Saturday, October 22, 2011
Kaki Joran
Rezeki masih ada
Friday, October 21, 2011
walaupun cinta, kita terpaksa berpisah.....(

DOA MUDAH BERSALIN
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي
وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا
اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ
الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya:
Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al- Hadith Rasulullah S.A.W
يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.
setelah baca ayat ini, niatkanlah di dalam hati " Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur dan barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah,cepat dan selamat, aminnn".
baca ayat ini sekerap yang mungkin bila-bila masa sahaja sambil mengusap perut ibu ya.
selamat berkongsi :)
Wednesday, October 19, 2011
MASALAH ANGIN KELUAR MELALUI FARAJ
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
silalah baca article penuhnya di sini. kalau saya pastekan di sini, panjang pula gayanya nanti.
selamat membaca whai muslimat sekalian. semoga perkongsian ini bermanafaat untuk semua. amin
Monday, October 17, 2011
lagi tentang mesin jahit

assalamualaikum dan bertemu kesekian kalinya. dan sudah tentu saya masih demamkan sebiji mesin jahit. ada satu lagi mesin jahit yang menarik minat saya iaitu mesin jahit bernina. ini bernina 82e. harganya kurang rm1 dari jenama epal iaitu : rm 2500. beratnya aje dah 11kg. conferm xbergegar bila menjahit. badannya amat solid. tapi kekurangannnya adalah pembeliannya tidak disertakan kelas menjahit.
HUKUM SOLAT DISAAT KELAHIRAN
Tuesday, October 4, 2011
Nak Belajar Menjahit
Sunday, October 2, 2011
print gambar sendri atas t-shirt ?


Saturday, October 1, 2011
minat FELT lah pulakkk

Wednesday, September 7, 2011
Rumah nan tak terurus
Monday, August 22, 2011
Thursday, July 28, 2011
cRAft utk ank2 esok...
Monday, June 27, 2011
yay...hari ini saya cuti lagi
Monday, June 13, 2011
Mengidam nak makan masakan umi
Tuesday, May 17, 2011
ANDA ALAHAN ????
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.-SAYA XLEH MAKAN BERLEMAK N BERGORENG...PEDAS AMAT DIPERLUKN UTK MENGURANGKAN LOYA..
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.-STIAP KALI MENGGORENG..SAYA AKN JADI BATMAN.....TUTUP IDUNG
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.-SAYA KENA PANAS2, KALAU TAK NKMUNTAH N XLALU
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.-BOLEHLA NK CUBA JUGA
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Saturday, May 7, 2011
aku ingin menjadi lebih baik
Thursday, May 5, 2011
Teringat kelazatan suatu ketika dulu...
hanya gambar ini yang mampu merakamkan segala detik pertemuan kami bersama.......
