Thursday, September 23, 2021

PINGGAN CORELLE DAN PENJUALAN SENJATA API



Assalamualaikum,
Hari ini saya berpantang hari ke-15. Luka pembedahan saya masih lagi terasa sakit menandakan masih tidak sembuh lagi. Segala pergerakan terasa sangat lambat. Dan juga menyakit kan. Saya tidak boleh pakai bengkung kerana ia boleh menekan di tempat pembedahan. Redo Aja lah kalau perut buncit selepas ini. Macamlah sebelum ni perut saya Kempis ha ha ha ha.

Pagi tadi saya mengupas dan membelah sebiji Apple kepada Thoriq. Thoriq ni ank ke 7 saya. Dia  sangat sukakan Apple.  saya  masukkan Apple dalam pinggan Corelle. Akhirnya panggggghgg bunyi pinggan itu pecah dari tingkat atas. Saya panggil Thoriq untuk penyiasatan. ini jawapan Thoriq….




Thoriq ini memang tidak boleh berpisah dari saya. Semasa saya mengandung lagi thoriq memang tidur dengan saya di atas toto atas lantai bawah katil sampailah sebelum saya bersalin.  Pelbagai cara saya telah cuba untuk putuskan susu badan. Akhirnya alhamdulillah dengan doa daripada suami dan ahli keluarga thoriq berhenti minum susu saya semassa saya mengandung 5 bulan.

Habis semua senjata-senjata api nya di angkut atas katil baby. Kononnya mahu buat jual-jual. Sabar ajelah ya baby bising betul dengan bunyi senjata api-senjata api abang kamu berdua ini. Nasib baiklah kamu suka tidur. Kalau tidak mahu nya Meraung satu rumah sebab terkejut dengan bunyi pistol dan senapang itu.






.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails