Wednesday, June 24, 2026

SENTIASA BERLAKU vs SEPATUTNYA BERLAKU

Realitinya inilah yang berlaku. 
Isteri
Nak marah? Mungkin
Kerana suami tidak menolong. 

Suami nak dilayan? 
Penuhi dahulu tangki emosi isterimu
Hapuskan dulu lelah penatnya
Beli dulu jiwanya
Tidak perlu emas permata
Cukup menolongnya dengan membereskan 1,2  kerja yang selalu menjadi rutinnya. 
Nescaya isterimu akan lebih manja, memenuhi permintaan dan melayanimu persis sang raja.  

Tetapi hanya beberapa orang sahaja yang sedar,
Hanya tahu menyalahi tanpa faham yang sebenar,
Jiwa isterimu kosong, tangki emosinya lopong, 
Kerana yang suami faham tanggungjawabnya hanya penyediaan tempat tinggal, makanan yang cukup, baju persalinan 2x setahun, travel sekali setahun dan makan diluar sekali sekala. 
Kerana suami dambakan layanan kalau boleh 5x seminggu. Berapa banyak kau rawat emosi isterimu adakah 5 kali seminggu, atau sekali sebulan atau tidak pernah??

Tuesday, June 23, 2026

KINI ANAK-ANAKKU DAH BESAR.



Tak percayakan saya kembali ke blogspot ini setelah beberapa tahun. Kat sini tiada yang melihat. Sekurang-kurangnya buat masa ini.  Kita generasi 80an, suka tulis panjang-0panjang. Bukan untuk dibaca sangat, tapi lebih kepada untuk meluahkan rasa. 

Bercakap dengan orang, 
Mungkin tidak dipandang,
Dipandang, tapi mungkin tidak didengar,
Didengar tapi mungkin tidak difahami
difahami mungkin, namun apakah mereka menjiwai dan nak tolong kita? 

Jadi buat apa kita bercerita kepada mereka yang tiada usahapun untuk memberi pertolongan. Hanya kepasa Allah kita mengadu dan memohon pertolongan. 

Jadi dengan berumur 45 tahun tahunni, alhamdulillah. Sudah menua dengan 30% rambut saya sudah beruban, kulit juga 40% sudah mengendur dan melayut. Wakakakakakakak. Ada 4 ketul
Lagi di rumah yang perlu saya rotan, tarik rambut malahan dirotan untuk
Belajar dan mengaji. 

Ditambahndengan permainan setan zaman moden yang merosakkan generasi kita, membuang masa mereka dengan ketagihan roblox, tiktok, short story dari tiktok dan youtube. Sudahnya saya berperang dengan setan yang tak nampak dalam diri, kepenatan, setan yang mengganggu anak-anak dengan keseronokan roblox, tiktok melaghokan anak remaja yang akan balik
dari asrama. 

Makandengan ini saya mempersembahkan 4 ketul yang masih ada di rumah ini. 
Si bongsu Faqihah-5 tahun

Sebelum yang bongsu- Thoriq-8 tahun
   
Sebelum sinGhoriq- Anas 11 tahun


Sebelum Anas dan sebelum abang Anas yg meninggal dulu. Umar-15 tahun disleksia. sekarang kat PPIK. Tapi minggu depan cikgu akan masukkan dia ke kelas perdana inklusif. Belajar 5 subjek sahaja. 

Kawan-kawan tolong doakan saya kuat untuk mendorong anak-anakni bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka. 

Dan saya yang berumur 45 tahun. Doakan saya sihat walafiat, 
dijauhi penyakit 3 serangkai dan penyakit2 yang merbahaya. Aaminnn. 

Soek makin tebal dan makin lebar sebab dah rabun jauh dekat. Sang suami dah buat lasik. Tak apala dia ada fulusssss. Kita belum ada wakaupun rm5K. Paling murah rawatan utk tidak mau pakai cermin mata rm5K. Yg paking mahal setakat ninkat Prof Muhaya RM15k. Itu 5 saat je buat. Terus cerah mata.  Xperlu hadap sakit@ kepedihan langsung. terus kena pakai spek mata gelapje dlm 2 minggu. 

Mungkin saya pakai spek lagi hingga penghujung 2027. Ujg tahun tu kalau cukup duit saya buat lasik yg RM5K tu. Kena hadap sakit jugalakan dan mc dr kerja. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails