Showing posts with label tips peniaga online. Show all posts
Showing posts with label tips peniaga online. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum,  bertemu kesian kalinya kita di lembaran online ini.

Kepada anda yang ingin membuat Perniagaan online, mesti terlibat dengan kaedah pengeposan barangan kan.. Di sini saya sediakan sedikit tips tips untuk anda baca dan ikuti:

1. Jujur ketika pembeli bertanya bila nak pos barang.
Jika anda rasa tak sempat untuk pos pada hari tersebut, jujurlah kepadanya. Bagi tahu hal sebenar. Ketahuilah bercakap Jujur itu amat dihargai oleh pembeli.

2. Jangan sesekali memberikan tracking number pos kepada pembeli jika anda belum dapat mengepos barang beliannya. Dikhuatiri anda akn di cop sebagai penipu kerana tracking num dah bagi tapi barang belum di pos. Pembeli  juga akan marah kerana sgt berharap yang barang sudah di pos kerana tracking num sudah di berikan kepadanya.

3. Jangan sesekali menipu pembeli dengan mengatakan barang telah di pos, sedangkan barang 3 hari selepastu baru nak pos

4. Jangan sesekali mengumpulkan barangan yg telah di beli @di bayar untuk di pos sekaligus kerana hanya untuk  mnjimatkan masa utk sekali hantar sahaja. Pembeli yang sudah membuat pembayaran mengharapkan barangan nya cepat sampai sebab itu mereka transfer duit dengan segera.. Berbanding dgn pelanggan yang bertanya dan bertanya soalan yang banyak tanpa niat nak beli segera.. Please hargai pelanggan yang cepat mebayar dan bersungguh sungguh.

5. Jika tracking num sudah di beri tapi ada aral yang tidak dpt dielakkan.. Barang tak dapat di pos pada hari tersebut.. Hubungi pelanggan dengan segera agar kepercayaan pelanggan tidak luntur terhadap kita dan mereka tidak tertunggu tunggu. Sesetengah daripada mereka Mungkin urgent atau berjanji untuk sampaikan baramg tersebut kepada orang lain juga.

Ingatlah bakal PENIAGA online semua. Perniagaan juga adalah satu ibadah. Seperti ibadah lain juga, lakukan dengan ikhlas, Jujur dan tidak berselindung. Jika kita berselindung, dengan harapan untuk mengaburi pelanggan Supaya pelanggan  tidak marah, percayalah mereka akn mempunyai syak yang lebih banyak terhadap kita ( kerana mereka tidak mengenali kita) dan Sesungguhnya ia juga seperti kita ingin berselindung dari Allah..

Mampukah kita berselindung daripada Allah. Punca kayaan itu adalah rezeki yang diberkati. Bagaimana Mungkin rezeki yang tidak diberkati Allah dan dimarahi empunya barang akan menjadikan kita jaya dan berjaya?
  

Surah AlAn'aam. Ayat 003.
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan.

Selamat memulakan bisness online dengan ikhlas dan Jujur.

Thursday, February 5, 2015

JANGAN KETERLALUAN DALAM BERIKLAN

Assalamualikum,

Sekarang, business  online berkembang betul. peniaga online bercampah macam cendawan tumbuh selepas hujan, kan.

sebab ada jutaan peniaga onlinelah, maka para Peniaga online mesti menonjolkan diri .. seperti sebutir batu putih di antara jutaan batu hitam.. terang dan jelas batu putih itu walaupun dari jauh.. betul tak.

makanya, ramailah peniaga online yang cuba pelbagai cara untuk menontolkan produk yang dijual. itu semua tak salah.. memang tak salah. tapi ada sesuatu yang di sebalik tak salah itu. peniaga online hendaklah jujur semasa menaikkan iklan di internet.


Bila saya terlibat dalam bisness online ini, ada beberapa pengiklan online yang menaikkan iklannya melebihi kerasionalan aqal kita.  nak baca pun rasa ia keterlaluan.. susah nak cakapla.. takut terasa pulak rakan niaga onlinen yang lian.
kalau produk tu bukan untuk kurus.. janganlah cakap  pakai  baru seminggu, baju 10 tahun lepas dah boleh muat.. alaahi... bukan produk kuruspun.. .. apapun kemasinan atau keajaiban barang tersebut... janganla di war-warkan kekurusan yang terlampau drastik itu...naiklemas saya membaca nya.

Maaf ya kawan-kawan yang jual air garam.. sayapun jual produk ana edar garam sole tu.. cuba cerita yang boleh difahami, elak manipulasi pengguna.. kasihan tau orang lain yg betul-betu nak kurus.

Begitu juga dengan tamarcocoa. saya tak berani nak clainmia milkbooster anda. saya selalu bagitahu, boleh cuba sebagai ikhtiar.. tapi tambahkan atau pekatkan susu kerana di dalamnya ada cocoa dan kurma. cocoa kan agen penenang.. ibu2 yang nak hasilkan banayk susu semasa mengepam, kena dalam keadaan tenang, sebab tu dicadangkan masa mengepam, cuba banyangkan bayi anda, kalau ada gambar lagi bagus, tatap gambar bayi anda.. fokuskan kepada bayi. insyaAllah, susu akan terasa keluar memancut. lupa dah apa istih
lahnya.. dah lama tinggalkan pasal penyusuanni.

Jangan lupa juga kepada konsep demand and supplybuat ibu-ibu yang menyusukan baby. kalau baby kurang hisap, breast akan assume bayi hanya perlukan sebanyak hisapan itu sahaja. maka beberapa hari lepas itu, breast akan kurangkan jumlah pengeluaran susu. ibu msti cuba untuk erikan bayi sekerap mungkin susu  badannya.. direct BF untuk merangsang penghasilan susu anda. kalau bayi tak nak hisap, boleh cuba power pumping.. boleh google ya. saya xsempat nk  cerita di sini. 

Apapun all the best kepada semua peniaga online seperti saya. moga rezeki kita bertambah dalam keberkatan, insyaAllah.. ingatlah apapun usaha kita, ia akan kembali kepada kita semula. elok usaha , eloklah buahnya. begitu juga sebaliknya.

caw cin caw.. saya nak ambil faqihah dan asma dari sekolah. 

tq kerana sudi membaca.
maaf atas segala yang terasa



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails