Wednesday, February 4, 2015

Makan di ALADDIN Sri Gombak

Assalamualaikum, 


Horrayyyyy, ayah su a.k.a adik bongsu saya belanja makan malam kat ALADDIN kat SRI GOMBAK. kasihan dia, berhabis +- RM100 untuk kami sekeluarga. insyaAllah saya nak bayar balikla  separuh, tak sampai hati pula makan duit gaji adik walaupun dia volunteer nak belanja.

Antara makanan yang adik order adalah lamb chop apetah nama nya rm29.00-untuk dia. harus lebih mahal untuk diri sendiri.kikiki
manisan sagu dengan gula melaka, tauhu dan kuah masam manisnya- sedap jugauntuk suami
saya -mee rebus
untuk anak-anak pula set chiken chop kongsi bertiga aja. 
air minuman beberapa gelas. 
begitu sahaja menunya dah mencekik RM90 hinggit lebih. bleh beli barang basah seminggu @2minggu makan tuuuuu

Sedih betul, mee kari yang ku harapkan, mee rebus yang ku dapat. rupanyakat ALADDIN tak dok mee kari. makan pun tak habis. rasanya sedap, tapi dah anak tekak nak makan mee kari, terus rasa tak lalu bila xkena selera mengidam. huhuhuuhu

Meh, saya belanja satu gambar kami. Abang Muaz tak ada masani. duduk asrama. ngaji molek deh abe Muaz. mama tolong make ko abe muaz.. kikiki. tudungpun pakai tudung untuk menjemur baju kat ampaian aja. huhu. itu aja tudung yang tak bau sabun. yang lain bau sabun yang amat memeningkan kepala saya.


Rupaku yang tak semengah. Masih mabuk alahan. Nak senyumpun terpaksa aja. 
Ter snapp gambar depan kedai. Eloknya kedai jadi latar belakang...ni tak, mengadap kedai...boleh saksikan jalan raya ajala..hehehehe.

Makanan tak ter snap. Mamarazi tidak berselera untuk ambill gambar makanan. lagi juga bagi menghormati kawan -kawan yang tidak berapa berada seperti saya.. harapkan belanja dari adik ajalah untuk makan di kedai  mahai macamni. huhuhuuhu

Suami pula pejam mata, agaknya kenyang bangat dah kot. tolong habiskan mee rebus saya tadi. Sebab tu badan dia membesar bagai juara. tukang perabis lauk time makan. tupun dah ok sikit,  suami skrg consume minyak zaitun tanpa tapis perahan sejuk tu (unfiltered extra virgin olive oil). nampakla dia sedikit kurus. Yang pastinya kolestrol juga menurun dengan jayanya.. Alahmdulillah.

kikikiki, tetiba tepek gambar nie. kira promosi jugakla ni, kan..hehehehe.

Dalam kereta tengahari tadi, saya ada google mee kari sedap gombak. keluar testimoni pemakan di restoran PAPARICH. ramai kata sedap mee kari nya.. hohohohhhohohoho, terus kelenjar air liurku merembeskan peluhnya... tak larat nak telan air liur kecur tu. bagaikan nak terbang hinggap terus ke PAPARICH. tapi MAMA yang POOR nie, xsampai hati nak makan tanpa anak-anak di sisi. walaupun harini semua sekolah cuti taipusam, anak anak saya bersekolah. Sekolah dema tuh xambil cuti untuk perayaan agama lain.. elok juga kan..budak ngaji xelok cuti banyak. banyak cuti, banyakla benda yang tak berfaedah di rumah. mama pun bleh rehat.. kikikiki.. adakah itu harapan utamanya????? hohoohohohho

tapi malam ni kami tidur dalam kelaparan, PAPA yang tak berapa nak RICH kami pengsan awal. rasanya harini boleh buat pertandingan tidur dengan MAMA tak RICH ni.. lepas maghrib ni dia pulak ambil bonus pengsan awal.. telan air liur kecur lagi.. bawa hati yang merajuk. masuk tidur sendiri dalam bilik tanpa kejutkan PAPA tak berapa RICH.. hohohohoho.. biar dia jaga dan naik tidur sendiri.. boleh gituw.... ??? moga mak mertua dan ipar duai eden tak baca entry eden ini.. kalau tak, kena eden..huhu
bila lagi nak melayan rasa sedih ibu mengandungni,kan...kan..kan..kan.. settttt.. kita layan rajuk malam ni bertemankan keroncong perut. hehe. keronconglah sangat .padahal tengah bedal coklat minda anak perisa badam..hehe. ayat rajuk mesti power. baru kick rajuknya.

oklah , saya stop sini dlu. niat asal nak tapi minit mesyuarat ke laut dah pulakk..
ok..last, BYE.

QASEH GOLD DAN KHASIATNYA.

Assalamualaikum, sedang saya tercari-cari suppliment sunnah untuk anak yang mengalami beberapa masalah kesihatan yang tidak terlalu serius, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan produk QASEH GOLD dari  Syarikat Ana Edar.

Sebenarnya dah lama syarikiat ni wujud. rupa-rupanya saya adalah antara pengguna terawal produk keluaran Ana Edar ni. pada masatu zaman ank sulung, sekitar 2004. anak sulung saya Muaz selalu sembelit. masatu tak celik sangat bab kebaikan susu ibu ni. Muaz hanya berpeluang minum susu ibu 3 bulan terawal sahaja. merasakan susu ibu makin kurang kononnya, saya terus memberi anak saya susu formula. ada seorang kawan baik MAHANI namanya. dia memperkenalkan kepada saya susu bayi keluaran Ana Edar, 2 tahun juga saya memberi anak minum susu keluarannya. Alhamdulillah, Muaz tidak lagi sembelit. najisnya lembut dan ia mempunyai rumusan khas untuk perkembangan otak bayi.

Pernah dengar produk nama EXZAMO dan salindah. Ia adalah keluaran dari syarikat yang sama. oleh kerana saya sudah cukup pengalaman manis bersama produk ini, kali ini, saya tetap memilih produk ini untuk supliment kepada anak-anak yang sedang membesar.

Faqihah, anak saya berusia 8 tahun selalu mengalami gatal hidung dan mata. selalu sahaja bersin dan hidung berair di waktu pagi.takkanlah resdung kot kecik-kecik lagi dah ada yang kena resdung ke? dia juga selalu cepat penatdan mudah terkena selsema. suka mengadu matanya panas dan berair. kadang-kadang geram juga, pelik-pelik aduannya. fikiran saya ni takut nak memikirkan penyakit berbahayani) Masa dia membaca, menonton tv dan duk saja-saja, selalu ke dapur basahkan towel kecik untuk tuam mata. (aisyehhhh.. bimbang juga) anak saya juga ada masalah sembelit. kurang air masak. budak-budakni, kena diingatkan minum air masak selalu, kalau tak, seharianpun mereka tak minum air masak.

Ank ketiga saya ASMA'. punyai masalah kurang tumpuan dalam mengaji a.k.a malas..kikiki. itu penyakit semua budak-budak,kan? memilih makanan. sayur jangan harap boleh masuk ke mulutnya. dia suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti KFC, air bikarbonat, roti canai, ayam pop corn kat pasar malam, kulit ayam( kalau saya xRAMPAS kulit ayam KFC memang itu yang dibedal dulu) nasi jarang sangat nak makan. saya amat risau akan kesan jangka panjnag habit pemakanannya kepada diri dan anak cucunya kelak.

Umar anak saya yang ke 4. juga sukar untuk makan. setakat ini minuman kegemarannya adalah tamarcocoa. alhamdulillah, ia membuatkan dia kenyang lama. tapi tak berkesudahan dengan air sahaja. badan dia perlukan kabohidrat, protien, serat dan dll. mudah dijangkiti selsema juga kerana saya letak rumah pengasuh. pernah kena penyakit kuku kaki mulut. antibodi lemah agaknya. kalau selsema, lambat sangat baiknya. 

Sekarang saya mencuba QASEH GOLD JUNIOR untuk mereka. minum setiap pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur. alhamdulillah, mereka nak minum. rasanya yang manis madu dan ada rasa buah delima, kurma dan kismis menyebabkan mereka meminta untuk minum 2 sudu. xapala. suppliment sunnah. makan banyakpun tak apa . tak ada side effect. 

selama seminggu dua ni, saya lihat Faqihah dah tak menggaru mata dan tenyeh hidung. matapun xada dengar rungutan panas dan berair. moga ia terus memberikan effect positif.

Asma' pula tiada perubahan sangat sebab dia jarang sakit kecuali selsema. Cuma dalam hati kecil saya tahu, suppliment itu menolong menyeimbangkan khasiat yang hilang dalam tubuhnya. tapi nampaknya dia makin rajin baca al-Barqi. sekarang dah sampai muka surat 61. 3 muka surat lagi akan imtihan/ ujian untuk sart baca Iqra' 6. 

Umar pula, nampaknya hingus selsema minggu lepas dah kering. minggu ni belum ada tanda tanda berhingus lagi. 

Alhamdulillah.. itu sahaja perkongsian saya tentang QASEH GOLD JUNIOR.

InsyaAllah, saya pula akan buat buku merah tak lama lagi. testimoni kata QASEH GOLD adinda elok untuk ibu mengandung @ xmengandung yang ada masalah darah rendah. saya tak nak makan lagi. nak buat buku dulu. nak tengok berapa bacaan hb saya. akan cuba, try dan test (3 sekali tepek) QASEH GOLD ADINDA tu. betul ke tidak boleh naikkan HB. Saya memang dari zaman anak dara lagi HB rendah. kalau bangun dari duduk dengan cepat, memang rasa rumah berpusing.  (kalau kat tempat kerja.. siling tempat kerjala yang rasa bepusing..ekekekekek) barang dah ada, cuma tunggu masa aja nak telan. heheheheh.

saya juga risau akan penghasilan susu untuk kandunganke 6 ini. Semasa Allah ambil baby Mohd Ibrahim tahun lepas, doktor menyarankan saya telan ubat keringkan susu sebiji sahaja. bila balik rumah, rasa macam nak bengkak susu, maka saya suruh husband belikan ubat kering susu untuk makan 2 minggu. huhuuhu, tanpa diketahui ubat itu sebenarnya akan menimbulkan kesan jangka panjang penghasilan susu untuk kelahiran berikutnya. Itupun saya tahu bila nurse datang cek. masatu pil kering susu tu dah habis saya telan. misi terkejut kenapa saya tak ikut nasihat doktor. saya cuma ikut gerak hati seorang ibu yang merasa rindu akan bayi  yang dikandung 9bulan 10 hari itu. kalau setiap hari terpaksa memerah susu dan melihat tetesan susu yang tidak dapat diminum oleh bby, alahai..taka kering air mata, kan. insyaAllah, saya kena amalkan QASEH GOLD ADINDA disamping terus kumpulkan semanagat dan keazaman untuk menyusui bayi ke6 saya ini. jika Allah izinkan , InsyaAllah. Sebenarnya milk booster ni bergantung kepada semangat, emosi dan niat si ibu semasa mengandung lagi dan the power of du'a xboleh diperkeclkan. Konsep power and supply mesti difahami. tak boleh bergantung kepada makanan atau milk boaster sahaja.

Di bawah, kawan-kawan boleh lihat antara kebaikan QASEH GOLD ya. kalau ada yang berkenan dan mahu mencuba, 

boleh hubungi saya untuk pembelian.
shafida 0192298791
pos boelh guna pos laju. sebotol +_500g. jadi boleh gunakan parcel pos laju RM6. kalau 2 botol boleh guna parcel pos laju yg rm9.
insyaAllah selamat sampai tanpa pecah. botolnya plastik dan berkotak.kita akan balut dengan bubble plastik juga.

JOM SOKONG PRODUK MUSLIM.

Harga:
QASEH GOLD JUNIOR RM60
QASEH GOLD ADINDA RM71.90
QASEH GOLD KAKANDA RM71.90

boleh klik untuk tumbesaran pembacaannya :)








UNTUK QASEH GOLD ADINDA DAN KEKANDA 













SEKIAN , TERIMA KASIH

JUMPA LAGI YA.


Tuesday, February 3, 2015

RUMAH PUN DAH MAHAL

Assalamualaikum, bersiaran sewaktu semua anak sudah tidur. diharapkan moga anak-anak jauh dan dekat akan mendapat tidur yang lena, berkualiti dan bangun semula dengan semanagt yang kuat untuk terus mencari ilmu dan menjadi seorang khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

saja, menjenguk fb dan baca sepintas lalu. terlihat  akan design rumah ini dan itu.. 




Sekarang kat kelantanpun rumah sudah naik harga.  Rumah sebegini kecilpun bernilai RM300 k. Kalau tak salah di kampung panji, Kelantan. hoohohooo.. mahalkan. kalaulah anda ada duit sebanyak itu, tolongla buat rumah dengan tukang. kalau guna tukang rumah, dengan harga RM300, boleh buat banglo yang besar dan sanagt selesa.  BOleh design sendiri nak macam mana.

kalau saya la kan..kan..kan.. tak berkenan dengan design begini. nampak macam moden tapi kepelikan yang amat sangat. tingkat ats macam tergantung aja.. dan kurus-kurus aja designnya..alahai...sangat kecil nampak rumah itu. xtahula kalau ada yang nak beli. tapi mungkin juga ada orang beli dan tambah situ sini. orang banyak duit , boleh sahaja buat macammana nak pun. kita yang tak berapa banyak fulus ni.. beginilah...begitulah, semua dipikirkan cara untuk penjimatan hebat.

Nak wat rumah sendiri dengan tukang pun rumit juga. kena ada tanah sendiri, kena ada duit sendiri untuk mula buat rumah, baru boleh wat pinjaman dengan kerajaan, itupun kalau kita kerja kerajaan. kalau kerja bukan kerajaan atau kerja kampung.. macammana pula. sebab tu sekarang makin ramai pikir senang beli yang dah siap. 

Pening kepala juga kaalu nak buat sendiri. kena selalu pergi jenguk, kena komen sana sini, jangan ikut tukang aja.bagitahu apa yang kita nak. jangan apa yang tukang nak.. kalau tak, ada pula tukang yang ambil kesempatan. biasalah tak semua manusia jujur. menipu banyak juga. yang jujurpun ada..lumrah alam, maka kena barhati-hati.

Kami yang tinggal kat gombakni, nak abeli tanah, mahal bangat. nak buat rumah sendiri, lagila tak pandai, banyak urusannya. maka pilihan yang ada, beli ajalah.. setelah berhempas pulas mencari dana pertolongan dan berjimat sana sini serta korbankan sedikit sebanyak ... dapatlah kami sebuah rumah yang kami tinggal sekarang. hutangnya ..huyooooooo.. sampai saya pencen.. 60 tahun baru habis, kalau ikut setul dengan jumlah bayaran setiap bulan. suami kata kita kena buat sesuatu supaya dapat bayar lebih dan pendekkan tempoh bayaran..

Agak2 nya sayani hidup sampai 60 ke? heheheh.. xtercapai la akal nak memikir. harapan cuma satu.. mati dalam husnul khotimah dan meninggalkan anak-anak yang soleh solehah, mendoakan kami di sana, menginggallam ilmu-ilmu yang bermanafaat dan sedekah amal jariah yang boelh menolong di akhirat kelak.

Amiiin.

coretan yang tidak ilmiah dari saya.. hehheheh
wassalam

Monday, February 2, 2015

ALHAMDULILLAH S'HUMMA ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang mematikan dan menghidupkan, yang menurunkan hujan dan menyuburkan tanah, Dia juga yang yang berkuasa menghembuskan angin kering, panas lagi membakar. Dia berkuasa menyempurnakan kejadian dan memusnahkan apa sahaja yang Dia kehendaki.


Alhamdulillah, sempena hari cuti wilayah hari ni (suamila cuti), sesudah balik dari sekolah (sek saya xcuti), ajak suami unutk ke klinik Fadzilah di pinggiran Batu Caves untuk buat first check up. saya perlu memberanikan diri kali ini. sampai bila saya harus berteka teki dan berada dalam ketakutan. 

Nasib baik doktor Fadzilah ada di klinik dan saya adalah patience nya yang last sebelum dia pulang. alhamdulillah, doktor masih mengenali saya. katanya sangat awal kalau saya pregnant lagi, tapi xapa, rezeki Allah katanya... insyaAllah.

Saya berterus terang yang saya tidak pernah buat urine test, cuma terasa macam mengandung.. doktor blurr juga bila dengar begitu, tapi sebab kita bayarkan, xadala dia nak membebel macam kat klinik kerajaan. dia paham, saya belum bersedia untuk tahu jika ada something wrong dengan status kandungan ke enam ini.

Alhamdulilllah, setelah di scan, positive saya mengandung dan yang lebih mengejutkan kandungan sudah berusia 3 bulan.. wakakakkakaka.. apalah ibunnya sendiri tidak sedar tarikh terakhir datang kotor.doktor kata alhamdulillah, nampaknya kandungan saya bebas dari anenchephaly kali ini.. alhamdulillah ya Allah. tapi doktor menasihati saya agar tetap dengan asid folic atau obimin  untuk perkembangan otak dan saraf baby. Insya Allah doktor, saya akan makan dengan tetap dan teratur.

Mengikut scan, due saya adalah 21/8/2015. Alhamdulillah, walaupun dah terpikir kena naik sekolah juga bulan 10 tu, xapalah, asaal saya bersalin dalam keadaan selamat ibu dan anak serta bby saya sihat, sempurna dan comel.. insyaAllah..

Buat kawan-kawan yang masih menunggu cahaya mata, insyaAllah, teruskan berdoa dan berusaha, InsyaAllah, Allah maha mengetahui apa yang aterbaik untuk kita.

Allah ambil anak saya yang ke 5 mungkin kerana Allah tahu, saya tidak mampu untuk menjaganya kerana iman saya tidak cukup kuat untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Allah lebih tahu saya hanya mampu untuk menahan gelora kedukaan hati selama  9 bulan 10 hari sahaja,maka ALlah kurniakan saya nikmat mengandungkan Mohd Ibrahim bin Md Zulkifli. 

Sepupu sebelah suami, mengandungkan baby dengan tiada masalah, bila bersalin, baby nya disahkan jantung berlubang. Bila umur baby menjejaki setahun. baru di buat operation, bayangkan betapa derita dan tabahnya sang ibu menjaga baby nya di samping 2 anak kecil lain, terpaksa cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk tumpukan perhatian untuk jaga bby nya. setelah di operate, alhamdulillah, berjaya, bayinya sekarang sudah sihat, namun ada berita sedih lain pula di terima, rupanya bayi nya tadi adalah sindrome down. Allahu akbar.  bila saya temui emaknya, emaknya sempat mententeramkan hati saya yang baru 40 hari kehilangan Ibrahim. katanya, Allah tahu antara kita yang mana mampu menjaga anak yang sakit dan yang mana sabar menahan sabar dengan mengandungkan bayi yang disahkan akan meninggal sebaik sahaja dilahirkan.. ya.. alhamdulillah atas semua ketentuan Allah. sahabat yang masih belum dikurniakan bayi, jangan mengeluh, jangan marahkan diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha tahu akan kekuatan dan kelemahan kita.

Minggu lepas, beberapa orang ustazah datang posting ke sekolah saya. salah seorangnya ada masalah anak sakit. Dengar cerita anaknya demam dan ada jangkitan kuman ke paru-paru, dimasukkan ke wad. selang sehari, keadaan nya kritikal, terus dimasukkan ke ICU. doktor mengesahkan kuman telah merebak ke otak ada ada nanah di otaknya. sekarang baby itu masih di ICU dan tidak sedarkan diri.. masyaAllah.. kuat betul dugaan si ibu. dan bayinya adalah seusia dengan arwah ibrahim, anak saya. 3 kisah, tiga masalah berbeza dan 3 ketentuan berlainan yang diciptakan Allah buat saya, sepupu suami dan juga ustazah berkenaan. anda juga mungkin sedang diuji ALlah, tapi dengan cara yang berbeza. moga kita tetap tabah, kuat dan redha di atas segala ujiannya. amin..

Coretan saya pada kali ini tidak bergambar ,  untuk menghormati dan  sangat memahami antara kita, ada sahabat yang masih menunggu cahaya mata, yang mungkin sedang bersedih atas ujian yang sedang diterimanya. Moga semuanya tetap tabah menghadapi ujian Allah..ingatlah hujan tidak selalu turun. ada masa ia akan berhenti jua.. Allah akan kurniakan kita pelangi di pengahkirannya.. doakanlah agar kita tetap istiqamah di jalannya dalam kesabaran.

sehingga berjumpa lagi ya.

Saturday, January 31, 2015

FEBRUARI SUDAH KETUK PINTU



Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua ya. Bulan januari sudah mula redup dan matang. Bulan februari pula akan sirna beberapa hari lagi. Bagaimana dengan laluan kehidupan ibu dan bapa pada bulan januari ini. Sudah berez kah semua perihaL persekolahan anak-anak? Sudah langsaikah segala yuran bulanan, yuran tahunan, yuran pendaftaran dan segala mak nenek yuran pengajian anak-anak anda?


dua anak dara sayani belajar di sekolah yang sama.
tahun depan anak bujang tu pulak

Ya… untuk anak-anak yang melalui persekolahan di sekolah kerajaan… yuran semua sudah beres, kan?  Sekolah kerajaan tiada lagi yuran yang akan dikenakan. Tapi di pihak PIBG pula, ibubapa masih ada sedikit jumlah yang perlu dibayar. Ia dipanggil yuran PIBG. Di sekolah saya pada tahun in, yuran PIBG dinaikkan lagi menjadi rm50. Hehehhe, biasalah, bila ibu bapa dimomokkan oleh kerajaan dengan yuran persekolahan FREE,  tetapi akhirnya dikehendaki membayar yuran PIBG, sudah tentu kebingungan, kan. Sebenarnya yuran PIBG itu adalah untuk menampung  program-program untuk murid-murid seperti kelas tambahan murid tahun 6, makan minum maurid tahun 6 sepanjang peperiksaan berlangsung, nak membeli beberapa kelengkapan alat tulis murid semasa UPSR. Jangan ingat duit kerajaan banyak untuk disalurkan ke sekolah ya adik kakak. Di pandangan mata kasar, nampak banyakkkkkk.. walhal,sangat ciput dan sekarang semakin compresssssssss…jadi dari mana guru nak adakan beberapa perkara yang tidak tersenarai dalam budget kerajaan ini,ya.. melalui yuran PIBG itulah. Maka, ringankahlah tangan untuk membayarnya . pada hemat patik, RM50 tidaklah besar mana, anggap sahaja amal jariah kita untuk pencari ilmu, besar pahalanya, kan.





















`Berkenaan yuran anak-anak saya..masyaAllah, tabarokallah.. kalau diikutkan dengan gaji kami suami isteri, jauh sangat dari nak cukup untuk membayar apa yang dinamakan yuran tahunan, yuran pendaftaran ( untuk anak baru) yuran nk tengok result online, belian buku teks akademik, buku teks diniyyah, yuran itu ini… namun, bila hati sudah tekad, jihad sudah dilaungkan, pedang semangat sudah dihunuskan ( walaupun hati sedikit gentar) alhamdulilah, dalam ketidakcukupan itu,Allah sentiasa mempermudahkan jalan hambanya ini. Walaubagaimana bentuk pertolongan itu.. you named it : pinjaman, gadaian, pajakan, refinance harta benda dan sebagainya… ia tetap pertolongan dari  Allah.
Ya.. short cut, 3 orang anak saya sudahpun ke sekolah mulai 12 januari yang lalu.sekarang baki yuran wajib dibayar dan tak terbayar untuk tahun ini adalah+- RM3++ selepas ditolak duit BRIM..alhamdulillah.. terima kasih juga kepada BRIM walaupun ia beragenda sulit. No one knows

Kakak asma’ juga nampaknya makin selesa di sekolah itu. Mungkin kerana satu sekolah dengan kakak Faqihah, maka  masa panjang 7.30-5.00 itu dirasakan tidak terlalu lama. Alhamdulillah, punyai guru-guru yang berpengalaman dan pandai menarik perhatian anak-anak kecil ini.. kakak asma’ belum pernah merungut  mengenai “kelamaan masa” nya berada di sekolah ( jangan tiru bahasa Melayu
saya yang dpt gred A2 dlm SPM ini. Muahahhaha.

Tinggallah umar di rumah pengasuh mak cik siti nya. Seorang yang cantik, muda, bertenaga, cerdag cergas serta rajin membuat makanan. Wah, abang Umar membesar sihat di situ. Makanan  mak cik sitinya mengalahkan makanan emak nya di rumah. Hehehehe. Semua kuih makcik sitinya pandai buat, sedap pulaktu. Kadang kadang saya pula jelos dengan ank-anak yang duduk di situ.. mahu rasanya bertukar jadi anak kecil, hanya untuk makan semua kuih2 yang mak cik siti buat setiap hari.. sedapnya..apakah daya, ketuaan dan kekedutan kulitku tidak berupaya lagi untuk daku bertukar watak. Hahahahha.. boleh dengar dan tengok ajalah dari anak-anak transit menu cik siti yang selalu mengancam itu. Rm200 untuk umar sebulan, membuatkan aku tidak lokek untuk langsaikannya setiap kali dapat gaji.. alhamdulillah ya Allah berikan aku pengasuh yang bagus.

 Tahun baru ini juga ada cabaran untuk saya. Alahan teruk.. maybe alahan memandangkan permulaan sekolah ini tidak boleh bau apa saya jenis sabun, tidak boleh bau minyak gorengan dan menggoreng, asyik terasa mual dan tanda-tanda lain. Namun saya masih tidak gagah untuk buat urin test.. kerana hati ini kuat mengatakan saya terkena buatan orang lagi..kui..kui..kui.. untuk men scan nya jga saya masih tidak kuat.masih belum bersedia untuk terima berita yang tidak dapat saya terima.. biarlah dulu sehingga saya betul-betul terpaksa melakukannya. Untuk ke klinik kerajaan.. saya tangguhkan dulu. Fobia masih menebal. Saya doakan moga kandungan baby ini sihat, sempurna dan selamat di lahirnya di dalam suasana yang aman damai dan di KATIL DALAM BILIK LABOUR ROOM. No more dalam kereta. No more atas katil yang sedang di tolak. No more semasa tergesa- gesa nk sruh saya berguling dari katil tolak ke katil labour room.. no more semasa doktor pecahkan air ketuban di ruangan nak cek bukaan jalan.no more ya ALLAH…permudahkanlah kelahiran ankku yang ke6 ini… aminnnnn

Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Selamat menempuh tahun baru 2015 buat semua kenalan, rakan-rakan dan sahabat semua.semakin bertambah tahun, automatik bertambahlah umur kita. semakin bertambah umur, semakin bertambahlah wringkles di wajah kita. oh, no, no , no.... itu yang xsedap nak akui tu. tapi sebagai  manusia biasa, itu memang terjadi.. aging.. dimamah usia..redha ajalah. apa yang lebih tidak sedap adalah semakin bertambah usia, tak bertambah baik pula amalan kita kan.

Berapa ramai diantara kita yang melengahkan solat ( aku kah itu.. kura-kura dalam perahu huh..)

Berapa ramai yang gagahkan diri bangun sepertiga malam untuk solat taubat, tahajut dan sebagainya???  sedangkan setiap detik kita menambah dosa.. supliment detox badan  laris bagai pisang goreng, tapi berapa kerat sahaja yang detox diri dari dosa????  (krik..krik..krik..sendiriku rasa pedas, makan cili)

Selalunya pada tahun baru ini, dalam tv, dalam corong radio memang sibuklah bertanya kat selebriti dan individu-individu popular tentang target atau azam tahun baru. nah, kita cuba senaraikan apa kelemahan kita tahunni. senaraikan yg mencakupi 2 alam terus.. bukan nk suruh jadik katak.. tapi alam dunia dan akhirat maksudnyaaaa. dan terus tulis apa azam kita tahunni.

azam saya tahunni...

jeng..jeng..jeng..

1. akan berhentikan segala kerja dan solat sebelum pukul 3.. huk..huk..huk.. tadi berasap nasihatkan orang suruh awal solat.. kan elok kalau azamnya lepas azan terus melompat ke tikar sejadah... hohoho. ya..itulah sebaiknya..


2. nak lari dari mengumpat rakan sejawat. kadang-kadang bukan kita yang nak mengupat, tapi cuping telinga kitani disondol-sondol aja dgn kes-kes rakan sebaya di tempat kerja kan.adeh.. nk laripun nanti dikatakan sombong.. pepandaila kita lari agar tidak bersama mereka melahap daging buruk, jijik, bernanah dan busuk di akhirat kelak..

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, ...

sedikit peringatan dari Hadis. saya paste dari ini

العجلة من الشيطان

 ( Ø±ÙˆØ§Ù‡ الترمذى)

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” 
(Riwayat Tirmizi)

Ulasan Hadis: 
1.        Melalui hadis ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita bahawa sikap gopoh gapah atau tergesa-gesa, terburu-buru adalah daripada sifat syaitan. 

2.        Sifat bergopoh-gapah adalah sifat yang buruk, sikap ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam beberapa keadaan, iaitu tidak sabar, tamak, tidak mahu berfikir panjang, menanguh kerja dan bertindak kerana mengikut nafsu. 

3.        Orang yang memiliki sikap ini kebiasaannya mereka yang tiada ketenangan dalam diri. Dan sifat ini berlawanan dengan sifat orang yang bertenang dalam melakukan sesuatu urusan, mereka ini bertindak setelah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu malah memikirkan akibat baik dan buruk sesuatu perkara atau tindakannya. 

4.        Sikap gopoh gapah akan melahirkan penyesalan di kemudian hari. Berkata Syeikh Muhammad Soleh Al Uthmaimin : Sifat tenang yakni tidak bergopoh –gapah dalam semua urusan, betapa ramai manusia yang binasa dan tersilap langkah dengan sebab gopoh-gapah dalam urusan hidup mereka. Sama ada memindahkan berita, menghukum apa yang di dengar atau berita lain-lain. 

5.        Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” ( Riwayat Muslim). 

6.        Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersikap tenang dan berusaha mendidik diri agar tidak besikap tergesa-gesa, jangan terlalu cepat mengambil keputusan atau bertindak sehinggalah kita meneliti dan mempelajari terlebih dahulu sesuatu perkara. WALLAHU’ALAM



3. nak kurangkan ataupun hapuskan ( susah juga kaalu nak bagi zero ni)  kelam kabut dan terbolah saya.
    haaa, sapa tahu maksud tebolah, angkat kaki semua!!!
    ia adalah satu kelebihan yang saya ada dan selalu memalukan saya. sungguh memalukan. ...memalukan saya di tempat kerja, di hadapan bos dan kawan-kawan.


4.  nak gunakan sebaik mungkin masa untuk dibahagikan kepada anak-anak, tugasan sebagai guru dan bisness alhaddad.. eceh... eceh.. insya Allah, tahun 2015, saya akan menjadi stokis mobile. duit nak buat beli stok barang permulaanpun xdak lagi... nak jadi stokis  jugak?? apa kelebihannya??  apa syarat-syaratnya?? ok..nanti kita cerita.


5.  ke 5 tak pikir lagi.. rasanya berkisar pasal tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, ibu dan pendidik kepada anak-anak saya.. satu bab nie pun dah senget bahu menanggungkan.. kita abaikan dahulu. Nak buat azam utk tip topkan layanan kepada suami ???... krikkkk...krikkkk...krikkkk
masyaAllah, tabarokallah, subhanallah... hanya Allah yang mampu menolongku dan ibu-ibu semua..dia doa kat Allah ya. xapa.. yang tu xleh reveal.. tulis dalam hati aja  mak-mak kannnnn.


Untuk menjadi ibu dan pendidik kepada anak-anak.. harus sikit nih.. masa dan kepenatan, dengan laptop utk business...waduh..waduh.. ngak punyai masa bukkkk... tapi insyaAllah, saya berazam berusaha untuk meluangkan masa sebaik mungkin untuk hafazan dan quran anak-anak. kurangkan marah-marah, banyakkan motivasi, hapuskan ancaman, sebarkan semanagt kepada anak-anak.. insyaAllah..amin..

semuani kononnya proposalla kan.. kat dalam kertas kerja..amboi.. hebatttt.. macam duduk atas kayangan aja.. semua perfect.. bila nak implement.. rasakan kau.. hahahhha

oklah.. saya mengundir diri dlu..membebel banyak. xada yg bernas langsung. ada yang xelok, jangan diambil. sedut yang agak-agak boleh pakai aja ya!

Kepada yang nak jadi ahli alhaddad, nak   beli tamarcocoa dan supplimet sunnah dari alHaddad, bolehla hubungi saya untuk bertanya.. tanya tanya, selagi saya oleh jawab , saya jawab..xbolej jawab, bagi otai alHaddad jawab.

tak sabar nak ada pasword stokis dan dapat keyin sendiri belian ahli-ahli dowlines. doakan saya berjaya ya .


ini adalah di antara suppliment yang dipasarkan oleh Al-Haddad, halal kapsulnya,dari syarikat halalgel. no artificial added. semua asli yang Allah buat, kami cuma pemudah cara untuk anda menikmatinya sahaja.

(klik gambar untuk besar kan)






Tapi kita guna ada pasarkan dalam bentuk cecair seperti minyak zaitun yang tak ditapis (unfiltered olive oil 250ml)

Bagus untuk dicampur sesudu dua dalam masakan berlemak, bersantan dan gulai gulai daging, kambing dan sebagainya. insyaAllah, bila makan, kolestrol jahat di dalam gulai tersebut tidak akan diserab oleh badan.

saya selau masukkan dalam lempeng dan cucur anak-anak..ore kelate panggil jeput.
jeput pise boleh, jeput ikan bilis boleh, jeput malah boleh...
(jeput malah- cucur udang ;) 
bagus untuk perkembangan otak anak.


Bagus untuk buat minyak selusuh kan..
untuk ibu mengandung, elok makan minyak kelapa dara ni. mudah  bersalin dengan izin Allah. kalau tak lalu nak telan, boleh beli yang kapsul. untuk umur kat perut, elok beli yang ni terus. kalau rajin, boleh aja ibu ibu nak picit  VCO yang dalam kapsul tu kat perut.heheheh


yang kapsul ada 60 biji -rm18
yang cecair gini 120 ml- rm26


ok, saya dan secawan tamarcocoa + kopi kacip fatimah hari ini.. jom bersarapan.
JOM SARAPAN!!!!


NAK CUBA:
SHAFIDA
0192298791
COD sekitar gombak, batu caves
pos ke seluruh Malaysia.

datang pick up sendiri dialu-alukan


Monday, December 22, 2014

Lazat dan berkhasiatnya si Tamar Cocoa

Assalamualaikum kawan-kawan semua.

selamat ber monday bluezz ya..
yup, tuntutan tanggungjawab menjadikan kita para ibu terus mengejar masa untuk tugasan di pejabat  dan menolong ekonomi keluarga. semoga kita dapat berjalan seiring dengan tangungjawab mentarbiahkan anak-anak kita di rumah dengan akhlak islam, iman dan ehsan.

setiap pagi, amat mudah untuk saya sekarang...

dengan kehadiran Tamar cocoa, kopi arabica kacip fatimah manjakani dan kopi arabica tongkat ali.

waktu pagi adalah waktu kritikal untuk saya.siapkan anka ke sekolah, kejut sana sini. buat breakfast , pastikan semua ank ambil sarapan walaupun seteguk air. sarapan itu penting untuk otak lebih bersedia memulakan aktiviti mereka di sekolah.

jadi sekarang, untuk anak anak, saya akan buat 1 teko air tamar cocoa. untuk suami, saya tambahkan tamar cocoa dan kopi arabica tongkat ali. untuk saya pula tamar cocoa + kopi arabica kacip fatimah dan majakani.. sungguh lazat...hari kami akan ceria.. badan badanpun tak sakit urat dah macam selalu..alhamdulillah.

makanan pula saya buatkan lempeng sahaja, cepat dan mudah..main blander dan goreng tanpa minyak atas kuali ceper non-stick.

baiklah, semoga saya dan kawan kawan semua beroleh rahmah, hidayah, maghfirah dan limpahan rezeki hari ini, amin. selamat bekerja ya!!!

TAMAR COCOA in da houz




#tamar cocoa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails