Saturday, May 30, 2015

Tournamet tekwando

Assalamualaikum semua.. Pagi pagi lagisemua bersiap untuk ke sekolah di damansara untuk meliht muas dan anak2 tahfiz lain Menyertai tournament tekwando yang dianjurkan oleh klopen...(lupa plk nama nya) tournament ni di buka kepada semua negeri.. peserta dari kelantan pun ada.. Memang ramai betul

Masa sampai kami mencari abg Muaz.. Dah kena masuk dan duduk dibdalam kawasan gelanggang. Payah nak keluar dah. Banyak acara dia orang masuk. Saya pun xpandai nak sebut. Rupanya acaranya sampai malam. Ustz tahfiz Terpaksa bawa.Budak budka tu balik.. Dah penant menunggu dan menonton orang lain berlawan..

Malamni adalagi perlawanan sorang. Sama sorang.. Entah apa Namanya.. Tapi hanya seorang sahaja yang sanggup tunggu.. Mak Ayahnya juga datang meneman.. Saya dah surremder... Asyik duduk aja atas kerusi.. Pinggang rasa dah nak patah.. Lenguh sana sini..Zohor kami dah balik..

Berat hati sebenarnya nak.tinggalkan mauz. Semua orwng dah lunch.. Gurunya dah sediakan makanan. Muaz dan kawan2 bekum dapat makanan.. Ustz Terpaksa parking jauh darinsekolah.. Semua makanan dalam kereta. Ustz sorang aja yang jaga mereka.. Mana larat ustz buat dan nak kawal semua kan... Kasihan anak anak itu.. Bila ustz tanya ada yang kata tak nakbmakan pula sedangkannsepanjang hari x makan nasi lagi.. Pagi tadibsarapanpun dengan seketul.roti dan air milo kotak aja.. Aduhai... Moga Allah lindungi kalian anak anak.

Balik.dari tourmanent tu suami ajak.singgah ke kenduri perkahwinan adik kepada kawannya pula.di dewan taman melati.. Makanla serba sedikit untuk mengisi perut.. Balik rumah dah pkul 3.30. Solat zhor dan terus. Kebabommm tido. Dah nak maghrib 6.30 baru bangun dan merwngkak u tuk solatvasar.. Sakit urat..pinggang rasa nak putus.. Huhuhu.

Sedikit foto masa tournament tu utk kenang kenangan sy.

Gambar muaz yg pakai baju 0428. Paling kecik Nampaknya.....



Satu benda Menarik perhatian saya.. Sudut bacaan di bawah tangga.. Kreatuf dan cantik.. Buat tempatvmacam. Bekas makanan ayam untuk masukkan buku2 dan bahannbacaan.. Tapi ada kekuarangannya juga.. Buku akan melentik.sebab tempat letaknya bentuk begitu..Tapi cantikkan...

Monday, May 25, 2015

KEMATIAN

Assalamualaikum...


Kematian itu adalah satu tazkirah...peringatan kepada yang hidup. Kawan saya seorang lecturer KUIS... Dengan 5 orng anak yang masih kecil telah kehilangan suami yang juga seorang lecturer UIAM DI Jabatan Bahasa Arab. Asbab panggilan ke kahdrat Allah hanyalah demam panas selama 3 hari yang membawa kepada jangkitan kuman ke seluruh organ dalaman.

Hiduop selama berbelas tahun bersama... Saat kematian hanya 3 hari demanndan semalaman koma.. Terus mengadap ilahi dalam keadaan tidak sedarkan diri... Bayangkan betapa banyaknya perkata dan kemaafan yang hendak disampaikan Antara keduanya jika mereka tahu merek akan berpisah.

Setiap hari kita dengan pasangan, tentunya ada bermasam muka, kata kata yang mengguris hati, perbuatan yang tersalah, salah faham dan sebagainya.. Sehinggqa menimbulkan kegeraman....Kebencian..dendam dan sebagainya.. Adakah kita akan terus dengan perasan begitu jika kita tahu bahawa 3 hari lagi pasangan kita itu akan pergi meninggalkan kita?

Ia merupakan tazkirah bagi saya.. Sungguh terkesan.. Yang meninggal itu adalah guru bahasa Arab saya ketika berada di sekolah Maahae Muhammadi Perempuan. K.b, seterusnya kami berjumpa di UIAM dan terus menuntut ilmu b.arab dengannya. Akhirnya sahabat saya menjadi isterinya... MasyaAllah.

Saya yakin sahabat saya itu seorang yang sangat kuat dan tabah...bersemangat waja sekeras besi... Kami yakin beliau mampu oerli lebih jauh lagi dalam mendidik dan menyebarkan ilmu kepada student dan juga masyarakat...ank nya juga hebat hebat belaka..

Tak dapat nak dibayangkan Bagaimana jika saya yang mendapat ujian itu.. Masyaallah... ALLAH uji dengan ank pun saya rasa sudah begitu pahit..bagimana dengna kehilangan Teman yang memberi kekuatan.. Dokongan dan keselamatan kpd saya..




Monday, May 18, 2015

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH SAYA

Alhamdulillah.. Sudah sampai rumah...penat betul harini.. Berdiri selama lebih 3 jam menyiapkan hiasan buah pengantin, deco pulut kuning dan beberapa makanan lain. Adui.. Sakit betis, tumit dan pinggang masih terasa.. Hidung pula xhabis habis lagi selsema..

Pepagi lagi semua kawan kawan Asyik berposing.. Mengalahkan artis.. Heheheh.. Lawa pula bila semuanya berpakaian royal blue dan tudung merah.. Ceria...

Banyak kategori guru yang dipertandingkan. Antaranya guru paling alim, guru paling sempoi, guru paling garang, guru paling sabar, guru paling hensome, guru paling lawa dan banyak lagi.

Sedikit foto hari guru kami ya..












Sunday, May 17, 2015

UJIAN BELI ONLINE

Assalamualaikum semua...

Pernah beli online? Ya.. Saya juga sebelumni pernah beli online. Saya juga seorang peniagal online. Terlibat dengan transfer duit dan menunggu pos laju. Malah buat pengeposan juga. Tapi pengalaman kali ini amat memeritkan..

Apa yang lebih memeritkan jumlah belian agak banyak.. Menjangkau rm400  dan berpakat dengan 2 kawan lain.  Bila dah mendahulukan duitni...tahu tahu ajala kan...Kalau kena tipu.. Duit kitala yang hangus. Tak munasabah pulak kita Tega menyuruh kawan kawan tu sama sama menanggung kerugian..

Begitulah kebaikan dan keburukan online ni.. Bila ada peniaga yang mementingkan diri dan terlalu banyak alasan hanya untuk menyembunyikan status perniagaannya.. Tak nak bagitahu tiada kedai sendiri... Tidak mahu bagitahu alamat kedai..

Dia Terlalu banyak melayan pelanggan baru sehingga menunda nunda pengeposan pelanggan yang sudah buat bayaran. Bila pelanggan bertanya katanya dah pos.. Helah bela diri supaya pelanggan tak marah, diberi dulu nombor track pos laju yang belum di pos pula. Sah sahla bila pelanggan cek, tiada dalam data. Siapa yang tak risau bila membeLi dari orang yang tidak dikenali dan no track tiada dalam data.

Bila dihubungi untuk pertanyaan pula, susah benar nak respond. Tapi bila kita belakon whatapp dgn no lain utk beli barang dia, Saat tu jugak dia respond. Takke geram aja tuuu

Setelah seminggu delay..Bila di tanya lagi katanya tak sempat nak pos semalam sebab.. Pejabat pos ramai orang.. Hahahahha..logik tak.. Kalau delaynya sehari dua tak apa.. Itupun mesti dimaklumkan juga kpd customer.ni tidak..Kalau customer xheboh bertanya...dia diam seribu bahasa. Bila dia kata dh pos.. Kita cek 2 hari lepas tu.. Masih tiada dalam data.. Risau tak.. Dengan Whatapp tak berbalas...Pm fb pun xbalas.. Kita tiada cara lain melainkan bertanya penjual di wall fb.. Bila kita keluar wall fb dia. Rupanya ramai lg yang belum terima parcel.. Hati mana xtenang....

Bila kami Duk tulis dan paksa dia... Dia marah 2 pula kata kami tuduh dia penipu.xadapun perkataan kami tulis penipu..kami kata mungkir janji aja.. Sama ke.hehehe.. Makanya.. Dia bagi sy no track baru. Katanya dia pos kali kedua Sb barang pos kali pertama haritu tidak dpt dikesan oleh pejabat pos laju.. Lucu dan mengerikan jawapan dari dia.. Kesabaran dan keyakinan sy kepada nya Makin nupis.. Senipis kulit bawang..  Sekarang dia sruh saya tunggu  barg sampai hari isnin( esok 18/5).. 

Makanya saya amat menyeru kawan kawan alam maya.. Yang hendak membeli online, sila skodeng dan stalk dlu fb dan semua komen2 di dalam fb nya. Kalau nampk ada customer bermasalah.. Pleasela.. Tak payah buat pembelian. carila penjual lain.. Berlambak lagi penjual online lain di Internet.

Berbalik kepada penjual online tadi.. Setiap komen dan tulisan kami di fb nya.. Di padam Tak smpai  1 minit.. Tahupun Takut bisness lingkup...Semua alasan Alasannya tak munasabahbdeknakal nk dipikirkan. Rasanymasalh dia  adalah menunda pemgeposan walaupun duit dah ditransfer dan barang sudah dibungkus.

Bila dah sekali mencipta alasan. A.k.a menipu memang sampai ke akhir kena menipu.. Bila dh menipuni.. Lain benar konarnya...

Saya tak rasa dia nak mkn duit haram...Cuma banyak sangat alasan Bela dirinya tu.. Memula kata bisness nya ada store.. Bila tanya nk dtg ambil sndri..katanya kedainya tak di buka utk pelanggan.. Hanya online aja.. Kita sbgai manusia..punya naluri..  Naluri baik dan  yg tak baik.. Selalunya suk zhon ni yang banyaknya..nak tahu menipu ke tak.. Sy tgh berdebar nak tunggu esok pagi..Sampai ke tidak parcel saya ni..huhuhu

Esok juga perayaan hari guru di sekolah saya. Kena masuk pertandingan mendekorate pulut kuning sbgai hantaran.. Adeh mak oii.. Kita xminat dan tiada kepakaran mahupun pengalaman bab decorateni.. Berat aja rasa.. Patutnya hari guru Hari bersuka ria..ni hari tention plk.. Xreti nak deko... Hohoho

Oklah.. Sehingga berjumpa lagi ya.. Next story sy Cuba muatkan gambar2 Menarik sepanjang sambutan hari guru kami ya..
Wassalam.

Harap beliau dh insaf dan Cuba ubah sikap dan lebih profesional dlm bisness online selepas ini.

Tuesday, May 12, 2015

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum,  bertemu kesian kalinya kita di lembaran online ini.

Kepada anda yang ingin membuat Perniagaan online, mesti terlibat dengan kaedah pengeposan barangan kan.. Di sini saya sediakan sedikit tips tips untuk anda baca dan ikuti:

1. Jujur ketika pembeli bertanya bila nak pos barang.
Jika anda rasa tak sempat untuk pos pada hari tersebut, jujurlah kepadanya. Bagi tahu hal sebenar. Ketahuilah bercakap Jujur itu amat dihargai oleh pembeli.

2. Jangan sesekali memberikan tracking number pos kepada pembeli jika anda belum dapat mengepos barang beliannya. Dikhuatiri anda akn di cop sebagai penipu kerana tracking num dah bagi tapi barang belum di pos. Pembeli  juga akan marah kerana sgt berharap yang barang sudah di pos kerana tracking num sudah di berikan kepadanya.

3. Jangan sesekali menipu pembeli dengan mengatakan barang telah di pos, sedangkan barang 3 hari selepastu baru nak pos

4. Jangan sesekali mengumpulkan barangan yg telah di beli @di bayar untuk di pos sekaligus kerana hanya untuk  mnjimatkan masa utk sekali hantar sahaja. Pembeli yang sudah membuat pembayaran mengharapkan barangan nya cepat sampai sebab itu mereka transfer duit dengan segera.. Berbanding dgn pelanggan yang bertanya dan bertanya soalan yang banyak tanpa niat nak beli segera.. Please hargai pelanggan yang cepat mebayar dan bersungguh sungguh.

5. Jika tracking num sudah di beri tapi ada aral yang tidak dpt dielakkan.. Barang tak dapat di pos pada hari tersebut.. Hubungi pelanggan dengan segera agar kepercayaan pelanggan tidak luntur terhadap kita dan mereka tidak tertunggu tunggu. Sesetengah daripada mereka Mungkin urgent atau berjanji untuk sampaikan baramg tersebut kepada orang lain juga.

Ingatlah bakal PENIAGA online semua. Perniagaan juga adalah satu ibadah. Seperti ibadah lain juga, lakukan dengan ikhlas, Jujur dan tidak berselindung. Jika kita berselindung, dengan harapan untuk mengaburi pelanggan Supaya pelanggan  tidak marah, percayalah mereka akn mempunyai syak yang lebih banyak terhadap kita ( kerana mereka tidak mengenali kita) dan Sesungguhnya ia juga seperti kita ingin berselindung dari Allah..

Mampukah kita berselindung daripada Allah. Punca kayaan itu adalah rezeki yang diberkati. Bagaimana Mungkin rezeki yang tidak diberkati Allah dan dimarahi empunya barang akan menjadikan kita jaya dan berjaya?
  

Surah AlAn'aam. Ayat 003.
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan.

Selamat memulakan bisness online dengan ikhlas dan Jujur.

RUMAH SEWA KLANG UTK DI SEWA

Assalamualaikum,  saya bersiaran di Bangi, Sri Lanai Bangi hotel budget.. Alhamdulillah,  smalam turun dr batu caves usai solat zohor ke Subang untuk msjlis kenduri kawan ofisnya. Kemudian terus ke Klang untuk melihat progres tukang baiki rumah sewa suami.

Rumah flat kos rendah,3 bilik,1bilik mandi dan 1 tandas cangkung, ada paip khas dan ruang untuk mesin basuh, dapur yang ada meja tile sederhana untuk letak dapur gas dan barang barang dapur sedikit.

Alhamdulillah, dah 95% siap. Cat dinding wrna hijau muda. lantai dan pintu  di cat warna hijau pekat.

Ada 1 kipas siling baru di ruang tamu. Dalam bilik tiada kipas tapi ada plug untuk penyewa install sendiri kipas dinding atau kipas stand. 2 bilik sederhana besar dan 1 bilik kecil yang muat katil bujang. Alhamdulillah.. Jika ada anak 3 orang.. Memang dah selesa.

Tukang dah buat saliran paip baru kerana paip lama berkarat dan air kecil katany. Tangki air juga sudah di bersihkan.  Cuma saya minta suami sruh tukang rumah tutup siling bilik mandi agar xnampak tong Tangki di atastu... Supaya pandangan lebih indah.

Ingat mlmni kami boleh buat solat hajat dan bermalam di situ, tapi tukang kata belum siap seprnuhnya lagi.. Tangki belum lagi di isi air kerana kekunciny belum di ganti.. Dulu di curi orang.. Biasala rumah tiada orang... Macam macam orang datang rembat.

Maka kami terus ke putrajaya. Nak tidur di rumah kak ipar, segan. Takut menyusahkan dia pula. Pagi pagi esok hajatnya kami nak melihat abang muaz grading tekwando tali pinggang kuning hijau.. Kalau lulus, entah tali apa pula saya pun tak arif. Hihihi.. Jadi call sana sini..  Kamipun sampai ke sni.. Hotel buget milik orang kelantan. Tanah persendirian yang dibina banyak bilik bilik hotel taraf 3 bintang.. Betul betul sebelah masjid.. Jelas dengar tazkirah pagi dan tazkirah maghrib. Ada juga maahad tahfiz untuk anak yatim miskin. Rasany milik orang yang samani juga. Baguskan..duit yang dpt dari hotel, guna untuk membangun dan menjalankan maahad tahfiz pula.. Banyakny pahala dia...

Rate sewanya mampula untuk kita,maheranni.. Saya ambil bilik yg berkatil gueen dan 1 katil single, astra,wireless,aircond, kipas dan 1 tandas yg luas& selesa. Bilikni rm95. Ada bilik 1 katil queen sahaja rm70, boleh tambah tilam tapi katany sedikit sempit..rege rm85, maka suami ambil yg 2 katil ini. Sangat sangat di recommend untuk menginap. Di depan hotel kedai makan penuh meriah. Kedai mkn ikan bakar petai, kedai makan melayu, restoran restoran mamak dan sebagainya. Makannan memang tak ada masalah.

Sepetang pula ke kompleks pusat komuniti percint 9.  hajat nak mengabiskan masa di perpustakaan. Tutup pulak dah. Maka ke sinilah kami. Budak Budak xbawa baju renang. Memang tak pernah belipun. Kalau nak masuk mandi wajibal ghunnah pakai.. Adehla.. Kena sewa plk sepasang rm5   redhakan ajala. Anakanakpum dah smapai keluar air mukut dan airmatanak masuk mandi. Dan sekepala Budak tiket masuk rm2. Bayor jangan tak Bayor.. Maka bersenang senanglah mereka dalam kolam.. Cuma  asma dan umar Terpaksa mandi  kt luarla plk.. Untuk kolam.Budak tecik kerana kolam bebayo di dalam dalam buat merrka.. Haihhhh.. Rugi rm4.  Xapala.. Maka Sy Tunggu katkolam tak berbayar diluar utk jaga umar dan asma.  Ayahnya pula kat dalam utk tgk tgkkan muaz dan Faqihah..

Oklah..akhir kata moga musafir harini mencapai tujuannya dan diberkati Allah.. Sampai ke tempat tujuan dengan selamat. Terkenang akan nasib 2 ank perempuan mangsa kemalangan myvi yang berlumpa semalam.. Yang mengorbankan ibu ayah serta bayi mereka yg berumur 6 bulan. Sungguh sedih. Semoga nasib ank yatim piatu itu terbela dan berjaya dunia akhirat..amin.

MAJLIS HARI JADI DI KEJIRANAN

Hari ini... Dapur rumah ku tak.berasap... Ada majlis hari Jadi di kawasan kejiranan kami.. Grand punya.. Ada clown,ada rumah belon yang sederhana besar,ada kambing golek 2 ekor,makan tengahari gulai kambing dan pelbagai juadah dan jajanuntuk  anak anak termasuk mashmellow dan kek coklat.

Seronok.Betul tengok ank anak ini melompat. Ada anak anak yang request nak menyanyikan lagu.. Disediakan karaoke untuk anak anak yang nak menyanyi.. Faqihah pun terliut nak nyanyi nasyid Allahu Allah nya tu..hehheehehe.. Tapi oemalu..Mana nak dan dgn mic yang direbut rebut bdk bdk lain..

Saya lepas makan terus balik rumah. Tak larat. Sakit irqt dan tekak serta selsema.... Complete semuanya..Ada satulg majlis kenduri perkahwinan.. Alahai..tak laratnya nak hadir. Petangni dh booking dengan maklong Thailand nak mengurut sikit. Sakit urat dahni.. Mybe penangan selsema juga..












Monday, May 4, 2015

Oh valantino heavy dull

Pencarian kain heavy silk dull gagal harini.. Kami ke rawang Nagoya.. Tapi tak ada yang 60 meter.. Membawa Hati yang frust terus pulang rumah...

Sungguh cepat putus Asa kannhahaha.. Balik tidurla lg bagus.. Rsanya kalau ke kl pun belum tentu dpt ditemui tu.huhuhu

Update: Alhamdulillah.. Dh berjumpa kedai online utk beli heavy silk dull ni.. Xapala mahal sikit dari kedai biasa. Tak larat nak pegi nengok2 kain di kedai..

Semeter Sy dpt rm13. Oklah kan. Kedai biasa rm8 semeter. Alhamdulillah ala kulli hal.

Misi seterusnya menunggu sampainya kain dan hantr kpd tailor..   Mcm xberapa lawa la plk jubah kembangtu.. Lagi suka patten jubah ygpotong 6pieces tu.. Lagi kemas nampak berbanding  jubah kembang payung..hurmm... Tgkla mcmner

Saturday, May 2, 2015

PENGHAFAZ QURAN TIDAK DI JAMIN MASUK SYURGA?

Assalamualaikum semua.. Berpagi pagian dengan bermalas malasan.. Kain belum dijemur.. Rumah belum.di sapu.. Saki baki pinggan cawan.belum.di kutip dan di basuh... Dapat whatpp berkenaan tajuk ini..

Moga ank ank ku tetap berjihad di Jalan ini...aminnn...

Benarkah penghafal al-Quran boleh beri syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?

Saya sering kali ditanya tentang soalan ini, untuk merungkai persoalan di atas, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:

- Hadis tentang penghafal al-Quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya diriwayatkan dengan jalan berikut:

1. Riwayat Ali bin Abi Talib:

حفص بن سليمان (2) عن كثير بن زاذان (1) عن عاصم بن ضمرة عن علي بن أبي طالب قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وعلى آله وسلّم: ((من قرأ القرآن واستظهره فأحلّ حلاله وحرّم حرامه، أدخله الله به الجنّة، وشفّعه في عشرة من أهل بيته كلّهم وجبت له النّار)).

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Qur'an kemudian mampu mengeluarkannya (menghafalnya), menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, mengharamkan semua yang al-Quran haramkan, (nescaya) Allah memasukkannya dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang dari ahli keluarganya.

Komentar terhadap hadis:
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam sunan (4/345), Imam Ahmad dalam Musnad (1/148-149), al-Ajurri dalam Kitab al-Syariah (350), Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan (1/255), dan al-Khatib dalam kitab Muwadhih al-Jama' wa al-Tafriq (2/331).

- Kecacatan hadis: 
i. Kathir bin Zazan (1):
- Beliau merupakan perawi yang tidak dikenali sepertimana yang disebut oleh Abu Hatim, Abu Zur'ah dan Ibn Ma'in . (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403)
- al-Zahabi menyatakan beliau meriwayatkan hadis munkar (terlalu lemah) dari Asim bin Dhamrah. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 3, hal. 403) Perlu diingat hadis ini adalah riwayat beliau dari Asim, maka hadis ini munkar (terlalu lemah).

ii. Hafs bin Sulaiman:
- Beliau adalah perawi yang matruk (ditinggalkan oleh ulama hadis kerana terlalu daif) walaupun beliau adalah imam dalam bidang qiraat. (Rujuk: Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 1, hal. 172)

Kesimpulan:
Hadis ini terlalu lemah dan tidak boleh dijadikan dalil dalam bab akidah (syafaat). Oleh itu Imam al-Tirmizi sendiri mendaifkan hadis ini dengan berkata:

هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وليس إسناده بصحيح و حفص بن سليمان يضعف في الحديث

Maksudnya: Hadis ini gharib, kami tidak ia diriwayatkan melainkan dgn sanad ini sahaja. Sanadnya tidak sahih kerana Hafs bin Sulaiman didaifkan dalam periwayatan hadis.

2. Riwayat Aisyah:

من تعلم القرآن أدخله الله الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته كل قد استوجب النار.

Maksudnya: Sesiapa yang mempelajari al-Qur'an maka Allah akan masukkannya ke dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang sepatutnya ke neraka.

Komentar terhadap periwayatan hadis:
i. Hadis ini riwayat Ahmad bin Muhammad bin Husain al-Saqatiy. 
- al-Khatib al-Baghadi dan Ibn Jauzi menyatakan hadis ini tidak sabit (sahih). (Rujuk: al-Ilal al-Mutanahiyah, jld. 1, hal. 114, al-Syaukani, al-Fawaid al-Majmu'ah, hal. 309)
- al-Zahabi menaqalkan pandangan bahawa Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy ini adalah pemalsu hadis dan menyandarkan hadis ini kepada ibn Ma'in. (Rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 135-136)

Kesimpulan: 
Hadis ini terlalu lemah kerana perawinya (Ahmad bin Muhammad al-Saqatiy) dituduh memalsukan hadis.

- Justeru, tidak ada satu riwayat pun yang sahih berkenaan tajuk ini. Jadi, saya menyeru supaya ustaz-ustaz berhenti menjadikan hadis ini sebagai hujah dalam ceramah kerana ia tidak sabit dari Nabi s.a.w. Ingatlah amaran baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendustakan aku secara sengaja, maka tunggulah tempatnya di neraka". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

- Tetapi tidak dinafikan terlalu banyak hadis tentang kelebihan menghafal al-Qur'an. antaranya sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca al-Quran dlm keadaan dia menghafalnya dia menghafalnya maka dia berada bersama dgn utusan mulia yang baik (malaikat), dan sesiapa yang membaca al-Qur'an dan dia mengulanginya bacaannya dan berasa susah maka dia mendapat dua pahala". (Hadis riwayat Bukhari, jld. 4, hal. 1882, no. hadis: 4653)

 Cukuplah dengan hadis yang sahih dan hasan daripada terus membaca hadis yang terlalu lemah (daif).

Rozaimi Ramle
15 Oktober 2011
Amman, Jordan.

Friday, May 1, 2015

TRICK UNTUK MENJAGA KOMISEN ALHADDAD


Assalamualaikum....


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menggalas tanggungjawab di muka bumi ini sebagai khalifahnya, di sampai men enjoykan diri dengan segala nikmat dan perkara-perkara yang diminati tanpa melanggar peraturan-peraturan yang di tetapkan-Nya..Alhamdulillah

Saya sedang mengintai2 downline dalam akaun alhaddad ni, alhamdulillah ahli downline makin berkembang.walaupun berkembang, tak semua bunganya menghasilkan madu. apa maksudnya tu..

Contohnya, saya ada 200 orang ahli.. memang nampak  berkembang ahli downline saya, namun tidak semua diantara mereka yang maintain membuat belian setiap bulan, kan....dan mungkin ada diantara ahli downline saya tu uplinenya tidak maintain, jadi komisen ahli downline di bawahnya juga tidak akan menjadi rezeki saya. apa nak buat???

haaa, di sini jawapannya. ada satu kaedah di mana kita namakan compress komisen. kita perlu membuat belian personal sebanyak rm140 belian. bila sudah mencapai belian personal sebanyak itu, tidak kan dikira lagi samada ada ahli downline yang maintain pembelian ataupun tidak. semua komisen ahli bawahan dari level 1-7 akan zrupppppp sampai kepada kita, insya-Allah dan alhamdulillah.

Itulah yang saya faham bila menghadiri kursusu separuh hari pemantapan stokis dahulu. setiap ahli yang berkeinginan nak jadi stokis perlu mempunyai syarat2 berikut.

1.perlu bermula dengan menjadi stokis mobile dahulu ya. xboleh melompat untuk menjadi stokis daerah mahupun stokis negeri..jauh sekali ingin menggantikan kerusi pengarah..(wakakka..melawak aja)

2. untuk menjadi stokis mobile, anda hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 50 downline.

3. hendaklah membuat belian stok permulaan sbgai stokis mobile dengan belian seurang2nya rm5000.

4. setelah menjadi stokis mobile, anda hendaklah maintain belian stik sebanyak 1000 sebulan.. (ah...jangan bimbanglah, rm1 K tu..kecil aja sebenarnya.. beli 3-4 kotak tamarcocoa pun dah melebihi rm1 K tau...itupun untuk jualan seminggu aja. nak bernasib baik 2,3 hari saja, daaaa licin..meranggaklah anda untuk mencari stook dari stokis negeri mahupun stokis daerah,huhuuhu

saya doakan ada pembaca dan kawan-kawan di luar sana mencuba untuk jadi stokis ini. banyak faedah yang kita akan dapat dlm bentuk komisen yang tersedia ...

Allahulaam.. moga info ini sedikit sebanyak membakar semangat tuan puan untuk masuk berkecimpung dalam perniagaan alhaddad ini..

sekian terima kasih. :)


di bawah di sertakan senarai terkini harga produk alhaddad selepas GST..hohoho..
bayarkan sedikit lebih untuk  kesejahteraan dan untuk membayar hutang negara..sekian terima kasih..


mahu dapatkan barangan dengan harga murah? nak dapatkan duit lagi bila membeli....pastikan anda mendaftarkan diri sebangai ahli alhaddadmarketing. Hubungi stokis-stokis berdekatan dengan anda hari ini.. chewahhhhhh.... iklan plkkan... hihihihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails