikan awal anaknya sendiri. Alhamdulillah.

Ada juga emak emak yang togel kepalanya. Kurang kemaluan sungguh mereka ya ....sekolahkan anak di pusat asuhan Islam, 100% yg datang berhijab. Dia datang togel wal ketat bajunya. Macam-macam orang ada. Tapi Alhamdullah juga. Mereka mengakui kebagusan sistem pendidikan awal Islam juga yang terbaik. Moga Anaknya dapat berdakwah kepada emaknya suatu hari nanti. Insya Allah.

Si Asma' pula dengan mukanya yang masam. Humm. Sebijik mengikut pesen saya waktu kecil. Tak pernah senyum kat orang. Trade mark saya lertu. Tak main banyak permainan pun. Dapat r 1 medal. Bolehla buat obatt. Baru 4 tahun kan.

Ok. Moga. Dapat jumpa di lain hari. Wassalam.









Sunday, March 17, 2013

BELI VITAMIN ?

Assalamualaikum.. berjumpa semula sidang pencari maklumat dan blogger sekalian.

Baru tadi saya berbual di alam maya bersama kawan lama saya se sekolah menengah dahulu. Perbualan kami berkisarkan suppliment untuk kesihatan badan.

Duit lagi kan.... hurm...anak nak sekolah... nak tuition..nak beli macam macam. Kitapun nak macam -macam juga.. bila difikirkan memang akan rasa "nantilah dulu".... begitu juga dengan saya. Tapi kalau tak mmbeli suppliment pun akan habis jgk duittu ke tempat lain..maybe yang xberfaedah. Baik beli suppliment utk kita. Kita makin tua, kalsium penting. Paling malaspun kalau dah xlalu nak telan susu, ambil aja kalsium @ vit c.

Di dalam fb saya terjumpa kawan share keratan akhbar brkenaan lambakan vit c yang tidak berdaftar di pasaran. Yang sudah tentu tiada cop KMM. Berbahaya tu.

Kepada kawan-kawan sekolah sayang yang giat makan rumpai laut memang akan tercari-cari vit c utk mem power kan lagi penyerapan rumpai laut aka kolegen ituw, namun di ingatkan agar cek dahulu status nya. Ada cop KMM tak? Bimbang kalau2 bahan lain yang beracun nanti. Cantik entah ke mana, penyakit pula yang kena.

Untuk jumlah vic c yang ok bagi tubuh bolehlah ke sini. Jangan overdose pula. Biasalah...benda buatan manusia, tentu ada side effect nya kalau mkan tak ikut jumlah yang betul...

Vit c ni puka ada banyak jenis.. sintetik. Ekstrak buah sebenar dan organik.. kalau nak tahu..sila lah tanye prof google ye... ilmu di hujung jari anda...

Semoga beroleh manfaat.....

ASSALAMUALAIKUM...

P/S: ni tiada kaitan dgn vit c ye. Tp mereka mmg pemakan tegar rumpai laut aka kolegen.

HARINI KAMI ADA MESYUARAT PIBG DI SEKOLAH.. GURU DIKEHENDAKI MEMAKAI  BAJU BADAN KEBAJIKAN GURU (BKG) WARNA KELABU... SAYA AJER YANG SEMPOI..KAWAN LAIN..HUSSSS SULAM ADO...TAMPAL BUNGEE DAN REBEN PUN ADO..KERAWANG PUN ADO...

di bawah saya paste kan antara 3 top three yang menang pencalonan paling rajin menampal..heheheheh..saksikan.

Saya suka bungee warna pink sweet dan soft aje.

Wednesday, March 13, 2013

KURANG KASIH SAYANG?

Assalamualaikum semua. Semoga pembaca semua dalam lindungan Allah selalu. Berhati-hatilah dalam melangkah. Fikir dahulu apa tujuannya. Agar langkah kita tidak sia-sia jika tiba-tiba sahaja Allah ambil nyawa.

Berbalik kepada tajuk di atas... saya petik dari fb: pakar Psychology, kata mereka orang yang kuat marah, selalu dan mudah marah adalah orang yang kurang mendapat kasih sayang. Mungkinkah....

Hummm..saya seorang yang senang marah. Iya...;) ayah saya memang seorang yang sangat garang semasa kami kecil-kecil dahulu. Kalau dipukul memang tak main-main. Di dalam kereta kami adik beradik memang tidak buat bising. Bila ayah tidur, kami berjalan menjinjing kata orang.. bukan anjing.. tapi ber tip toe...takut ayah tersedar dan akan marah.

Bila tiba waktu maghrib kami akan mandi dan bersedia solat magrib. Ayah pergi masjid. Bila bunyi aje motor ayah balik dari jauh, berlari kami mengambil quran dan mengaji dengan sura yang kuat. Baca kena kuat kalau tak, "kena" juga. Time mengadap ayah untuk revise bacaan adalah situasi yang paling mengecutkan perut. Redha dan pasrah sahaja.

Satu perkara yang saya amat arif dan paham serta mesti berjaga-jaga adalah pada waktu ayah hendak menggunakan bilik air. Saya dan kaklong akan  menjauhi kawasan bilik air, malahan ruangan dapur ( kerana tandas berada dibkawasan dapur). Kami arif benar, ayah tidak suka kalut-kalut, org kelantan sebut "gele₩ak" berebut dengan dia untuk masuk tandas. Kerana pernah terjadi insident kepada kaklong yang dilibas dengan wayar getah air kerana sibuk nak masuk tandas bila ayah nak masuk . Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila ingin ke tandas.

Tetapi adakah saya kurang kasih sayang? Rasanya tidak. Ummi masih bersama kami bila kami memerlukan. Ummi selalu menasihati kami bila kami dimarahi ayah dan menyayangi kami. Maka saya simpulkan orang yang pemarah sebenarnya terikut-ikut akan ketidak sabaran penjaganya dahulu.

Sebagai contoh, kami dulu jika ayah hendak kan sesuatu, dengan segera kami akan mencari walaupun arahannya kepada umi. Kami risau kalau-kalau ummi akan dimarahi ayah kalau lambat jumpa. Emosi itu kekal di dalam hati kami. Bila saya menyuruh anak-anak atau suami mendapatkan sesuatu, saya maksudkan right now, bukan 2minit kemudian dan bukan esok. Apa akan jadi bila mereka tidak faham akan kehendak saya, saya memendam dan berlarutan 2,3,4hari bahkan seminggu sehinggalah ia dilakukan.

Saya juga cepat angkat tangan pada anak-anak sekarang. Saya tak boleh menyalahkan cara didikan ayah dulu, tetapi ia bagaikan melekat dan menghantui saya. Kadang-kadang saya cuba melepaskan kepada suami. Suami akan cool kan saya. Huhuhu..terima kasih suamiku.

Namun dalam Islam telah diajarkan cara menundukkan rasa marah.
1. Menyebut Astaghfirullah hal azim.

2. Kalau tengah berdiri, sila duduk. Kalau sedang duduk, kena baring. Ini untuk merendahkan api syaitan yang sedang membakar kita. Kalau saya maraklhkan anak, memang saya akan baring, ini boleh slowkan kemarahan saya dan nak bangun untuk tibai ank pun lambat sikitkan...hahahaha

3. Mengambil wuduk. Kerana marah adalah dari syaitan. Syaitan dibuat dari api.sebab itu kita rasa panas bila tengah marah. Air wuduk yang KHUSYUK  dapat mematikan api kemarahan. Dengan syarat kena khusyuk ye masa ber wuduk. Kalau xkhusyuk xjadi jgk (ini pengalaman saya)

4. Ingat semula...anak-anak hanaya pinjaman. ALLAH PINJAMKAN SEKETIKA. KALAU Nak ambil semula kita tiada kuasa unyuknmenahannya. Maka barang pinjam kena jaga elok-elok. Kalau dah di ambik balik menyesal tidak sudah ;) (untuk diri ini yang selalu naik angin bila anak2 nakal)

Ahli psychology juga ada memberikan pendapat cara meredakan kemarahan.

1. Atur pernafasan dan bernafas dengan perlahan. Selalunya kalau kita marah, darah kita akan laju menyebabkan jantung berdegup kencang. Cuba perlahankan pernafasan. Tarik nafas panjang dan hembus... macam orang tarik nafas kelegaan. In sya -ALLAH kita akan rasa lapang dan ringan sedikit.

2. Berlalu buat seketika. Bila marah, tinggalkan dulu tempat itu. Ke dapur ke atau ke halaman rumah. Bagi emosi tenang sikit baru masuk balik dan hadapi situasi itu dengan tenang.

3. Makan benda manis seperti coklat kerana mengikut kajian, benda manis dapat memberi ketenangan kepada emosi.

4. Menenangkan saraf. Boleh dilakukan dengan cara meminum teh atau melihat dan menghidu harumnya bunga bungaan.

5. Cuba ketawa (ini saya tak boleh buat. Kalau dah marah bagaimana ada rasa nak ketawa.huhu) mengikut kajian, ketawa boleh mengubah emosi kita serta merta kepada cool. Cubalah....

Tetapi jquh di sudut hati saya, walupun kita divesarkan dalam keadaan begitu, kita diberikn allah aqal yang waras untuk berfikir baik buruk kesan dari nafsu amarah kita terhadap orang sekeliling lebih2lgi kepada anak-anak. Adakah kita mahu anak-anak membesr dan menjadi clin kita di masa hadapan??? Tidak bukan.

Iya..saya tak mahu anak-anak menjadi  pemarah dan cepat tangan seperti saya. Saya mahu anak -anak menjadi orang yang penyabar dan rasional bila marah. Maka bagaimana???? Kita harus berubah agar anak-anak akan menjadi clon yang mempnyai nilai2 penyabar juga....

ُ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ 
  Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"-hadis sahih muslim

Panjang sungguh celoteh saya pagi ini. Tiada kelas. Baru habis kelas relief...rehatlah sekejap. Ok..semoga berjumpa lagi ke rakan2. Jangan segan silu melontarkan komen. Kerana saya ingin mendengar pendapat sahabat sekalian

Budak di bawahni sangat garang...bimbang juga saya kalau dia terlebih garang dari saya...semoga menjadi wanita solehah penyejuk mata mama abah,suami dan keluarga nanti..amiinnn

Monday, March 11, 2013

PANAS

Semua panas ..
Semalam hari panas ke dunia. Sudahnya sedikit aje anak buat salah...marahnya duhai macam anak buat salah yang besar.. kasihan anak-anak kami.
Kakak Faqihah kena marah dengan saya sebab dia nak saya teman di menghafal. Nak saya tick kan hafalan dia. Saya pula baru sahaja nak merehatkan tumit dan betis kaki yang sakit selepas berbaris di dapur menyediakan makan malam..echeh......sedialah sangat. Sebenarnya banyak tention kerana kuah ikan percik saya hangus gara-gara melayan si umar yabg meragam.
Suami pula melihat muaz buat latuhan matematiknya. Aduhai  muaz....rupanya dia sangat lemah dalam matematik. Operasi tambah dan  tolak masih sangat lemah. Muaz belum memahami apa itu kedudukan sa, puluh dan ratus. Masya Allah ...kesabaran ayahnya pun teruji jua. Last sekali ayahnya suruh dia naik tido..
Maka kami tidur kepenatan emosi kerana kegeraman. hati saya terselit  rasa bersalah kepada kakak Faqihah semalam. Pagi tadi saya peluk anak2 masa kejutkan mereka untuk mandi.dan cakap kami sayangkan mereka.. sebab tu kami marah kalau mereka tak bersungguh-sungguh dakam pelajaran. Entah mengapa air mata saya mudah tumpah ketika itu..saya kucup dahi anak-anak dan meminta maaf kepada Faqihah kerana menyakiti nya malam tadi.. ;) saya harap anak-anak tidak mendapat keburukan dari perangai saya yang tidak sempurna ini.
Anak-anak maafkan mama yang selalu tak dapat melayan semua karenah kalian. Mama mudah penat dan sakit urat ;(
Cuti sabtu ahad ni saya bercadang mahu mengajar muaz matematik dari peringkat asas lagi. Walaupun esok saya ada sekolah ganti... moga-moga allah kurniakan tenaga...masa... dan ketenangan serta idea kepada saya untuk mengajar abang Muaz...amminnn.
P/s: sesiapa ada cadangan tak cara termudah nak bagi ank semangat dan minat dengan matemati ni?

CIS KUTU!!!

ASSALAMUALAIKUM

maaf kerana tajuknya agak biadap. "cis" berada di permulaan tajuk...ingin menunjukkan kegeraman.

Kenapa? Sebabnya kepala saya sudah terasa kegatalannya...ingatkan kelmumur menyerang, rupanya kutu sudah bertandang..dah beranak pinak agaknya.

Dah seminggu saya lihat faqihah pakai tudung herot berot. Rambut tersembul ke luar. Katanya gatal kepala. Semalam dia tunjukkan kepalanya. Ada kudis katanya. Bila di selak....masya Allahhhhhhhh..... penuh telur kutu..selak lagi, anak-anak kutu bertempiaran lari.. patutla kepala sayapun gatal rupanya dah berjangkit.

Serta merta teringatkan Faqihah yang setiap hari tidur di sekolah pada waktu rehat tengahari di sekolahnya. Mesti berjangkit dengan kawan-kawan pra dua nya. Mendidih betul bila kepalaku juga terasa merenyam..sudah tentu kutu2 itu sudah mula bertelur dan menetas atas kepalaku ... uwawawawa..tiba2 naik meremang bulu romaku...

Malam tadi saya mulakan projek me "nyah" kan si kutu itu. Nasib baik ada kapur ajaib. Kapur ini elok untuk semut, lipas dan kutu. Mengikut testimoni kawan yang guna, kalau kepala berkutu, goreskan saja di kulit kepala dan di atas rambut. Nescaya kutu akan panas dan akan naik ke permukaan rambut. Ada yang mati tergolek. Bila Sikat mesti jatuh punye.

Malam tadi memang nampak banyak ibu-ibu serta anak-anak kuru naik ke permukaan. Tapi tak mnang tanganlah saya nak mengutip dan "menindas" ke semuanya. Saya ambil serkup dan biarkan mereka di dalam tu. Insya Allah dengan kapur ajaib ini terus kutu pun akan jadi hampas. Malam ini saya akan buat lagi.

Bagaimana dengan kepala saya. Sape yang nak tolong goreskan kapur? Huhuhu..nampaknya tengahari ini rambutku terpaksa ku potong pendek. Dah tak tahan gatalnya lebih-lebih lagi bila pakai tudung dan dalam serkup. Huhuhuhu...

Jagalah kau kutu..aku perangi kau habis habisan.

Menindas: tenyeh dengan kuku sampai bebunyi..

Thursday, February 28, 2013

RUMPAI LAUT aka kolagen

ALHAMDULILLAH... Kita telah diberi peluang lagi hari ini untuk hidup dengan sihat walafiat..
Sapa yang tak mahu kelihatan cantik dan lawa. Semua perempuan akan angkat tangan kan..mak nyah pun pasti angkat tangan kalau bab kecantikan. Dan kepada kita yang fulusnya kurang nak juga cantik
Sekarang jenuh dalam fb orang promosikan bedaklah, set rawatam mukalah, makanan tambahanlah& tak ketinggalan kolagen. Pelbagai jenis kolagen yang di promosikan. Dari harga ratusan sehingga puluhan. Maka sayapun telah mencuba kolagen yang termurah buat masa ini. Masak sendri lagi.    Rumpai laut dari semporna sabah.
Testimoni saya. Hurm...sebab makan tak ikut peraturan maka agak susah saya nak mempromosikan di sini. Namun ada sedikit  perubahan semenjak seminggu mengambilnya. Kulit muka terasa lembut dan basah. Selalunya muka saya kering. Beberapa harini saya terperasan wajah saya lembab dan macam pakai mosturizer la.
Tapi rakan saya memang nampak perubahannya. Kulit muka dia kelihatan lebih bersih dan lembab. Orang kelantan kata "le it" maksudnya gebu dan padat. Dia kata kalau di sapu di tempat2 yang hitam seperti celah2 ehem...ehem...warna hitam hilang...
Sesiapa yang nak mencuba bolehla mencarinya di facebook. Ramai orang yang menjualnya. Tetapi penyediaannya sedikit rumit.
Rumpai itu perlu di basuh dan di ramas 5,6 kali dahulu ( 1x ramas dengan asam jawa utk singkirkan bau hanyir rumpai) sesudah itu rendamkan semalaman. Keesokannya, basuh dan ramas lagi 5,6 kali kemudian rebus bersama daun pandan untuk mewangikanya. Perlu tau, supaya tekak kita lalu nak telan..huhuhu...kalau berbau semacam payah juga.. bukan mudah nak jaga kulit puan-puan ye..hehehehhe. bila sudah hancur semuanya terus tutupkan api. Jangan masak sehingga mendidih lama. Logik akalnya kemungkinan hilang zat...;)
Terus tapis.kalau boleh cari penapis yang lubabg besar. Kalau penapis teh memang 3 hari 3 malam puan-puan nak tungguia turun habis.
simpan dalam peti ais.
Keladak yang tinggal jangan di buang.puan-puan boleh buat masker atau lulur seluruh tubuh. Pasti akan terasa kelembutan kulit.
Serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.
Cara makan???  Nanti akan saya kongsikan di lembaran akan datang ye...
Wassalam.

MENJEMUR DI MALAM HARI

Assalamualaikum semua.

Agaknya semua dah dibuai mimpi. Jam sudah mnunjukkan angka 2:57 pagi. Mata saya sudah mengantuk, tapi saya gagahi juga untuk turun mnyidai baju bajan yang berbakul tidak berjemur.

Malas betul sejak akhir akhir ini. Ditambah kemalasan itu dengan alasan...."ah, hujan... Jemurpun tak kering jugak", adeh.... Pemalas betui kan.hahahahakalau jemur kering juga sebenarnya,maka tadi dengan takut-takut saya membuka kunci mangga slidding door untuk menjemur. Berdebar-debar juga...setan tak takut sangat..manusia brttopeng syaitan yang bahaya. Alhmdulillah lancar. Dalam debaran saya siap jemur 2 bakul bju anak-anak.

Teringat orang tua pesan jangan jemur baju waktu malam takut naik panau... Saya dah xpeduliklg.klau nk tunggu esok mmg tak berjemur lagi baju 2 bakul tu.huhuhu. Balik sek dah penat.si umar memang bergayut sje.

Sebelum masuk tidur tadi menyempat lagi saya masukkan ballen baju2 kerja yg kotor (saya dan suami ) tapi mesintu oening pulak. Dulu dah jadi sekali. Lampu butangnya berkelip kelip. Siap bunyi lagi. Alahai...janganlah ko rosak mesin basuh weh.....duit tengah tenat nie.

Leoast ambik masa sikit pi sental dan ramas rumpai laut a.k.a kolegen yang saya beli aritu. Kali nie saya campur sedikit dengan rumpai yang bewarna unggu. Siap rendam..insya Allah saya nak masak sekejap dan simpan dalam peti.

Entry berikutnya nantu saya akan cakap pasal ibu kolegen yang murah dan bagus ini. Jumpa lagi ya.

Wassalam

(P/s: gambar di atastu bukan ampaian saya. Saja pinjam dengan pakcik google) lupa pula nak copy addrest nye...)


Friday, February 22, 2013

PENCURI


Assalamualaikum semua..selamat menyambut hari yang paling mulia...

Semalam kejiranan kami dikejutkan dengan 2 orang India yang bermotosikal hendak mencroboh masuk ke dalam pagar kejiranan kami.

Nasib baik wanita dan 2 orang anaknya di dalam rumah dengan pintu berkunci. Pada mulanya wanita itu yang cuti berpantang sedang menyusukan bayi, ternampak bayangan orang yang sedang melilau di depan sliding door.maka wanita itu menyelak langsir untuk melihat siapa.

Terkejut dengan kehadiran tuan rumahh (agajnya dia ingat tuannrumah tak ada)  mereka terus cabut. Sorang lagi yang menunggu di atas motor lari diboncengi seekor lagi indiatu...husss kejadian berlaku jam 2.30 petang sememangnyabwaktu tu orang tak ada kerana hampir semuanisi rumah bekerja....

Rumah saya sendiri tidak di lock pagar. Selepas hari itu,kami sentiasa mengunci pintu pagar dan grail rumah...

India itu mungkin mahu mencuri basikal anaknya...jahatnya manusia ini kan...

Satu lagi berita yang saya baru terima..ini saya paste kn untuk dikongsi bersama....wahai wanita di luar sana...berhati-hatilah...india penyimbah asid  muncul lagi....kalau naik kereta tutuplah tingkap.. tak payah buka. Bahaya.

..........................................................

Got this fr myfren:   'ACID SPLASHER IS BACK!!!!

'Pls inform your family members...'

After a while of silence, this mad man is back again. It is likely he was in prison and is now out. The police should check on those who served short terms in prison and have just been released.

Attention: Last night at 8.15pm the acid splasher was around PKNS complex shah alam. 1 lady got splashed. At 9.30pm another lady got splashed around Summit USJ area. Splasher on the run riding Honda EX5 motorcycle
No Plate WPV 4963. Pls pass this on. TQ!!!
A friend reports that the Acid Splasher has been seen in Damansara Uptown & Kota Damansara.

Modus Operandi is to knock on the car window (mostly women drivers) & splash acid if poor driver winds down window.

He has a 'sad face' & is Indian. When you refuse to open the window, he will yell at you & be more aggressive.

He carries a yellow bottle (likely to be acid behind his back).
Don't be BLUR & open.

One of the victim is my friend's friend's friend currently hospitalized & blinded (not to mention disfigured).

Do not open the car window,
immediately take note of the clothes
he is wearing & rush home / or make police report.

This is not a spam mail. I am writing after reading my friend's email.

Perhatian!!!
Motor Honda EX5, no WPV 4963 motor suspek simbah asid, got the information dari balai tun razak, please alert everyone for safety of our love one ".

Sunday, February 17, 2013

ESOK SUDA MULA KERJA

Assalamualaikum...esok sudaa mula kerja...huhuhuhu...rajinnyeeee nk pi sekolah...manala pi semua barang2 sekolah saya.. tadi jumpa pensilbox dalam beg anak. Pen sebatangpun tak ada dalam tu..huhuhu..barang2pun pakat menghilangkan diri..punye xseronok bekerja.hahahaha...jangan begitu...anggap sahaja kerja itu ibadah..buat yang terbaik kan.....hehehehe...

Seronok bila dapat tahu sepupu suami yang masih muda...lepasan oversea..Amerika kalau xsilap..kerja dah 3tahun...sudah berhenti kerja .jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi dia buat bisnes online...orang ada bakat menjahit. Ambil tempahan baju kurung...buat tote bag...pencilbox dan banyak lagi...baguskan. bekerja di rumah sambil jaga anak-anak. Waaaaaaa best2..... tapi ia mungkin bukan jalan hidup saya...bukan sekarang...masih memerlukan sokongan modal untuk kuluarga..hehe..mu gkin 10@20taun lg..mungkin dah pencen sok2 la kot boleh duk umah

Semalam berdonut..perghhhh.....ada yang hangus...keras...sikit sahaja yang naik..i i kerana penderhakaan kepada resepi. Sebetulnya bukan derhaka..malah berpaling tadah.langsung tak ikut sukatan resepi.konon pandai sendiri campak adunan..memang tercamphak betul 2,3 ketul atas meja sehingga ke hari ini...xabesss sb xbest

Cuti semingguni memang tiada apa yang saya buat kat rumah..donut tak menjadi..nak menjahit ke laut...mengarang teks berceritapun akhirnya di delete secara x sengaja oleh anak.huhuhu....

Satu ajer yang saya berjaya buat : mencangkul  dan merumput..walaupun hanye sekangkang itik sahaja yg berjaya saya bersihkan dari anasir lalang dan rumput...saya nak tepek jugak kat sini gambarnya...walaweh ...tak ikhlas kah...issssss....saya ikhlas cabut rumput kerana nak bagi pokok tanaman saya yang "mati segan idup pon sgan" ituew membesar sedikit... ini tidak..zat2 galian habis disedut pokok2 liar ajer..macam ank di rumah dibuang...kera dihutan disusukan..huhuhu..

Nak tepek jgk anak pokok durian belanda, si pokok ciliyg kekerintingan...dan ank pokok limau purut saya...hehehe..elok juga berbudi pada tanahni.selain dpt mkn hasil...ia sbgai terapi minda. Pokok betik lambat sikit nak besar sebab saya tabur biji betik aja. Kemalasan  menjirus juga menjadi sebab terbesar kenapa pokok -pokok itu kemetot.huhuhu...

Oklah..saya nk cuba ngadap  pc sekejap.memerah otak..nak cuba recall balik text cerita saya...esok msti kawan tanye dah siapke belum..huhuhu...wassalam.

Wednesday, February 13, 2013

FAQIHAH

Alhamdulillah...sudah membesar anak ke 2 mama . Smoga menjadi seorang anak yang solehah dan mukminah yang berjaya di dunia akhirat.

Seorang anak yang ringan tulang. Patang disuruh, akan dilakukan segera  nak-nak lagi kalau dipuji...huss meletop semangatnya.

Senang lancar bila membaca alQuran. Sekarang sudah naik al-Quran,tetapi dimulakan dengn juzuk 30 dahulu.. orang kelantan sebut gustan ;)

Alhamdulillah, sangat senang diajak solat. Kalau diajak memang akan cukup 5x sehari kakak Faqihah solat. saya akui memang salah saya yang melambatkan solat sehingga kakak tetidur. Mahu digerak awal pagi kasihan pula. Insya Allah kami suami isteri sedang dan akan terus mencub dan istiqamah utk solat diawal waktu khususnya waktu Isyak.

Agak kasihan kepada kakak.. gusinya tidak berapa sihat. Sejak kecil gusi kakak selalu terkena ulser. Kadang-kadang sehingga  3biji sekali naik. Ini membuatkan dia sakit semasa mkn dan takut untuk gosok gigi. Maka sayapun kasihan untuk memaksanya menggosok gigi.

Setiap kali gosok gigi kakak akan menangis kerana ulsernya pedih. Maka akhirnya ia memberi kesan kepada gigi kakak.banyak giginya belubang dan gigi depannya juga hitam. Gusinya juga semakin tidak sihat. Doktor tidak setuju untuk mencabut gigi di hadapan kerana umurnya masih terlalu awal untuk kehilangan gigi tersebut. Jika dicabut, gigi kekal juga lambat tumbuh. Kerongakan akan terjadi dalam masa yang lama.

Semalam saya marahkan dia. Biasala budak-budak lebih percayakan cikgu kat sekolah dari mak sendiri. Padahal mk diapun cikgu juga. Memang cikgunya ajar mengaji surah al ghosyiah ayat 1-12,tp utk esok cikgu sruh baca sampai ayat 21. Nanges pulak bila saya suruh baca 1-21. Mungkin dia tak sihat juga  selsema. Asyik tarik hingus ajer masa mengaji. Kadang-kadang sayani garang tak bertempat.

Di sini antara gambarnya semenjak kecil...suka saya kingsikan gambar-gambar nya yang chubby....
Sayang kakak Faqihah selalu

Saturday, February 9, 2013

BERBASIKAL Di UIAM

Assalamualaikum semua

Alhadulillah...kita bersua lagi pada kali ini ..
Petang tadi kami telah melawat UIAM sekali lagi.

Kali ini kami telah mengangkut 3besikal anak-anak..koninnya nak bagi anak seronok berbasikal di tempat lapang   dan tempat kami pilih adalah di gelanggang bola keranjang di ladies sport  complexs.

Seronok bukan main mereka apabila dilepaskan bermain besikal di kawasan yang luas begitu..dalam hati risau juga kalau-kalau dimarhi mak guard...orang buat lapangan bola keranjang.kita buat naik besikal plk..hohoho..nasib baik tak kena marah....lega hati saya...

Bila jam dah merangkak ke pukul 7 petang dan lampu-lampu jalan oun dah mula menyala..kamipun chaw balik rumah...

Friday, January 25, 2013

DIA DATANG dan PERGI

Alhamdulillah...syukur masih lagi hidup sehingga ke hari ini...dan hari gaji pun dah tiba..alhamdulillah...syukur...

Di saat kekeringan...ummi datang sekali lagi...ummi sangat memahami akan kehidupan kami..

Setiba ummi ke rumah kami..milo sebagai minuman khas anak-anak diwaktu pagi sudah kehabisan...ummi sanggup berjalan kaki ke kedai di depan sana...untuk membeli milo...paket besar di belinya...saya hiba...dibelinya juga lauk basah dan sayur-sayur....ya Allah murahkanlah rezeki Ummi, sihtkanlah tubuh badannya...agar dia dapat beribadah kepadaMu dengan lebih sempurna.

Tiba masanya Ummi balik ke kampung...hati saya sebak...ummi...terima kasih ats segala-galanya...ummi tak pernah lokek duit dan tenaganya buat kami semua...

Ya...semua anak sayangkan anak-anaknya..begitu juga denganku...semua ibu menyayangi anak-anak mereka sehingga sanggup mengorbankan masa..tenaga dan wang ringgit untuk anak cucunya. Ya Allah, berikanlah kami tenaga,masa dan wang ringgit pada ketika ummi memerlukan kami suatu hari nanti...
Kabulkanlah ya Allah...amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 14, 2013

MENYAMBUNG TALI SILATURRAHIM

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana tengahari tadi kami sekeluarga dapat mengeratkan tali silaturrahim dengan kakak ipar saya yang berada di Sri Kembangan.

hadis berkaitan murah rezeki:
Rasulullah berkata:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

sudah 3 kenduri dia buat..saya tak hadir. hanya suami dan anak-anak sahaja yang pergi. kali ini kami tekadkan hati ke sana. teringatkan dia baru dapat cucu sulung yang akan di bawa terbang ke Mesir ujung bulanni..maka kami rasa amat wajar kami ke sana..walaupun ber kancil dan berbekalkan sedikit lagi duit (budjet utk buah tangan dan oleh2 buat baby Abdul naafi'. penuh muatan kereta kami..anak di belakang 3&ummi saya ada sekali.kami di depan juga bertiga bersama umar.

alhamdulillah...semoga niat kami ingin menyambung silaturahim ini di berkati Allah. semoga Allah murahkan dan berkati rezeki kami..in sya Allah.

teriyang-iyang kata-kata kakak ipar " dulu masa zaman 2orang anak k.za yang masuk tahfiz..sangat berjimat.. beberapa tahun pakaian tak berganti baru..meja kerusi tidak dibeli..kerana hanya bergaji rm2+++..yuran 2anak ke sekolah tahfiz sahaja sudah rm800. memang kena susah dahulu..baru kita dapat hasil yang manis di kemudian hari...masya Allah....kata-kata ini menjadi pendorong kepada saya agar bersabar dengan ekonomi kami sekarang...hanya doa dipinta agar kehidupan kami diberkati Allah dunia akhirat...aminnn

buat suami...abang...tak apalah kalau kita tidak ada rezeki nak membeli perabot murah yag akan diadakan 15/1 ini (walaupun sudah menunggu 2tahun)...insya Alah..kalau ada rezeki, kita akan dapat yang lebih baik lagi di masa akan datang..hahahaha..sebenarnya ayat pujuk diri.

kepada gudang-gudang baby kiko ...disney dan pakaian kanak-kanak...kami bercuti tahun ini...kita rakyat maheranni..time2 kilang nak habiskan stok lerr kita membeli untuk baju raya@baju jalan2..murah bayak kalau nak dibandingkan kat sogo nun..

terfikir-fikir..lambat lagike kawan suamitu nak bayar hutang nan ciput..agar kami dapat sedikit belanja sementara menunggu gaji ini...bateri kereta suami nak kena ganti baru...kata mereka jenis BOach paling elok untuk jenis kereta wish ..dalam rm280..masih belum boleh beli kerana muaz dah banayk kali merengek bagitau gurunya sudah acap kali bertanye bila nak beli buku teks dan buku aktiviti..

maka saki baki duit yang ada kami labur kan kepada buku ituw. maka claim suami rm300...alhamdulillah licin dalam sehari..yang mengharukan cik suami boleh lagi membeli donut big apple untuk kami yang menunggu dalam kereta sementara dia ke kedai membeli buku teks..alhamdulillah..punya suami yang amat menyayangi dan bertanggubgjawab.

risau suami pergi kerja dengan motor...hujan panas tak kisah sanagt...risaukan kemalangan....jem...lori bas banyk dan agak samseng...

hurm..hanye berbekal rm60 untuk kami bahagikan ...perjuangan minggu ini...moga ummi tak menghiddu kekeringan duit kami bulan ini...nanti dia kesian dan tak leh tidur lena..huhuhu

Sesungguhnya rezeki Allah amat luas....kita bersabar sahaja...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 7, 2013

SAYU...KENAPA???

Alhamdulillah...hari ini anaknda Muaz dan Faqihah sudah bersekolah di Maahad Qasimul Ulum...

Walaupun sekolahnya hanya sekangang kera...
Walaupun sekolahnya tiada padang untuk berlari dan bersukaria...
Namun di dalamnya penuh barokah dan nilai-nilai akhlaq rasulullah...
Di dalamnya murid-murid solat...qiam...rukuk dan sujud kepada Pencipta Robb al Alamin..
Di dalamnya bergema alunan bacaan dan hafazan al- Quran dari murid-murid kecil dan besar...
Rata-rata mengilik alQuran ke sana ke mari....
Rata-rata berwuduk dan bermuka tulus...
Insya Allah anak-anakku....mama doakan moga kalian membesar dalam suasana yang baik....biah solehah....penuh barokah

SKSTB....
Di sini...keadaan pertukaran pelajar pgi dan petang sedang bermula..ramai murid tahun 1 dan 2 memakai baju pendidikan jasmani..sungguh ceria bewarna unggu terang...
Anaknda semua...ketahuilah..walaupun kalian tidak dapat memakai pakaian pendidikan jasmani...Allah telah menyihatkan rohani dan jasmanimu melalui alunan dan hafazan al-Quran mu... Apa ada pada pakaian ....apa ada pada uniform dan buku teks free...

Mama boleh membeli seribu uniform dan seribu buku teks...namun untuk mendapatkan anak soleh solehah dan pelapis penjga alQuran...tidak boleh dan tak mampu mama beli..hanya kerana itu wahai anakku..mama korbankan apa sahaja..agar kalian membesar bersama al-Quran...bertadabbur dan tafakkur bersama Al-Quran...

Doa mama semoga kalian di pinjamkan Allah ingatan para penghafaz al-Quran pada zaman Rasulullah...

Semoga Allah pasakkan semangat juang dan ketekunan para sahabat serta alim ulama ke dalam jiwa kalian utk kalian mencari selautan ilmu Allah di muka bumi ini...amin....

Ya anaknda semua..mama yakin Allah akan membantu kita...bermula dari maahad Qasimul Ulum.ke....Mesir(belajar lah apa sahaja ilmu di sana..medic..agama dan dll)....pejuang agama.....inginkan ilmu lain..boleh kembali ke Malaysia ..ambil MA...PHD

Allahu akbar..mama sudah nampak jalannya..walaupun ia hanya perancangan di masa depan...semoga Allah kabulkan...aminnnn

Gambar si sek keb sekarang...mama kena kuat untuk tidak risau akan pelajaran2 lain yg tiada di Qasimul Ulum... Cukuplah Allah bagi kita... Published with Blogger-droid v2.0.9

UJÿIAN ALLAH

Despite of having a double story house(just medium one...not big laa), a toyota wish car, a kancil and a antique honda 70's motocycle.....now we are running out our money... Allah said in surah al-Baqarah...i.forget the verse....Allah give us the temtations such as fear,death,fruits and sickness....so who are have patience...they are the success one.

 Cheh..bertyping inggeris plk...lama dah tinggal bahasa inggeris..sehingga nak menulispun dah lupa mana present tense...past tense bagai..huhuhu...

 Sesungguhnya tiba saat kami sekeluarga diuji Allah dengan duit...kami benar-benar menghampiri kehabisan pitisss... Yelah simpananpun saiz taik kuku aje...namun alhadulillah..Allah masih memberi kami rezeki-Nya.kenyangpun pagi ini makan nasi lemak dan air kosong kat kantin rm3.50.

 Awal tahunni aliran wang keluar sungguh laju..selaju landslide yang terjadi di bukit rumah orang kaya baru-baru ini. Kelajuaannya amat dahsyat sehingga runtuh tebing-tebing simpanan kami...3anak serentak hendak di bayar yuran tahunannya..seorang dah rm+-400-7++, manalah poket tak rabak...tu tak masuk baju dan buku-buku lagi....Masya Allah....

 Hai lambatnya lagi hari gaji nie...rasa dah sempit sangat. Cik suami hari ini bermotor aja ke ofisnya.gajahtu dah kering minyak.. Alhamdulillah ala kullihal. Cik somi tentu sedang berjimat untuk kami bertahan sehingga akhir bulan.

huhuhuhuu...in sya Allah, tidaklah sampai kami makan nasi dengan garam... Saya kena lebih kreatif membuat makanan baru agar anak-anak tidak menyebut untuk makan diluar atau memesan kfc...huhuhu

Sebenarnya alhamdulillah tetap ditrainn di dalam hati..jangan lihat orang di atas, lihat sahaja orang di bawah dari kita. Langsung tak ada beras nak makn...rumah yang buruk tunggu masa aje nak rebah. Sekurang-kurangnya kami masih tak perlu gadaikan kereta cik suami ituw (hahahahah) untuk makan.nauzubillah..

 Ingat shafida..kena sentiasa lihat orang yang lebih malang....baru kita tidak sedih dengan ujian Allah kepada kita ini... Semoga Allah memberikan keberkatan rezeki-Nya kepada kami sekeluarga.. Semoga ikatan kekeluargaan kami semakin kukuh dan kasih sayang kami makin bertambahdengan setiao ujian yang Allah berikan...aminnnn

 From other side...i'm happy although we are running out our money..but we still loving ..carring and respect each other..semoga dengan ujian Allah ini kecintaan dan kasihsayang antarq kami makin erat...amin ya Allah... La takhof wa laa tahzhan...inna Alla ha maA' na....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 4, 2013

SEMAKIN

huhuhuhuhu.... bila dia montel kita risaukan dia... hari-hari ingatkan supaya kurangkan makan... kita masak dia tolong habiskan... syukur makanan licin...tidak membazir...namun bimbang mengenangkan dia terlebih makan...diet lari bila dia dah ada kesedaran untuk kuruskan badan.... kita pula yang tak senang... sekarang makanan selalu tak habis... nasi selalu tak licin dalam periuk, lauk dalam pinggan berbaki, akhirnya kitalah yang semakin mengelembung..dia semakin maintain...happy for him...unfortunately bad for us kita tak tergamak melihat baki laukpauk tak habis dimakan, tak tega melihat nasi di dalam periuk yang berkemungkinan esok basi, maka kitalah yang tolong melicinkan semuanya especially dinner time...maka kitalah yang semakin mengelembung kegemukkan.. bagaimanalah kalau begini..risaupun ada...kalau tak masak si dia balik mahu makan..lapar katanya seharian tak makan di pejabat.. bila kita masak..dia balik kata dah kenyang makan petang tadi pula...malamni tak nak makan..nak diet... maka sekali lagi malam ini saya menstokinkan perut saya..kasihan melihat ikan jaket berlada yang baru saya goreng tergolek syahid di atas pinggan tanpa dijamah.. susah juga bila suami berdiet...namun saya relakan...walaupun saya sendiri kembung berlemak...namun tak akan biarkan obes menempelkan dirinya ke badan ini...SD II suami makan..bila dia dah nampak kesan, saya akan cuba se tin nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails