Monday, August 22, 2011
Thursday, July 28, 2011
cRAft utk ank2 esok...
Monday, June 27, 2011
yay...hari ini saya cuti lagi
Monday, June 13, 2011
Mengidam nak makan masakan umi
Tuesday, May 17, 2011
ANDA ALAHAN ????
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.-SAYA XLEH MAKAN BERLEMAK N BERGORENG...PEDAS AMAT DIPERLUKN UTK MENGURANGKAN LOYA..
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.-STIAP KALI MENGGORENG..SAYA AKN JADI BATMAN.....TUTUP IDUNG
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.-SAYA KENA PANAS2, KALAU TAK NKMUNTAH N XLALU
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.-BOLEHLA NK CUBA JUGA
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Saturday, May 7, 2011
aku ingin menjadi lebih baik
Thursday, May 5, 2011
Teringat kelazatan suatu ketika dulu...
hanya gambar ini yang mampu merakamkan segala detik pertemuan kami bersama.......
Thursday, April 14, 2011
Manusia seperti itu memang memualkan
Saturday, April 9, 2011
TELUR PALSU DI MALAYSIA
Telur ayam pun tiruan?
GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
'Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama"

Telur tiruan dari China !!!!
* tastelesss ... tak rasa macam telor sebenar....
*Ia besar & bila dipecahkan tak adapusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur
*Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
*Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
*Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
*Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
*Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
*Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
“The fake egg also had a rougher surface than the genuine one.
“When cracked, there was no sign of chalaza, the structure inside the egg that keeps the yolk in place.
“The fake egg white and yolk quickly mixed together, unlike that of real eggs,”
Friday, April 8, 2011
Coklat iPhone..
Selamat malam semua… iPhone merupakan smartphone yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang… Walaupon hanganya yang mahal, tetapi ramai orang sanggup membelinya kerana kualiti produk keluaran Apple sangatlah bermutu tinggi… Ini kerana syarikat Apple lebih mementingkan kualiti dan keupayaan setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat itu… Walaupon begitu masih ada lagi segelintir kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Apple Hater… Tak tahulah sebab mereka terkena dengan produk Apple cap ayam ataupon mereka memang tidak mengemari produk keluaran Apple yang mahal ini…
Tetapi bagi mereka yang ingin mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sesiapa pon, anda mungkin boleh mencuba iChocolates… iChocolates merupakan produk coklat berbentuk seperti iPhone dan boleh dimakan… Jom usha gambarnya…
Aplikasi iPhone yang boleh dimakan…
Banyak coklat aplikasi yang boleh diletak…
Kalau agak-agak tak lawa boleh ubah ikot suke…
iPhone nie bakal menjadi iPhone yang paling sedap kerana boleh dimakan… Hahahaha…
p/s: Sumber asal Akuphobia…jiwa kacau
Thursday, April 7, 2011
xbahaya ke?
Jepun mohon maaf
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, kerajaan menyedari kesan tindakan itu tetapi menegaskan ia perlu dilakukan bagi menghalang lebih banyak masalah dan pencemaran di kawasan loji Fukushima Daiichi.
Kerajaan turut mempertimbang mengenakan sekatan ke atas makanan laut keluaran negara itu selepas ikan yang dicemari radioaktif ditemui di kawasan perairan di selatan loji itu.
Proses mengalirkan air tercemar ke laut bermula kelmarin dan dijangka mengambil masa selama lima hari, menurut pegawai syarikat pengendali loji, Tokyo Electric Power (Tepco).
Selain itu, air yang mengandungi radioaktif lima juta kali ganda lebih tinggi daripada had yang dibenarkan dikesan di sekitar loji itu.
Lebih 60,000 tan air tercemar berada di dalam tangki simpanan loji Fukushima selepas pekerja menggunakan air laut bagi menyejukkan reaktor nuklear yang rosak akibat gempa.
Lautan Pasifik mempunyai jumlah air seperti 300 trilion kolam renang dan air tercemar yang disalurkan ke laut bersamaan dengan lima kolam renang.
Sementara itu, Tepco mula membayar wang ihsan kepada mangsa krisis nuklear yang terpaksa berpindah dari kawasan sekitar loji terbabit, semalam.
Gempa sekuat 9.0 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu menyebabkan hampir 28,000 orang terkorban dan hilang manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.
Wednesday, April 6, 2011
tolong bagi nasihat!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak tahu nak kata apa.....korang tolong bagi aku nasihat...aku tak tahu aku salah ke betul....
Sunday, April 3, 2011
Mana Cerita Merlin?????
Kolam Mandi menyebabkan KANSER???
Saturday, March 26, 2011
KAsut ini dah MAHAL.

Assalamualaikum semua...
saya baru balik dari SOGO KL...sebenarnya ke sana sebab nak bertemu dengan kakak ipar yang sedang berkursus kat salah sebuah hotel di situ. maka alang-alang pergi SOGO..terus terjah bahagian kasut....ala..kasut yang saya minat tu...kasut apa....haaa..sila ke sini
tapi uwawawawwawawa.....sale dah habis...harganya sudah jadi RM219.....sale aritu turun menjadi rm 170. sedih betul..bila ada sale lagi kann.....xperla..saya pujuk hati....insyaALlah bila sale murah-murah meletop, saya akan ke sini lagi..hahahahah. lagipun kasut yang saya pakai hari-hari ke sekolah itupun tak jejas lagi ....masih cantik dan baru...
dont judge a book by its cover
Friday, March 25, 2011
Bahaya Tepung Gandum yang bewarna PUTIH BERSIH kita!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum semua
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.
Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal
Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.
sumber asal:
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/217
dan sila tengok video ini:
Thursday, March 24, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Minat kasut Ini

Assalamualaikum semua...
dan selamat bercuti...
ng nak pergi bk lupa semua anak-anak kami pergi ke TESCO...kaklong nak beli produk simplysiti....sebelumtu kami ke pasaraya Pantai Timur, bawa anak-anak sementaruruskan menunggu kaklong ke Tabung Haji menguruskan sesuatu....
dan di Pantai Timur, saya jumpa ini....
saya jatuh hati dengan kasut but ini...uwawawawawawwa
harganya rm208 tetapi katanya selepas diskaun dah jadik RM 170...
serius xleh nak tido teringatkan kasut but ini..
teringat perasaan semasa memakainya...wah...gumbira sekali...walaupun nampak tinggi tapaknya..sebenarnya ia flat sahaja...tapak didalam kasut flat dan tidak menyakitkan kaki dan betis..rasa sangat elok untuk saya yang selalu sakit urat betis kalau pakai kasut bertumit...
yang musykilnya sekarang...sesuaike saya nak pakai dengan baju kurung ke sekolah...
hahahhahahah...
xperla...simpan dulu nafsu nak kasut ini...gajipun belum dapat....
apa pendapat kawan-kawan...boleh ker saya pakai but ini dengan baju kurung...xnampak pelikke? kat sekolah, jubah diharamkan....
Monday, March 14, 2011
bercuti di rumah ummi
Sapa yang rasa tak best balik bercuti ke rumah mak sendiri sila angkat tangan!.hahahahaha...saya tidak pernah boring bila balik bercuti di rumah ummi...tenang dan damai sekali..hheehhehe maklumla tamah tumpah darahkan.
Ni rangka percutian saya utk cuti sekolah seminggu nie..akan dihabiskan sepenuhnya di rumah ummi..sabtu nnti suami akan balik ambil..wah...seronoknya..hati saya gembira bukan kepalang...sudah terbayang menu-menu yang nak umi masak.wah....bahgianya hatiku....








