Sunday, April 21, 2019

MASIH DI SINI


Assalamualaikum,

Kami berdua masih di sini. 
Berdua dari hari Selasa minggu lepas dan hari ini adalah hari Ahad. Esk hari Isnin. 
Kami di mana???? 
Kami di ward Lavender bilik 705 KPJ TAWAKAL KL. 
Selepas 3 kali  bertukar bilik dan bilik ketiga ini adalah bilik single room kerana terpaksa diselamatkan dripada kea yang baru masuk iaitu pesakit Influenza. Ni pun pilih bilik single room yang paling murah.  Bilik di ward maternity. Rm230 sehari. Jika nak ambil single room di ward kanak-kanak harganya adalah rm300. Heheheheheh lumayan kan.  Walaupun kami masuk dengan insuran tempat kerja suami, kami haya layak untuk mendapat bilik berharga rm200 sajaha. Jadi bayarla lebihan tu. Semuanya utk kesohatan Thoriq 

Ini adalah pemandangan melalui tingkat bilik kami. Kelihatan dari kejauhan bangunan pencakar langit KLCC dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam. Penuh warna warni. Sejuk mata memandang. Namun bila kita amati dari dekat, ia penuh dengan demu2 kota, asap kenderaan dan kesibukan  kota. Haiii bilala org nak belanja makan si restoran berputar di menara KL tu agaknyaya. Mahaiiii kan.  Hahaha. Dalam mimpu pun tak dapat nak merasa. Tak apa la.makan kat kedai mamak pun kenyang dah jugakkan. Sama aja memanapun 

Thoriq audah kali kedua maauk ward due to Broncolitis. Tapi kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.  Kali pertama di HUSM KELANTAN, semasa balik sewaktu kenduri ke 40 hari arwah mertua saya. 

Pagi esk mak saya dari Kelantan akan sampai. Suami akan ambil dari stesen bas dan terus ke ward. Saya telah memohon untuk bertukar sesi mengajar dengan kawan sesi petang, dia akan ke pagi hari Isnin esok. 

Baby Thoriq? Ya. Sangat merisaukan. doktr yang merawat Thoriq adalah seorang berbangsa Cina namun sungguh mengambil berat. Dia sangat bimbang jika saya akan menghantar semua baby Thoriq kepada pengasuh sedia ada kerana pengasuh menjaga ramai orang. Dan boleh menyebabkan jangkitan selsema yang kerap. 

thoriq due to the comlecation of pre matured born, paru paru nya tak matang dan antibosi lemah tak boleh dijangkiti apa2 kuman. Jika dijangkiti, ia akan terus menjadi teruk seperti tidak boleh bernafas, kahak yang banayk dan lekuk di bahagian paru parunya apabila bernafas.  Mungkin umi akan menjaga Thoriq beberapa hari lagi sebelum kami mencapai keputusan untuk menghantar Thoriq ke rumah pengasuh cuma akan dikuarantinkan di dalam bilik @ mengupah orang datang jaga di rumah@ umi jaga hingga Thoriq berusia 6 bulan yg sepatutnya dari tarikh due. Maknanya ada 3 bulan lagi. 

Doakan segala urusan kesohatan dan menjagaan Thoriq mudah dan diberi petunjuk dari Allah
apa yg terbaik. Kami sudah buntu sebenarnya kerana pengasuhnya samgat baik  dan sangat berharap untuk menjaga Thoriq. Tapi doktor Lee tak setuju. Kak ipar saya yang juga doktor Pakar Kanak-Kanak di Kelantan juga tak setuju untuk dihantar ke pengasuh. 

Nampak sangat penatkan. Kahaknya maaih banyakndi kawasan hidung, kerongkong dan di saluran pernafasan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails