Wednesday, September 11, 2024
Thursday, September 8, 2022
PENCERAIAN DI USIA TUA…..
Penceraian Aflin Syukri , pelakon dan pelawak terkenal dlu-dlu zaman saya dulu, tidaklah mengejutkan sangat buat saya.
ia biasa....
biasa buat seorang isteri yang sudah lama bersabar dan simpan ...
agar anak-anak membesar dengan tenang dan riang....
belajar dengan cemerlang.....
agar mereka semua hidup berjaya dan senang.
kesabaran isteri itu....
boleh jadi sebentar cuma..alasan, aku masih muda...bekerjaya....
aku mampu hidup sendiri tanpanya di sisi,
buat apa memendam rasa, hidup dalam berduka.
cerai itu lebh baik dari tersiksa merana.
kesabaran isteri itu....
Ada yang bertahan hingga ke tua,
Alasan, aku tidak punya kerja,
Jika bercerai sudah tentu anak tiada yg biaya,
Kalau adapun mungkin tidak seberapa
Kerana ayahnya pasti sudah berbini muda,
Juga bimbang anak2 perempuan dicop tiada ayah kerana punyai emak yang derhaka,
hingga dicerai suami hingga menjanda,
Mungkin perangai ank2 perempuannya juga bak induknya,
Risau tak berkahwin atau terhina anak anaknya
Maka jenis isteri ke2 bertahan hingga ke tua,
Dari perangai buruk yang dan layanan yang ehsannya tiada,
Hinggalah sampai suatu masa, bila hati dah remuk kecewa,
Sabar dan takut tidaklag menggugah jiwa,
Rela bercerai diusia tua,
Walaupun tidak akan ada lagi nafkah untuknya,
Demi mencari ruang diri dan bahagia,
Merawat luka dan mencari ketenangan jiwa.
Saturday, July 30, 2022
Sunday, June 19, 2022
PARA ISTERI, MINTA AJA
Saya dari kecil dilahirkan dengan sifatbrendah diri. Rasa diri hodoh , rasa diri tak pandai, rasa diri kurang berbamding orang lain. Inilah saya sehingga dewasa.
Saya juga dilahirkan dalam keluarga yang sagnat secure. Ayah saya tidak pernah menunggu untuk sya meminta. Semua keperluan saya, duit perbelanjaan dan pakaian semuanya dia tentuka. Dan sediakan sebelum saya meminta. Jadi saya tidak pandai untuk meminta dan feeling
So much unconfortable kalau perlu meminta.
MenjDi seorang isteri yang perlu memberitahu suami apa yang diperlukan dan yang disukai sungguh membuatkan saya tak selesa. Ia membuatkan saya banyak memendam dan sedih.
Apalah lagi untuk meminta suami bersihkan sesuatu atau meminta duit belanja in case poket kering.
Hari ini saya belajar sesuatu daripada anak dara saya.
Asma: mama baju Asma basuh semalam tak sidai lagi.
( ayahnya lalu lepas habis mandi. Terus dia tembak abahnya.
Asma: abah, tolong sidai baju boleh… dengan suara lunak memujuk..
Haishhh dalam hati saya… eh suruh abah pulak, mujur
A abah kamutu nak sidai. TPi lain yang berlaku….
Tak sidai lagike. (Abahnya)
belum abahhhhhhhh (Asma’)
Saya menyiku Asma’. Tanda tak setuju,
. “Ala… tak apala abahkan freeeeee” ( Asma’)
10 minit kemudian ayahnya muncul dan terus turun ke bawah… ayahnya sidai habis 1 mesin basuh…. Wahhhhh bagusnya.
.ASMA’ : Ma… kita ni kadang- kadang kena minta tolong juga.
Saya : senangnya nak minta tolong sebenarnya.
Para isteri.
Sekalian…minta tolonglah daripada suami anda bila nampak dia free. Nescaya anda akan lebih tenang daripada menunggu- nunggu tindakbalas dia bila melihat sesuatu yang tak siap… dada duk berdebar, duk berteka yeki.. abah buat tak.. dia nak buat tak…. Dia rasa nak buat tak..
Itu nama nya sudah memancing untuk hati menjadi sedih… atau juga memancing kita sendiri sama muka atau sakitbhati
Friday, September 24, 2021
MASIH KUNING LAGI
Inagtakan hari ini dah hari last dan tak perlu datang dah ke KK. Tetapi………… bacaan kuning Khawlah harini adalah 120. Rabu lepas bacaannya 140.
Saya minta dengan doktoe tak nak datang dah. Saya dah penat. Lagipun gap penurunan memang nampak bagus. Cuma agak berskala kecil. Result darah daripada tangan baby untuk bacaan hatipun alhamdulillah menunjukkan fungsi hati normal dan tiada masalah.
Cuma doktor KK ni banyak risau kalau-kalau apa2 terjadi
kepada pesakitnya. Mereka juga akan kena nanti jika dipersoalkan kenapa tak repeat test sehingga jaundis turun bawah 100. Aduhai. Dengan berat hatinya saya angguk aja bila dokter pujuk datang hari selasa depan lagi sekali. Lepastu that is enough for me. No more KK.
Thursday, September 23, 2021
PINGGAN CORELLE DAN PENJUALAN SENJATA API
Assalamualaikum,
Hari ini saya berpantang hari ke-15. Luka pembedahan saya masih lagi terasa sakit menandakan masih tidak sembuh lagi. Segala pergerakan terasa sangat lambat. Dan juga menyakit kan. Saya tidak boleh pakai bengkung kerana ia boleh menekan di tempat pembedahan. Redo Aja lah kalau perut buncit selepas ini. Macamlah sebelum ni perut saya Kempis ha ha ha ha.
Pagi tadi saya mengupas dan membelah sebiji Apple kepada Thoriq. Thoriq ni ank ke 7 saya. Dia sangat sukakan Apple. saya masukkan Apple dalam pinggan Corelle. Akhirnya panggggghgg bunyi pinggan itu pecah dari tingkat atas. Saya panggil Thoriq untuk penyiasatan. ini jawapan Thoriq….
Thoriq ini memang tidak boleh berpisah dari saya. Semasa saya mengandung lagi thoriq memang tidur dengan saya di atas toto atas lantai bawah katil sampailah sebelum saya bersalin. Pelbagai cara saya telah cuba untuk putuskan susu badan. Akhirnya alhamdulillah dengan doa daripada suami dan ahli keluarga thoriq berhenti minum susu saya semassa saya mengandung 5 bulan.
Habis semua senjata-senjata api nya di angkut atas katil baby. Kononnya mahu buat jual-jual. Sabar ajelah ya baby bising betul dengan bunyi senjata api-senjata api abang kamu berdua ini. Nasib baiklah kamu suka tidur. Kalau tidak mahu nya Meraung satu rumah sebab terkejut dengan bunyi pistol dan senapang itu.
.
TEMPAH MAKANAN PANTANG
Kari Dada ayam, sayur sawi ( kurang garam😅) dan ikan siakap bakar( sangat sedap, cukup garam dan dibungkus dengan daun kunyit🥰)
Ikan singgang. Mungkin bukan orang kelantan, sedikit manis tapi kurang garam. Hehe. Xapala. Saya ratah ikannya. Ikannya segar
Dada ayam goreng . Saya pun tahu apa nama masakan ini. Pedas sikit aja. Sedap
Sayur ulam raja fresh yg siap di basuh. Saya bukan pengemar sayur. Tapi sebab dah dpt, alhamdulillah habis jugak suku daripada portion nya. Hehehe. Kalau masak sendiri menang tiadalah sayur ni dalam menu berpantang saya😜
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Untuk pantang kali ke lapan ini, saya buat special sedikit. Memandangkan umi tidak dapat datang untuk menemani saya berpantang, saya telah mengambil pakej makanan berpantang selama 14 hari daripada Lulaysya beauty&spa. Diaorang ni sebenarny buat pakej menjaga wanita dan bby termasuklah memasak makanan untuk mereka. Tapi semasa saya bersalin haritu, perkhidmatan Ke rumah masih tidak dibenarkan. Jadi mereka hanya buat perkhidmatan memasak makanan berpantang dan menghantar ke rumah pelanggan.
Ibu-ibu yang bakal melahirkan, jika berminat untuk mengambil pakej makanan berpantang, boleh lihat pada gambar di atas ya. Makanan yang diberikan adalah untuk makan tengah hari dan malam sahaja. Jadi penghantarannya adalah daripada 09:00 hingga 12:00 tengah hari. Kadang-kadang makanan saya sampai 10:30 pagi. Kadang-kadang ia sampai pada 12:30 tengah hari. Jadi saya dah tahu tiada set makanan sarapan jadi saya hanya minum Tamarcocoa dan makan biskut sahaja pada waktu pagi. Kadang-kadang suami yang pergi beli makanan dengan lauk ikan bakar atau ayam bakar di kedai yang berhampiran.
Memandangkan sekarang perkhidmatan berurut dan menjaga ibu dan bayi dalam
Pantang sudah dibenarkan, bakal ibu-ibu bolehlah kiri2 harga untuk perkhidmatan mereka. Menarik semuanya.
Bagi saya makanan yang disediakan alhamdulillah lalu dengan selera. Tukang masaknya arif bab pilihan lauk yang sesuai untuk ibu berpantang, boleh maklumkan bayi jaundice supaya tukang masak tidak memasukkan rempah ratus yang boleh memburukkan lagi jaundis bayi ya. Dan of course dalam pakej ini akan ada menu sayur mayur untuk tambahkan susu ibu. Kalau saya sendiri yang masak, memang jangan harapla saya akan masak sayur mayur dan makan segala ulaman itu semua. Hehehe. Tapi disebabkan kita dah disediakan… maka makanla juga. Alhamdulillah.. susu saya banyak. Kuning bayi memang tak boleh nak kata apa dah, mmg semua bayi saya jaundis walaupun xmakan apa2 rempah. Redha jela kan.
Seperti yang saya katakan, masakannya seperti masakan kampung biasa emak-emak kita masakkan. Bukan ala-ala hotel yang ada ikan salmon sos putih bagaitu ya. Hehehe.Cuma kita boleh pilih kau mahu lauk ikan sahaja atau ikan campur ayam. Kalau ikan sahaja kita kena tambah RM 5 lagi untuk sehari. setakat ini lauk yang diberi ada 3 jenis setiap hari. masakan berasaskan dada ayam, satu masakan berasaskan ikan, dan satu lagi masakan sayur sayuran.
Satu lagi, syarikat ini bercuti pada hari Ahad setiap minggu dan pada hari cuti am seperti hari Malaysia tempoh hari. Tapi tak apa hari Ahad suami kan tak kerja, suami boleh pergi beli lauk ikan atau ayam panggang di kedai tepi jalan tu. alhamdulillah ada juga varity untuk lauk berpantang saya.
Saya pun ada terjumpa pakej makanan berpantang dari syarikat lain yang sangat lazat, mcm hotel2 punya. Memang harganya tak kurang daripada rm1k lah untuk beberapa hari sahaja. Jadi saya yang rakyat maheran dengan duit maheran memang tak mampulah untuk mengambil pakej yang sedemikian rupa jadi saya redho dan mengucap alhamdulillah atas pakej yang telah saya ambil ini. lagipun hanya 14 hari sahaja insya-Allah selepas jahit operation saya sembuh saya dah boleh masak sendiri. Saya tak mahu menyusahkan suami saya yang bekerja work from home dan lima orang anak saya yang PDPR daripada pagi sehingga 05:30 petang setiap hari.
Update: Hari ini Lulaisya whatapp pulak. Banyak pulakla cutinya🥺. Semalam makanan saya tak sampai. Runner tersalah hantar makanan saya ke customer bernama Zuraida dan barangan berpantang Zuraida tiba kepada saya. Barangan seperti mandian rempah ibu bersalin, minyak bayi nonaroguy, bengkung modern dan beberapa item lain yang saya tak tengok sangat. Saya just peeping je dalam bag tu. Tak berani nak selingkar. Barang orangkan. Jadi semalam lauk saya tak sampai. Hurm harini dah sampai tadi, esok bercuti pulak diaorg ni. Aduhai. Xapala. Kita beli sendiri esok. Suamipun cuti.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Saturday, September 11, 2021
LAST LUNCH AT THOMSON HOSPITAL
Hai assalamualaikum, hari ini hari ketiga, dan hari terakhir untuk saya berada di sini. Terima kasih kepada semua warga hospital yang sangat peramah. Insya-Allah saya sedang menunggu keputusan bacaan darah jaundis daddy harapannya saya boleh bawa baby balik sekali hari ini.
Tengah hari ini saya makan nasi sedap. Lapar kan semuanya sedap. Lepas tu saya tengok ajar yang diberi adalah airsusu soya yang pekat dan saya minum dua teguk. Sedapnya alahai.
Kemudian saya teringat susu soya adalah daripada kacang dan orang yang bersalin tidak digalakkan untuk makan makanan berkacang kerana ia boleh menyebabkan sangin dan bayi yang minum susu ibu akan menjadi kembung. Saya cuba Google masya-Allah nasib baik baru minum dua teguk. Ibu-ibu yang baru bersalin boleh baca di sini ya Article nya .
Makanya saya tutup semula air itu. masih teringat lemak manis nya hehe. demi tidak sakit urat dan tidak kembung anak, saya tahan dulu tak apa lain kali boleh minum.
Kita balik harini ya adik
MALAM KE 3 di THOMSON HOSPITAL
Yup malam ketiga berada di sini. Masuk sini hari Rabu. Tidur semalaman, pagi Khamis operation bersama DR KHoo and the teams yang sangat bagus dan ceria. Baby keluar 8.50. Operation bermula 8.30. Saya menjalani Bilateral Tubal Ligation (BTL). Kalau bahasa mudahnya “ ikat peranakan”.
Alhamdulillah saya telah merasa melahirkan 8 orang anak. Dan 2 keguguran dengan kandungan yang belum menjejak ke 3 bulan. Alhamdulillah sekarang ada 7 anak yang sihat. Sorang daripadanya Allah ambil sewaktu bersalin. 2 kali czer utk ank ke 7&8 menjadikan ia mungkin sudah cukup untuk saya menjaga kesihatan rahim dan baadan saya. doktor pun kata rahim saya dah penat dan tak selsmaat untuk mengandung lagi.
Jom kita lihat apa pilihan bagi yang malas@ tak mampu untuk merancang dah.
Subscribe to:
Posts (Atom)