Friday, June 21, 2013

ROTANLOGY @ PAKSALOGY @ PSYchology

Tolongla bagi cadangan kepada saya. Saya buntu. Anak sulung saya Muaz begitu low confident dalam pelajaran. Setiap kali ujian atau peperiksaan Muaz akan cakap tak guna belajar pun mama. Muaz tak akan dapat jawab.

Perlukah saya memaksa sehingga tahap merotan untuk mengajaknya membuat kerja rumah atau mengulangkaji pelajaran? Saya tidak suka memaksa kerana pada pendapat saya dengan memaksa mereka tidak akan ikhlas dan bila tidak ikhlas mana mungkin oelajaran tu boleh dihadam dengan baik dalam diri mereka.   Adakah pendapat saya ini salah??

Huhuhu. Apa sahaja yang saya nasihatkan, dia akan balas dengan negatif. Saya tahu saya tak boleh putus asa untuk memotivasikan anak saya., tapi saya penat. Saya buntu. Saya tak pandai. 

Adakah saya tak pandai bercakap dengan anak? Ya Allah. Tolonglah hambamu ini. Tolonglah anak hambamu ini. Berilah semangat kepadanya. Telangilah hatinya dengan sinar kefahaman, kerajinan dan semanat yang tinggi agar dia menjadi seorang hambaMu yang kuat menghadapi cabaran, dugaan dan ujian hidup. Amin.     


 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails