Saturday, May 15, 2021

TERTEKAN



Assalamualaikum semua. 
Selamat hari raya Aidilfirti semua rakan blogger sekalian. Hari raya ke 3 harinikan. Maksudnya sudah 9 hari kami semua berada dalam kuarantin kerana Asma’ anak k3 saya `positive covid. Entah dapat daripada mana, saya pun heran, tapi dapat tahu dia covid bila ada sorang ibu rakannya menelefon saya petang hari persekolahan terakhir.. eh betulke sebuttu.  Atau petang hari terakhir persekolahan.. hahahaha.. lebih kurangla ya. 

Ibu kawannya call bagitahu anaknya positif covid selepas 4 hari buat swab test dan minta saya kuarantinkan Asma’ kerana takut saya yang mengandung dan adik `thoriq yang athma terjangkit sama.Anaknya dh 3 hari tak datang sekolah kerana tak sihat. Jadi hari isnin bawa ke klinik kerajaan. 

Ada doktor offer untuk swab sebab haritu adalah hari swab test secara random sebab sekarangkan orang muda banyak dijangkiti covid tanpa ada simtom. Jadi ibunya setuju. Doktor kata lepas swab test kena kuarantin 3 hari. 

Jadi hari ke 3 iaitu haro Rabu, ibu ini menunggu pihak klinik call untuk maklumkan result swab, tapi tiada apa-apa pemberitahuan, jadi dia mengambil inisiatif call@sms doktor terbabit. 
Tiada jawapan juga, jadi selalunya kerajaanni jika tiada apa-apa bahaya, tidak akan hubungi patient. Makanya hari KHAMIS, diapun hantarlah anakke ke sekolah. 

Kejadiannya pulak, si `aasma’ ni memn=ang kawan baik diala kannnn.. sebab lama xjumla, lupa dah semua `sop bagai. Mask di hiduung, siap main tepuk-tepuk, duduk rapat rapat. Tadalah beberapa kontak rapat yang lain. Yang peliknya Asma’ sorang pula yang positif. Saya pun naik tention, MasyaAllah. 3 hari kemudia, ibu kawannya tu pergi swab test lagi bersama semua nak0anaknya. Alangkah terkejutnya dia bersama semua nanaknya termasuk yang posotof tempohhari semuanya negatif..

Saya pula rasa sangat tention, ditambah dengan bapa mentua yang ada di rumah saya ( transit untuk ke rumah anaknya kampung sebelah, yang belum sempat di hantr oleh suami saya kerana sibuk kerja). Risaukan dia saya. Dan risaukan saya yang sedang mengandung 4 bulan lebih , di tambah dengan adik Thoriq yang selalu sahaja asthma teruk jika dijangkiti selesema biasa. 

Saya terpaksa left group sekolaj anak saya yang banyak membincangkan hal-hal semuanya negatif bilaswab test dan sebagainya. Lagi berada dalam gorup tu, saya rasa nak tahu perkembangan anak-anak lain. Bila baca makin stress. Suami saya yang tolong left kan saya dari grouptu, bila tengok saya nangis bagai hantu mak lampir agaknya. Huhu

Saya amat tertekan, saya tidak lagi mampu menahan serabut di kepala. Saya menangis semahu mahunya. Saya e=tertekan banyak benda. Akhirnya untuk memuaskan hati sendiri, kamai sekeluarga besar bersama bapa mentua ke Global Lab untuk swab test RTK. ASMA’ TAK SWABLA SEBAB MEMANG DAH TENTU DIA POSITIF) Adik thori yang 3 tahuntupun swab test juga. 

Petangnya kami dapat resultnya. Alhamdulillah kami semua negatif. Maka sahlah jangkitan `asma’ adalah bukan daripada kami ahli keliarganya. Itu satu syukur buat saya. Makanya kami sekeluarga akan meneruskan kuarantin kami bersama  Asma’ selama 14 hari. InsyaAllah akan berakhir 21/5 ini.. ya Allah permudahkanlah kami sekeluarga melalui ujian-ujian kuarantin ini....aminnnn

Kakak Faqihah yang positif covid di asrama sekolahnya alhamdulillah dah habis kurantin di Salor untuk hari ke 10. Dengan bantuan dan susah payah umi dan adik lelaki saya mengharungi covid post pengawal sepanjang jalan dari KB dan beratur sejam di balai polis untuk ambil surat kebenaran rentas daerah ke Tanah Merah, akhirnya membuahkan kejayaan Kakak Faqihah selamat sampai denga flight ke Subang. Alhamdulillah,kini masih berbaki sehari lagi untuk habiskan kuarantinnya utk hari ke 14 esok. Alhamdulillah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails