Thursday, November 27, 2014

DILEMA AKU ATAU ANAKKU?

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH.

Hari ini saya terasa sedikit tergugat.. heheh, tergugat bila ke sekolah pagi semalam untuk bersama anak didik untuk mengambil keputusan UPSR.  Oh ya, keputusan UPSR sekolah saya jatuh sedikit tahun ini berbanding tahun lepas, tapi not that badla …. 21 orang murid kami berjaya mendpat 5A dan 24 orang mendapat 4A 1B. anak kawan kawan yang mengajar bersama hanta seorang yang berjaya mendapat 5A, yang lain hanta 4A dan ada yang 2A.memerhatikan wajah teman yang anaknya mendapat 5A, sungguh terasa kemurnian wajahnya, tidak ternampak terlalu gembira, banyak mendiamkan diri namun ketenagan dan helaan nafa sega dapat saya rasa….

Dikala itu, saya melihat Muaz anak sulung saya, yang saya bawa bersama.. bagaimanakah nasib nya… tanpa pendedahan akedemik yang sempurna, tanpa PDP bahasa Inggeris yang mantab, matematik tanpa latihan setiap hari, sains tanpa ujikaji dan penerangan dari guru, bahasa Melayu tanpa buat karangan dan pengetahuan format format yang sebenar..mampukah muaz mengorak langkah ke MRSM tahfiz nanti.. mampukah Muaz ke sekolah Arab dan agama serta tahfiz yang bagus nanti???? Semuatu membuatkan saya sebak… kalau anda bagaimana?

Di saat ini, saya terfikirkan alangkah eloknya tahfiz bergandingan dengan pelajaran adab yang mantab.  Sepertinya seorang Imam besar mengatakan bahawa beliau telah berguru dengan seorang ulamak  selama 20 tahun , 18 tahun belajar adab dan 2 tahun belajar ilmu-ilmu yang hendak dituntutnya. Di akhirnya ia merasa sanagt rugi dan sepatutnya beliau belajar adab selama 20 tahun. Bayangkan jika anank kita belajar adab sama banyak  dengan pelajaran lan… masyaAllah… alangkah indah akhlak mereka..

Rasulullah juga ada mengatakan bahasa “sesungguhnya kau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”…. Rasululllah juga mementingkan akhlak. Lihatlah berapa ramai generasi hari ini yang hidup kurang pelajaran akhlaknya. Walaupun akademiknya bagus, lulusan tinggi, tanpa akhlak, dia bukan membawa keharmonian kepada keluarga, masyarkat mahupun agama….persoalannya..bagaimanakah pelajaran akhlak di Mahhad anak saya.. seorang guru sahaja yang nejada, mendidik anak anak lelaki yang berusia 8-12 tahun itu> mampukah dia?

Perlukah saya bertanya keada guru besarnya tentang hal ini. Saya sedikit ragu….

Astagfirullah.. sebagi manusia, saya selalu berperasangka..bukan nak memburukkan , tetapi ingin mencari kepastian untuk yang tersayang.. tapi itulah silapnya.. terus bersoal sendiri, kepada Allah tidak pula saya berlari utnutk berdoa dan beristikharah.. Ahhalu.. ada baiknya saya tutup ruangan ini sekejap untuk merebut sedikit masa sebelum azam subuhni kan…Ummi selalu pesan, apa sahaja  benda yang nak buat hattayang tidak pentingpun, istikharahlah..kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jumpa lagi di lain ketika ya.. maaf kerana tinggalkan anda dengan sejuta persoalan tanpa jawan … saya sendiri tidak tahu apa jawapan kepada persoalan saya ini…wassalam.

Monday, November 24, 2014

SELAMAT BERCUTI SEMUA

ASSALAMUALAIKUM  semua,

Selamat bercuti  kepada semua murid-murid sekolah rendah dan menengah, tak lupa juga kepada guru-guru sekalian. Semoga semuanya sihat walafiat ya di hari cuti ini.
Bercuti ke mana semua ya? Ada yang ke oversea.. yang ke over river pun ramai.. saya pover the road je
                                                                 di jabatan emigresen pengkalan Kubor



la.hahhaha.. anak-anak pun sekolah lagi, tak sampai hati saya nak cutikan mereka untuk memenuhi tuntutan rasa saya utk bercuti ini. Lagipun gaji belum masuk lagi..huwawawawa…. maka sudah semestinya kita kena duk diam-diam dalam rumah aja.masak apa yang patut jerkan.


Sesiapa yang nak pergi oversea  tapi budget ciput  macam saya, bolehlah ke Thailand.. cuti depavali haritu saya bawa emak ke thailan. Masuk ikut GOLOK.  Kalau xada passport, boleh buat border past sekarangni. Rm10 sekepala. Dlu lain sekarang lain.

Dulu boleh ambil gambar satu keluarga satu picture untuk wat border pass.. sekarangni, kena ambil gambar  sorang  semuka..hahah memang muka aje kena ambil. Lepas ambil gambar pergi ke pejabat pendaftaran, bagitahu nak buat border pass. Isi boring, setiap kepala isi 1 borang dan bayar rm10.

Selain  itu, jika nak masuk menaiki kereta sendiri, kena bawakan geran kereta juga. Pergi JPJ minta satu salinan geran kereta anda. Selepas itu…. Selamat jalan..masuklah anda ke Negara jiran ituw dengan suka hati.  Obersea gituw..hahahaha.


ke Thailand..umi tlg snap gambar



kena hadap muka anda ke kamera kecit dia ats meja tu.. nk ambil gambo katonye ...ckap bahasa thailand, kami agak agak jerla sb tangan polistu tunjuk2 kat kamera kecit dia tu.
Kalau nak ke Thailand untuk membeli belah, pastikan sebelum jam 5 petang ya kerana pasar-pasar di GOLOK tutup pukul 5-5.30.. pastikan juga pada waktu naghrib, anda sudah berada di dalam bangunan. Bangunan kedai makan ke, hotel ke, masjid ke. JaNGan sesekali berada di jalanan, tepi jalan, tengah jalan, dlam kereta bergerak dan sebangainya. Ini untuk keselamatan anda. Di Thailand kan kawasan bergolak.  Selalunya tembak menembakni memang berlaku pada waktu malam khususnya waktu maghrib.

lepas maghrib kami cepat -cepat check inn hotel berdekatan.murah aja rm80 satu malam dgn 1 katil queen dan 1 single bed 

 itu dia hotel singgah kami...
hahhaha, balik suda.. Kakak Faqihah dgn swahl barunya.. penat betul berjalan jauh dengan shawl nya.. tiap kali nak solat kena buka, pakai kan balik.. rasa nk bako nako ajer swahawlnya itue..huhuhhuhuhu.. lenguh tgan tau.

Panjang lagi lebar nampaknya.. saya stop sini dlu.. jom zohor. Bebudakni kalau xnampak ibu rumah tercegat dgn sejadah, xder mahu nya berhenti main atau tutup tv tu…kena buat suara mcm halilintar  ( ke harilintar)  baru semua beterbangan mencari paip air utk wuduk..huh…


Asalam.

Friday, November 14, 2014

TAK PERLU FLORIDA DALAM UBAT GIGI

DARI PRODUK ALHADDAD...SELAIN DARI  TAMAR COCOA ADA UBAT GIGI JUGA.



200 gram,  TANPA FLORIDA

HARGA AHLI : RM 5.60
BUKAN AHLI : RM 6.50



ASSALAMUALAIKUM  semua.

"Ubat gigi bukan hanya perlu Halal, malah ia mesti mengandungi florida"...kata seorang lelaki berpakaian serba putih lagak seperti seorang doktor gigi kepada seorang pesakit. Begitulah adegan dan dialog yang terdapat di dalam iklan televisyen tempatan mempromosi sebuah jenama ubat gigi.
Florida pada asalnya diakui adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menghalang kerosakan gigi.

tetapi....



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



FLUORIDA BOLEH MENYEBABKAN:

Kematian
Kanser
Ruam Kulit
Luka Kanser
Kelunturan Warna Gigi
Masalah Gastrik
Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
Keracunan Saraf
Kanser Tulang
Keretakan Tulang
Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
florosis (hakisan gigi dan merosakkan enamel, untuk jangka panjang kesanburuk kepada tulang)


Mengikut kajian,anak-anak bawah 7 tahun yang memberus gigi akan tertelan 50% daripada ubat gigi tersebut.... ibu bapa carilah ubat gigi yang tidak berflorida untuk kegunaan seisi keluarga, lebih lebih lagi kepada ank-anak kecil anda.

HAHAHAHAHAH,  jangan marah ye kawan-kawan, bukan memaksa..ini juga salah satu strategi iklan.. tapi anda semua boleh mencari produk lain yang banyak di pasaran. yang penting tiada florida.. 
produk HPA ada, produk safi pun ada... boleh google..sila..sila

kalau nak lagi mudah, beli sahaja NAZIF. alang alang sudah jadi ahli, jom beli sahaja produk kita, boleh tambah komisyen...

hubungi saya sahaja...
0192298791
shafida/fb ummu asma

Monday, October 20, 2014

WATERPROOF BEDSHEET II

Assalamualikum sekali lagi,

nampaknya gambar bedsheet di posting lepas tak nak keluar. puas saya godek. 
hari ini saya, cuba post gambarnya sekali lagi ye. 

 pilihan warna: pink, tuning dan biru lembut
maaf warna kelabu tu sebenarnya biru lembut..biasala hp punye kamera kan..nnti saya cuba usha  DSLR ye, nanti xperlukan kita kelip kelip mata 10x nak make sure warna sebetonya kan..kikiki



bedsheet ada getah keliling yang akan cover sampai belakang bedsheet, dijamin tidak tercabut



macamni yang kita punya


 ini salah satu produk bedsheet waterproof yang hanya meliputi atas sahaja, tidak keseluruhan








yg kita punya seperti di bawahni



 kemas kan...


sangat selesa, tidak ada bunyi plastik
terasa seperti tidur di atas towel yang gebu dan lembut



jom, sudah ramai yang dah beli. beberapa Hospital swasta seperti Annur dan Annisa' di Kelantan guna menggunakannya untuk katil pesakit

kita bila lagi??

hehehehe
 power puny pertanyaan. kakakakakaka

kepada kawan kawan yang nak cuba
hubungi saya ye
whatapp/ telegram/ fb: ummu asma
0192298791- shafida

WATERPROOF BEDSHEET I

Assalamualikum ,






Saya mengalami masalah anak kencing malam sekarangni.  sebenarnya bukan sekarang aja, sejak dulu dulu lagi sehingga ank  5 orang  4 orang ni :( saya masih mengalami masalah anak kencing malam.

sebelum ini, zaman faqihah dan abang muaz kencing malam, memang jahanamla sebidang tilam queen kami kat rumah lama. dah tak larat nak basuh, kami biarkan sahaja. bila nak pindah ke rumah baru, kami panggil bangla pengumpul besi untuk canaikannya, sedekahkan besi kat mereka.

setelah berpindah rumah sendiri, time asma' pula kencing malam. walaupun dah berumur 5 tahun, tahun depan  6tahun, asma' masih terkencing malam. saya jarang pakaikan pampers untuknya. dah besar kan.  saiz adik umar yg L pun mana nak muat. tak kuasa nak beli pampers khas untuk asma pula..budget budget...kadang-kadang kalau saya pakaikan pampers, asma' tak kencing, bila saya tak pakaikan, dia kencing pula.

budak kencing malam :)
kakak Asma' dan Umar



Alhamdulillah, kawan saya Doc Asma' telah memperkenalkan waterproof bedsheet ini kepada saya..sangat berguna sekali. pada mulanya Doc Asma' ini belikan untuk anak anak dia yang selalu terkucil atas tilam. doktor kang, mestila cari yang branded dan selesa.. dia jumpa dari pasaran Canada. Dia rasa bedsheet tu bagus, lalu import dalam 1000 helai untuk dijualkan. Saya tolong pasarkan juga kerana sangat berpuashati dengan kualiti materialnya.



zaman saya dulu, kalau kencing malam, ummi akan hamparkan tikar getah, umi beli kat kedai cina plastik berbunga untuk  meja makan tu.. sejuknya bila tengah malam walaupun dah dilapik dengan cadar. bila kencing, tetiba menggigil di tengah malam..

kasihan pula kat anak-anak kita bila kesejukan waktu malam kan... zaman dulu memang tiada pilihan. sekarangni kita sudah ada pilihan untuk memberi keselesaan kepada aanak anak kita. Bila anak dah kencing, bedsheet ini akan menyerap air kencing dan hanya lembab. Langsung  tidak menggangu tidur si manja. Yang paling penting, tilam tak basah dan hancing. tak perlu nak angkat, siram dengan air panas dan jemur untuk hilangkan bau hancing tu.

saya rasa setiap rumah patut ada bedsheet ini. bukan sahaja berguna kepada ank kencing malam, tetapi untuk kegunaan yang punyai ibu ayah yang terlantar sakit, atau ibu baru lepas bersalin, ataupun untuk kegunaan wanita uzur pada malam-malam aliran banyak.


material waterproof bedsheet ini adalah:

waterproof
materialnya dari cotton bamboo ( seperti towel gebu anda) dan pul
anti dust
allergic free
senang di basuh, campak masuk mesin basuh aja
mudah kering
jenis fitted yang punyai getah sekeliling dan tak perlu bimbang terbuka atau terselak, ia cover hingga ke belakang tilam anda, tidak berbunyi dan tidak panas

tang harga pula.....
tidaklah terlampau mahal sehingga tidak mampu dimiliki.. harganya setanding dengan mutunya. bedsheet ini dari canada dan untuk di jual di canada dan di export ke jepun.  jadi kita dapat tahu bagaimana materialnya kan... ia bukan buatan china atau thailand.

ada saiz untuk tilam single, queen dan king

single   rm 79
queen   rm 89
king       rm99


pilihan

 warna : pink, biru dan kuning

   Gebu macam towel dan selesa

litupan penuh hingga ke belakang, tidak akan tercabut kerana getah keliling bedsheet.



Kawan- kawan nak cuba ?

hubungi saya sebelum stok kehabisan.

UMMU ASMA' 

0192298791

Wednesday, September 10, 2014

OH TAMAR COCO

Assalamualaikum...


Apa khabar semua malam ini.. saya bersiaran di rumah saya bertemankan nak anak yang sudahpun tidur.. Alhamdulillah..

Saya telah mencuba tamar coco.. produl alHaddad dari 
TERENGGANU. cawangannya sudah tumbuh rata riti di Malaysiani.. yelah.. produk tengah hangat dengan kelazatan nya..sehingga tak toleh dah ke milo sekarang ni. Memang mengenyangkan sebab ada tamar di dalamnya.

Oleh kerana kesedapannya.. saya cuba bagitahu rakan rakan yang lain di sekolah dan kepada rakan mengaji.. bukan nak menjual, tapi lebih kepada mahu rakan rakan memboikot barangan Israel.. sekurang kurangnya boikot milo. produk orang Islam sendiri sudah ada yang lagi sedap dan berkhasiat.

Tapi itulah.. memang tiada untungpun kalau kita tolong jual.. tapi kalau anda menjadi stokis maybe ada sedikit untung. jika anda ingin membeli dengan harga ahli..anda hendaklah berdaftar sebagai ahli dahulu dgn bayaran rm3. Duit ahlitupun kena bagi kat stokis. kami sebagai agen hanya menjual rm21 kepada yang bukan ahli dan rm18 kepada ahli.. no untung untung. untung hanya boleh di ambil melali komisyen belian aja. 1 pack yang kita beli kita dapat 70 sen.

Tapi saya tak kisah.. selagi ada daya untuk saya menyertai kempen boikot barangan israel ini.. saya akan teruskan... walaupun tiada untung
Jom kawan kawan... jom membeli  COCO TAMAR dengan mana mana agen alhaddad marketing .

Dan jika anda menjadi ahli..anda layak membeli dengan harga ahli iaitu rm18 sepeket dan 70 sen akan dikembalikan ke dalam akaun anda dengan setiap pek tamarkoko yang anda beli.

Maka jika anda hendak menjadi ahli, jangan lupa berikan:

Nama anda:
Ic anda:
Alamat anda:
No akaun bank anda: ( untuk syarikat masukkan 70sen per pack yang anda beli) 

Mudah dan seronok bukan
. Minum sambil mengumpul duit. Walaupun ciput..alhamdulillah..

Boikot tetap boikot..duitpun dapat.. boleh kumpul untuk beli koko 
tamar lagi..

 Jangan bimbang.. harga coco tamar semuanya sama walaupun dlm bentuk papan/ satche/ cedok manual dgn sudu :) iaitu rm21 untuk yg belum jadi ahli dan rm18 yang sudah jadi ahli

Ayohhhh.... nikmati koko tamar berkhsiat dan mengenyangkan hari ini...




 Jika anda berada di kawasan batu caves... bolehla hubungi saya untuk mendapatkan coco tamar .. COD boleh...

Shafida 019-2298791 (sms/whatapp/telegram)

Bilala korang nak delete program whatapp korang tu.. saya yg dh delete ni pun kena download balik.. ramai yg sms xleh guna telegram. Whatapp tu israel jgk tu...


lagi tentang kebaikan tamarcoca---- DI SINI-

Monday, September 1, 2014

KARIPAP DI PAGI HARI

Hari nie masih cuti... semalam kita menyambut hari merdeka.. moga kita bebas daripada penjajahan jiwa juga..bukan sahaja bebas dari penjajahan  pentadbiran malah juga tidak dijajah minda

Pagi ini..Muaz ada di rumah.. semalam bawa balik dia dr asrama.. ustz kata demam panas.. doktor kata demam virus kot. Darah blum di uji lagi sebab baru sehari demam. Kalau dah 3 hari baru bawa ke hospital utk ambil darah.. sekarang musim denggi .

Ok..sebab semua anak ada di rumah dan bahan pun ado..yang xderpun xper..xpayah bubuh.. saya cuba buat karipap kentang.

Inti karipap.. 
Potong dadu 2,3 biji kentang yang telah dibuang kulit- revus bersama sedikit garam sehingga 2/3 masak.

Bawang merah besar 1 biji
Bawang putih 2,3 ulas .. di dadukan.
Setengah paket kari ayam atau daging
Ayam 2,3 ketul ayam  di dadu.
Sedikit daun kari
Secubit garam..gula

Cara caranya:
1. Tumis bawang berah dan bwg putih sehingga naik bau..masukkan daun kari. 
2.  Masukkan ayam dadu.. dan campurkan air sedikit.bila gelegak dan separuh masak, masukkan kentang yang telah di rebus tadi.. perasan dgn garam dan gula. Kacau sedikit sedikit.. jangan ganas sangat..nati kentang  byk yg hancur .. x best.
3. Biarkan emndidih sehingga inti kita kering..sesuai untuk di jadikan inti

Bahan karipap
3 cawan tepung gandum
2 sudu minyak dan 2 senduk kecil mentega ( panaskan sehingga cair)
Sedikit air garam.

Cara cara

1.Masukkan tepung ke dalam besen kecil..lubangkan di tengahnya.
2.Curahkan minyak dan mentega cair ke dalamnya ( kema suam suam utk merapuhkan karipap nanti)
3.Uli dan masukkan sedik demi sedikit air sehingga adunan todak melekat di tangan..
Bulat bulatkan doh besar skit ari ibu kaki orang tua..hehehehe


Ambil sebiji doh yg dah dibulatkan.. gunakan penggelek ..pengelek saya hilang.. saya tekan dgn tapak tangan aja..tp pstikan sama nipislakannn.leperkan bentuk bulat.. jangan nipis sangat..jangan tebal sangat

Masukkan inti di tengah tengahnya.. tutup dan bklimkan dengan jari..
Kalau xpandai..beli ajer sarang kapit untuk buat karipap kat kedai jual bahan kek..mesti ada lah..

Buat semua sekali sampai habis.
(Perlu diingat doh dan karipap yang sudah siap hendaklah di masukkan dlm plastik atau jagan dibiarkan terdedah lama.. nanti doh keras.



Dah siap... blehla menggoreng.. elok guna minyak banyak.. biar karipap tu dive  dalam kuali dan minyak tu.. ala ala korang dive tengok ikan kat langkawi.
 Saya buat karipap besar.. makan sebijik dah kenyang. Ni yang belum di goreng
Saya sembunyikqn doh dan karipap yang selesai di masukkan inti dalam plastik macamni.. haha.. org kampungkan. Xder bekas canggih manggih.. guna yg mana logik aje 


Resepinya sy ambil dari fb. Fb saya sekarang banyak pasal resepi.. deko rumah dan kabinet dapur.

Pagini dah goreng 5 biji. Suami makan sebijik kot.. tapi xder cakap apapun..xperla dia xpujipun 
 Biar saya puji diri sendiri. Sedapppp sangat. Hahahahah. Suami bagi komen inti dah sedap. Kulit karipap katanya xberapa menjadi lagi. Saya ada resepi karipap pusing. Tp malas nak buat mcm renyeh aje


 Di bawah ni plk adalah resepi puding roti coklat belang putih.. ambik kat fb.. simpan sini dlu.. 

Kira bertunang dlu.. bila ada masa dan bahan..kita kawenla... la la la la....







Monday, August 18, 2014

PASIR KINETIK

Assalamualaikum
Selamat menyambut syawal yang ke berapa belas hariye harini? Yang pastinya tepat seminggu lagi saya akan kembali bertugas. 

Jumaat 22/8 saya kembali berkejaran dengan saat dan jam. Kembali  sibuk di waktu pagi menggerakkan anak anak untuk mandi. Berkejaran ke dapur untuk sarapan dan meng iron pakaian kerja dan uniform anak anak. Merempit bersama umar dan asma ke sekolah. 

Tipulah kalau saya katakan saya sangat bersemangat untuk menggalas tugas seterusnya. Tengahari tadi posmen datang ke rumah   Sign sikit. Bagi nama dan ic. Dapat satu kotak yang agak berat. Mesej suami tanye barang apa dia beli. Katanya pasir. Hah....pasir pun beli abang oiiii. Pasir berlambak kat pantai. Kita pi beli. Ok saya buka. Siap bagi bekas untuk buat bentuk. Maka anak anak pun terus ekplore. Saya pula yang bersilat kutip sana sini yang tumpah. Adeh. Penatt.  

Malas nak taip
Layan gmbar lah 



Dah bagi punyala besar dulang. Tumpah jugakk.
Pasirnya halus. Tapi mudah dibentuk ikut kreativiti kita. Daya dan anak anak belum jumpa apa yangboleh di bina. Tak kreative la katakan. Sebab tu kot abahnya beli pasir ni untuk menggalakkan kekreatifan anak anaknya berimaginasi. 

Harga. Untuk harga bila di tanya suami tak mahu cakap. Ada  mahai  letuew. Selalu kalau dia beli barang  yg agakmahal. Dia xnak bagitahu harga. Cuma dia ckap 5 kg dlm harga rm250. Yg kamini mgkin dalam sekilo setengah. Dalam rm1++ La kot. 
Lepas budak budak ni penat main. Haaaaa kerja saya la pulak mengemas dan menyapu pasir yang terkeluar dr dulang dan tikar nya. Bila sapu sapu. Dapat setengah cawan pasr. Aii. Kalau sekali main dah setengah cawan yg tumpah .agaknya dah 10 kali main tinggal secawan jela kot. Sayang kan. Benda mahal, lepas sapu saya buang segala smpah rambut dan bendasing dari pasir kemudian campur balik ke dalam pasir tu. Xkisahla ada habuk sikit sikit tu. Sayang rsa nak buang. Benda mahal kan. Huhuhu. Saya je yg anggap mahal ada org yang xkisahpun. Duit berkepukk kepukkk

Monday, August 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Alhamdulillah. Semalam kami dah selamat sampai dari kelantan setelah seminggu pulang berhari raya. Pantang???? Sudah tiada pantang bagi saya. Berjalan sana sini mengalahkan orang sihat. Huhuhu. Orang beraya. Mesti!!!! ziarah menziarahi tu penting. Saya cuma elakkan mAkanan sejuk , berangin dan ais aje. 
Selamat hari raya semuaye. Maaf zahir batin. Maaf atas segala salah silap. Terkata. Termengumpat walaupun di alam maya ini. Dosa tak mengenal tempat dan cara. Ampun maaf dipinta. Agar dosa dihapuskan oleh yang Esa.  

Sedikit  foto dari kami sekeluarga di hari raya.  

Pagi hari raya. Kami nak pergi solat hari raya aidilfitri di masjid muhammadi kota baharu
Beraya tumah tok lah
Rumah umi. Ank dan anak k. Lg baby talhah k. Lg je yg xder kt sini. 
Umi duk dlm rumah. Heng tukang ambil gambar
Itu dia bby talhah. Terinagt bby mohammad. 
 
Di terengganu. Asma tu buat muka. Merajuk ape tah. Spoil gambar raya. Mood dia susah nk agak. Ank ke 3 keng. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails