Tuesday, May 12, 2015

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum,  bertemu kesian kalinya kita di lembaran online ini.

Kepada anda yang ingin membuat Perniagaan online, mesti terlibat dengan kaedah pengeposan barangan kan.. Di sini saya sediakan sedikit tips tips untuk anda baca dan ikuti:

1. Jujur ketika pembeli bertanya bila nak pos barang.
Jika anda rasa tak sempat untuk pos pada hari tersebut, jujurlah kepadanya. Bagi tahu hal sebenar. Ketahuilah bercakap Jujur itu amat dihargai oleh pembeli.

2. Jangan sesekali memberikan tracking number pos kepada pembeli jika anda belum dapat mengepos barang beliannya. Dikhuatiri anda akn di cop sebagai penipu kerana tracking num dah bagi tapi barang belum di pos. Pembeli  juga akan marah kerana sgt berharap yang barang sudah di pos kerana tracking num sudah di berikan kepadanya.

3. Jangan sesekali menipu pembeli dengan mengatakan barang telah di pos, sedangkan barang 3 hari selepastu baru nak pos

4. Jangan sesekali mengumpulkan barangan yg telah di beli @di bayar untuk di pos sekaligus kerana hanya untuk  mnjimatkan masa utk sekali hantar sahaja. Pembeli yang sudah membuat pembayaran mengharapkan barangan nya cepat sampai sebab itu mereka transfer duit dengan segera.. Berbanding dgn pelanggan yang bertanya dan bertanya soalan yang banyak tanpa niat nak beli segera.. Please hargai pelanggan yang cepat mebayar dan bersungguh sungguh.

5. Jika tracking num sudah di beri tapi ada aral yang tidak dpt dielakkan.. Barang tak dapat di pos pada hari tersebut.. Hubungi pelanggan dengan segera agar kepercayaan pelanggan tidak luntur terhadap kita dan mereka tidak tertunggu tunggu. Sesetengah daripada mereka Mungkin urgent atau berjanji untuk sampaikan baramg tersebut kepada orang lain juga.

Ingatlah bakal PENIAGA online semua. Perniagaan juga adalah satu ibadah. Seperti ibadah lain juga, lakukan dengan ikhlas, Jujur dan tidak berselindung. Jika kita berselindung, dengan harapan untuk mengaburi pelanggan Supaya pelanggan  tidak marah, percayalah mereka akn mempunyai syak yang lebih banyak terhadap kita ( kerana mereka tidak mengenali kita) dan Sesungguhnya ia juga seperti kita ingin berselindung dari Allah..

Mampukah kita berselindung daripada Allah. Punca kayaan itu adalah rezeki yang diberkati. Bagaimana Mungkin rezeki yang tidak diberkati Allah dan dimarahi empunya barang akan menjadikan kita jaya dan berjaya?
  

Surah AlAn'aam. Ayat 003.
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan.

Selamat memulakan bisness online dengan ikhlas dan Jujur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails