Saturday, December 17, 2011

sjenis sakit perut dikalangan bayi:sarat (kelantan)

pernah dengar penyakit " sarat "?

mungkin orang di negeri kelantan sahaja memanggilnya begitu.di negeri lain panggilan berbeza di gunakan.


tanda2:

1. perut bayi bunyi melepuh-lepuh mcm ada buih.


2. najis bayi bewarna kuning dan bentuknya bertali-tali atau berkuntum atau berbuih-buih bercampur air jernih.


3. bayi menangis kerana kembung atau sakit perut.


ki orang kampung tidak akan berjumpa doktor untuk merawat "sarat" ini.


1. kami akn mencari bidan kampung untuk mengurut perut bayi.bidan ini memang khas untuk mengurut penyakit "sarat" bayi.


2. beli ubat sarat di toko cina yang telah dipercayai sejak lama dahulu.pelbagai jenis ubat yang dijual untuk penyakit ini.


ada ubat dalam bentuk debu, pekat macam dodol atau cecair. tp selalunya kami beli ubat debu sahaja.


ubat debu ini caranya dengan mencampurkannya ke dalam air susu (botol) dan diberi kepada bayi. xkan beri pada bapak pulakn. heheheh. beri biar cukup 3x sehari, baru berkesan.


ada juga ibu yang nak senang, tera lumurkan kat puting susunya dan terus bari baby hisap susu badan.ada juga yang mencampurkan serbuk ubat itu dengan air kemudian lumurkan ke dalam mulu bayi, kemudian terus bagi bayi hisap susu. Namun kedua-dua cara ini ada kesan yang tak elok kepada bayi.oleh kerana serbuk itu panas, ia boleh menyebabkan mulut bayi di tumbuhi ulser. bentuknya bintik- bintik kecil bewarna putih.


kalau ada ulser dalam mulut bayi...ubat yang orang kampung slalu guna adalah sapukan sedikit isi durian di dalam mulut bayi. isi durian panas dan akan menghilangkan ulser tersebut.kalau di bawa ke doktorpun ada losyen yg akn diberi.namun kedua2 cara akn ambil masa juga 2,3 hari utk hilangkan ulser tersebut.


kepada ibu-ibu,pastikan ulser tersebut bukn kerak susu ye.kalau kerak susu, bayi tidak akan sakit.kalau ulaer, bayi akan menunjukkan rasa tak selesa pada lidahnya.bayo akn selalu menjelirkan lidah, tidak atau kurang menyusu atau menangis. kalau obu confiua bawa sahaja jumpa doktor.tp biasalah kami orang kampung tidak cepat bawa ke doktor kalau sakit begini. itulah orang kampung..ada kelebihan dan kekurangannya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails