Assalamualaikum,
maaf kerana tajuk begitu kasar sekali...
Sudah tentu ramai dari kawan-kawan yang pernah menonton rancangan kanak-kanak Tom-Tom BAk di astro kan. semalam saya juga tidak terlepas dari menontonnya, memandangkan ank-anak setiap hari itulah channelnya sampai nak tgk beritapun kena bua tenet....

saya menyaksikan kanak-kanak berumur 5 atau 6 tahun dalam segment berbual-bual bersama pak Nil.. budak itu sungguh sweet, dengan rambut ikal mayang separas pinggang, ikal mayang lagi..tapi bila ditanya namanya..masya Allah, lelaki rupanya. saya terlupa pula namanya tapi yang mengesahkan dia seorang kanak-kanak lelaki adalah pangkal namanya Muhammad ...... n dalilnya lagi, ada seorang peserta juga telah menyatakan dia(merujuk pada budak tulah) seorang boy..

kalau bukan disebabkan namanya atau pengesahan dari peserta lain, memang saya tak sangka kanak-kanak itu seorang boy...salah siapakah ini? adakah salah kanak-kanak tersebut kerana memilih personaliti dan penampilan sebegitu? tepuk dada tanya aqal yang telah dianugerahkan..
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Rancangan tv sekarangpun tak putus-putus menayangkan hiburan dan rancangan untuk mencari bakat menyanyi, menari dan macam-macam. saya rasa sebab itulah anak-anak sekarang semakin malas untuk belajar dan mendalamni al-Quran dan agama, kerana media perdana sendiri semakin galak mengajak generasi ini ke arah itu. mungkinkah suatu hari nanti saya sendiri terpaksa bungkus sahaja tv ini dan masukkan bawah katil???
sama-sama kita fikirkan....