Wahai doktor .. ketahuilah.. bagaimana sekalipun keadaan bayi yang meninggal itu.. serahlah barang seketika kepada ibu yang melahirkannya.. kalau rasa bimbang akan emosi ibu.. tanyalah dulu.. nak pegang ke tak... janganla menyebabkan ibu itu terkilan.. ya.. saya agak terkilan.. saya merinduinya.. merindui masa mengandungkannya... rindukan tendangannya...
Mama rindu baby mohd .... bilakah kita akan bersua kembali.. ..moga mama diterima Allah untuk masuk ke syurga dengan Rahmat dan kasih sayangNya.. bolehlah kita berjumpa semula ...
Walaupun mama dlm gambar ni sgt tidak lawa. Tapi ada sentimental value di situ. Tang perut mama tu. Jelas. Nampak kamu ada di dalamnya kan. Bahagianya mama ketika itu.
Hanya tanah kubur mu dan gambar gambar mama mengandungkanmu sahaja menjadi penawar rindu.. sebenarnya bukan penawar.. tapi makin di tatap makin merinduimu sayang...perlukah mama buang semua gambar ini... agar rindu ini tidak lagi bertamu.. tidak.. tidak.. hanya inilah kenangan diantara kita sayang...
Ya Allah jadikanlah rindu ini semanagt dan pendorong untukku terus mengejar keredhaan dan kasih sayangMu.. moga aku dan ahli keluargaku mati dalam husnul khotimah dan dapat masuk syurgaMu...dan bertemu dengan insan-insan yang aku sayangi.. amiinnn




















