Saturday, June 28, 2014

ADUHAI.....

Hari ini dah masuk hari ke 5 saya berpantang.. ramai rakan sekolah.. rakan suami yang datang bertandang.pagi tadi ummi dah balik kampung. Sedih rasanya bila dia tiada . 
Mana suami sayani.. entah ke masjid kot.. cepatla abg.. saya nak makan nasi sebelumtu saya nak barut perutni.. limautu belum di hancurkan dengan kapur..

Mohd ibrahim..apa khabar dirimu  di sana nak.. maafkan mama.. teringat wajahmu nan membiru kerana lemas.maafkan mama kerana tak terfikir untuk suruh abah berhentikan kereta dan tolong mama melahirkanmu.. semoga wajahmu sehensome nabi Allah yusuf... rindu untuk pegang kaki dan tanganmu nakk.....



Maaf jika foto foto di bawah membuatkan rakan rakan terganggu. Saya nak simpan di sini. Tkt kena gan ini hilang jika dlm hp sahaja.  Tutup mata ek.  Ini uri mohd ibrahim.

Di sinilah mohd ibrahim membesar.  Menendang.  Makan. Minum dan bergumbira.  Abah basuh dan tanam di tepi rumah kita nakkk.

Abah ambil kain perca langsir rumah kita nakkk. Hehh


Abah letak bunga raya nak.  Kalau pokok itu hidup. Adalah tanda kenanagn kami denganmu.  Besarlah pokok bunga raya. Ku bajai dengan kasih sayangku sekeluarga. Moga anakku bahagia di sana urinya di sisi kami buat memori sebagai tanda mama pernah bersamamu nak selama 9 purnama.  Sedih. Hiba. Tangisan dan senyuman bahagia.  Moga bertemu kembali di jannah.  

Friday, June 27, 2014

SEMUA DAH SELAMAT

Assalamualaikum semua...

Akhirnya semuanya sudah selamat.. bayi saya sudah dipanggil Allah ke sana.. ni hari ke tiga saya bersalin.. ya... saya bersalin awal sikit dari due.. 38minggu.. due sebenar 5/7... alhamdulillah.... dipermudahkan Allah segalanya... majlis  pengkebumian..mandi dan kafankan sangat mudah...

Bayi lelaki seberat 2.66kg dilahirkan secara normal serentak dengan azan asar 24/6. Masa lahir Allah terus panggil.. masa keluar memang dia tak der bunyi.. saya agak Allah dah panggil balik.. 10minit kemudian doktor datang tunjukkan jenazahnya... mungkin masa duk push keluartu Allah ambil kot sebab masa sakit perut tu memang dia gerak lagi.....segala puji bagi Allah.. Allah tahu yang terbaik buat saya.. kalaulah dilahirkan hidup dan saya mendengar tangisan.. gerakan dan pernafasannya yang  tak teratur..mungkin air mata saya akn tumpah lebat.. dan mungkin memori saya dengannya juga banyak.. dan kematiannya selepas itu memberikan kesedihan mendalam buat saya... menari nari  diruang memori saya nanti.. sebab tu Allah terus ambil sebaik bayi keluar... agar tiada memori diantara kami.. jenazahnyapun saya xsempat pegang.. ralat juga kerana tidak dpt menyentuh kaki dan tangannya yang comel putih gebu...

Saya perhatikan... bayi saya berisi.. munggil. Putih kuning... ya kepalanya seperi yang sedia maklum... tiada tempurung kepala..tapi tidaklah menakutkan seperti yang saya khayalkan sebelum ini.. dari dahi hingga ke belakang tiada tempurung.. tetapi otaknya masih ada... hanya itu sahaja kecacatannya.. tubuh badan yang lain..masyaAllah...lengkap dan sangat comel...jarinya panjang2...kakinya juga panjang.. umi kata bdkni tinggi... wajahnya sebijik macam umar tp lebih putih.. yang paling saya tak boleh lupa.. birdnya yang kecil macam paruh burung dan telurnya yang sejemput... teringat doktor perempuan ketika scan 5 bln .. baby girl... dan makluman doktor masa scan 8 bln.. its a boy.. tgk burungnya yg kecil tu.. masa doktor tunjuk jenazahnya.. mata saya terus ke birdnya..alahai anak mama.. kamu begitu sempurna.. hanya sedikit sahaja kekurangan di kepalamu..tidak sedikitpun mencacatkan kecomelanmu nakkk...... 

30 minit selepas itu jenazahnya terus diserahkan kepada umi dan di bawa ke masjid sungai tua baharu untuk dimandi dan dikafankan... terus penggalian liang lahad siap..liang untuk bayi tak dalam.. sedalam paha orang dewasa aja.selepas azan isyak..terus solat jenazah dan terus ke tanah perkuburan... alhamdulillah.Allah melancarkan jalan untuk hambanya yang tiada dosa ini... di perkuburan ada pula hamba Allah yang  sedekahkan nasi untuk hadiran yang datang.... terima kasih wahai tuan budiman..moga Allah merahmati kamu dunia akhirat.

Suami saya menyertai mandi..kafan dan dia sendiri turun ke liang lahad untuk membaringkan jenazah ank lelakinya ke sana..menghadap kiblat...dia juga yang membasuhkan tembuni bayi... terima kasih suamiku kerana kuat untukku...

Masih teringat saya akan wajah dan tubuh putih kuningnya.. anakku.. mama lihatmu sangat ciut.. langsung tiada apa yang tidak kena dgnmu... maafkan mama atas kesedihan mama sepanjang mengandungkanmu.. mama harap kamu tidak mendengar segla jeritan kesedihan dalam hati mama walaupun kamu lah insan yg paling rapat dengan hati mama di alam rahim sana.. sehingga kita berjumpa lagi wahai anakku... bermainlah di taman syurga ...bergembiralah bersama bidadari dan rakan rakan mu yang lain... di bawah jagaan nabi ibrahim Alaihissalam.... sehingga mama dan abah ke sana menemuimu anakku.. sehingga itu..mama tetap menyayangimu walaupun kita di dunia yang berbeza.... assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh wahai ankku...

Maaf.. tiada gambar kenangan wajah bayi istimewa kami... kerana abahnya gugup dan kalut dengan situasi itu sehingga lupa untuk snap walaupun sekeping.. tapi gambar dari orang lain keadaan di majlis pemakaman ada... nanti saya pastekan kat sini.. ralat juga saya bila tiada gambarmu nak.. xapalah.. Allah maha tahu.. mungkin itu juga satu hikmah.. agar saya tidak terus mengingati dan menatap gambarmu nak...terima kasih Allah atas segala dugaan.. ujian.. rahmat dan kasih sayangMu kepada aku dan keluargaku.






Wednesday, June 18, 2014

Air mata kenapa xmahu berhenti!!!!!

Assalamualaikum kawan kawan... pernah baca post saya berkenaan Mas Rahayu dlu.. di sini dan di sinun.. ya... alahmdulillah, sekarang beliau juga sedangn berbadan dua dan ini adalah peluang terakhirnya untuk mendapatkan baby memandamgkan  sudah 3 kali beliau menjalani operation untuk bersalin..dan yang ke empat nie..insyaAllah juga akan memalui pembedahan... dan baby ke empat ini juga adalah boboy... syukur ya Allah... moga baby ini sihat dan menjadi rezeki buat kak mas rahayu dan suami. 

Tengahari tadi kak mas rahayu  menghantar msg ke whatapp saya.. bertanyakan tentang individu yang akan kematian bayi masa lahir nnti.. dia merasakan bayi itu adalah bayi saya...saya tersentap.. perlukah saya berterus terang dengannya.. saya risau emosinya akan terganggu nanti.. sekarang ini.pun kak mas sudah tertekan dan fobia membawa kandungannya yang sudah menjangkau 6 bulan .... anak lelaki ke 3 nya dlu dilahirkan tak cukup bulan... dia bimbang jika ia berlaku lagi.. saya tidak sanggup melihat kak mas rahayu terganggu dan memberi kesan kepada kandungannya.. smbil membalas  whatapp nya.. air mata saya bercucuran.. antara  menahan kesedihan di dalam.hati dan juga xsanggup meluahkan kepadanya....maafkan saya k.mas... biarlah saya menanggungnya sendiri.. bila sampai masanya nanti kak mas  rahayu akan tahu sendiri.. pada masatu kandungan akak dah menjangkau 7 bulan.. moga  baby kak ayu sihat walafiat.. doakan saya tabah..sabar dan redha menghadapi ujian Allah ini..

Sedih ini terbawa2 sampai ke magrib pula... penantnya nak menyapu air mata ini.. alahai..kenapala air matani xnak.kering...

Semalam suami mengajak saya  membuat scan 3d... adeh..saya bimbang kalau kalau saya tidak.dapat control emosi semasa doktor tengah buat scan tu.. malu pula menanges  nanti.. bukan itu aja.. kalau dh mula keluar air mata...payah saya nak.berenti...nanti teringat inagt dan terbawabawa samapi dua tiga hari.. penat saya menelan sebaknya nanti..apa pendapat kawan kawan... elok tak kalau saya melakukan scan 3d tu.. bleh masuk dlm cd.. buat kenangan.. masa lahir nanti kelam.kabut...mesti xsempat nak ambil.gambar.. lagipun rasanya kurang manis mengambil.gambar jenazah... ...bukankah elok kalau ada kenangan... sekurang kurangnya saya mampu menatap.wajahnya walaupun tuan empunya sudah di syurga sana.. adeh...keluarlg air mata... penatnyaaaa

Monday, June 16, 2014

3 MINGGU LAGI




Assalamualaikum,
apa khabar rakan maya saya sekalian. harap semuanya sihat dan gumbira di samping keluarga tercinta. di saat kita bergembira dan bahagia, ingatlah ada rakan kita di luar sana yang sedang mengalirkan air mata.. aisehhhh..... nak minta simpati pulak ye... saya terkenangkan seorang bogger juga berstatus seorang ibu yang setiap hari menangisi nasib ank perempuannya seorang doktor yang koma ketika proses melahirkan ank keduanya. kini hanya terbaring di atas katil seperti mayat bernyawa..sungguh pilu. ada isteri yang kematian suami dengan meninggalkan 4 orang anak yang masih di sekolah rendah dan salah seorang anaknya autism...beratnya dugaan si ibu...

kami baru pulang dari kampung sabtu 2 hari yang lepas. pulangpun sebentar sahaja kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara suami disamping ingin berjumpa mak dan ayah mertua yang sedang uzur. selama 2,3 hari itu juga saya kuat berfikir tentang tempat berpantang unutk kali ini. akhirnya saya membuat keputusan untuk berpantang di selangor saja dan bersalin di hospital selayang. setelah keputusan itu dibuat, saya mula merisik khabar prosedur untuk menuruskan jenazah serta kos kos nya.. rupanya mahal juga unutk urusan kematian nikan. memang mencecah dan melebihi rm1k juga. saya terbayangkan bagaimana orang yang susah dan tiada simpanan di bank sebanyak itu untuk urusan kematian, memang agak membebanka. patutla di hari kematian tabung duit sentiasa ada.. rupanya untuk belanja urusan pemakaman latu. tp tengoklah juga, kalau yang matitu kaya raya, bini pun dua, projek beratus ribu, rasanya tak payahla nak l;etak botol kan.... xpasal-pasal orang susah nak menziarahi si matipun susah hati..huhuhhuhuhuhu. adalah kisahnya dulutu...tapi tak mahulah saya mengaibkan sesiapa di sini..cukuplah jadikan pengajaran.

ok, saya ceritakan bab servey untuk persediaan kematian. bolehlah kita berkira-kira untuk membuat persediaan diri sendiri, jangan pula membebankan anak isteri nanti. elok juga kalau  masuk khairat kematian di kampung atau kawasan kita menetap tu.. tak adalah anak isteri garu kepala mana nak cekau duit untuk uruskan kematian kita kan.

kalau nak mandikan jenazah di hospital dan dikafankan di sana, kita kena berurusan dengan majlis agama islam. di setiap hospital, ada satu pejabat khas majlis agama islam untuk menguruskan jenazah yang tidak dituntut atau pesakit aids. tapi  mereka juga boleh uruskan  jenazah biasa kalau ada permintaan daripada pihak keluarga yang sukar untuk melakukannya di rumah. 

di hospital


  • mandi dan kafankan +- rm700
  • bawa ke masjid untuk di solatkan + sediakan nasi bungkus untuk jemaah yang solatkan jenazah
  • upah ustaz yang mengimamkan solat dan segala-gala di kubur +-rm100
  • upah gali liang lahad +-rm100 
Jumlah  anggaran= +-rm1200

kalau nak mandikan dan kafankan di masjid, saya belumlagi bertanyakan kepada orang yang arif bab tu, insyaAllah nanti saya minta suami call. ikutkan hati, mahu sahaja saya sendiri yang call abang Aziz yang uruskan liang lahad tu tapi rasanya tak manis pula... baik suami saya yang call. lagipun bila bertanya tanyakan hal ini, masuk bilik , saya akan menangis sendiri.. alahai hati, kenapalah engau sungguh lemah.. sudah  lelahkah  bersabar ????  sudah 6 bulan lebih bersabar, cekalkanlah hatimu,  telanlah  sendumu... hanya 3 minggu lagi rahimmu mengandungkannya....

saya berpesan kepada suami agar kali ini, biarkah dia sendiri yang uruskan uri ank kecil kami ni sehingga di tanam...setelah 4 orang anak , dia tak perah tengokpun rupa uri itu..apa lagi menemani saya yang sedang kesakitan untuk melahirkan....mungkin kali ini abg berpeluang menemani saya keika sakit dan sempat menjadi orang tukang azan untuk si kecil..juga buat kali pertama..amin









Tuesday, June 3, 2014

AIR MATA SEDIH ATAU GEMBIRA

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI DUNIA INI.. GURUYANG MAKAN GAJI ATAU GURU YANG TIDAK MAKAN GAJI A.K.A IBU2 SELURUH DUNIA.

hari ini sekolah saya mengadakan hari guru... buat 1 sesi lagi..sangat meriah.. sebelumni sudah beberapa tahun kami tidak berkumpul bersama guru sesi pagi dan petang..semuanya gara-gara ikut MRI la sangat....tahun ini sanagt happening

Pagi ts juga umi call... bagitahu kaklong saya sudah melahirkan  bayi lelaki nya pkul1 pagi mlm td di hospital Zainab Kota Baharu.Alhamdulillah, kali ini Allah bagi kaklong untuk bersalin dengan mudah..tak berjahitpun dan sakitpun tak lama.. alhamdulillah atas rezeki Allah...

Selepas umi letak talifon.... air mata saya mula.mengalir.. saya pun konfius kenapa saya menangis.. sepatutnya saya sangat gembira kerana kali ini kaklong tidak sakit lama dan dipermudahkan  kelahiran bayinya.. tidak seperti sebelum sebelumnya... mungkin sudah banyak dugaan Allah berikan kepadanya... ujian kelahiran ini Allah mudahkan kaklong..

Saya teringatkan bayi dalam perut ini.. senangkah saya melahirkannya nanti dengan kondisi kepala yang taklengkap dan tajam..bagaimana kalau rahim saya betul2 koyak atau terpaksa di buang...nampaknya inilah bayi bongsu dan penutup nya....

Bagaimana saya mampu untuk menghadapi dan memangku bayi kaklong balik cuti nanti sedangkan bayi dakam perut ini tiada peluang untuk hidup... perlukah saya meminjam barangan bayi kaklong memandangkan bayi saya tidak mampu hidup lama....semua persoalan itu melebatkan lagi air mata saya...

Saya call suami..tidak memena mena.. tangisan saya makin laju sehingga saya tersedu sedu tidak boleh bercakap..suami saya panic sebentar bila dengar suara saya tersedu sedan memikirkan apalah yang sedang berlaku.. huhuhuhu..... selepas reda..saya memberitahu berita gembira itu kepadanya... tapi lepastu..air mata saya mengalir lagi...

Bila dah menangistu.. bengkakla muka..hidung dan mulut.. segan mahu ke tapak perhimpunan sekolah..semua guru lain sedang bersedia umtuk buat persembahan... saya membawa diri ke makmal komputer untuk meredakan kebengkakan mata dan kesan kesan menangis..burukkan muka saya..hahahah

Saya bersyukur kerana kaklong sudah selamat melahirkan bayi dan diberi kemudahan kali ini.. dan saya juga bersedih mengingatkan bayi sendiri....moga Allah juga berikan kemudahan kepada saya untuk melahirkan bayi istimewa ini dengan mudah Dan selamat . 





Sunday, June 1, 2014

IBU MENGANDUNG SEKSI???

Assalamualaikum,

Orang yang mengandung ni seksi?????

Sebenarnya siapa dan kenapa ibu mengandung di anggap seksi??? 

Suka lah yea bila ibu mengandung dengar orang kata orang mengandungtu seksi????? Sesungguhnya hatimu salah tempat wahai teman.... seksi itu akibatnya seksa di sinun... tidak bokeh salahkan sesiapa bila orang memandang ibu mengandung tu seksi... kerana dengan perut yang memboyot ke depan, sudah tentu bontot akan menjongkit ke belakang dan membesar bagai buah nangka yang mengembang kan.payu dara juga membesar. kulit orang mengandung juga makin mulus.. cerah  putih bersinar kerana hormon estrogen yang dirembeskan dan juga kerana berat bertambah... sebab itu orang kata ibu mengandung itu berseri seri....

Tetapi ingatlah wahai teman, untuk tidak meramgkul gelaran itu di luar rumah dan mengumpul dosa2 yqng memungkinkan kita susah nak.bersalin nanti... jagalah pemakaian kita... kebanyakan pakaian menganeung yang di jual sekarang tangannya senteng...bukankah aurat wanita itu dr pergelangan tangan ke atas dan seluruh tubuh.. maka ketika membeli baju mengandung..kita kena make sure lengannya menutup dan dan sampai ke pergelangan tangan.... kalau nk pakai stongan pun xapa utk menutup yang terdedah...selain itu jaga2.. walaupun baju tu labuh..kekadang 
Kain depannya mnjongkit dan menampakkan atas dari buku lali.. bila berjalan.. aurat kita nampak. Sila pakai seluar panjang atau kain di dalamnya... panas ??? Sikit ajer.. tak sepanas di sana dan bila xder dosa.. mudah beranak bukan...

Bila saya ke hospital..ramai ibu2 mengandung yang Muslim... waduh.. sendat pakaiannya... teman teman.. walaupun perut dah memboyot besar... carilah baju yang xsendat dengan perut... kalau nak pakai seluar.. make sure naju tu melepasi bontot... tp banyak yang pakai macam orang cina.. cina pun ada yang pakai longgar.. bajunya bawah bontot... terbalik sungguh.... kita nak beranak.. kumpul pahala bebanyak.. agar mudah bersalin..ni auratpun dah dapat dosa free.... seksinya melebih2 dr orang cina pulak... please ye teman teman... moga kita dapat rezeki melahirkan bayi dengan mudah... normal dan cepat bersalin.. xnak sakit lelama... huhuhu...

Maaf jika post ini mengundang sakit hati ibu ibu mengandung sekalian.....yang elok jadikan nasihat.. yg buruk jadikan sempadan...
   قال الحق ولو كان مر -    berkata benar sekalipun pahit

Wassalam 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails