Monday, June 29, 2015

ALLAH TEGUR DIRECT....MALAM KE 13

Allah tegur direct
Berkenaan dengan kejadian malam ini.. Saya menegur beberapa wanita muslim mynmar atau rohingya..ustaz memberi tazkirah berkenaan dengan kasih sayang kepada Muslim.. Jangan cintakan manusia kerana berkaitan dgn bangsa ataupun status. Jnagan tgk dan benci kepada orang rohinya. Mereka tidak minta dilahirkan menjadi rohinya.. Xminta di lahirkan di mynmar dan di seksa sebegitu. Oh.. Saya suk zhon kepada mereka tadi..

Saya sendri xtahu mana satu.. Tapi semenjak beberapa hari berbuka puasa di sini.. Ada sekumpulan wanita dan beberapa orang kanak kanak turut berbuka sama..tapi bukan di meja yang di sediakan...tapi berbuka di satu sudut yang gelap dan hanya anak2 yang dtg mengambil makanan. Anak2 nya akan dtg ambil dan bawakan juadah kpd ibu ibu mereka. Selepas solat magrib juadah akan dibahagikan. Tapi mereka tidak solat sekali di dalam masjid bersama kami. Mungkin usai makan, mereka akan balik solat di rumah.
Oleh kerana suk dhon saya.. Hati saya berfikir mereka hanya datang untuk makan dan tidak solat. ALLAHU.. Betapa jahat hati saya.

Setelah azan berkumandang, usai makan kurma sebagai syarat berbuka puasa, saya mendekati mereka dan bertanya...

Awk muslim kan.. Jomlah kita solat berjemaah bersama sama di dalam masjid. Seorang daripada yang agak tua menunjukkan kepada anak anak mereka..saya dapat mengagak dia kata susah nak solat dengan anak anak kecil. Takut mengganggu jemaah.saya kata xapa..ramai budak budak dalam masjid. Masjid luas..jom solat dulu kemudian baru makan... Makcik tu nampak berminat dan mengajak beberapa wanita lain.. Saya turut mengajak wanita muda terbabit.. Masam aja mukanya..xsetuju. Saya tinggalkan mereka untuk masuk masjid.

Selepas solat, kami ke tempat makan.. Saya sedar akan niat saya yang xkena masa menegur meraka kerana suk zhon saya yg mereka hanya dtg utk mkn..tapi xsolat.. Saya sedih dan malu pada diri sendri sehingga malu untuk menatap wajah mereka.. Masa berjalan..langsung saya xbengahkan kepala masa ambil makanan dan makan.. Usai makan..baru saya berpaling ke tempatbmereka duduk.tadi... Alangkah terkejutnya saya bila mendapati mereka tiada di situ..

ALLAHU..Rasanya mereka malu untuk makan dan terus pergi dari situ akibat di tegur untuk solat oleh saya.kasiahan mereka.. Tentunya mereka kelaparan..anak anak mereka kelaparan.
Jahatnya saya. ..

Kat masjid ni, lepas 4 rakaat, ada tazkirah pula.. ALLAH nakntegur saya direct, tajuk tazkirah malam ni adalah berkenaan jangan membeci Muslim Rohingya..MasyaAllah... Terus kepada saya.. ALLAH maha mengetahui.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails