Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Monday, June 27, 2011

yay...hari ini saya cuti lagi


Assalamualikum, lama bebenor saya tak hup date blog saya. malas......senangkan alasannya, tapi saya selalu BW blog rakan-rakan yang banyak menceriakan hidup saya.

kenapa saya belum tido lagi? encik husben sejak magrib tadi keluar rumah, khabarnya ceramah yang diadakan malam nie sudah dikepung polis di 6 tempat. saya dan anak-anak duk rumah. entah macammana saya pula terbongkang tidur dalam bilik, tinggal anak-anak 3 orang kat luar dengan tv terbuka.mengantuk sangat rasanya. sedar-sedar aja dah pukul 1 pagi.

kat sebelah saya,hehehehe, amboi.....si asma' tidur bogel..entah bilala asma' buka pampers nya saya tak sedar,entah minum susu ke tak, saya pun tak ingt. sayapun mengagau bangun mencari dua orang lagi anak saya..ish..ish.kesiannya abang muaz...terlentang tidor atas lantai. kak faqihah pula tido atas kerusi panjang. teruk betul emaknya...biarkan ank-anak berjaga lewat. sah-sahla mereka lewat tido melayan tv channel 611 yang xpernah habis mengulang tayang kartun yang sama. nampaknya esok anak-anak akan bertambah liatla nk bangun sebab malamni tido lewat.

kembali kepada tajuk..heheheh. saya? esok cuti peristiwa sempena hari sukan yang diadakan sabtu (semalam) yang meleret-leret sampai pukul 2 tengahri.bukannya apa, majlis dilewatkan agar mendapat persetujuan Guru Besar yang tak pernah kesah dengan kebajikan guru-guru tu( weh..kalu di baca talibarut guru besar...nahas saya) maka berkat kesabaran kami semua...kami dapat hadiah cuti 1 hari.yahoo....maka setelah bagun dari tido..saya layan dvd tajuk PRIEST- cerita hantu orang putih, sambil menunggu incik suami balik.. alhamdulillah ceritanie sangat clean dari semua adagen 18SX walaupun banyak karut marut tentang adanya vampire.

Sedang asyik menonton, (kat screen PC ajer, xleh kat TV, tkt terkuat pula) incik husben pulang..hahhaha esok dia kerja, maka xlehla dia menonton sekali...diapun masuk tido. sepatah ajer berita daripada incik suami dari tempat kejadian:ceramah BERSIH, tapi isi ceramah ISrak Mikraj sebab polis dah kepung tempattu suruh tukar tajuk hahhha. dan lagi katanya seorang lelaki pakai baju bersih tapi pakai vest kat luar telah di tangkap polis. kesalahannya sebab pakai baju BERSIH warna kuning itu...hok aloh laaaa...polisnie dah jadi tertekan dah sekarang, takutnye kat baju BERSIH, macam nampak hantu..dahtu pula isterinya seorang lecture uia ada bersama seorang anak kecil, tengah sarat mengandung pula tu. si suami pula khabrnya sedang sambung PHD ...naik pula alphat...(ejapun xreti..apatah lagi nak naik alphat hahahahah) nampak gayanya bukan rakyat biasa yang ditahantuuuuu...orang edukatot juga..entahla...kita tunggu dan tengok lah apa yang bakal terjadi nanti.

Saturday, March 26, 2011

KAsut ini dah MAHAL.


Assalamualaikum semua...


saya baru balik dari SOGO KL...sebenarnya ke sana sebab nak bertemu dengan kakak ipar yang sedang berkursus kat salah sebuah hotel di situ. maka alang-alang pergi SOGO..terus terjah bahagian kasut....ala..kasut yang saya minat tu...kasut apa....haaa..sila ke sini

tapi uwawawawwawawa.....sale dah habis...harganya sudah jadi RM219.....sale aritu turun menjadi rm 170. sedih betul..bila ada sale lagi kann.....xperla..saya pujuk hati....insyaALlah bila sale murah-murah meletop, saya akan ke sini lagi..hahahahah. lagipun kasut yang saya pakai hari-hari ke sekolah itupun tak jejas lagi ....masih cantik dan baru...

Wednesday, December 22, 2010

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Assalamualaikum semua, pada petang ini saya telah ber blog jumped.(hahhaa bleh guna tak) ke sini dan jumpa article ini....

jom kita baca sama-sama...n buat para suami, lelaki ,ayah....bolehlah ambil sebagai pedoman... ;)

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Tuesday, November 9, 2010

1 nyawa sudah melayang


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Harap tak penat membaca coretan saya untuk kali kedua malam nie..ini bab bangunan baru 4 tingkat yang sedang giat dijalankan di sekolah saya...sekolah kat mana? heheheh xboleh bagitahu, nanti ada yang report kat pihak berkuasa pula...hik hik hik..janganlaaa dehh....

ini bangunannya






alkisahnya hari khamis lepas, sekitar pukul 5.30 petang, sebahagian warga sekolah dan guru-guru dikejutkan dengan tempikan seseorang (lelaki)....mungkin tergelincir...fikir kami....hari Jumaat keesokan harinya, terdengar desas desus mengatakan tempikan semalam adalah suara pekerja lelaki yang sedang mengecat bangunan itu. dia jatuh dari tingkat 4...semua bertanyakan keadaan hamba Allah itu, tapi taida siapa yang tahu.

hari ini pula, ada lagi desas desus mengatakan pekerja lelaki itu telah meninggal dunia dan dipercayai pecah kepala....Innalillahi wainna ilaii rojiunn......

tetapi berita ini tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana tidak mahu sesiapa yang tahu...desas desus itu juga mengatakan bahawa kontraktornya idak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takutkan sesuatu..apakah itu? mungkinkah kontraktor itu mengambil warga asing yang tiada permit? mugkinkah kontraktor terbabit takut didenda ? Allahu a'lam.

kesianlah kalau kematian pekerja itu tidak terbela...dan iada wang pampasan yang diberikan kepada keluarga nya...tapi saya percaya kontraktor itu sudah berbindak sewajarnya seperti mengirim jenazah pulang dan memberikan wang pampasan, tapi hanya tidak mahu kecoh dengan pihak berkuasa barangkali.....

semoga rohnya tenang di samping orang-orang yang beriman..amin...


janganlaa pulak datang menghantui murid-murid kami nanti..husss....xsayang mulut betul saya !!!!!

MURID SUDAH HURAAY HURAAY

Assalamualaikum semua

peperiksaan akhir tahun sudahpun berlalu 2 minggu yang lalu. Murid-murid gembira dan senang hati ke sekolah kerana guru-guru tidak memaksa mereka belajar dan membuat latihan seperti biasa. guru-guru lagilaaa senang hati, tak perlu lagi berfikir untuk buat ABM (alat bantuan mengajar utk sesi pengajaran dalam kelas...hepiiiiii.

alkisahnya di sekolah saya, meja dan kerusi baru baru sampai dan berlambak-lambak.kawasan sekolah yang sempit dan pembinaan bangunan 4 tingkat sedang dijalankan degan giatnya..kini ...mengikut cokakan saya dah 60 peratus siap.

maka meja dan kerusi baru itu terpaksa disumbatkan ke dalam 3 kelas...murid-murid ke mana? sudah tentu ke dewan. maka guru-guru merangka program-program utk memenuhi masa murid-murid..tak lupa juga murid-murid lain yang berada dalam kelas (selain kelas yang dah jadi blik stor letak kerusi meja)....banyak lah mainan yang di bawa ke sekolah..guru disiplin pun pejam sebelah mata aja..asal jangan bawa benda yang merbahaya sudah...hahahhaha
kita layan gamabr2 di bawah


seremban...kita duu guna batu kerikil ajer...sekarang dah ada dibuat dgn kain, xnak bagi sakit tangan...



main kad..macam-macam kad ada


apa seketul tu? heheheh, tanah liat laa tue..hehhehe


inipun kad juga...macam2 cari budak2nie main, saya cuma berpesan jangan pertaruhkan duit aje....


apelaa budak-budaknie, bila dianya main apa, katanya nak test kelajuan kereta..siap berguling-guling lagi bila keteranya boleh terbang...tapi saya jugak yang kena marah dengan penyelia petang kerana membiarkan budak-budak terguling-guling atas lantai..alahai...

ok....nak buat entry lain plk...pasal bangunan sekolah saya yang dah makan 1 nyawa..hehehheh
sila ke entry bawah yer...jemput-jemput





Monday, November 8, 2010

Asma' tak sihat

Assalamualaikum


dia tidak sihat
demam panas + selsema + batuk sampai muntah +kahak
tak nak makan, tak nak minum susu
tak nak duduk
asyik nak dukung dan duduk atas riba aja

gundah gulana rasanya hendak pergi kerja hari ini
semalam baru buat entry pasal dia kat playground

mahu ambil mc......susah sebab bukan saya yang sakit
mahu ambil cuti rehat.....lagi payah sebab tahun dah 3 kali saya ambil cuti rehat


kereta dibiarkan sahaja.....penat nak menggelek kereta seperti selalu


anak patung bear dibiarkan tertonggeng...tiada semangat nak mengeleknya seperti hari-hari sebelum nie


ubat-ubatan yang menunggu utk dipaksa telan oleh mamanya..dah pandai memuntahkan ubat dah sekarangnie...(abaikan contengan anak-anak saya kat dinding tue yer...:)


asyik nak minta didokong aje..penatlaa mama nie asma'


rasay bos juga tak akan bagi saya nak pohon cuti rehat untuk Jumaat ini.sebab rabu cuti raya haji, khamis juga cuti, jumaat nak cuti juga??? haihhh melampau ke???????

bukanke cuti rehat tu milik pekerja ke???? entahlaaaa

tapi..rabu khamis tus aya tak balik kampung . raya kat KL aje. saya pohon cuti tu bukan sebab nak sambung cuti raya tapi..........

sebab belah suami buat famly day kat trengganu....perancangan dari awal tahun.semua bilik hotel dah booked.check in hotel tengahari Jumaat.....kalau sampai pagi atau malam sabtu, program sudah berjalan....


dilema dilema






Sunday, November 7, 2010

tak pernah merasa duit NUFF

ASSALAMUALAIKUM

hehehehhehe....ini adalah entri saya yang ke 2 buat hari ini. teringat pembelajaran dengan cikgu alam maya tentang blogging ini..katanya untuk menarikminat orang datang ziarah dan terus menjadi penggunjung setia, hendaklah buat entri 1 hari sekali dan berterusan....tapi nie dah jadi 1hari 2,3 n3..bolehke?
cikgu tu kata xboleh, nanti pengunjung xtahu nak baca yang mana..simpan-simpanlaa cerita lain untuk hari2 mendatang...kut-kut kekeringan idea...hehehheheh tapi xapalah..saya ingin menderhaka secara terhormat guru..kalau ada yang nak membaca silakan..kalau xder yang membaca....xapalah..

haihhh..macammna pula nak tahu ada orang baca ke tak? adakah dengan mengira jumlah komen yang ditinggalkan di bwh n3 tiu kah?
kalau begitu...jrang sgtla blog huduh saya nie dikunjungi penziarah-penziarah blogger....em...patutlaa iklan nuff tak masuk-masuk....biarlah saya tak berkecil hati, dulu memang niat nak jugak merasa duit nuff bagi, tapi rasanya hati menjadi gundah gulana sahaja memikirkan cara nak menarik geng blogger utk zziarah dan jadi pengunjung ettap di sini..emmmsekarang nie, xpalah...rezeki Allah di mana-mana ...betul tak...


Saturday, November 6, 2010

KORBAN YANG HARAM?

ASSALAMUALAIKUM semua

diharap kita semua sihat walafiat dan hidup penuh ceria disamping suami dan anak-anak (opss...yang xkawin lagi...hidup ceria disamping teman2 dan tugasan2 seharian)

kenapa kita selalu berdoa untuk dri sendiri dan org lain, kita sebut SIHAT WALAFIAT ?
teringat apa yang ustazah saya ajar masa duk Maahad dulu. sihat tue , maksudnya minta kesihatan jasad dan badan...dari penyakit luaran macam demam ke...apa2 lah yang kena rawat kat spital. tapi untuk walafiat tue.....adalah kesihatan rohani kita.....minta dikurniakan iman yang kuat, kesabaran yang hebat dan semua yang bersifat rohani..

kembali kepada tajuk n3 nie....pagi nie,,,tengah bersantai-santai....tunggu 2 orang lagi anak saya yang tak bangun tito....(hehehhehe best mamanya bersantai anak xbgn lagi...enjoy tnetler)

ok..sambung bab suami tadi...dia datang dan bertanya dengan penuh tandatanya...serius aje mukanya (sila gelak 3x...kui...kui...kuii)

"da, da tahu dok...ada tau orang buat korban tapi jadi haram dan berdosa..daging pun xleh makan haram?

sayapun pelik "iye ke? ada ke jadi gitu?"

suami pun dengan selamba rocknya berkata sambil berlalu (nk pi mandi) "ada da.......dia wat korban dengan lembu curi"


laaaaa......hehehehhehehehehehehe aku gelak sakan....terhibur sejenak..

*
*
*
itulah kuasa jenaka
**
**
***
buat diri kita terhibur dan terasa ringan seketika....
terasa nak nyanyi fly without wing pulak heheheheheh

Keajaiban Dalam Tulisan Microsof Word..

Untuk entri malam ni remedy ingin berkongsi sedikit perkara yang agak pelik. so terrpulang kepada korang untuk menilai sendiri perkara ni..mungkin benda ni ada yang dah tahu dan ada yang baru tahu..jadi boleh jugak beri pendapat korang kat sini yerk.

Cuba buat sendiri and lihat...



1. Buka Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre.

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan
Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..menakjubkan..kebesaran Allah S.W.T

sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang

menjangkakannye ...



Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..

kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...

dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH....

Cubalah...dan sebarkan.... Lepas tu cuba tukar kepada font WINGDINGS 2 & 3

Copy..Edit & Paste dari http://kitaransemula.blogspot.com/

Friday, November 5, 2010

apa ada di Masjid Wilayah.



Asssalamualaikum, ini n3 ke 2 saya pada hari ini....

nak bercerita ceriti skit....tgk gambar nie.

pandaipun...ini masjid wilayah....
apa ada kat masjid wilayah?

hari ini telah dibuka gerai-gerai jualan sempena majlis meraikan ditubuhkan badan PERKIM utk tahun ke 5 (rasanyalaa kot)


tepat jam 5.30 kami sekeluarga naik WIRA ITAM kami menuju ke destinasi....
sebenarnya nak menengok ajer, sebab fuluss memang xbawa banyak.... dah sampai tue.....ewah2....banyak pula yang berkenan ....tapi seperti yang saya cakap tadi...kami xbawa duit banyak....

