Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum…..

Apa khabr semua…diharap sentiasa sihat walafiat di samping anak-anak dan orang yang tersayang….

Saya baru balik menziarahi anak sepupu yang baru dilahirkan. sebenarnya dalam mood sedih dan terharu dengan penderitaan adik Wan Siti Zainab (nama anak sepupu) yang baru berusia 41 hari….adik Zainab dilahirkan dengan penyakit yang masih tidak diketahui oleh doctor punca dan sebabnya….ingat nak snap gambar…tapi tak tergamak pula memandangkan suasana sedih itu) sungguh comel sekali…hidung yang mancung…bibir mulut nipis dan kulit yang putih gebu….tetapi……

Keadaan Adik Zainab sangat mengharukan…keluarnya dia ke dunia ini dalam keadaan anggota badan yang melecur…..

Rasa pelik jugakkan….. separuh anggota badan adik zainab melecur bagai terkena minyak panas….doktor kata memang dalam perut lagi dah begitu.

mula-mula timbul biji berisi darah(tapi dalam gmbar ini adalah air)...

setelah pecah...akan jadi begini

,

apabila nak kering, lukanya jadi seperti ini...pada waktu ini, Umminya terpaksa membalut luka tersebut dengan kain kasa agar tidak berdarah bila b..tapi ergesel dengan anggota lain

(p/s: semua gambar ini diambil dari google....bukan gmbar adik Wan Zainab....xsampai hati nak snap ketika itu..tetapi begitulah luka yang dialami oleh adik Wan Zainab...

Bila melepuh tu dah pecah….maka terserlahlah isi tanpa kulit itu.maka kuarlah darah dan air dari luka itu…meraunglah adik zainab kesakitan. Yang lebih mengharukan lagi, bila dah sembuh melepuh itu…akan naik di tempat lain pula…ada yang timbul di tempat baru…ada yang tumbuh ditempat yang sama…

Hendak menitis air mata saya bila melihat adik Zainab sukar untuk menghisap susu ibunya kerana lepuh itu sudah naik ke bibirnya…..merengek2 kelaparan, tapi bila di sua puting susu…dia akan menangis….

Tetapi berat mata yang melihat …berat lagi bahu yang memikul…..Ummi Siti Zainab sungguh tabah orangnya. Sebenarnya Ummi Zainab telah kehilangan kakak Zainab 3 tahun lalu. Kakak zainab juga mengidap penyakit yang sama tetapi lebih teruk daripada Zainab….dia meninggal 2 hari selepas dilahirkan…seluruh tubuhnya melecur teruk…doctor tidak tahu apa puncanya….sebelum kakak Zainab….Umminya sudah 2 kali keguguran…ketika kandungan berusia 6 bulan dan 4bulan.Zainab adalah anakke 6….(anak ke3 yang hidup)

Alangkah tabahnya hari Ummi Zainab…Saya tidak mampu menanggung ujian sebegitu….Saya harap semua yang menziarah blog ini….mendoakan keselamatan kepada adik Wan Siti Zainab..semoga penyakitnya sembuh dengan cepat…semoga doctor dapat mengenalpasti penyakitnya dan menemukan penawar yang terbaik untuknya…Doakan juga ketabahan buat Umminya yang sudah lama mahu menimang cahaya mata perempuan…memandangkan anak-anak lelakiya sudahpun menjangkau darjah 6 dan 5.(Alhamdulillah….keduanya dilahirkan normal)

Amin ya Allah………………………..

Sunday, June 13, 2010

Ada susu Formula yang HARAM?

Assalamualaikum....

selamat berhari minggu semua...semalam saya blogwalking...tetiba ternampak senarai susu2 Formula untuk BBy-bby dan kanak-kanak yang HARAM.....

MasyaAllah.....ada jugak susu Formula yang HARAM di MALAYSIA nie! ?
tapi Lupa pulak nak copy dan paste kan kat sini...

Tapi yang saya ingat penulis blog itu memberitahu susu Formula SIMILAC...adalah HARAM.....
diulang sekali lagi HARAM.....kerana ada sesuatu dalam bahannya yang haram....

kalau tuan dan puan mahu tahu dengan lebih lanjut...bolehlah tanya pakcik Google dengan taip keyword...."susu formula haram.... atau ape2 yang bersamaan dengannya ok....

lepas nie kita kena lebih berhati2 dalam memilih susu untuk anak2 kita....sekarang banyak benda haram dan syubhah (samar2 antara haram ataupun tidak) dalam makanan kanak-kanak

Musuh Islam memang mahu memusnahkan Islam...kalau nak pi bunuh tu nampak sangat jahatnya....maka meraka guna cara tersembunyi....

semoga kita semua selamat daripada perang sembunyi Musuh2 Islam itu. Aminnnnnnnn


Tuesday, June 1, 2010

Rawatan Fibroid

Assalamualaikum dan selamat hari bekerjakepada ibu 2 dan bapa yang bekerja di luar dan di dalam rumah...;)

saya sambung kembali cerita ceriti mengenai rawatan fibroid ini...

Apakah Fibroid Perlu Dirawat?

tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.

Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.

Fibroid Dirawat Secara Pembedahan


Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.

Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

ok...wassalam.

Monday, May 31, 2010

takutkah anda...FIBROID?



Assalamualaiukum dan Bismillahirahmanirahim...

pernah menonton Medik TV sekitar tahun 2007 tak?....(rasanyalah) rencana pasal pembedahan membuang fibroid dalam rahim seorang wanita yang telah membesar macam sebiji bola!...bola sepak!!!

bila melihat fibroid sebesar itu..takutnya rasa....gerunpun ada...seriau pun ada...ummi saya juga pengidap fibroid dulu....sewaktu saya di alam student...dan pembedahan membuang fibroid serta rahimnyapun...tidak diberitahu kepada saya...saya hanya tahu melalui sepupu yang terlepas cakap..begitu sekali pengorbanan ummi. saya terus menalefon ummi...ummi kata jangan bimbang kerana pembedahan biasa sahaja...

dan...saya tahu ummi tak mahu mengusik emosi saya dikala peperiksaan semesta menghambat tiba....dan pembedahan itu...telah merubah segala-galanya...chewah...hahhahahah...sedihla pulak...tapi alhamdulillah ummi sekarang masih sihat..sihat ala-ala diala...kekadang sakit medu dan sakit kepala migrain dan sakit lidah serta macam-macam sakit lagilah.....saya doakan semoga ummi tetap tabah dalam mengharungi hidup dan sentisa sihat walafiat dalam lindungan Allah.
Aminnnn

dan semalam....sebenarnya sudah 3 hari saya terasa sakit di bahagian rahim sejak khamis lalu...semalam dah tak tahan serta pujukan suami...pergi check kat klinik...

buat utrasound..
buat pap semear...
check air kencing....


"mengandung:?.....negetive.
"kencing kotor?......negetif

bila diimbas semasa utrasound...saya disahkan posotive fibroid...
dan rahim saya bengkak dan...tapi lupa pulak saya nak tanya kenapa rahim saya membengkak dan adakah rahim bengkak itu yang menyebabkan saya rasa sakit...em...nantilah saya tanya check up akan datang.

kedudukan fibroid masih tidak dapat diipastikan dengan jelas...tapi firasat doktor ia berada di dalam rahim...
maka, sesudah pulang dari klinik..saya terus surf tnet cari kejadian nya penyakit ini.... saiznya sudah sekitar 2 hingga 3 cm..doktor mengagak fibroid saya nie sudah lama berada di situ, tatapi tidak terperasan kerana mungkin dulu terlalu kecil..patutlah sejak anak dara lagi...bila period..berguuling2 saya dibuatnya...tapi alhamdulillah, darah period masih normal...tidak mencurah2 macam ummi dulu... kawan-kawan...doakan saya sihat dan tidak mengalami apa2 bahaya daripada "makhluk itu"


ok...sekarang kita semak apakah itu fibroid?

hus , ngerinyeeee

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.

jenis-jenis fibroid:

Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.


Waktu sesuai merawat fibroid

Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.


okeylah...banyak sangat dah rasanya entri pada kali ini...takit payah nak hadam plk nanti..

esok saya akan postkan n3 tentang rawatan fibroid....




Saturday, May 29, 2010

Pencuri


Assalamualaikum

sekarang nie ramai betul rumah kena masuk pencuri...dalam bulan 5 ini, sudah 2 kali rumah jiran (selang 2 pintu) diceroboh...

yang peliknya pencuritu tak masukpun, cuma menggunakan galah...maka acara mengait barang2 dalam rumahpun berlaku..

yang lebih memelikkan lagi..saksi kejadian..kak R kata, dia sedang tidur diruang tamu bersama anak-anaknya pada awal pagi itu...(seitar jam 5 pagi) tapi...xdengar apa-apa bunyi langsung aka...xjaga langsung dari tidur

kalau ikut logiknya, tertulah berbunyi geselan galah atau kayu pada grail besi atau tingkap itu...namun ia tak berbunyi langsung..

kak R kata kemungkinan ilmu hitam digunakan sehingga dia dan anak-anak nyenyak tidur. kesian kak R..handbag yang baru dibeli dan handphone sony yang baru seminggu diguna....lenyap ....

kes hp kak R yang ajaibnya....hp itu diletakkan di bawah kerusi..bagaimanalah si pencuri itu dapat mengambilnya dengan kayu....

selang 3 minggu, jiran betul-betul belakang rumah saya pulak di masuki pencuri dan penghuninya langsungtidak sedar...dia kopek satu papan kecil disebelah ointu dapur dan berjaya masuk...nasib baik tiada barang berharga diambil, kecuali sebutir hp nokia buruk...namun bagi kaka Indon itu...burukpun itu juga berharga...nak belitu adalah rm50 lagi..katanya..

dan tup-tup...rupa-rupanya malam itu juga sekali lagi rumah kak R di kerobek pencuri itu...dengan cara yang sama...menggunakan galah juga..dan melalui tingkap.

masa saya nak ke sekolah tengahari itu...saya menyaksikan galah sepanjang 4 depa terlentang di belakang rumah kami....dan kad-kad spital kak R bertaburan di halaman belakang rumahnya....ngeri betul...

walaupun rdi rumah saya nie tak ada barang berharga (bukan kayo pun)...xada emas berbungkus-bungkus..tiada duit bertong-tong...namun, risau juga...takut barang tak dapek...kita pulak yang di tenyeh dengan pisau parang nye.....hus...nauzubillah

atas inisiatif suami, petang semalam 2orang mat India datang rumah......ingatkan nak minta papaer lama, rupanya untuk pasangkan grail belakang.

insya-Allah...diharap pencuri itu tidak lagi berkeliaran di kawasan ini...minta jauhla ya llah dari berlaku kepada kami....amin....

p/s: rumah kami rumah panjang ada 4 rumah bersambung...macam teres..tapi tidaklah semewah teres....rumah kampung saja

p/s: setiap rumah kami sudah dipasangkkan geriji besi di sekitar tingkap...geriji macam nie:


ehsan pak cik Google

gambar nie memang saling tak tumpah dengan tingkap umah saya.heheheh

Wednesday, May 26, 2010

GeRrrrrrrrrram...

KrinGGGG.....................

Assalamualaikum sume!!!!

Assalamualaikum Cikgu...
(ei...orang bagi salam....dia bagi salam balik...aku jugak yang nak kena jawab balik)

Okey, harinie cikgu akan buat peperiksaan oral.....(
alahai naper rasa susah skit sebut oral nih...teringat plk kes Kesalahan S*X O**L yang masuk surat khabar baru2 nih...) errrrkkkk Peperiksaan bercakap atau perbualan dengan kamu ya...xpayah tulis..awak jawab saja yang saya tanya..aku betulkan semula istilah tu...risau san gerun...

markahnya adalah 30 . peperiksaan bertulis nanti adalah 70 markah...bila dicampurkan jadi 100 markah yea.....

Baik Cikgu...!!!!!

Sebelumtu, cikgu akan terangkan soalan-soalan dan jawapan yang akan cikgu tanya yea...
(betuah punya budak....name jer periksa...kena bagitau plk soalan dan jawan...periksa hape kebende eh.....xleh jawap aku pelekong sekor2)

Baik CIkgu!!!!

okey...kalu cikgu tanye...awak apa khabar....apa jawapannya!

..........senyap.....

okey....jawapannya....Alhamdulillah, saya sihat....

okey murid-murid..ulang jawapan saya tadi.....
"Alhamdulillah, saya sihat...." reramai la tue

okey...Usop...ke sini...

Assalamualaikum Usop
Waalaikumussalam cikgu...

Apa Khabar usop...
Em....Astagfirullah...!!!!

haih Usop...saya tanya apa Khabar?
errr...Masya Allah...
(aku pelekung jugak budak nnih)


akupun cuba sedaya upaya menahan sabar dan berikan bunyi awal jawapan...alhammmmmmm....
Usop menyambug...haaa..alhamdulillah la cikgu!!!!
tadi saya gubra lah cikgu...

errrrrrrrrrrrrrrr

errrrrrrrrrrrrrrrrrr

gerammya aku...


Saturday, May 22, 2010

Saya hampir give up

Assalamualaikum, kawan bloger sekalian, semestinya kawan-kawan juga sudah fed-up untuk mengunjungi blog saya ini...kerana ia tidak ter update sekian lama...begitu juga dengan aktiviti saya bersama anak2...rasaya saya sudah give up dengan homeschool kami...

mengikut rasa hati ini, biarlah budak-budak nie kenal dan boleh baca kalimah2 al-Quran @iqra' dahulu...setelah mereka sudah pandai membaca al-quran, rasanya mungkin lebih mudah untuk mereka belajar membaca pulak....tapi nampaknya Iqra' pun dah slow-slow skit sekarang...anak sulung saya muaz, ampaknya liat betul jika disuruh membaca Iqra'...dengar je suruh ambi Iqra' terus menangis tak mahu mengaji...

anak ke dua saya pulak. Faqihah, kalau buat aktivti, bila saya hendak ajarkan huruf abc , nombor atau mengaji....terus minat dia hilang..mulalah mulut dia membebel...ini tak bestlah, taknak buatlah..susah lah...mama, faqihah nak melukis dan mewarna aje..." semua nasihat saya lepastu terus ditolak tepi...hangin pun ada...(almaklumlah..saya baran orangya dan tak pandai sangat bab memujuk anak-anak nie)
itulah sebab musabab saya sudah tiada semangat melakukan aktiviti bersama anak-anak..

of course satu lagi sebab, saya kepenatan bila balik rumah pukul 6.50 tu....entahlah...rasaya biarlah mereka belajar bila mereka ke sekolah nanti..kalau hanya mewarna dan melukis yang mereka nak...sampai bilapun aktiviti untuk memahirkan mereka dgn nama2 huruf rumi, jawi dan al-quran tak akan menjadi....


Sunday, May 9, 2010

Assalamualaikum....salam beristirehat bersama keluarga di petang Ahad..

haaa, tengok nie, kalau dah datang rajin, sehari, 2,3 enty saya buat...kalau time malas tu, sebulan sekali pun payah...tengahhari nie saya buat aktiviti mencantum bentuk2 triangle dan square menjadi bentul binatang..." Rabit dan duck"...sebelumtu saya berikan contoh bentuk yang telah di siapkan....

maka tontonilah hasilnya.... 2 keping ajer saya snap...



bentuk DUCK


bentuk RABBIT

contoh yang telah siap




tak berapa menjadi..tapi bolehlaaaa....


sebelumtu kami buat ayam turkey menggunakan lukisan bentuk tangan dan kaki Abg Muaz dan Kakak Faqihah.....




hasilnya...hheheheheh....atas surat kabar aje....


faqihah punya Abg Muaz punya

La'.......... Wa.........alwak (tidak dan masa...)

Assalamualaikum, sudah lama benar saya tak mem postingkan sesuatu berita tntang homeschool saya ke sini....tak posting tu maksudnya aktiviti pun dibekukan.hahahahahha...apalah pendapat geng2 hoemschool saya yang sudah tentu sedang bergiat cergas dgn homeschool mereka....

walaupun saya tak post entry terbaru, namun setiap hari saya selalu ziarah kak baiti dan geng homeschoool yang lain...seronok melihat kegigihan mereka mendidik anak2.

sekarang saya cuba mulakan dengan buku "Bacalah anakku 1" kepada anak-anak saya...nampaknya tak berapa berminat ...mungkin kerana gambar-gambar dan perkataan yang ada tu kurang memberangsangkan....sebab prit sahaja...hehehheh tapi..saya akan cuba lagi...
insya-Allah....................

Tuesday, May 4, 2010

try mulakan semula aktiviti dgn anak2

sudah lama benar saya tak beraktiviti bersama faqihah kat rumah..sibuk dgn si asma' yang selalu merengek2. Muaz, abangnya sudah dihantar ke PASTI dan terus sambung transit kat situ sampai petang...ringan sedikit rasanya bila tidak perlu lagi mengambil muaz dari PASTI dan memujuknya untuk ke nursery bersama adik2nya...ahlamdulillah...semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kami..

di bawah ini, saya cuba catitkan aktiviti saya dan faqihah sepanjang minggu ini...insya-AAlah, semoga dapat dijalankan megikut jadual...



Week 1 (3-10/5/2010)

All About Cows For Kids

Cow activities and teacher resources

SOME COW FACTS

COW SENSES

· Cows are able to see color.

· Cows can see almost 360-degree panoramic vision

· Cows have a keen sense of smell up to 5 miles away

HOW LONG DOES A COW LIVE?

· Cows can live up to 25 years.

· The number of rings on the horns = approximate age

COW ANATOMY

· A cow has 4 stomachs.

· No two cows have the same pattern or spots.

· A cow can weigh up to

COW FAMILY

· An adult male cow is called a bull.

· An adult female is called a cow.

· The young is called a calf.

WHAT DO COWS EAT?
Cows eat corn, hay, barley, beet pulp, grass and wheat.

WHAT DO COWS GIVE US?

· Cows give us milk, leather and meat.

· Milk can be made into other dairy products :
butter, cheese, yogurt

VIDEO CLIPS

Cheese Making http://kiddyhouse.com/Farm/Cows/

Making butter http://www.youtube.com/watch?v=oropJD0CUxI&feature=player_embedded

Weekly Theme (Start Monday, continue with the theme all week)

This week's theme is COWS. ~Cow Pictures/Printouts~

The vocabulary word is calf - a calf is a baby cow.

Books to read aloud that support the theme:
(You can choose one book to read all week, or a new book for each day. These are just suggestions, you may find others related to the theme in your library.)

Helper Cow by Sue MacVeety
And the Cow said Moo! by Mildred Phillips
The Little Calf That Couldn't Moo by Iris Hiskey
(Chunky Farm) Cow by Emily Bolam
The Cow That Went Oink by Bernard Most
Two Cool Cows by Toby Speed
The Cow Who Wouldn't Come Down by Paul Brett Johnson
Cow by Malachy Doyle
Calico Cows by Arlene Dubanevich
No Moon, No Milk by Chris Babcock
Click Clack Moo by Doreen Cronin
Little Calf by Kim Lewis

Poems that support the theme:

Little Calf
by Katrina Lybbert

"Good morning, little calf," gentle mother cow said,
"It's time to get up from your sweet hay filled bed."
Little calf jumped, stamped his feet, swished his tail,
And followed his mother past a shiny milk pail.

Out into the barnyard, holding his head high,
Little calf looked up to the blue, blue sky,
Birds flying past chirped a joyful song,
Little calf smiled, and felt happy all day long.

(This poem can be acted out at the appropriate places.)

The Purple Cow
by Gelett Burgess

I never saw a purple cow,
I never hope to see one,
But I can tell you anyhow,
I'd rather see than be one!

Songs that support the theme:

Old MacDonald Had a Farm
Sing this traditional song with three verses.
The first verse can be about a bull... and on his farm he had a bull.... with a moo, moo here.. (make the sound deep and loud)
The second verse can be about a cow... and on his farm he had a cow... with a moo, moo here.. (make the sound high and loud)
The third verse can be about a calf... and on his farm he had a calf... with a moo, moo here... (make the sound little and soft)

The Cow
by Katrina Lybbert

(Tune: The Farmer in the Dell)

The cow wakes up at dawn,
The cow wakes up at dawn,
Moo, moo, a great big yawn,
The cow wakes up at dawn.

The farmer milks the cow,
The farmer milks the cow,
Moo, moo, be careful now,
The farmer milks the cow.

The cow eats up her hay,
The cow eats up her hay,
Moo, moo, O happy day,
The cow eats up her hay.

The cow plays with her calf,
The cow plays with her calf,
Moo, moo, they sing and laugh,
The cow plays with her calf.

The cow and calf now sleep,
The cow and calf now sleep,
Quiet please, don't make a peep,
The cow and calf now sleep.

Gross Motor Skills Activity: (Monday)

Put on some music and move around your home like a cow... don't forget to make sound effects.

Fine Motor Skills Activity: (Friday)

Build a cow with squares. You will need some white and black paper. Cut out one 4" square of white for the body, one 2" square of white for the head, about nine 1" squares of white to make the legs and tail, three or four 1" squares of black for the cows spots, and three or more 1/2" squares for the eye, ears, etc. in black. Help your child glue the cow together on another sheet of paper (of a different color).

Shape/Color (Tuesday)

This week you will teach the shape of a square.

  • Collect 3 - 5 everyday objects in the shape of a square... i.e.: blocks, pot holder, CD jewel case, etc... to share with your child and discuss.
  • Walk through your home looking for squares.
  • Cut squares out of playdough or cookie dough... bake the cookies!
  • Put a drawing of a square on your learning poster.

Letter (Wednesday)

The letter this week is the letter A.

  • Give your child a printout of the (capital) letter A to color. ~Letter Printouts~
  • Teach your child to trace the shape of the letter A using his finger. You can trace in pudding, finger paint, a shallow tray (cookie sheet) filled with rice or beans, etc.
  • Point out the letter A in signs, cereal boxes, etc.
  • Post the letter A on your learning poster.

Number (Thursday)

The number this week is the number 1.

  • Show your child 1 object to count, or eat 1 cracker, 1 cheerio, etc.
  • Show your child the written symbol (numeral) for 1 and put on your learning poster.
  • Add 1 sticker to your counting book.
  • Show your matching index cards for the number 1 to your child.
  • Draw 1 square on a piece of paper and count it with your child.
  • Walk around your home counting 1 of many different objects.

Nursery Rhyme (Friday)

The nursery rhyme this week is Hey Diddle Diddle. Recite often!

Hey Diddle Diddle!
The cat and the fiddle,
The cow jumped over the moon;
The little dog laughed
To see such sport,
And the dish ran away with the spoon.

Friday, April 23, 2010

IbLis ToloNg Orang Solat SuBuh??

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .


Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,

dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,

berjalan menuju masjid .


Dlm perjalanan kembali ke masjid ,
dia jatuh lagi di tempat yg sama !

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,

berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid ,
dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.

lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,

lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,

membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa2mu .

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan

bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .

diambil dari sini

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .



Tuesday, April 20, 2010

KIAMAT........?

salam hari selasa..... jom kongsi info.....

Takutnya..Sempat ke kita nie?

maaf yer..saya terlupa dari mana ambil article nie..halal yer..

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065... .

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... .

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .
Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah Hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

kalau betulaa begini...bagaimana yea....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails