Friday, May 1, 2015

TRICK UNTUK MENJAGA KOMISEN ALHADDAD


Assalamualaikum....


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menggalas tanggungjawab di muka bumi ini sebagai khalifahnya, di sampai men enjoykan diri dengan segala nikmat dan perkara-perkara yang diminati tanpa melanggar peraturan-peraturan yang di tetapkan-Nya..Alhamdulillah

Saya sedang mengintai2 downline dalam akaun alhaddad ni, alhamdulillah ahli downline makin berkembang.walaupun berkembang, tak semua bunganya menghasilkan madu. apa maksudnya tu..

Contohnya, saya ada 200 orang ahli.. memang nampak  berkembang ahli downline saya, namun tidak semua diantara mereka yang maintain membuat belian setiap bulan, kan....dan mungkin ada diantara ahli downline saya tu uplinenya tidak maintain, jadi komisen ahli downline di bawahnya juga tidak akan menjadi rezeki saya. apa nak buat???

haaa, di sini jawapannya. ada satu kaedah di mana kita namakan compress komisen. kita perlu membuat belian personal sebanyak rm140 belian. bila sudah mencapai belian personal sebanyak itu, tidak kan dikira lagi samada ada ahli downline yang maintain pembelian ataupun tidak. semua komisen ahli bawahan dari level 1-7 akan zrupppppp sampai kepada kita, insya-Allah dan alhamdulillah.

Itulah yang saya faham bila menghadiri kursusu separuh hari pemantapan stokis dahulu. setiap ahli yang berkeinginan nak jadi stokis perlu mempunyai syarat2 berikut.

1.perlu bermula dengan menjadi stokis mobile dahulu ya. xboleh melompat untuk menjadi stokis daerah mahupun stokis negeri..jauh sekali ingin menggantikan kerusi pengarah..(wakakka..melawak aja)

2. untuk menjadi stokis mobile, anda hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 50 downline.

3. hendaklah membuat belian stok permulaan sbgai stokis mobile dengan belian seurang2nya rm5000.

4. setelah menjadi stokis mobile, anda hendaklah maintain belian stik sebanyak 1000 sebulan.. (ah...jangan bimbanglah, rm1 K tu..kecil aja sebenarnya.. beli 3-4 kotak tamarcocoa pun dah melebihi rm1 K tau...itupun untuk jualan seminggu aja. nak bernasib baik 2,3 hari saja, daaaa licin..meranggaklah anda untuk mencari stook dari stokis negeri mahupun stokis daerah,huhuuhu

saya doakan ada pembaca dan kawan-kawan di luar sana mencuba untuk jadi stokis ini. banyak faedah yang kita akan dapat dlm bentuk komisen yang tersedia ...

Allahulaam.. moga info ini sedikit sebanyak membakar semangat tuan puan untuk masuk berkecimpung dalam perniagaan alhaddad ini..

sekian terima kasih. :)


di bawah di sertakan senarai terkini harga produk alhaddad selepas GST..hohoho..
bayarkan sedikit lebih untuk  kesejahteraan dan untuk membayar hutang negara..sekian terima kasih..


mahu dapatkan barangan dengan harga murah? nak dapatkan duit lagi bila membeli....pastikan anda mendaftarkan diri sebangai ahli alhaddadmarketing. Hubungi stokis-stokis berdekatan dengan anda hari ini.. chewahhhhhh.... iklan plkkan... hihihihih

Friday, April 17, 2015

URI RENDAH

saya masih tidak menemui apa yang tidak boleh dilakukan oleh ibu yang sedang mengalami ,asalah uri rendah ini. pergeakan yang aktif seperti naik turun bangunan, panjat tangga, berlajan laju, membawa bebanan berat atau sebagainya , membahayakan atau tidakya? hurm.. xapalah . leasni saya galilg ilmunya..


Tumpah Darah Atau Placenta Previa
Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi.Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim.Keadaan ini dipanggil PLASENTA PREVIA.
Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga.Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan.Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil.Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi.Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.
Pada awal kehamilan,uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar,biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda.Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.
Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus),uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar.Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah.Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.
Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.
“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke 28 tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat.Malah,ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.
“Jika tidak dirawat,pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah.Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku?Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim,ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan.
Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.
PUNCA,JENIS DAN FAKTOR RISIKO
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa.Namun,ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan.Malah,bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada EMPAT PERINGKAT iaitu:
~ Jenis I atau uri rendah.
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
~ Jenis II atau pinggiran.
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim tetapi tidak menutupinya.Bagaimanapun,kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
~ Jenis III atau separa.
Uri menutup separuh pangkal rahim.
~ Jenis IV atau lengkap.
Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun,bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu,masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.
KOMPLIKASI
Jika anda mengalami masalah plasenta previa,doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
~ Pendarahan yang banyak.
~ Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
~ Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
~ Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan).
Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
~ Plasenta abruptio.
Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak.Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien.Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.
ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN BAYI ANDA?
Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi.Namun jika menyebabkan pendarahan,ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.
Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin.Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).
Lebih membimbangkan,pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran.Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.
Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil,memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean.
Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat),pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.
Malah,pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak.Namun, dalam kebanyakan kes,di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan,mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.
“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi.Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan.Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi,doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.
Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah,anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.
Namun,Dr Fatima menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun.Justeru,persediaan minda penting.Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.
Sebaik mengetahui anda mengandung,bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan.Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.
KUMPULAN BERISIKO
~ Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
~ Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.
~ Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
~ Mempunyai luka pada rahim.
~ Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.
~ Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun).Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.
~ Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.
~ Mengandung anak kembar.
~ Merokok atau mengambil dadah.
Sumber daripada www.jaritimore.com

URI RENDAH


Assalamualaikum.

Apa khabar semua nya di sini.
Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Kalau sekadar merasaan geram, marah , sedih…tak perlula kan.. hehehehe. Lainla kalau ada pengalaman menarik semacam nk buat dokumentari dengan pics yang menarik… harus dilaporkan segera.

Makanya.. kandungan saya kini mencecah 5 bulan. Dari 3 bulan doktor kata uri saya rendah. Tapi tidak menyatakan dengan tepat stage 1,2 atau 3. Mungkin kandungan masih awal..insyaAllah, ia boleh berpusing semula
 Isnin lepas saya ke OnG selayang untuk scan kandungan bagi mengesahkan bayi saya tidak mengalami sebarang masalah kali ini. Alhamdulillah, semuanya normal. Cuma doktor berpesan sekakli lagiuri saya masih saya. Nak naik. Xapa katanya bila dah 7 bulan nanti kita scan lagi..kalau masih rendah dah bahaya, dia nak warded kan saya sehingga bersalain..hohohoohoh.. xmahu saya. Kawan saya warded dari 7 hingga bersalin. 3 bulan dalamward… nehi heeeea… xnak saya.

Apa yang tak boleh kita lakukan kalau uri rendah ya? Angkat beratpun xboleh ya? Ke tak apa? Ada kawan saya uri rendah. Tak boleh melakukan sebarang aktiviti . tapi dia buat juga, akhirla bleeding dan kena operate. Nauzubillah. Paham-pahamla aktiviti apa untuk orang yang dah kahwin ni.

 says copy dari blog ini. terima kasih kepada empunya blog.


Oh yer, uri di bawah ni dipanggil "Placenta Previa" di dalam bahasa doktor la. Ada beberapa type placenta previa. 




gambar menunjukkan perbezaan diantara uri normal yang berada di atas dan uri rendah yang berada di bawah 

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


bersambung ke bahagian 2 ...kenapa terjadinya uri rendah

Thursday, February 26, 2015

BERHENTI KERJA

Assalamualaikum warohmatullahi wabarikatuh.


Selamat hari khamis semua, malam ni jangan lupa untuk membaca surah al-Kahfi . selalunya kita baca surah Yasin pada malam Jumaat, tetapi sebenarnya tiada langsung hadis dari Rasulullah supaya kita baca yasin di malam Jumaat. tetapi ada hadis Rsulullah menyruh kita mengamalkan surah al-Kahfi . 

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Harini atau esok merupakan bedaran hebat buat kami sekeluarga. Suami saya akan berhenti kerja. bukan berhenti sekarang, tapi 3 bulan akan datang. Surat perletakan jawatannya akan diserahkan samaada hari ini atau esok.



Sterss? ya itu adalah sebab utama. tahun ini adalah tahun ke 8 suami bekerja di situ.Sejak awal tahun  2015, syarikat itu telah dibeli dan diletak di bawah 1MDB berhad,  rata-rata pererja sangat stress. di tambah pula mempunyai boss perempuan yang mulutnya lazer dan moody.. fuhh.... sabar ajalah.

Nak melarang, kasihan, nak menggalakkan dia untuk berhenti sememangnya tidak lah.. ekonomi kami sekeluarga bergantung kepada dia. gaji saya hanya tampung situ sini sahaja.  INsya Allah ada rezeki lain katanya. suami nak cari bisness yang boleh backup ekonomi kami sekeluarga kerana tahap stressnya sudah di tahap maksimum kerja di situ. kasihan juga melihat dia. bekerja bagaikan nak pergi .

Kami betul-betul bertawakal kepada Allah selepas ini. mungkin suami akan lebih aktif dengan business produk alhaddad ni especially tamarcocoa.. tapi banayk manasanagtlah keuntungannya jika nak dibandingkan makan gaji dan keperluan kami sekeluarga.

Sungguh gerun saya untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa sebarang jaminan.. ya , nyawa kita hari inipun tiada sebarang jaminan daripada Allah akan bertahan smapai esokkan.. apatah lagi rezeki... Allahu.. memang kami bertawakal kepada Allah sahaja kali ini. 

Mungkin langkah pertama, kami akan jual kereta MPV yg sangat dikasihi ini untuk mengurangkan jumlah hutang bulanan. Berpisah jua kita akhirnya  wahai 744. kami mungkin akan batalkan planning sebelum ini untuk membesarkan ruangan dapur dan memasukkan kabinet dapur.  besederhanalah dahulu sehingga Allah memberi rezeki lain. kerana selalu travel, kami memerlukan MPV juga. suami akan beli MPv 2nd hand secara cash .oh..... tidak mahu saya fikirkan apa selanjutnya.... doakan moga kami dimurahkan rezeki, dapat membayar segala keperluan  dan yuran-yuran anak-anak sekolah, membayar segala hutang piutang dan mengadakan segala keperluan keluarga setiap bulan. aminnnnn.


moga suami saya tidak stress lagi dan semoga ekonomi kami baik baik sahaja nanti.


Thursday, February 5, 2015

JANGAN KETERLALUAN DALAM BERIKLAN

Assalamualikum,

Sekarang, business  online berkembang betul. peniaga online bercampah macam cendawan tumbuh selepas hujan, kan.

sebab ada jutaan peniaga onlinelah, maka para Peniaga online mesti menonjolkan diri .. seperti sebutir batu putih di antara jutaan batu hitam.. terang dan jelas batu putih itu walaupun dari jauh.. betul tak.

makanya, ramailah peniaga online yang cuba pelbagai cara untuk menontolkan produk yang dijual. itu semua tak salah.. memang tak salah. tapi ada sesuatu yang di sebalik tak salah itu. peniaga online hendaklah jujur semasa menaikkan iklan di internet.


Bila saya terlibat dalam bisness online ini, ada beberapa pengiklan online yang menaikkan iklannya melebihi kerasionalan aqal kita.  nak baca pun rasa ia keterlaluan.. susah nak cakapla.. takut terasa pulak rakan niaga onlinen yang lian.
kalau produk tu bukan untuk kurus.. janganlah cakap  pakai  baru seminggu, baju 10 tahun lepas dah boleh muat.. alaahi... bukan produk kuruspun.. .. apapun kemasinan atau keajaiban barang tersebut... janganla di war-warkan kekurusan yang terlampau drastik itu...naiklemas saya membaca nya.

Maaf ya kawan-kawan yang jual air garam.. sayapun jual produk ana edar garam sole tu.. cuba cerita yang boleh difahami, elak manipulasi pengguna.. kasihan tau orang lain yg betul-betu nak kurus.

Begitu juga dengan tamarcocoa. saya tak berani nak clainmia milkbooster anda. saya selalu bagitahu, boleh cuba sebagai ikhtiar.. tapi tambahkan atau pekatkan susu kerana di dalamnya ada cocoa dan kurma. cocoa kan agen penenang.. ibu2 yang nak hasilkan banayk susu semasa mengepam, kena dalam keadaan tenang, sebab tu dicadangkan masa mengepam, cuba banyangkan bayi anda, kalau ada gambar lagi bagus, tatap gambar bayi anda.. fokuskan kepada bayi. insyaAllah, susu akan terasa keluar memancut. lupa dah apa istih
lahnya.. dah lama tinggalkan pasal penyusuanni.

Jangan lupa juga kepada konsep demand and supplybuat ibu-ibu yang menyusukan baby. kalau baby kurang hisap, breast akan assume bayi hanya perlukan sebanyak hisapan itu sahaja. maka beberapa hari lepas itu, breast akan kurangkan jumlah pengeluaran susu. ibu msti cuba untuk erikan bayi sekerap mungkin susu  badannya.. direct BF untuk merangsang penghasilan susu anda. kalau bayi tak nak hisap, boleh cuba power pumping.. boleh google ya. saya xsempat nk  cerita di sini. 

Apapun all the best kepada semua peniaga online seperti saya. moga rezeki kita bertambah dalam keberkatan, insyaAllah.. ingatlah apapun usaha kita, ia akan kembali kepada kita semula. elok usaha , eloklah buahnya. begitu juga sebaliknya.

caw cin caw.. saya nak ambil faqihah dan asma dari sekolah. 

tq kerana sudi membaca.
maaf atas segala yang terasa



Wednesday, February 4, 2015

Makan di ALADDIN Sri Gombak

Assalamualaikum, 


Horrayyyyy, ayah su a.k.a adik bongsu saya belanja makan malam kat ALADDIN kat SRI GOMBAK. kasihan dia, berhabis +- RM100 untuk kami sekeluarga. insyaAllah saya nak bayar balikla  separuh, tak sampai hati pula makan duit gaji adik walaupun dia volunteer nak belanja.

Antara makanan yang adik order adalah lamb chop apetah nama nya rm29.00-untuk dia. harus lebih mahal untuk diri sendiri.kikiki
manisan sagu dengan gula melaka, tauhu dan kuah masam manisnya- sedap jugauntuk suami
saya -mee rebus
untuk anak-anak pula set chiken chop kongsi bertiga aja. 
air minuman beberapa gelas. 
begitu sahaja menunya dah mencekik RM90 hinggit lebih. bleh beli barang basah seminggu @2minggu makan tuuuuu

Sedih betul, mee kari yang ku harapkan, mee rebus yang ku dapat. rupanyakat ALADDIN tak dok mee kari. makan pun tak habis. rasanya sedap, tapi dah anak tekak nak makan mee kari, terus rasa tak lalu bila xkena selera mengidam. huhuhuuhu

Meh, saya belanja satu gambar kami. Abang Muaz tak ada masani. duduk asrama. ngaji molek deh abe Muaz. mama tolong make ko abe muaz.. kikiki. tudungpun pakai tudung untuk menjemur baju kat ampaian aja. huhu. itu aja tudung yang tak bau sabun. yang lain bau sabun yang amat memeningkan kepala saya.


Rupaku yang tak semengah. Masih mabuk alahan. Nak senyumpun terpaksa aja. 
Ter snapp gambar depan kedai. Eloknya kedai jadi latar belakang...ni tak, mengadap kedai...boleh saksikan jalan raya ajala..hehehehe.

Makanan tak ter snap. Mamarazi tidak berselera untuk ambill gambar makanan. lagi juga bagi menghormati kawan -kawan yang tidak berapa berada seperti saya.. harapkan belanja dari adik ajalah untuk makan di kedai  mahai macamni. huhuhuuhu

Suami pula pejam mata, agaknya kenyang bangat dah kot. tolong habiskan mee rebus saya tadi. Sebab tu badan dia membesar bagai juara. tukang perabis lauk time makan. tupun dah ok sikit,  suami skrg consume minyak zaitun tanpa tapis perahan sejuk tu (unfiltered extra virgin olive oil). nampakla dia sedikit kurus. Yang pastinya kolestrol juga menurun dengan jayanya.. Alahmdulillah.

kikikiki, tetiba tepek gambar nie. kira promosi jugakla ni, kan..hehehehe.

Dalam kereta tengahari tadi, saya ada google mee kari sedap gombak. keluar testimoni pemakan di restoran PAPARICH. ramai kata sedap mee kari nya.. hohohohhhohohoho, terus kelenjar air liurku merembeskan peluhnya... tak larat nak telan air liur kecur tu. bagaikan nak terbang hinggap terus ke PAPARICH. tapi MAMA yang POOR nie, xsampai hati nak makan tanpa anak-anak di sisi. walaupun harini semua sekolah cuti taipusam, anak anak saya bersekolah. Sekolah dema tuh xambil cuti untuk perayaan agama lain.. elok juga kan..budak ngaji xelok cuti banyak. banyak cuti, banyakla benda yang tak berfaedah di rumah. mama pun bleh rehat.. kikikiki.. adakah itu harapan utamanya????? hohoohohohho

tapi malam ni kami tidur dalam kelaparan, PAPA yang tak berapa nak RICH kami pengsan awal. rasanya harini boleh buat pertandingan tidur dengan MAMA tak RICH ni.. lepas maghrib ni dia pulak ambil bonus pengsan awal.. telan air liur kecur lagi.. bawa hati yang merajuk. masuk tidur sendiri dalam bilik tanpa kejutkan PAPA tak berapa RICH.. hohohohoho.. biar dia jaga dan naik tidur sendiri.. boleh gituw.... ??? moga mak mertua dan ipar duai eden tak baca entry eden ini.. kalau tak, kena eden..huhu
bila lagi nak melayan rasa sedih ibu mengandungni,kan...kan..kan..kan.. settttt.. kita layan rajuk malam ni bertemankan keroncong perut. hehe. keronconglah sangat .padahal tengah bedal coklat minda anak perisa badam..hehe. ayat rajuk mesti power. baru kick rajuknya.

oklah , saya stop sini dlu. niat asal nak tapi minit mesyuarat ke laut dah pulakk..
ok..last, BYE.

QASEH GOLD DAN KHASIATNYA.

Assalamualaikum, sedang saya tercari-cari suppliment sunnah untuk anak yang mengalami beberapa masalah kesihatan yang tidak terlalu serius, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan produk QASEH GOLD dari  Syarikat Ana Edar.

Sebenarnya dah lama syarikiat ni wujud. rupa-rupanya saya adalah antara pengguna terawal produk keluaran Ana Edar ni. pada masatu zaman ank sulung, sekitar 2004. anak sulung saya Muaz selalu sembelit. masatu tak celik sangat bab kebaikan susu ibu ni. Muaz hanya berpeluang minum susu ibu 3 bulan terawal sahaja. merasakan susu ibu makin kurang kononnya, saya terus memberi anak saya susu formula. ada seorang kawan baik MAHANI namanya. dia memperkenalkan kepada saya susu bayi keluaran Ana Edar, 2 tahun juga saya memberi anak minum susu keluarannya. Alhamdulillah, Muaz tidak lagi sembelit. najisnya lembut dan ia mempunyai rumusan khas untuk perkembangan otak bayi.

Pernah dengar produk nama EXZAMO dan salindah. Ia adalah keluaran dari syarikat yang sama. oleh kerana saya sudah cukup pengalaman manis bersama produk ini, kali ini, saya tetap memilih produk ini untuk supliment kepada anak-anak yang sedang membesar.

Faqihah, anak saya berusia 8 tahun selalu mengalami gatal hidung dan mata. selalu sahaja bersin dan hidung berair di waktu pagi.takkanlah resdung kot kecik-kecik lagi dah ada yang kena resdung ke? dia juga selalu cepat penatdan mudah terkena selsema. suka mengadu matanya panas dan berair. kadang-kadang geram juga, pelik-pelik aduannya. fikiran saya ni takut nak memikirkan penyakit berbahayani) Masa dia membaca, menonton tv dan duk saja-saja, selalu ke dapur basahkan towel kecik untuk tuam mata. (aisyehhhh.. bimbang juga) anak saya juga ada masalah sembelit. kurang air masak. budak-budakni, kena diingatkan minum air masak selalu, kalau tak, seharianpun mereka tak minum air masak.

Ank ketiga saya ASMA'. punyai masalah kurang tumpuan dalam mengaji a.k.a malas..kikiki. itu penyakit semua budak-budak,kan? memilih makanan. sayur jangan harap boleh masuk ke mulutnya. dia suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti KFC, air bikarbonat, roti canai, ayam pop corn kat pasar malam, kulit ayam( kalau saya xRAMPAS kulit ayam KFC memang itu yang dibedal dulu) nasi jarang sangat nak makan. saya amat risau akan kesan jangka panjnag habit pemakanannya kepada diri dan anak cucunya kelak.

Umar anak saya yang ke 4. juga sukar untuk makan. setakat ini minuman kegemarannya adalah tamarcocoa. alhamdulillah, ia membuatkan dia kenyang lama. tapi tak berkesudahan dengan air sahaja. badan dia perlukan kabohidrat, protien, serat dan dll. mudah dijangkiti selsema juga kerana saya letak rumah pengasuh. pernah kena penyakit kuku kaki mulut. antibodi lemah agaknya. kalau selsema, lambat sangat baiknya. 

Sekarang saya mencuba QASEH GOLD JUNIOR untuk mereka. minum setiap pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur. alhamdulillah, mereka nak minum. rasanya yang manis madu dan ada rasa buah delima, kurma dan kismis menyebabkan mereka meminta untuk minum 2 sudu. xapala. suppliment sunnah. makan banyakpun tak apa . tak ada side effect. 

selama seminggu dua ni, saya lihat Faqihah dah tak menggaru mata dan tenyeh hidung. matapun xada dengar rungutan panas dan berair. moga ia terus memberikan effect positif.

Asma' pula tiada perubahan sangat sebab dia jarang sakit kecuali selsema. Cuma dalam hati kecil saya tahu, suppliment itu menolong menyeimbangkan khasiat yang hilang dalam tubuhnya. tapi nampaknya dia makin rajin baca al-Barqi. sekarang dah sampai muka surat 61. 3 muka surat lagi akan imtihan/ ujian untuk sart baca Iqra' 6. 

Umar pula, nampaknya hingus selsema minggu lepas dah kering. minggu ni belum ada tanda tanda berhingus lagi. 

Alhamdulillah.. itu sahaja perkongsian saya tentang QASEH GOLD JUNIOR.

InsyaAllah, saya pula akan buat buku merah tak lama lagi. testimoni kata QASEH GOLD adinda elok untuk ibu mengandung @ xmengandung yang ada masalah darah rendah. saya tak nak makan lagi. nak buat buku dulu. nak tengok berapa bacaan hb saya. akan cuba, try dan test (3 sekali tepek) QASEH GOLD ADINDA tu. betul ke tidak boleh naikkan HB. Saya memang dari zaman anak dara lagi HB rendah. kalau bangun dari duduk dengan cepat, memang rasa rumah berpusing.  (kalau kat tempat kerja.. siling tempat kerjala yang rasa bepusing..ekekekekek) barang dah ada, cuma tunggu masa aja nak telan. heheheheh.

saya juga risau akan penghasilan susu untuk kandunganke 6 ini. Semasa Allah ambil baby Mohd Ibrahim tahun lepas, doktor menyarankan saya telan ubat keringkan susu sebiji sahaja. bila balik rumah, rasa macam nak bengkak susu, maka saya suruh husband belikan ubat kering susu untuk makan 2 minggu. huhuuhu, tanpa diketahui ubat itu sebenarnya akan menimbulkan kesan jangka panjang penghasilan susu untuk kelahiran berikutnya. Itupun saya tahu bila nurse datang cek. masatu pil kering susu tu dah habis saya telan. misi terkejut kenapa saya tak ikut nasihat doktor. saya cuma ikut gerak hati seorang ibu yang merasa rindu akan bayi  yang dikandung 9bulan 10 hari itu. kalau setiap hari terpaksa memerah susu dan melihat tetesan susu yang tidak dapat diminum oleh bby, alahai..taka kering air mata, kan. insyaAllah, saya kena amalkan QASEH GOLD ADINDA disamping terus kumpulkan semanagat dan keazaman untuk menyusui bayi ke6 saya ini. jika Allah izinkan , InsyaAllah. Sebenarnya milk booster ni bergantung kepada semangat, emosi dan niat si ibu semasa mengandung lagi dan the power of du'a xboleh diperkeclkan. Konsep power and supply mesti difahami. tak boleh bergantung kepada makanan atau milk boaster sahaja.

Di bawah, kawan-kawan boleh lihat antara kebaikan QASEH GOLD ya. kalau ada yang berkenan dan mahu mencuba, 

boleh hubungi saya untuk pembelian.
shafida 0192298791
pos boelh guna pos laju. sebotol +_500g. jadi boleh gunakan parcel pos laju RM6. kalau 2 botol boleh guna parcel pos laju yg rm9.
insyaAllah selamat sampai tanpa pecah. botolnya plastik dan berkotak.kita akan balut dengan bubble plastik juga.

JOM SOKONG PRODUK MUSLIM.

Harga:
QASEH GOLD JUNIOR RM60
QASEH GOLD ADINDA RM71.90
QASEH GOLD KAKANDA RM71.90

boleh klik untuk tumbesaran pembacaannya :)








UNTUK QASEH GOLD ADINDA DAN KEKANDA 













SEKIAN , TERIMA KASIH

JUMPA LAGI YA.


Tuesday, February 3, 2015

RUMAH PUN DAH MAHAL

Assalamualaikum, bersiaran sewaktu semua anak sudah tidur. diharapkan moga anak-anak jauh dan dekat akan mendapat tidur yang lena, berkualiti dan bangun semula dengan semanagt yang kuat untuk terus mencari ilmu dan menjadi seorang khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

saja, menjenguk fb dan baca sepintas lalu. terlihat  akan design rumah ini dan itu.. 




Sekarang kat kelantanpun rumah sudah naik harga.  Rumah sebegini kecilpun bernilai RM300 k. Kalau tak salah di kampung panji, Kelantan. hoohohooo.. mahalkan. kalaulah anda ada duit sebanyak itu, tolongla buat rumah dengan tukang. kalau guna tukang rumah, dengan harga RM300, boleh buat banglo yang besar dan sanagt selesa.  BOleh design sendiri nak macam mana.

kalau saya la kan..kan..kan.. tak berkenan dengan design begini. nampak macam moden tapi kepelikan yang amat sangat. tingkat ats macam tergantung aja.. dan kurus-kurus aja designnya..alahai...sangat kecil nampak rumah itu. xtahula kalau ada yang nak beli. tapi mungkin juga ada orang beli dan tambah situ sini. orang banyak duit , boleh sahaja buat macammana nak pun. kita yang tak berapa banyak fulus ni.. beginilah...begitulah, semua dipikirkan cara untuk penjimatan hebat.

Nak wat rumah sendiri dengan tukang pun rumit juga. kena ada tanah sendiri, kena ada duit sendiri untuk mula buat rumah, baru boleh wat pinjaman dengan kerajaan, itupun kalau kita kerja kerajaan. kalau kerja bukan kerajaan atau kerja kampung.. macammana pula. sebab tu sekarang makin ramai pikir senang beli yang dah siap. 

Pening kepala juga kaalu nak buat sendiri. kena selalu pergi jenguk, kena komen sana sini, jangan ikut tukang aja.bagitahu apa yang kita nak. jangan apa yang tukang nak.. kalau tak, ada pula tukang yang ambil kesempatan. biasalah tak semua manusia jujur. menipu banyak juga. yang jujurpun ada..lumrah alam, maka kena barhati-hati.

Kami yang tinggal kat gombakni, nak abeli tanah, mahal bangat. nak buat rumah sendiri, lagila tak pandai, banyak urusannya. maka pilihan yang ada, beli ajalah.. setelah berhempas pulas mencari dana pertolongan dan berjimat sana sini serta korbankan sedikit sebanyak ... dapatlah kami sebuah rumah yang kami tinggal sekarang. hutangnya ..huyooooooo.. sampai saya pencen.. 60 tahun baru habis, kalau ikut setul dengan jumlah bayaran setiap bulan. suami kata kita kena buat sesuatu supaya dapat bayar lebih dan pendekkan tempoh bayaran..

Agak2 nya sayani hidup sampai 60 ke? heheheh.. xtercapai la akal nak memikir. harapan cuma satu.. mati dalam husnul khotimah dan meninggalkan anak-anak yang soleh solehah, mendoakan kami di sana, menginggallam ilmu-ilmu yang bermanafaat dan sedekah amal jariah yang boelh menolong di akhirat kelak.

Amiiin.

coretan yang tidak ilmiah dari saya.. hehheheh
wassalam

Monday, February 2, 2015

ALHAMDULILLAH S'HUMMA ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang mematikan dan menghidupkan, yang menurunkan hujan dan menyuburkan tanah, Dia juga yang yang berkuasa menghembuskan angin kering, panas lagi membakar. Dia berkuasa menyempurnakan kejadian dan memusnahkan apa sahaja yang Dia kehendaki.


Alhamdulillah, sempena hari cuti wilayah hari ni (suamila cuti), sesudah balik dari sekolah (sek saya xcuti), ajak suami unutk ke klinik Fadzilah di pinggiran Batu Caves untuk buat first check up. saya perlu memberanikan diri kali ini. sampai bila saya harus berteka teki dan berada dalam ketakutan. 

Nasib baik doktor Fadzilah ada di klinik dan saya adalah patience nya yang last sebelum dia pulang. alhamdulillah, doktor masih mengenali saya. katanya sangat awal kalau saya pregnant lagi, tapi xapa, rezeki Allah katanya... insyaAllah.

Saya berterus terang yang saya tidak pernah buat urine test, cuma terasa macam mengandung.. doktor blurr juga bila dengar begitu, tapi sebab kita bayarkan, xadala dia nak membebel macam kat klinik kerajaan. dia paham, saya belum bersedia untuk tahu jika ada something wrong dengan status kandungan ke enam ini.

Alhamdulilllah, setelah di scan, positive saya mengandung dan yang lebih mengejutkan kandungan sudah berusia 3 bulan.. wakakakkakaka.. apalah ibunnya sendiri tidak sedar tarikh terakhir datang kotor.doktor kata alhamdulillah, nampaknya kandungan saya bebas dari anenchephaly kali ini.. alhamdulillah ya Allah. tapi doktor menasihati saya agar tetap dengan asid folic atau obimin  untuk perkembangan otak dan saraf baby. Insya Allah doktor, saya akan makan dengan tetap dan teratur.

Mengikut scan, due saya adalah 21/8/2015. Alhamdulillah, walaupun dah terpikir kena naik sekolah juga bulan 10 tu, xapalah, asaal saya bersalin dalam keadaan selamat ibu dan anak serta bby saya sihat, sempurna dan comel.. insyaAllah..

Buat kawan-kawan yang masih menunggu cahaya mata, insyaAllah, teruskan berdoa dan berusaha, InsyaAllah, Allah maha mengetahui apa yang aterbaik untuk kita.

Allah ambil anak saya yang ke 5 mungkin kerana Allah tahu, saya tidak mampu untuk menjaganya kerana iman saya tidak cukup kuat untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Allah lebih tahu saya hanya mampu untuk menahan gelora kedukaan hati selama  9 bulan 10 hari sahaja,maka ALlah kurniakan saya nikmat mengandungkan Mohd Ibrahim bin Md Zulkifli. 

Sepupu sebelah suami, mengandungkan baby dengan tiada masalah, bila bersalin, baby nya disahkan jantung berlubang. Bila umur baby menjejaki setahun. baru di buat operation, bayangkan betapa derita dan tabahnya sang ibu menjaga baby nya di samping 2 anak kecil lain, terpaksa cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk tumpukan perhatian untuk jaga bby nya. setelah di operate, alhamdulillah, berjaya, bayinya sekarang sudah sihat, namun ada berita sedih lain pula di terima, rupanya bayi nya tadi adalah sindrome down. Allahu akbar.  bila saya temui emaknya, emaknya sempat mententeramkan hati saya yang baru 40 hari kehilangan Ibrahim. katanya, Allah tahu antara kita yang mana mampu menjaga anak yang sakit dan yang mana sabar menahan sabar dengan mengandungkan bayi yang disahkan akan meninggal sebaik sahaja dilahirkan.. ya.. alhamdulillah atas semua ketentuan Allah. sahabat yang masih belum dikurniakan bayi, jangan mengeluh, jangan marahkan diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha tahu akan kekuatan dan kelemahan kita.

Minggu lepas, beberapa orang ustazah datang posting ke sekolah saya. salah seorangnya ada masalah anak sakit. Dengar cerita anaknya demam dan ada jangkitan kuman ke paru-paru, dimasukkan ke wad. selang sehari, keadaan nya kritikal, terus dimasukkan ke ICU. doktor mengesahkan kuman telah merebak ke otak ada ada nanah di otaknya. sekarang baby itu masih di ICU dan tidak sedarkan diri.. masyaAllah.. kuat betul dugaan si ibu. dan bayinya adalah seusia dengan arwah ibrahim, anak saya. 3 kisah, tiga masalah berbeza dan 3 ketentuan berlainan yang diciptakan Allah buat saya, sepupu suami dan juga ustazah berkenaan. anda juga mungkin sedang diuji ALlah, tapi dengan cara yang berbeza. moga kita tetap tabah, kuat dan redha di atas segala ujiannya. amin..

Coretan saya pada kali ini tidak bergambar ,  untuk menghormati dan  sangat memahami antara kita, ada sahabat yang masih menunggu cahaya mata, yang mungkin sedang bersedih atas ujian yang sedang diterimanya. Moga semuanya tetap tabah menghadapi ujian Allah..ingatlah hujan tidak selalu turun. ada masa ia akan berhenti jua.. Allah akan kurniakan kita pelangi di pengahkirannya.. doakanlah agar kita tetap istiqamah di jalannya dalam kesabaran.

sehingga berjumpa lagi ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails