Thursday, September 23, 2021

PINGGAN CORELLE DAN PENJUALAN SENJATA APA



Assalamualaikum,
Hari ini saya berpantang hari ke-15. Luka pembedahan saya masih lagi terasa sakit menandakan masih tidak sembuh lagi. Segala pergerakan terasa sangat lambat. Dan juga menyakit kan. Saya tidak boleh pakai bengkung kerana ia boleh menekan di tempat pembedahan. Rindo Aja lah kalau perut buncit selepas ini. Macamlah sebelum ni perut saya Kempis ha ha ha ha.

Pagi tadi saya mengupas dan membelah sebiji Apple kepada Thoriq. Thoriq ni ank ke 7 saya. Dia  sangat sukakan Apple. Salah saya juga masukkan Apple dalam pinggan Corelle. Akhirnya panggggghgg bunyi pinggan itu pecah dari tingkat atas. Saya panggil Thoriq untuk penyiasatan. ini jawapan Thoriq….




Thoriq ini memang tidak boleh berpisah dari saya. Semasa saya mengandung lagi thoriq memang tidur dengan saya di atas tuduh atas lantai. thoriq juga minum susu saya sehingga umurnya dua tahun setengah. Pada masa itu saya telah mengandung empat bulan. Pelbagai cara saya telah cuba untuk putuskan susu badan. Akhirnya alhamdulillah dengan doa daripada suami dan ahli keluarga thoriq berhenti minum susu saya.

Habis semua senjata-senjata api nya di angkut atas katil baby. Kononnya mahu buat jual-jual. Sabar ajelah ya baby bising betul dengan bunyi senjata api-senjata api abang kamu berdua ini. Nasib baiklah kamu suka tidur. Kalau tidak mahu nya Meraung satu rumah sebab terkejut dengan bunyi pistol dan senapang itu.






.

TEMPAH MAKANAN PANTANG





Kari Dada ayam, sayur sawi ( kurang garam😅)  dan ikan siakap bakar( sangat sedap, cukup garam dan dibungkus dengan daun kunyit🥰)

Ikan singgang. Mungkin bukan orang kelantan, sedikit manis tapi kurang garam. Hehe. Xapala. Saya ratah ikannya. Ikannya segar

Dada ayam goreng . Saya pun tahu apa anma masakan ini. Pedas sikit aja. Sedap

Sayur ulam raja fresh yg siap di basuh. Saya bukan penggar sayur. Tapi sebab dah dpt, alhamdulillah habis jugak suku daripada portion nya. Hehehe. Kalau masak semidir menang tiadalah sayur ni dalam menu berpantang saya😜

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Untuk pantang kali ke lapan ini, saya buat special sedikit. Memandangkan umi tidak dapat datang untuk menemani saya berpantang, saya telah mengambil pakej makanan berpantang selama 14 hari daripada Lulaysya beauty&spa. Diaorang ni sebenarny buat pakej menjaga wanita dan bby termasuklah memasak makanan untuk mereka. Tapi semasa saya bersalin haritu, perkhidmatan Ke rumah masih tidak dibenarkan. Jadi mereka hanya buat perkhidmatan memasak makanan berpantang dan menghantar ke rumah pelanggan. 

Ibu-ibu yang bakal melahirkan, jika berminat untuk mengambil pakej makanan berpantang, boleh lihat pada gambar di atas ya. Makanan yang diberikan adalah untuk makan tengah hari dan malam sahaja. Jadi penghantarannya adalah daripada 09:00 hingga 12:00 tengah hari. Kadang-kadang makanan saya sampai 10:30 pagi. Kadang-kadang ia sampai pada 12:30 tengah hari. Jadi saya dah tahu tiada set makanan sarapan jadi saya hanya minum Tamarcocoa dan makan biskut sahaja pada waktu pagi. Kadang-kadang suami yang pergi beli makanan dengan lauk ikan bakar atau ayam bakar di kedai yang berhampiran.  

Memandangkan sekarang perkhidmatan berurut dan menjaga ibu dan bayi dalam
Pantang sudah dibenarkan, bakal ibu-ibu bolehlah kiri2 harga untuk perkhidmatan mereka. Menarik semuanya. 

Bagi saya makanan yang disediakan alhamdulillah lalu dengan selera. Tukang masaknya arif bab pilihan lauk yang sesuai untuk ibu berpantang, boleh maklumkan bayi jaundice supaya tukang masak tidak memasukkan rempah ratus yang boleh memburukkan lagi jaundis bayi ya. Dan of course  dalam pakej ini akan ada menu sayur mayur untuk tambahkan susu ibu. Kalau saya sendiri yang masak, memang jangan harapla saya akan masak sayur mayur dan makan segala ulaman itu semua. Hehehe. Tapi disebabkan kita dah disediakan… maka makanla juga. Alhamdulillah.. susu saya banyak. Kuning bayi memang tak boleh nak kata apa dah, mmg semua bayi saya jaundis walaupun xmakan apa2 rempah. Redha jela kan. 

Seperti yang saya katakan, masakannya seperti masakan kampung biasa emak-emak kita masakkan. Bukan ala-ala hotel yang ada ikan salmon sos putih bagaitu ya. Hehehe.Cuma kita boleh pilih kau mahu lauk ikan sahaja atau ikan campur ayam. Kalau ikan sahaja kita kena tambah RM 5 lagi untuk sehari. setakat ini lauk yang diberi ada 3 jenis setiap hari. masakan berasaskan dada ayam, satu masakan berasaskan ikan, dan satu lagi masakan sayur sayuran.

Satu lagi, syarikat ini bercuti pada hari Ahad setiap minggu dan pada hari cuti am seperti hari Malaysia tempoh hari. Tapi tak apa hari Ahad suami kan tak kerja, suami boleh pergi beli lauk ikan atau ayam panggang di kedai tepi jalan tu. alhamdulillah ada juga varity untuk lauk berpantang saya.

Masakan daripada syarikat ini juga tidak ada MSG dan lada hitam. Kita boleh reques ya untuk tak nak lada hitam, kunyit, halia, cili dan lain-lain jika anak kita kuning atau perut tak tahan dengan makanan yang pedas sikit-sikit. 

Saya pun ada terjumpa makanan berpantang yang sangat lazat, mcm hotel2 punya. Memang harganya tak kurang daripada rm1k lah untuk beberapa  hari sahaja. Jadi saya yang rakyat maheran dengan duit mahersn memang tak mampulah untuk mengambil pakej yang sedemikian rupa jadi saya redho dan mengucap alhamdulillah atas pakej yang telah saya ambil ini. lagipun hanya 14 hari sahaja insya-Allah selepas jahit operation saya sembuh saya dah boleh masak sendiri. Saya tak mahu menyusahkan suami saya yang bekerja work from home dan lima orang anak saya yang PDPR daripada pagi sehingga 05:30 petang setiap hari.

Saturday, September 11, 2021

LAST LUNCH AT THOMSON HOSPITAL

Hai assalamualaikum, hari ini hari ketiga, dan hari terakhir untuk saya berada di sini. Terima kasih kepada semua warga hospital yang sangat peramah. Insya-Allah saya sedang menunggu keputusan bacaan darah jaundis daddy harapannya saya boleh bawa baby balik sekali hari ini.

Tengah hari ini saya makan nasi sedap. Lapar kan semuanya sedap. Lepas tu saya tengok ajar yang diberi adalah I’ll susu soya yang pekat dan suami saya minum dua teguh. Sedapnya alahai.


 Kemudian saya teringat susu soya adalah daripada kacang dan orang yang bersalin tidak digalakkan untuk makan makanan berkacang kerana ia boleh menyebabkan sakit orang angin dan bagi yang minum susu ibu akan menjadi kembung. Saya cuba Google masya-Allah nasib baik baru minum dua teguk. Ibu-ibu yang baru bersalin boleh baca di sini ya Article nya .

Makanya saya tutup semula air itu.  masih teringat lemak manis nya hehe. demi tidak sakit urat dan tidak kembung anak, saya tahan dulu tak apa lain kali boleh minum.


Kita balik harini ya adik

MALAM KE 3 di THOMSON HOSPITAL

Yup malam ketiga berada di sini. Masuk sini hari Rabu. Tidur semalaman, pagi Khamis operation bersama DR KHoo and the teams yang sangat bagus dan ceria. Baby keluar 8.50. Operation bermula 8.30. Saya menjalani Bilateral Tubal Ligation (BTL). Kalau bahasa mudahnya “ ikat peranakan”.

Alhamdulillah saya telah merasa melahirkan 8 orang anak. Dan 2 keguguran dengan kandungan yang belum menjejak ke 3 bulan. Alhamdulillah sekarang ada 7 anak yang sihat. Sorang daripadanya Allah ambil sewaktu bersalin. 2 kali czer utk ank ke 7&8 menjadikan ia mungkin sudah cukup untuk saya tidak mempunyai bayi lagi di masa hadapan. 

Jom kita lihat apa pilihan bagi yang malas untuk merancang dah. 



Thursday, September 9, 2021

LAST SPECIAL TREAT FROM MY HUSBAND TO ME BEFORE BERPANTANG LAMA



Ini kejadian berlaku tengah hari tadi sebelum suami saya balik ke rumah. Saya kata hari ini hari terakhir untuk saya makan sedap-sedap yang tak boleh makan selepas ni sebab berpantang. Abah tak nak belanja mama ke. Suami saya ketawa kecil. Katanya mama nak minum Starbucks ke. Hihi-hihi suami saya pandai baca fikiran saya. Lalu dia pun pergi ke kiosk Starbucks Untuk membeli akhir dan roti. Alhamdulillah sedap sungguh roti dan airnya.

Kalau anak-anak saya nampak ni mesti ti semua menjerit nak dan cakap tak adil kenapa beli kat mama sorang hihi-hihi gambar ni saya tak akan kongsi kepada anak-anak. Kesian mereka. Allah sebelum ni pun dah banyak kali beli dah cuma mereka minum kongsi-kongsi lah takkan lah I Starbucks nak beli seorang satu untuk enam orang botaklah kepala suami saya. Lagipun anak ni tidak boleh ajar bermewah-mewahan biar sakit sikit anak orang lain Starbucks pun tak pun tak merasa.lagi2 di zaman covidni
Terima kasih suamiku atas segala pengorbanan mu dan kasih sayang mu selama ini. Maafkan aku isteri mu yang selalu tidak bersyukur di atas segala kebaikan mu.





 Ini pula adalah gambar pagi tadi sebelum saya bertolak dari rumah untuk ke hospital Selayang lebih kurang 07:30 pagi. Dua orang bidadari saya keluar untuk menemani saya dan bersalaman setia mencium pipi saya. Biasalah anak perempuan sentimental value punya tu ada. Anak lelaki duk diam saja dalam rumah, salamlah juga tadi sebelum saya keluar. Lain kan anak perempuan dan anak lelaki. alhamdulillah Allah telah kurniakan saya empat anak lelaki Dan insya-Allah tiga anak perempuan amin moga semuanya menjadi soleh-solehah.








Nikmat mana lagi untuk ku dustakan.






Nikmat mana lagi untuk ku dustakan. Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat dan ujian yang telah Allah berikan. Kini saya berada di hospital di Damansara untuk pembelahan bersalin esok pagi pada 08:30. 

Suami saya sangat banyak berkorban dan menolong saya untuk kandungan yang terakhir ini. Oleh kerana saya mengandung dan bersalin ckup bulan kali ke lapan pada umur 40 tahun, saya mengalami banyak masalah kepenatan dan sakit urat. Saya jarang memasak. Suami tidak pernah merungut malah setiap hari dia akan membeli makanan daripada GrabFood tanpa banyak soall terima kasih abah atas segala pertolongan dan kasih sayang ini.

Terlalu banyak sekali pemberian suami sewaktu saya mengandung yang terakhir ini. Suami membelikan mama hadiah kerana mama stress. Suami juga  mengikut kehendak mama untuk cat bilik berpantang mama yang baru supaya lebih cantik( konon xnak stress masa pantang.  Dinding penuh contengan. Chaitttt) Tetapi abah bukan cat bilik aja, tp satu rumah!!!  Abah membeli sofa baru  kerana sofa lama sudah koyak teruk hanya kerana saya berjenaka kata malunya misi datang td , tgk sofa mcm kena pembedahan jantung. Tp mmg dah ada 2,3 x suami berura- ura untuk beli sofa baru. Alhamdulillah ada rezeki dari Allah utk membeli sofa baru. 

Saya sudah tidak mampu untuk kritik apa-apa lagi terhadap suami saya. Kerana kasih sayang nya terhadap saya dan segala pengorbanannya menjaga hati saya sewaktu saya mengandung. Saya merasa agak sedih kerana dengan kandungan ini saya selalu merungut kepenatan dan sakit. Saya tidak bersyukur atas pengorbanan suami saya selama ini dan tidak pernah bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya. Esok suami saya kata nak menemani saya di dalam operation room jadi suami saya perlu mengambil ujian COVID pada petang tadi. Tetapi ada salah faham sedikit jadi suami saya balik dahulu untuk ambil ujian Rapid test itu esok pagi


10:00 malam tadi baru nurse bagitahu yang saya akan masuk bilik  bedah pada 07:30 pagi dan  result Rapid test itu mengambil masa selama lebih kurang dua jam untuk keluar .suami saya sekarang on the way ke hospital dan akan tidur dalam kereta supaya 04:00 pagi esok dia boleh ambil rapid test dan Resultnya keluar cepat sebelum saya masuk ke dewan bedah. 

Saya sangat sedih kerana begitu besar pengorbanan suami saya untuk datang pada 01:00 pagi dan tidur dalam kereta khas supaya dapat menemani saya dalam dewan bedah .selama ini saya kadang-kadang  beremosi bila mengenangkan tujuh kali bersalin  sebelum ini dia tidak pernah dapat menemani saya di bilik bersalin. jadi dia mengambil peluang terakhir ini untuk berada di sisi saya esok walaupun terpaksa datang pada 01:00 pagi. Ya Allah nikmat mana lagi yang dpt aku dustakan lagi

Ya Allah selepas ini jadikanlah aku seorang isteri yang tidak lagi marah kepada suami. tidak lagi kritik suami yang tidak lagi mengingat perkara2 kelemahan suami. Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah yang selalu merendahkan suara kepada suami dan selalu membuatkan suami bahagia dan senang dan tenang hati melihat aku. jadikanlah aku seorang isteri yang solehah yaAllah sehingga ke akhir hujung nafasku amin.

Oleh kerana saya banyak penat gambar emosi ni sebab tu kandungan ini, saya tidak ada mood untuk mengambil gambar. Tetapi malam ini saya rasa sangat menyesal kerana tidak mengabdikan kenangan ini sebaik baiknya jadi saya telah mengambil beberapa keping gambar walaupun pada hakikatnya sangatlah menyesal kerana tidak ambil gambar sewaktu berada di rumah di ruang tamu dan juga di halaman rumah bersama anak2.  Orang kata Better late than never so I took some pictures in this ward. 

Alamak. Blogging dengan hp, xdapat nak tarik gambar ke bawah. Semuanya berkumpul di atas. Hehehe. Nantila balik rumah nanti saya edit semula. 






Dah tua dah. Perangai masih xsemenggah😭😓😓




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails