Isteri
Nak marah? Mungkin
Kerana suami tidak menolong.
Suami nak dilayan?
Penuhi dahulu tangki emosi isterimu
Hapuskan dulu lelah penatnya
Beli dulu jiwanya
Tidak perlu emas permata
Cukup menolongnya dengan membereskan 1,2 kerja yang selalu menjadi rutinnya.
Nescaya isterimu akan lebih manja, memenuhi permintaan dan melayanimu persis sang raja.
Tetapi hanya beberapa orang sahaja yang sedar,
Hanya tahu menyalahi tanpa faham yang sebenar,
Jiwa isterimu kosong, tangki emosinya lopong,
Kerana yang suami faham tanggungjawabnya hanya penyediaan tempat tinggal, makanan yang cukup, baju persalinan 2x setahun, travel sekali setahun dan makan diluar sekali sekala.
Kerana suami dambakan layanan kalau boleh 5x seminggu. Berapa banyak kau rawat emosi isterimu adakah 5 kali seminggu, atau sekali sebulan atau tidak pernah??
No comments:
Post a Comment