ada gerai abaya,
*
*
*
gerai buku-buku agama
(ahhh....bercinta hinggga ke syurga 2-belum lagi dapat dimiliki...ada orang nak hadiahkan tak? huuhuuhuuh)
*
*
*
gerai produk makanan muslim
*
*
*
JAKEL pun adoooooo !!!!!
*
*
*
makanan kesihatan dan makanan otak seperti jus-jus kurma dan dll

banyak lagilah...datanglaa tgk sendiri yang mana berkenan.
*
*
*
yang paling best, anak-anak sayalaa, sampai xnak balik...kenapa?
penangan benda alah ini


*
*
esok Perdana Menteri kita akan datang merasmikan majlis tersebut...

maka datanglah beramai-ramai

nasyid juga ada secara life (suara kerongkong...bukan miming)

kami bermagrib di sana....dengar sedikit kuliyah magrib (ustaznya xdiketahui, tapi best sangat...nanti saya ceritakan dln n3 lain)
*
*
*

dah nampak gelembungtu dah dibuang angin (penyet) baru anak-anak ajak balik rumah

sebelum pulang, abahnya bawa round kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur....bagianak-anak berlari bebas dan riang dulu..balik nanti gerenti cepat lelap...penat..hehehehehe...

dan kamipun pulang ke rumah jam 8.55pm
isyak belum nie (penulis masih leka menulis n3...isshh....malaikat pun tgh menulis jgk tue...huhuhuhuh...ok babai...isyak dulu)

layan beberapa koleksi gambar ....ZAsssssSSSSZZZ






Kem Literasi Solat.

Assalamualaikum semua dan selamat bercuti sempena hari depavali.

Sebagaimana yang semua tahu (lebih-lebih lagi yang dah ada anak sekolah )sekarang nie student sekolah dah abis peksa akhir tahun, jadi guru-guru sambil sibuk menanda kertas peksa, semuanya turut dikerah untuk memenuhi program-program lepas peksa utk murid-muridnya. dewan sekolah saya dibuka terus (xtutup-tutup)selepas dari hari last peksa. maka, Penyelia petangpun terus mengarahkan guru-guru membuat apa sahaja aktiviti berfaedah agar masa terisi dengan aktiviti2 yang memberi ilmu.

Antara aktiviti yang kami buat adalah hari keselamatan.bunyikan siren atau loceng panjang (dari biasa)utk latihan kebakaran, slot matematik, slot bahasa inggeris, slot agama islam ( sirah nabi) dan banyak lagi. dan diantara banyak2 program itu, Kem Literasi al-Quran lah yang saya rasa paling hapenning dan memenatkan juga....kenapa? emmmm sebab saya pun menolong sama. ;)

guru-guru agama mengumpulkan murid yang tercicir (atau masih tersangt lemah dalam bacaan IQRA' (buku 1 -3 ) utk dipulihkan. pada hari itu, saya pun berpeluh juga mahu memulihkan mereka..target guru-guru adalah menaikkan bacaan IQRAK' setiap murid dari buku 1 akan ke 2 @3@4 sekurang-kurangnya melangkah je satu buku lainpun dah sesangat memadai....(memang berpeluh ketiak)..nasiblah muridnya cuma 33 orang shj..

namun setelah kami berhempas pulas , terdengar lagi cakap-cakap sumbang dari guru-guru lain tentang kelemahan guru-guru jQAF dalam menjalankan tanggungjawab mengajar. diaorang kata.....apalah guru jQAF....sepatutnya dah ada jQAF nie,xakan ada dah murid yang tak pandai baca IQRA; atau al-Quran dan tercicir.... amboi mulut.....xsayang mulut betul!

kalau begitu lah sifirnya....maka gagallah setiap guru pemulihan yang ada di setiap sekolah tu! yerlaa...dah lama guru pemulihan ada, tapi murid yang tak pandai baca b.melayu tetap ada...sekarang nie kerajaan mewujudkan LINUS pulak utk mate dan sais....terbaru pula, ada LINUS tegar pulak! tu kenapa plk jadi begitu..bukankah guru tersebut juga telah berpeluh sampai ke ketting (semua paham ker makna keting tue...hehehehbahasa melayunya xtahulaa, tapi dbahagian body yg atas tumit kit atu)nak memulihkan budak lemah....(angin juga saya dibuatnya)

kenapa sesetengah individu tidak dapat menerima guru jQAF itu seperti guru pemulihan yang lain....itukan guru luar norma.....guru jQAF dan guru pemulihan...ejaan sahaja yang berbeza...tanggungjawab dan tugasannya sama...mungkin guru jqaf diwajibkan menjalankan beberapa kem atau kursus2 kepada murid-murid...rasanya lebih hebat lagi bebanan nya .....(issshhh...kang kena pelakung marah pulak dengan geng pemulihan kat sekolah..hehehehehehe.....)

di dunia nie pun....sepatutnya xadalah orang yang yang tak beriman sebab Allah dah utuskan Nabi , bagi al-Quran lagi, sunnah Nabi pun ada, tapi kenapa ada lagi yang sesat..ada lagi yang enggan pakai tudung...... apa-apapun janganlah memperlekehkan usaha keras seseorang....bukan semua murid ada peluang utk belajar mengaji dari kecil dan boleh absorb pengajaran yang diberikan sekaligus (on the spot) kasihanla guru-guru tersebutkan......usaha mereka tidak dihargai...malah diperkecil-kecilkan lagi.

Seseorang yang telah menghantar surat terbuka teguran utk guru jQAF. boleh klik kat sini (sory keratan akhbarnya saya tak sempat ambil).... mungkin ada sebahagian guru begitu, tapi janganlah di buat surat terbuka, nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kesian kawan jqaf saya, selepas keluar kat Utusan Malaysia (rasanya laaa) tentang surat itu, kawan saya pergi sekolahpun semua guru-guru pandang lain macam...macam wat salah pula. kesian...sekarang nie GB dan kakitangan pejabat pun dah senyum sumbing ajer (nganyying).....apelah nasib guru agama kita.....


nota kaki: nganyying- sindir

jom lihat sebahagian gambar KEM Literasi sek saya...yang buat kami berpeluh ketiak.... ;)


maafla gambar pun gini jer yang termampu tunjuk...line tnet xizinkan letak gambar byk2...

aik..nape ada gambar hijau plk tue....ambik mood baru....saja nak menenangkan gelodak perasaan bila dah penat dengr budak-budak baca IQRA'...hahhahahah


Tuesday, November 2, 2010

MAHU JUALKAN BAYI ANDA?


ASSALAMUALAIKUM

comel tak wajah baby perempuan ini....lawa kan. tengokla keningnya yang halus bagai diukir, mulutnya merah dan munggil , pipinya yang mulus dan kulitnya yang halus dan cerah..
kalau kita dianugerahkan Allah bayi secantik dan sesempurna ini, mahukah kita menjualnya kepada orang lain..........
ikutkah hati saya, mahu sahaja saya melarkannya...waduh...sungguh bahagia menatap wajahnya..inilah bayi tak berdosa yang telah menjadi mangsa sendiket penjualan bayi yang telah ditumpaskan dalam Ops Pintas Sayang yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman

berita penuhnya boleh rujuk di sini... BERITA HARIAN ONLINE

mana tak lawanya. bayi ini kacukan Melayu, manakala bapanya seorang warga Pakistan...dan kemungkinan besaar adalah bayi luar nikah...kasihat sekali nasibnya..bayangkan macammana jika dia di beli oleh orang bukan Islam...sudah tentu dia juga akan mengikut agama mak ayah angkatnya itu.

jangan terkejut kalau harga yang dibayar untuk memiliki bayi ini adalah RM21 ribu..hospital swasta terbabit adalah dimiliki oleh seorang Datuk yang dah 10 tahun menjalankan kegiatan ini...patutlaa kayo rayo

rata-rata yang menjual bayi adalah wanita yang mengandug anak luar nikah.Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut diberikan sedikit habuan selepas menyerahkan bayi mereka..

lagilaa best nie...dahla anak xpayah jaga...semua perbelanjaan bersalin, berpantang ditanggung.dapat duit lagi lepas tue...tapi apakah dosa itu mereka kira sekali....mungkin tidak...malah mungkin ada yang berazam nak buat lagi taun depan.

Wednesday, October 27, 2010

ALERGIC MAKANAN LAUT?

Assalamualaikum geng bloger sekalian.....

saya tahu walaupun tak ramai geng blogger yang msuk mengomen di sini.....saya tetap postingkan sesuatu pasal diri saya...hahhahaha...tahu kenapa..kerana saya suka menulis....tapi bukan penulisan yang heavy....kadang-kadang tidak ada info bergunapun...cuma cakap-cakap kosong sahaja...kadang-kadang malu juga kat geng bologger yang menulis khas untuk menyampaikan dakwah dan info tazkirah...huhuhuuhhuuh

jadi blog saya nie xtahula berstatuskan apa.....ilmiah...? emmm...kureng ada.....cacamerba aje.. mula-mula khas untuk melaporkan homeschool anak,tp sekarang dah lai plk jadinya.in the future kena fikir baliknie apa sebenarnya dengan blog saya nie...


status saya sekarang adalah= alergic dengan makanan laut....sebenarnya akak ada darah alergic dgn makanan laut. kalau orang kelantan cakap_bade....kalau orang KL sebut aper yer...alergic kot...lebih manis bunyinya...walhal perkara yang sama aja...
tahun nie dah 2 kali saya terkena alergic...awal tahun dulu sebab makan udang dalam mee udang...30 minit makan terus naik bintik2 gatal bawah kulit kat tapak kaki dan tapak tangan. 3 hari saya merana dek kegatalan...last2 saya dah tak tahan ,pi klinik minta ubat makan...tak tahan juga..pergi balik klinik tu minta di inject kan...

kesan inject tue tak berapa memberangsangkan..malah meninggalkan parut seumur hidup...daging tgn saya mengeras setengah tahun dan sekarang sudah tiada lagi, cuma meninggal kesan putih (macam kulit albino sebesar buah limau nipis kat lengan kerana inject kat lengan)-pi tanya balik, dr tu kata komplikasi inject ada jugak yang jadi gitu? emmm....betul ke? ;)

dan 2 hari lepas sekali lagi saya alergic....kali nie dengan sotong pulak..pelik juga, sepanjang bertahun2 nie makan sotong, tak gatal lagi..2 hari lepas gatal...gatal macam yang 1st jugak...xboleh nka buat kerja..masak pun xboleh..terus pergi klinki minta ubt mkn dan inject....tapi bukan kat klinik yangs saya tau! dah fobia....dan tempat cocoknya juga bukan di legan .hahhahahahhahah..... nasib baik dr pompuan...saya memang selalu pilih klinik pompuan...mahal skit tak kisah..janji kita bebas bertanya....dan ceritakan masalah2 sulit..hahhahahah

setelah mendapat injection ptg tadi...sekarang dahkurang gatal...cuma mengantuk sgt....dah tibai tido lepas magrib tadi...sekarang mata dah segar skit..

alhamdulillah.....tapi risau jugak kalau saya terpeknet...inject alergic tue xper ke?emmmm...peknent......? hhahahahah xcek pun...memang period selalu tak teratur sejak kelahiran anak ke 3 1tahun 5bln yg lepas....

Tuesday, October 19, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA 2

hari Ahad lepas saya ber window shoping di JJ Wangsa Maju bersama anak-anak dan suami. saja, jalan-jalan hujung minggu, habiskan minyak kereta..ekekkekekekek

saja servey harga barang (amboi, barang-barang sekarangnie makin mahal harganya...patutlaa kalau dikatakan gaji cikgu-cikgu sekarang nie kalau tinggal kat bando2 besau gini, di letakkan dalam kategori miskin bandar..tgklah harga barang-barangnya,setakat gaji 2+++ atau awalan 3+++ dengan anak tiga empat orang....memang kena betul-betul budgetlaa)

haru betul si asma'..mama bawa stroler nak letak awak kat dalam tue, dia pulak nak tolak stroler...badannya kecit, stroler jer bergerak, yang menolaknya...alahai., xnampak kepala pun.habis semua orang di langgarnya.., tak nak kita tolong pegang sekali pulak tue.

selepas penat berjalan-jalan, kami singgah di kedai buku MPH...teringat kat kedai buku kakchik ..entah bila nak bersua dengannya..hehehehhe...

anak-anak apa lagi...berpusing-pusing memilih buku. si abang Muaz jatuh hati dengan kisah-kisah haiwan Makkah di zaman Rasulullah. si kakak Faqihah pulak ambil buku mewarna yang ada hadiah pensel warna dua tiga batang...masing-masing harganya RM45 dan RM20...hai nampaknya mama hanya boleh pegang dan usap -usap kulit buku "aku terima nikahnya 2" karangan ustaz hamrizal..sudah lama berhajat untuk memilikinya...untuk bacaan peribadi...dengar komen dalam blog kawan-kawan kata best dan memberi semangat dan nasihat.

itulah ibu kan....selalu mengalah..hehehe xperla...mula-mula tu teringat ajer kat buku tu..sampai kat rumah, terpandang al-Quran kecil dengan terjemahan yang dihadiahkan oleh suami ketika mengandungkan asma' dulu...ahhh..semua buku semestinya memberi ilmu dan motivasi..tapi Al-Quran adalah sumber motivasi yang terulung...aku cuba baca dan hayati terjemahannya...buku motivasi aku terima nikahnya tu lain kali ajer....terubat segala rasa terkilan..insya ALlah saban subuh akan saya teruskan membaca al-Quran beserta terjemahannya itu) tq Abang atas hadiah yang cukup berharga....






Saturday, October 16, 2010

SALAHKAH CARAKU MENEGUR?

Assalamualaikum dan selamat bersantai bersama keluarga di petang minggu ini....

Harinie para guru sekolah menengah dan rendah seluruh negara (tapi rasanya seluruh Kuala Lumpur dan Selangor sahaja) telah dipaksa rela untukm menghadiri satu perjumpaan dengan ketua tertinggi dan kedua tertinggi negara iaitu Dato Najib dan Dato Muhyidin di Bukit Jalil pagi ini . walaupun ramai yang pergi secara terpaksa kerana diugut dengan prestasi dan segala bagai, namun saya enjoy juga. almaklumlah tak pernah pergi ke Bukit Jalil dan tak pernah melihat secara live pemimpin tertinggi kita itu.

heheh sepatutunya entry ini ditulis tajuk @saya pergi ke perjumpaan Guru satu Malaysia@ tapi...jap...jap....dengar dulu cerita saya......

nak ceritanya peristiwa ketika pulang dari Perjumpaan itu, dah dekat dengan rumah saya....saya hanya berjalan kaki di tengah panas yang terik..begitu panas sehingga kulit saya terasa [edih dan tegang yang amat...

di dalam kepanasan yang rasanya melebihi 38 celcius itu...saya sedar saya sedang membontoti 2 orang anak remaja perempuan yang baru menjangkau belasan tahun. dengan pakaiannya yang seksi baju bersinglet pendek dan seluar kekat separas betis.....menampakkan auratnya . Gaya jalannya...masya Allah, mengalahkan anak dara yang berumur duapuluhan.tumbesarannya amat pantas saya kira tak seperti kita dulu-dulu.

maka saya mempercepatkan langkah agar berada di hadapannya...sungguh cantik rupa paras gadis ini . dengan memakai sunglasses besar (yang sapelah dirembatnya...). saya cuba menegurnya....adik ni umur berapa saya mengbah tone deringan agar nampak lebih ramah. 11 tahun jawabnya ringkas. namun kepanasan suhu membakar hati saya mengubah gaya ramah menjadi lebih tegas namun masih berhikmah.

Saya kata begini "pakaian awakni tak sesuai dipakai untuk keluar rumah, awak belajar kat sekolah tak tentang aurat perempuan. baju singlet awak menampakkan aurat. awak bangga atau malu bila orang boleh lihat aurat kita?...(aku mula naik panas)tak apalah kalau mak tak tegus,cikgu nak tegur ye...."
awak dah datang haid? tanya saya...belum...ok, nanti kalau dah datana haid, awak dah cukup umur dan tak boleh dah pakai macam nie yea....tegur ku...dia menggangguk2.

saya pun terus masuk ke kedai..bila pandang belang aje, budak perempuan dua orang tu dah tak ada..kemana perginya? mungkin dah masuk kedai buku sebelah ataupun terus balik rumah? ah..biarlah .......

tapi saya tegur tue..rsanya sebab panas luaran dan lebih panas bila melihat remaja baru nak menginjak darjah 6, dah pandai pakai pakaian menjolok mata....mak dia tak tegur ke? pelik saya....

dalam hati tiba-tiba gugup juga....risau kalau-kalau mak dia datang marahkan saya..maklumlah parents sekarang tak boleh ditegur anak-anak mereka....

teringat mak saya menegur seorang remaja yang pakai menjolok mata di atas sebuah bas di kampung halaman..pantai timur....bukan insaf malah mengherdik mak saya..."makcik apa peduli..jaga kubur masing -masinglaaa....mak saya pun tak marah...."....begitu kurang hajar sekali bercakap dengan orang tua begitu....

Allahu Al'lam..teguran saya tue..
adakah membawa kemarahan kepada budak itu dan emaknya.... entahlah
biar Allah sajaha yang menilai...

Friday, October 15, 2010

Nak mengaji tapi tak pandai

Assalamualaikum pembuka bicara.....dan salam Jumaat yang Mulia

ramai kawan-kawan di luar sana yang nak sangat mengaji tetapi sayangnya tidak berapa pandai mengaji.....termasuklah saya..tajwid pun tak berapa kena, nak kata lancar kadang kala tergagap-gagap jua....

pada pendapat saya..di mana ada kehendak di situ ada jalan...bukankah kita sudah ada pelbagai kemudahan termasuk internet sekarang nie..ada internet bukan hanya untuk memudahkan segala urusan seharian, bukan juga hanya untuk mengisi masa lapang seperti berseronok, kita juga boleh mengggunakannya utk berlatih melancarkan bacaan kita...

caranya?...senang sahaja....
kita buka mana-mana website al-quran yang mempunyai bacaan dan tulisan al-quran,,,,kita boleh pilih nak baca surah apa dan ayat ke berapa...kama kita dengar dan sambil kita juga membaca bersama, dengan itu, kita boleh mengetahui di masa kesipalan bacaan dan kesilapan tajwid kita..

disamping itu, jika kita sudah penat membaca, kita boleh mendengar bacaan sambil kita memahami maksudnya..


antara web yang saya sering kali melakukan @tadarus@ adalah web ini: tanzil.info
di sini kita boleh pilih dengan imam mana yang kita nak tadarus bersama....saya suka imam Ash-Shateri..bacaannya sungguh mengharukan hati yang mendengar..bagaikan memanggil-manggil hati saya untuk membaca dan membaca dan membaca lagi....
sahabat cubalah sendiri...ia amat menyeronokkan. ia tak memerlukan downloading atau save ke PC..cukup online sahaja..
bukankah ada cara senang untuk kita lebih mendalami kitab suci Al-Quran kita itu...

semoga kita dapat menjadikan al-Quran bacaan harian kita di samping membaca akhbar2 dan ber FB serta ber blog di laman maya ini....

just sharing...
sharing is caring
caring is loving

Monday, October 11, 2010

Jalan-Jalan Taman Metropolitan

Hari Ahad semalam, anak-anak asyik ajak abahnya pergi Taman Layang-layang... jam dah menunjukkan pukul 5.30.....

mamanya terasa nak makan potato kat KFC laa pulak, tapi KFC kat selayang nie xsedaplah...dah kena banyak kali, bila beli, ayam dia rasa lain macam, macam ayam lama. kentang lenyek dia pun bau semacam...bau kentang lama...memang tak menyelerakan...rasanya sebab KFC kat sini tak begitu laris jualannya,jadi barang2nya lamabt bertukar ke stok baru....haruslah rasanya tidak sesedap ayam ,kentang serta coslow yang segar...maaf ye KFC cawangan selayang.......

tapi kami sekeluarga keluar juga ke Taman Layang-layang tue, xmahu menghampakan anak-anak yang akan mula bersekolah lagi esok..kalau tak, esok mahunya di sebut-sebut lagi nak pergi ke Tamna Layang-layang tu. mama nya jugaklaaa yang akan rasa sedih dan tak sampai hati.... dan KFC?....yea, kami beli kat cawangan Sri GOmbak...tapi pn the way balik laa...alhamdulillah.....kotaknya dah dibuang....hehehehhe

last sekali utk n3 pepagi nie....(Muaz baruje ke sekolah dgn abahnya...mamanya terus buka tnet..heheheh)...kita layan beberapa pics semalam ok....


ok, nie gambar pemandangan tepi tasik


this is my famly...aik, name ayahnya kecit jer tuh....


hahhaha, boleh tak wat adagen cam gini.....wah....indahnya alam ini...jom pandang langit....

sume berebut nak naik buia..dari 6 buah buia, skrg tinggal 1 ini aje...mane taknya, yang dh tua bangka pun dtg begayut jgk. tapi pihak pengurusan tak baiki pulak yg rosak tue...


kakak faqihah merajuk xdpt naik buai ke?
kesian kakak...


dapat kat Asma', dah xnak turun dah....adik, ramai budak-budak lain tengah tunggu giliran tu..

ok...dah nak pukul 7, kita ambik last pic ok.... dah berpagar dah, alhamdulillah, lebih selamat dan tidaklah gayat sgt nak melihat ke bawah...sebelum nie, naik seriau bulu roma bila bawa anak2 melintas "gaung"ini...



Saturday, October 9, 2010

ke Taman Metropolitan

hari ini kami sekeluarga menyertai perjumpaan adik beradik kat taman Metropolitan.. dengan acara pot luck.....(macammna eja nie...kurang pastilaaa)

makanya saya tidak tahu nak bawa apa....maybe semua orang dah bawa lauk pauk untuk makan tengahari.....

saya terfikir...kalau semua dah bawa lauk pauk...saya
bawa dessertjerlah..hahhahahahhahaha


google punya google...saya jatuh hati pada resepi Puding trifle..........3 hari duk cari buah-buahan campuran...tapi semuanya tiada logo halal malaysia yang meyakinkan....mahu tak mahu, saya terpaksa gunakan nata de coco

jeli juga saya gunakan halajel punya..jadi tak tahu berapa banyak nak kena masukkan.....apalagi... menderhakalah jawabnya...haip...tok guru..mintak mahap bebanyak....

makan bila dah derhaka pada resepi tok guru......nampak macam tidak menjadi.....kenapa jeli halalgel bau lembu....booooooooohhhhhhhhhhh....bohhhhhhhh.....
alamak...puding trifle ku berbau lembu...maka...bila dah derhaka 2 kali..terpaksalah menderhaka keseluruhannya....saya nampak ada sirap merah...terus campurkan sekali.....

bila sume dah dilakukan....letak dalam peti air sambil berdoa agar jeli itu mengeras dan menyelamatkan dessert yang hendak dipersembahkna pukul 1 nanti....tapi nampaknya makin berbau lembu dan jelinya xmahu mengeraslaa...ishhh...risau...risau.....

kalau xjadi...xboleh bawa lah....

abang..kalau xmenjadi....kita kena tukar menu lain nie.....kita ganti aiskrim HPA jer lah 2 kotak..........

em

sabar

tunggu 30 min lagi yer....
.................
apa keputusannya...nantikan n3 saya malam ini....

jeng...jeng..jeng...

Monday, October 4, 2010

RUMAH TERBUKA LAGI

Assalamualaikum semua

Biasalah kat KL, kalau xhabis syawal, memang akan sentiasa ada rumah terbuka. hari sabtu dan ahad saya tutup dapur, penih rumah terbuka....



seronoknya snapping pic anak2 nie...

jom layan....


si Asma' dengan abangnya Muaz....susah asma' nk bagi pose mcm nie...
-dlm kereta-


pi rumah orang kawen......abahnya
-sebelum makan-


hantaran hari pengantin perempuan...
pengantin lelaki belum datang lagi.
pelamin tue direka khas oleh pengantin lelaki....seorang designer jugak...
simple but nice kan....


tadaaaa.....inilah dia pengantinnya dalam pakaian jawa
opsss.....mana gambar saya ye...hahhahah...teka sendiri ;)

bertemu lg dalam n3 akan datang

Saturday, October 2, 2010

Jalan-jalan malam hari


Assalamualaikum dan selamat berehat dihujung minggu

lewat petang semalam, sesudah kami mengambil anak-anak dari pusat jagaan....terus balik kerumah....sudah solat magrib......

"Jom keluar jalan-jalan dengan kereta".....kata abahnya....
"yahoooooooooooooooo......terus melompat sume anak-anak"..asma' pun terus ambil seliparnya...tahu pulak dia orang ajak bejalan....


kami bersiar-siar di ibu kota......pergi tgk lampu kat masjid negara dan masjid........
abahnya pergi solat isyak, kami yang perempuan tunggu dalam kereta

selepas itu mulalah men "snapping pics"

jom layannnnn.....











kemudian kami ke MAsjid negara.....aik..nape dh xbleh add pic neh.....em....lain kalilah plk ok...

bye2


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails