Thursday, August 6, 2020

IMAN YANG TIPIS

Ni kalau ummi saya tahu ni,mewng kena bebel separuh hari. 

Entah beberapa ketika ini , saya tak boleh serabut . Serabut dengan rumh yangberlecah sedangkan tenaga saya tiada untuk mengemas. Nak minta asma dan umar yang tolong bersihkan,seperti minta tolong budak5 tahun kemas rumah. Malasnya bukan main.buat kerja pun macam tak sudah aka. Tidak menepati apa yang saya mahukan. Saya bukanlah seorang ibu yang terlalu mementingkan kekemasan. Saya pun tak pengemas orangnya.tapi kalau dah sampai tahap bersepah dan kepala saya serabut...saya terasa ingin menangis... meraung dan lenyap dari realiti kebersepahan ituw.

Jika panadol itu adalah ubat untuk membuatkan sayaboleh hilangkan keserabuta ini, ingin saya telan 2 biji agar hilang semua keserabutan ini. Dan saya rasa ingin sangat menelan pil ajaib itu jika ada. Saya stress. Saya malas untuk kemas rumah. Saya penat untuk mengutip segala kasut2 dan barang yang Thoriq bawa amauk dalam ruah dan atas karpet. Saya xlarat nak kutip semua pinggan, sudu dan cawan2 yang ada di sekliling saya. Saya malas nak bersihkandapur gas yang berminyak dan berkeladak itu. 

Saya ingin terbang. Saya ingin bercuti di tempat yang indah . Syaratnya sebelum tinggalkan rumah, rumah perlu kemas dan bersih. Tiada baju @ pinggan yg kotor atau di dalam sinki.  Bila balikpun saya tak mahu lihat longgokan kain baju kotor yang perlu saya heret ke atas , basuh sidai dan sebagainya. 

Apa bagusnya jika pergi bercuti tapi rumah yang ditinggalkan tidak rapi. Balik bercuti dari syurga pun, kembali ke rumah yang tidak kemas ditambah dengan baju baju kotor .... no point at all. Duit yg dilaburkan tidak memberi manfaat langsung.  

Sekarang saya rasa saya faham kenapa orang yang stress dan mengambil dadah untuk hilangkan stress dan nak lupakan masalahnya. Walaupun masalah tak akan hilang, bila sudah buntu dan tidak nampak jalan penyelesaian, itulah jalan terdekat. Harapan bila dah sedar nanti mood akan jadi lebih baik dan kita bangun semula untuk memberulkan keadaan. Bangun semula dengan semanagt untuk membersihkan rumah, merapikannya dan berehat dengan tenang. 

Nasib baik iman senipis kulit bawang ini masih ada.  Ku kuatkan hati ini, ku pujuk emosi ini, ku rawat keserabuta ini dengan mandi , buka aircond dalam bilik, kunci pintu,  baring seketika. Of course dgn sinThoriq yang tak boleh berenggang. Ckuplah 5 minit me time sebelum si thoriq kembali melekat dgn ku. 

Ya Allah berikan aku jiwa setabah siti khadijah. Berikan aku tenaga sekuat siti fatimah, sabar seperti asiah dan kekuatan seperti siti maryam untuk terus bangkit menjadi ibu yang terbaik utk anak2 dan suri yang cekap dalam urusan rumah tangga serta guru yang  berdedikasi dan ikhlas utk anak didik. Amin

1 comment:

Unknown said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Hương Lâm chuyên dịch vụ cho thuê máy photocopy màu hoặc bán máy photocopy màu uy tín, giá rẻ tại TP.HCM và giải đáp máy photocopy nào tốt nhất cũng như link download driver toshiba 456 chính xác.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails