Monday, November 4, 2013
TAK SEDAP
Sunday, November 3, 2013
MABUK
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Allah tidak menciptakan manusia hanya untuk menghuni bumi dan hanya untuk makan minum beranak pinak dan bersuka ria sahaja. Kita akan mati kembali kepada Pencipta. Di sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Itu semua kita paham dan tahu. Namun bila ditimpa musibah. Fikiran kita akan bercelaru. Maka di sjni kita kena ingat dlm al Quran Allah telah berfirman:
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”Pandainya saya menasihati orang...diri sendiri sebenarnya begitu juga. Selalu saya mohon dalam doa agar Allah berikan ujian yang mampu saya tanggung. Hanya dialah yang tahu betapa nipisnya iman saya ini.
Wednesday, October 23, 2013
SAH!!!!! BERJANGKIT SUDAH
Tuesday, October 8, 2013
UJIAN KESAKITAN
INVESTIGATION YANG GAGAL
Monday, September 23, 2013
Abang Umar
Friday, September 13, 2013
Tanpa sedar
Di zaman ini ibubapa tidak boleh menyerahkan 100% pndidikan anak anak kepada sekolah. ..kalau anak yang dah diberikan kebijakan semula jadi tiada masalah.... tapi kakau ank yang suka main dan sedikit malas....parent kat rumah harus mengambil inisiatif lain agar anak dapat menguasai silibus yang diajarkan....
Keranakutahuajujuaseorangguru...... ; (((
Thursday, August 29, 2013
Thursday, August 22, 2013
Friday, June 21, 2013
ROTANLOGY @ PAKSALOGY @ PSYchology
Sunday, June 9, 2013
BERCUTI SEKOLAH
sendiri...tiba-tiba mood bersalah sebab xrait lagi kertas peksa, esok dah skolah..ayakkkkkk,,ber blog plk dahhhh.. huhhuhuhu
Petang tu kami terus bertolak balik ke batu caves...dalam kehujanan..cuaca gelap kami anak beanak tidur keletihan..tinggallah incik Zul drive seorang diri....
ALHAMDULILLAH DI ATAS NIKMAT HOLIDAY INI.. WALAUPUN CUMA SEHARI, ANAK ANAK SANGAT GUMBIRA... MAK AYAH KEPENATAN...ZZZZZZZ
Monday, May 13, 2013
PROJECT HARI AHAD
ASSALAMUALAIKUM..
INI PROJECT HARI AHAD KAMI...
KEMAS RUMAH..
1.BASUH BAJU..
2. LIPAT BAJU (XABIS LAGI PUN MELIPATNYA...SAMBUNG MINGGU DEPAN PLK)....
3. SAYA- CANGKULKAN TANAH MENCARI UBI KELEDEK WARNA PINK..HASIL AIR TANGAN AYAH SAYA.
4. TENGAHARI- MENGHADIRI MAJLIS TERIMA MENANTU KAKAK KEPADA BIRAS...DI TAMAN TASEK TITIWANGSA...GRAND WEH ...MENANTU POMPUANTU ANAK DATO....
KE PERPUSTAKAAN..SAMPAI PKUL 3:30 BALIK RUMAH...
Jom skodeng aktiviti di library
Yey...abah dah trim rambut adik umar..hensomla anak mama...
Sunday, May 12, 2013
TAKUK LAMA
Meniti usia yang sudah menjengah 33 tahun, sepatutnya iman dan ilmu bertambah...kesabaran..kematangan juga seiring... itulah yang ku harapkan... namun bila diam dan berfikir sejenak..aku masih di takuk lama..di mana usiaku semuda 22tahun yang dulu....
Matang??? Terasa belum..bila bercakap dengan orang..masih lagi berdarah gemuruh. Bila memberi ucapan.. lintang pukang jadinya... bila menghadapi masalah dengan rakan rakan sepejabat aku buntu akan langkah terbaik untuk di ambil
Ingatan makin lemah. Tenaga mkin berkurangan.. Kolegen makin menghakis menampakkan ketuaan wajah dan rupa bentuk ku. .hehehehehehe..seiring pertambahan zuriat..
Orng lain punya blog ada ilmu yang hendak di kongsi... blog aku..hanya merapu meraban melayan hati. Lebih kepada meluahkan rasa...hummmmm
Apa yang hendakku kongsikan dengan sidang pembaca????..yang ku tahu..blog ku jarang mempunyai pembaca. Kalau mahu kongsikan pendapat ku tentang PRU ke 13 yang masih hangat di bualkn pun rasanya tiada guna..
Kenapa???
Kerana dunia sekarang semua maklumat dihujung jari..fb..blog..twetter dan dll. maklumat benar dan salah boleh dipilih dengan bebas.. kini hanya bergantung kepada penerimaan dan parti politik yang dipegang. Kalau dah pangkah BN pada PRUyang lalu, bila nampak berita atau kupas
san tentang kepincangan dan penipuan SPR.. mereka akan lari dari membacanya. Jika mereka membaca nya pun..mereka ttap
Tidak mempercayainya kerana sudah di pateri dlm otak mereka yang semua berita dari mulut PR adalah dusta ..bodoh dan fitnah....
Maka aku mengambil jalan untuk.membisu.. kalau rasa nak cari sesuatu isu..googlelah sndiri.. tp please apa saja yang muncul di ruang siber ini..pleasela tapis dan sahkan dulu fakta atau bukti ataupun sekadar fitnah membabi buta....kalau dishare maklumat fitnah itu, tak pasal2 menambahkan dosa yang sudah berlambak pula.
Ya Allah berikanlah kami kemakmuran....keharmonian....dan kebaikan di dunia dan akhirat.. jauhkanlah kami ..keturunan kami dari api neraka Mu... amin
Monday, April 29, 2013
SUSU DEBU
Setahu saya dari kecil hingga besar memang saya hantu susu... (jangan gelak dulu) bukan susu dada tau...susu debu...
Semasa kecil ummi akannbuatkan saya segelas besar susu fernleaf setiap hari dan disejukkan di dalam peti. Sebaik sahaja pulang daei sekolah, itulah yang akan saya terkam dahulu..sungguh lazat.
Bila time mengandung..saya juga minum susu debu..kalau duit ada byk saya beli anmum untuk ibu mengandung. Kalau dah semput, saya beli nespray sahaja.. kalau dah nazak sangat saya beli duthlady... hahahahahah...duthlady murah sesikit dan susunya kurang ber krim..
Harini saya biat susu neapray dicampur milo ..milo ais ....bila nak minum..haihhh....rasa lain macam bau nya... mual dan busuk...agaknya bertambahnyabusia ke siri ke 3ni membuatkan deeia bau dan ras saya sudah tidak ngam dengan susu debu ni..
"Mama, tak pernah Muaz minum air milo yang paling sedap tapi rasa nak termuntah ini"....ngomel anak sulungku... hahahhaah...dalam hati bukan kau saja nak...mama pun rasa nak muntah..bau nya cukup mual..yekkkkkk.... tapi habis juga segelas untuk saya.. cepat2 saya pi bilas demgan air masak kosong..huhuhuhu....
Minggu lepas saya buat cek kesihatan di sekolah...selepas makan 1jam saya cek darah... amboi..tinggi betul gula saya.. 8.0.. darah rendah tetapi asid urik tinggi. 6.2....
memang ada keturunan kencing manis dan penyqkit gout pun...risau juga.. nampaknya dah masuk ketiga siries ni, memang kena pantang makan..bukqn pantang jumpa nak makan tau...entahla boleh tahan atau tidak.
Semoga hari tua kita membawa seribu kebahagian buat kita..bukan seribu penyakit... nauzubillah...
Tuesday, April 16, 2013
ALAHAI FAQIHAH
Alahai kakak Faqihah dah pandai ber sms dengan abahnya...
Terharu bila saya baca sma dia kt abah...
Terasa diri saya yang kurang membelai dan menghabiskan masa bersamanya
Semiga kakak Faqihah membesar menjadi anak gadis yang cantik..gigi yang sihat..menjaga kehormatan dan aurat. solehah dan berjaya dunia akhirat...amin ya Allah
Di bawah adalah print skrin sms kepada abahnya....
URUT BADAN YANG MURAH
Assalamualaikum...
Alhamdulillah....kehidupan saya anak beranak bulan ini biasa biasa sahaja... anak anak sihat walafiat.. cuma saya selsema agak teruk dan sakit urat. Hari Ahad saya pergi mengurut . Dengan seorang bidan thailand...kalau nak diberi markah..saya bagi 80/100
Kenapa 80/100? Sebab makciktu perlahan sedikit urutannya. Tak kuat sangat. Kalau orang yang belum pernah mengurut dengan mana-mana tukang urut.... memang sangat berpuas hati. Bagi saya yang uratnya sakot tahap kronikni memang memerlukn urutan yang kuat.
Sapa yang nak mengurut di kawasan pinggiran batu caves dan mahukan bayaran mampu milik adalah sangat di sarankan. Hamya rm30-35 sahaja. Kalau pakej bersalin pula rm 150 untuk 3 hari. Maknanya rm50 sehari. Antara perkhidmatan yang di tawarkan untuk pakej itu adalah; mengurut....bertungku...mandi air rebusan...barut perut dan mandikan baby. Sangat murah.
Makcik Thailand tu boleh dihubungi di
0146080904-maklong.
Mungkin bicaranya sedikit pelik kerana dia orang Thailand. Tetapi jika anda biasa mendengar loghat kelantan..begitulah gayanya.
Kalau para suami nak menurut..bleh menurut dengan suaminya..paklong..seorang tukang urut lelaki.. harga perkhidmatan tidak saya tanyakan...sama kot...
Jangan risau tentang minyak yang digunakan. Ada setengah orang takut untuk berurut.. bimbang akan kaedah yang digunakan . Atau minyak yang digunakan.... insya Allah maklong ini seorang yang warak. Hamya ayat al Quran di gunakan khususnya doa setelah selesai sesi memgurut. Minyaknya juga tidak busuk..
Tersenyum mengenangkan wanginya minyak maklong sehingga saya tanyakan dinmana dia dapatkan minyak tersebut... katanya ia boleh digunakan utk tubuh dan rambut.. ada gambar matahari pada botolnya. Minyak iktu khas maklong gunakan untuk urutan di bahagian muka dan last touch seluruh badan.
Sememangnya ala-ala spa tau......
Untuk markah 90% saya pernah mengurut dengan seorang bidan di rawang.. sangat bagus.....dia kuat bertenaga...namapun pencen askar. Walaupun kuat..tapi tak sakit.. orang sakot urat kronik macam saya...memang sesuaiiiii sesngat... mungkin harganya untuk kita yang biasa2ni...sedikit tinggi.... rm80 kerumahnya.. kalau dia datang ke rumah kita rm 150...kalau pakej bersalin..rm300 sehari termasuk mandi air rebusan (serai wangi dan segala rempah ratusnya ) bertungku...mengurut....barut oerut dan baby mandi sekali. Sapa nak no boleh minta dengan saya...
Mahal?? Memang.... tetapi servisnya sangat tip top....kalau ada duit lebih apa salahnya....kalau tak mampu..boleh cuba maklong..pun best juga... tp sedikit lembut ;)
Tuesday, April 9, 2013
LOGO HALAL
Assalamualaikum....
Semalam anak mendapat jajan dari guru kelasnya. jajan dalam hamper . Suka betul budak budak bila di beri hadiah oleh gurunya..sekilas pandang gsmbar depan jajan seiras gambar tiger coco crunch tu.
Maka sebelum saya membuka jajan saya skodeng logo halal di plastik depannya. Alahai.... tiada logo halal la pula.. sah-dah dari syarikat cina. Dan bulatan untuk logo halal ada tapi di dalamnya di lukis bunga raya laaaaa.....mana pergi logo halal?
Saya memujuk Asma' untuk buang jajan ituw.. mju r memang anak-anak dah terbiasa dengan memerhatikan dahulu logo halal sebelum membeli makanan di pasaraya. Alhamdulillah...dia dengar kata. Kalau tak haru juga mahu memujuk untuk digantikan jajan lain.
Cerita pasal hadiahni....Alhamdulillah...semalam abang Muaz imtihan ( peperiksaan bacaan alQuran juzuk 39) lulus juga akhirnya walaupun hanya dapat Maqbul. Bolehla. Kasihan saya dengan abang Muaz.. ketinggalan jauh dari adiknya Faqihah... risau kalau-kalau abang rendah diri. Terima kasih kepada Pak Long ( mudir/gur u besar) kerana menaikkan semangat abg Muaz dengan memberi hadiah duit.
Sukahati betul Abg Muaz balik rumah semalam. Tidak sabar dia menunjukkan sampul surat yang dia buat sendiri untuk membungkus duit hadiah Pak Long itue. Alhamdulillah. Kalau lah saya berpeluang untuk berjumpa dengan Pak Long, saya ingin saya ucapkan terima kasih kerana memembuatkan anak saya rasa dihargai dan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan pengajiannya kepada juzuk 29.
P/s: semalam saya bermimpi dapat bercuti di sebuah challet. Yang lebih menyeronokkan lagi..udang galah besar-besar datang merangkak menyerah diri untuk dibakar..wah...manisnya bila ia dipanggang dan di ratah..waaaa
Dan mimpi itu membuatkan saya keras mata. Mula berfikir tentang kesihatan diri. Sejak akhir akhir ini, saya tak sihat;selsema, sehingga sakit semua gusi gigi dan urat. Trasa bahagian pinggang dan rahim berdenyut, panas dan membengkak. Ya Allah...berilah aku kesihatan yang baik dan jauhilah aku dan keluargaku dari segala penyakit.
Mengenangkan susur galur keluarga yang ada sejarah ketumbuhan rahim dan otak... (nauzubillah) terfikir adakah kesakitan ini permulaannya..saya pejam mata dan berdoa agar semua itu dihindarkan dari saya dan keluarga. Saya masih ingin menambah zuriat. Adakah saya perlu cuba sekarang memandangkan makin lama risiko mkin banyak. Kalau lah saya terlambat dan ditakdirkan saya diuji dengan penyakit seperti nenek dan emak saya dulu... mungkin tiada peluang untuk saya mendapat cahaya mata lagi.
Ish......merepek betul saya ni kan....tapi saya dah mula memikirkan tentang having another baby....alahai...Umar baru 1 tahun 4bulan....pray for the best to Allah
Antar logo halal yg dipercayaidan digunakan hibgga akhir2 akhir ini
Wednesday, March 20, 2013
SUKAN PASTI 2013
Bersiaran pada pkul 3.19 am. Kakak Fqihah deman panas. Entah mengapa. Mungkin tongsilnya bengkak. Sudah 2 hari kakak faqihah batuk-batuk kecik. Hari ini batuknya semakin kuat beserta kahak sekali. Saya risau bila tgk dia demam.
Mata dah tak mengantuk. Maka saya nak upload beberapa pics semasa hari sukan Pasti ahad lalu. Kira berita dah basi nie.
Di sana ku lihat hijau nan besar. Sungguh Gah sekali. Sejuk mata memandang. Semasa hari kejadian saya terserempak dengan dengan anak murid. Yang seronoknya dia pernah bagitau emaknya kuat UMNO. Siap cakap dengan saya "emak saya kata Anuar punya rancanganlah orang sulu serang Lahad Datu tu" Ternyata dalam bencikan PAS dan PKR, emaknya tetap memilih PASTI untuk pendidikan awal anaknya sendiri. Alhamdulillah.
Ada juga emak emak yang togel kepalanya. Kurang kemaluan sungguh mereka ya ....sekolahkan anak di pusat asuhan Islam, 100% yg datang berhijab. Dia datang togel wal ketat bajunya. Macam-macam orang ada. Tapi Alhamdullah juga. Mereka mengakui kebagusan sistem pendidikan awal Islam juga yang terbaik. Moga Anaknya dapat berdakwah kepada emaknya suatu hari nanti. Insya Allah.
Si Asma' pula dengan mukanya yang masam. Humm. Sebijik mengikut pesen saya waktu kecil. Tak pernah senyum kat orang. Trade mark saya lertu. Tak main banyak permainan pun. Dapat r 1 medal. Bolehla buat obatt. Baru 4 tahun kan.
Ok. Moga. Dapat jumpa di lain hari. Wassalam.
Sunday, March 17, 2013
BELI VITAMIN ?
Assalamualaikum.. berjumpa semula sidang pencari maklumat dan blogger sekalian.
Baru tadi saya berbual di alam maya bersama kawan lama saya se sekolah menengah dahulu. Perbualan kami berkisarkan suppliment untuk kesihatan badan.
Duit lagi kan.... hurm...anak nak sekolah... nak tuition..nak beli macam macam. Kitapun nak macam -macam juga.. bila difikirkan memang akan rasa "nantilah dulu".... begitu juga dengan saya. Tapi kalau tak mmbeli suppliment pun akan habis jgk duittu ke tempat lain..maybe yang xberfaedah. Baik beli suppliment utk kita. Kita makin tua, kalsium penting. Paling malaspun kalau dah xlalu nak telan susu, ambil aja kalsium @ vit c.
Di dalam fb saya terjumpa kawan share keratan akhbar brkenaan lambakan vit c yang tidak berdaftar di pasaran. Yang sudah tentu tiada cop KMM. Berbahaya tu.
Kepada kawan-kawan sekolah sayang yang giat makan rumpai laut memang akan tercari-cari vit c utk mem power kan lagi penyerapan rumpai laut aka kolegen ituw, namun di ingatkan agar cek dahulu status nya. Ada cop KMM tak? Bimbang kalau2 bahan lain yang beracun nanti. Cantik entah ke mana, penyakit pula yang kena.
Untuk jumlah vic c yang ok bagi tubuh bolehlah ke sini. Jangan overdose pula. Biasalah...benda buatan manusia, tentu ada side effect nya kalau mkan tak ikut jumlah yang betul...
Vit c ni puka ada banyak jenis.. sintetik. Ekstrak buah sebenar dan organik.. kalau nak tahu..sila lah tanye prof google ye... ilmu di hujung jari anda...
Semoga beroleh manfaat.....
ASSALAMUALAIKUM...
P/S: ni tiada kaitan dgn vit c ye. Tp mereka mmg pemakan tegar rumpai laut aka kolegen.
HARINI KAMI ADA MESYUARAT PIBG DI SEKOLAH.. GURU DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU BADAN KEBAJIKAN GURU (BKG) WARNA KELABU... SAYA AJER YANG SEMPOI..KAWAN LAIN..HUSSSS SULAM ADO...TAMPAL BUNGEE DAN REBEN PUN ADO..KERAWANG PUN ADO...
di bawah saya paste kan antara 3 top three yang menang pencalonan paling rajin menampal..heheheheh..saksikan.
Saya suka bungee warna pink sweet dan soft aje.
Wednesday, March 13, 2013
KURANG KASIH SAYANG?
Assalamualaikum semua. Semoga pembaca semua dalam lindungan Allah selalu. Berhati-hatilah dalam melangkah. Fikir dahulu apa tujuannya. Agar langkah kita tidak sia-sia jika tiba-tiba sahaja Allah ambil nyawa.
Berbalik kepada tajuk di atas... saya petik dari fb: pakar Psychology, kata mereka orang yang kuat marah, selalu dan mudah marah adalah orang yang kurang mendapat kasih sayang. Mungkinkah....
Hummm..saya seorang yang senang marah. Iya...;) ayah saya memang seorang yang sangat garang semasa kami kecil-kecil dahulu. Kalau dipukul memang tak main-main. Di dalam kereta kami adik beradik memang tidak buat bising. Bila ayah tidur, kami berjalan menjinjing kata orang.. bukan anjing.. tapi ber tip toe...takut ayah tersedar dan akan marah.
Bila tiba waktu maghrib kami akan mandi dan bersedia solat magrib. Ayah pergi masjid. Bila bunyi aje motor ayah balik dari jauh, berlari kami mengambil quran dan mengaji dengan sura yang kuat. Baca kena kuat kalau tak, "kena" juga. Time mengadap ayah untuk revise bacaan adalah situasi yang paling mengecutkan perut. Redha dan pasrah sahaja.
Satu perkara yang saya amat arif dan paham serta mesti berjaga-jaga adalah pada waktu ayah hendak menggunakan bilik air. Saya dan kaklong akan menjauhi kawasan bilik air, malahan ruangan dapur ( kerana tandas berada dibkawasan dapur). Kami arif benar, ayah tidak suka kalut-kalut, org kelantan sebut "gele₩ak" berebut dengan dia untuk masuk tandas. Kerana pernah terjadi insident kepada kaklong yang dilibas dengan wayar getah air kerana sibuk nak masuk tandas bila ayah nak masuk . Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila ingin ke tandas.
Tetapi adakah saya kurang kasih sayang? Rasanya tidak. Ummi masih bersama kami bila kami memerlukan. Ummi selalu menasihati kami bila kami dimarahi ayah dan menyayangi kami. Maka saya simpulkan orang yang pemarah sebenarnya terikut-ikut akan ketidak sabaran penjaganya dahulu.
Sebagai contoh, kami dulu jika ayah hendak kan sesuatu, dengan segera kami akan mencari walaupun arahannya kepada umi. Kami risau kalau-kalau ummi akan dimarahi ayah kalau lambat jumpa. Emosi itu kekal di dalam hati kami. Bila saya menyuruh anak-anak atau suami mendapatkan sesuatu, saya maksudkan right now, bukan 2minit kemudian dan bukan esok. Apa akan jadi bila mereka tidak faham akan kehendak saya, saya memendam dan berlarutan 2,3,4hari bahkan seminggu sehinggalah ia dilakukan.
Saya juga cepat angkat tangan pada anak-anak sekarang. Saya tak boleh menyalahkan cara didikan ayah dulu, tetapi ia bagaikan melekat dan menghantui saya. Kadang-kadang saya cuba melepaskan kepada suami. Suami akan cool kan saya. Huhuhu..terima kasih suamiku.
Namun dalam Islam telah diajarkan cara menundukkan rasa marah.
1. Menyebut Astaghfirullah hal azim.
2. Kalau tengah berdiri, sila duduk. Kalau sedang duduk, kena baring. Ini untuk merendahkan api syaitan yang sedang membakar kita. Kalau saya maraklhkan anak, memang saya akan baring, ini boleh slowkan kemarahan saya dan nak bangun untuk tibai ank pun lambat sikitkan...hahahaha
3. Mengambil wuduk. Kerana marah adalah dari syaitan. Syaitan dibuat dari api.sebab itu kita rasa panas bila tengah marah. Air wuduk yang KHUSYUK dapat mematikan api kemarahan. Dengan syarat kena khusyuk ye masa ber wuduk. Kalau xkhusyuk xjadi jgk (ini pengalaman saya)
4. Ingat semula...anak-anak hanaya pinjaman. ALLAH PINJAMKAN SEKETIKA. KALAU Nak ambil semula kita tiada kuasa unyuknmenahannya. Maka barang pinjam kena jaga elok-elok. Kalau dah di ambik balik menyesal tidak sudah ;) (untuk diri ini yang selalu naik angin bila anak2 nakal)
Ahli psychology juga ada memberikan pendapat cara meredakan kemarahan.
1. Atur pernafasan dan bernafas dengan perlahan. Selalunya kalau kita marah, darah kita akan laju menyebabkan jantung berdegup kencang. Cuba perlahankan pernafasan. Tarik nafas panjang dan hembus... macam orang tarik nafas kelegaan. In sya -ALLAH kita akan rasa lapang dan ringan sedikit.
2. Berlalu buat seketika. Bila marah, tinggalkan dulu tempat itu. Ke dapur ke atau ke halaman rumah. Bagi emosi tenang sikit baru masuk balik dan hadapi situasi itu dengan tenang.
3. Makan benda manis seperti coklat kerana mengikut kajian, benda manis dapat memberi ketenangan kepada emosi.
4. Menenangkan saraf. Boleh dilakukan dengan cara meminum teh atau melihat dan menghidu harumnya bunga bungaan.
5. Cuba ketawa (ini saya tak boleh buat. Kalau dah marah bagaimana ada rasa nak ketawa.huhu) mengikut kajian, ketawa boleh mengubah emosi kita serta merta kepada cool. Cubalah....
Tetapi jquh di sudut hati saya, walupun kita divesarkan dalam keadaan begitu, kita diberikn allah aqal yang waras untuk berfikir baik buruk kesan dari nafsu amarah kita terhadap orang sekeliling lebih2lgi kepada anak-anak. Adakah kita mahu anak-anak membesr dan menjadi clin kita di masa hadapan??? Tidak bukan.
Iya..saya tak mahu anak-anak menjadi pemarah dan cepat tangan seperti saya. Saya mahu anak -anak menjadi orang yang penyabar dan rasional bila marah. Maka bagaimana???? Kita harus berubah agar anak-anak akan menjadi clon yang mempnyai nilai2 penyabar juga....
ُ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"-hadis sahih muslim
Panjang sungguh celoteh saya pagi ini. Tiada kelas. Baru habis kelas relief...rehatlah sekejap. Ok..semoga berjumpa lagi ke rakan2. Jangan segan silu melontarkan komen. Kerana saya ingin mendengar pendapat sahabat sekalian
Budak di bawahni sangat garang...bimbang juga saya kalau dia terlebih garang dari saya...semoga menjadi wanita solehah penyejuk mata mama abah,suami dan keluarga nanti..amiinnn
Monday, March 11, 2013
PANAS
Semalam hari panas ke dunia. Sudahnya sedikit aje anak buat salah...marahnya duhai macam anak buat salah yang besar.. kasihan anak-anak kami.