Monday, September 23, 2013

Abang Umar

Haip. Nape mama nya dah panggil umar sebagai abang umar. Wahahahhaha.   Jangan.   Jangan. Jangan.  Kerana abahnya selalu sangat menyebut abang umar ni sudah besar.   

Sejak akhir akhir ini.  (Selepas umar demam teruk tonsil bernanah minggu lepas) makin menjadi jadi perangainya. Awal dia makin bertambah. Dan perangai manjanya makin menjadi jadi. Makin nak di dokong ajer. Memalam pula bila nak susu menangis macam kena sengat. Terpaksa dokong ke dapur untuk buat susu. Huhuhuhu. 

Abah umar dah nak baby baru nampaknya. Amat mendebarkan mama nya. Semalam kaklong mama call bagitau berita mengejutkan dan mnggusarkan hati. Dia mengandung lagi. Mama risau akan kesihatan dirinya memandangkan 3 kelahirannya yang lalu menyebabkan kesihatan dirinya berada di tahap kritikal. Ya Allah Kau Maha Kaya. Ya Allah,Kau Maha Kuasa,Kau berilah kesihatan dan keselamatan kepada kaklongku. 

Mengikut sejarah 3orang anaknya juga saya akan terjangkit sama. Adakah kali in juga saya akan terjangkit.  Huhuhuhuhuhu. Tak mahu. Tapi mahu. Serba salah pula. Mahu kerana mahu lari dari kesakitan period setia bulan. Tak mahu bila memikirkan kepenatan menguruskan anak anak dengan sakit urat yang sangat hebat tatkala banyak berjalan. Mahu menguruskan plajaran anak anak juga amat mencabar sekali. 

Ya Allah apapun yang telah Kau rancangkan buatku, akau berilah aku hidayah, petunjuk serta permudahkanlah segala urusanku. amin. Amin. Amin. Di sini di tempek gambar abang Umar yang sukakan basikal. Mama dqn abah belum cukup duit untuk belikan abang Umar basikal sendiri. Maka dia suka mngheret basikal kakak Asma' nya. Ragam mengalahkan pomen basikal kat kedai ramasamy beskal kat batu caves.  Heheheeh  membesarlah anakku. Moga menjadi Seorang huffaz alQuran yang berjaya dan muslim hebat dinmasa depan. Teringat akan niat semasa memangkunya buat kali pertama dan saya sendiri mengazankannya seusai "mengeluarkannya" kedunia ini.  Saya wakafkan dia, Umar, anakku untuk menjadi huffaz al quran. Semoga Allah perkenankan. Aminn. 
 






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails