Tuesday, February 25, 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR

RISAU JUGA MEMIKIRKN MASALAH AIR SEJAK AKHIR AKHIR INI. Semalam bertalu talu memdapat mesej memgenai catuan air. Ramai yang menyalahkan kerajaan Selangor, tidak kurang pula yng membalas kritikan ITU dengan memgepos image keratan akhbar online berkenaan masalah pihak syabas yang tidak mahu bekerjasama dengan Selangor.

Bila saya bagitahu suami yang kami masih belum bersedia untik catuan air Dan tiada tong air besar, suami pula Kata jangan bimbang, kawasan kita tidak termasuk dalam senarai kawasan yang aKan dilaksanakan catuan air berkenaan.. Haih...... Makin risau. Saya takut harapkan air Ada, air tk boleh diharap... Dibuatnya tiada air sungguh, masalah besar nih' maaa nak basuh vera, mana nak basuh kencing, mana nak Mandi, nak minum..

Marilah sesama kita berdoa agar hujan turun kerap seperti biasa, agar semua empangan kembali seperti biasa... Baru tahu bagaimana mahalnya air tu kan... Sebelumni syok lelama basuh berak Dan Mandi mcm duk kt air terjun, selangorkan air free 20 meterpadu pertama.....insaf dengan kepayahan air sekarangni..huhuhu


entah APA apalah hari harini. Sebenarmya sedang Cuba tuna Alpikasi apbolgger untk android. Xbest sgtla.. Xleh lawan applikasi lama.. Payah plktu no masukkan image...



posted from Bloggeroid

Friday, February 21, 2014

Check up ke 3 semalam

Alhamdulillah, semalam check up saya berjalan lancar walaupun sedikit kelambatan.. naik lenguh betis saya duduk atas kerusi dari pukul 7.30 sehingga 11.45 pagi. Saya dapat bertemu doktr Joy tupun 15 minit aja... huhuhu..menunggunbetrjam..suami saya sial ambik EL lagi.. huhu

Hasil pertemuan semalam
1. Bayi saya sudah masuk 5 bulan.
2. Bayi saya kemungkinan adalah girl sebab xnampak bird dan telur doktot joy cakap.
3. Dia sihat sejahtera di dalam perut saya.

Yang agak menakutkan saya:
1. Doktor menunjukkan saya tengkorak bayi saya..dengan jelaa saya dapat melihat 2 biji matanya... seperti gambar dalam internet... dan juga dipanggil eyes frog... mirip rupa mata .K***k.Sedikit  kesedihan menyelinap di hati saya... saya akur..redha dan faham.ia sememangnya sedang berlaku kepada bayi saya.. kebiasaannya bayi anen memang begitu. Baru 5 bulan..of course keadaannya sedikit menakutkan.. i.Allah bila dah 9 bulan nanti wajahkan akan sempurna.. insya allah..cuma tanpa tempurung dan otak.

2. Doktor memberitahu yang otak bayi sudah mula terhakis. Tak apalah anakku.. Allah maha kuasa yang tidak membiarkanmu merasai sebarang kesakitan. Mama bersyukur sangat kamu tidak sakit.
3. Bila masa kelahiran tu nanti doktor tidak akan memecahkan air ketuban awal kerana bayi anen tidak kuat untuk keluar kerana ketiadaan tulangvtengkorak.. dia hanya akan meluncur keluar dgn bantuan air ketuban yang banyak.. aku mohon doa ya allah..permudahkanlah aku untuk melahirkan bayiku ini.
4. Doktor memberitahu yang bayi anen kebiasaannya akan keluar bontot dahulu..masyaAllah..saya rasa sungguh bimbang.. punggung dlu?!!!!!!!!... tp doktor kata jangan bimbang kerana kita akan memgutamakan keselamatan ibu. Operation tidak akan dilakukan kecuali bayi dalam keadaan melintang sahaja. Sedih juga..alahai... janganla layan bayi saya macam tu.  Kalau boleh selamatkanlah kedua dua kami ini..huhuhu.
5. Air ketuban saya sedang bertambah dan ia mmg biasa dengan kandungan bayi anen ini. Tp doktor kata ibu tak.usah bimbang. Tidak membahayakan. Nauzubillah. Teringat akan kawan saya yang mengandungkan bayi anennya dlu.. terpaksa keluarkan air ketuban dari pusat sebanyak 2kali dan setiap kali buat 2 botol.mineral besar air ketuban di sedut melalui jarum yang di tebuk dr pusat ibu.. adeh...nauzubillah..mohon dijauhkan buatku ya Allah.

Tuesday, February 18, 2014

APPOINTMENT PAKAR KALI KE 3

Assalamualikum,

Alhamdulillah masih lagi bernafas dengan oksigen Allah pada hari ini. sebentar  lagi saya nak masuk kelas dah,. singgah sebentar di makmal komputer untuk ambil angin aircond.. hehehheheheh.... sambil2 buka blog.

lupa khamis 20/2 saya akan bertemu kembali dengan pakar O&G doktor Joe buat kali ke 3. malasnya kaki saya nak melangkah ke sana lagi. malas untuk telinga saya mendengar segala penerangan nya tentang risoko saya mengandungkan bayi istimewa saya ini.. penat saya nak menjawab bahawa saya dan suami sudah bertekad untuk mengandungkannya sehingga sampai bulan dan biar dia sakit sendiri dan beranak normal.. adeh.....

perang psychology dalam diri sayapun terus terusan datang walaupun kerap kali saya penyapunya pergi. sekarang saya suka mendengar lagu dendangan adibah nor , tajuk lagu itu Kau  teristimewa... sungguh syahdu sekali...

dalam peerutni bby saya mungkin sedang bergumbira tanpa rasa sakit atau siksa..alhamdulillah,,syukurlah begitu... hiduplah anakku, walaupun sementara dalam perut ibumu ini. bergeraklah, melompatlah, bergulinglah..moga gerakan mu ini , mama akan inagt sepanjang hayat mama,,sehingga kita bertemu di Jannah kelak.. pimpanlah tangan ibu, abah dan kakak kakakmu nanti.moga Allah benarkan kita berkumpul di jannahNya..amin.

Monday, February 3, 2014

RINDU BAYI

Baru baru ini saya membuang masa dengan meneroka semula external harddisk kami. Banyak gambar gambar kenangan yang saya simpan di dalamnya. Antara gambar yang menusik hati saya adalah gambar gambar  anak saya ketika masih bayi terutamanya gambar asma yang baru sahaja dilahirkan dan sedang menyusu di bilik bersalin. Masya Allah sungguh bahagia sekali. Tiba tiba si kecil di dalam oerut saya bergerak. Mungkin memahami perasaan saya ketika itu.

Air mata menitis tanpa sedar. Mungkin saya tidak berpeluang untuk menyusukan bayi ini nanti. Kondisi kesihatannya tidak dapat diduga kerana. Ketiadaan tempurung kepala di hadapan . (forehead). Jika sel sel otaknya banayk yang terhakis,itu akan menyebabkan kegagalannya untuk menghisap serta menelan. Mungkin juga dia akan keluar tanpa roh. Oh. Serba mungkin. Yang paling saya risau jika saya terpaksa mnjalani pembedahan untuk melahirkannya. Masya Allah.  Saya tenangkan hati. Cuba untuk tidak memikirkan mengenai masa hadapan. Saya serahkan kepada Allah

Petang tadi saya pergi check up bulanan di klinik kesihatan ibu .. sungguh saya tidak mampu bertahan dalam situasi dikelilingi bayi bayi comel dan menangis kena inject   ada ya g sedang menyusu..sungguh memggangu emoai saya.. apatah lagi saya terpaksa menunggu lama untuk diambil darah kerana nurse terhilangkan borang ambil darah saya. Dan setiap nurse yang melihat buku merah bertnya kepada saya mengenai kecacatn bayi ini.. saya tidak dapat menahan air mata yg sudah lama saya takung ini..

 saya tidak salahkan nurse dan klinik mengandung.. tapi itu adalah situasi normal untuk ibu dan bayi bayi yang normal.. maka yang tudak normal seperti kes saya terpaksa menabahkan hati 50x ganda untuk menunggu giliran dan berhadapan dengan setiap  step perhentian stesen yg telah di aturkan oleh klinik klinik seluruh Malaysia.. kalaulah ada klinik swasta yang tidak memerlukan saya menunggu lama dan mengadap ramai nurse dengan pelbagai persepsi mereka. Jiwa saya mudah  tersentuh... bemteng air mata saya mudah gugur bila setiap kali disyarahkanmengenai makan ubat dan  terpaksa minum air gula untuk mengesab kencing mania serta mengelakkan bayi cacat. Bayi saya sudah cacat. Nurse kata ia untuk mengelakkan bayi mati mati dalam perut.. jiwa saya meronta berkata apa bezanya mati dalam perut dan mati sejurus seleps byi dilahirkan seperti saya...???? Namun bila difikirkan... akal mempositivekan segalanya.. Allahu Akbar.. dugaan yang besar buat saya yang iman senipis kulit bawang ini... alhamdulillah ala kulli nikmah .....

Sunday, February 2, 2014

TAB UNTUK MUAZ

assalamualaikum semua. 
Mingguni Muaz boleh balik ke rumah kerana asramanya ada sedikit renovation bagi memberi keselesaan untuk anak anak tahfis di situ dan juga bagi guru baru mereka. 

Apa lagi, bila pulang ke rumah, mulutnya sibuk meminta dibelikan psp. Adeh..... Geram pun ada, budak sekarang ni terutamanya lelaki susah betul nak paham bila ibubapa kata tak ada duit. Boleh dia kata pergila ambil kat bank, ada beribu ribu tapi kedekut....masya Allah, mahu jatuh air mata mendengar perkataan si anak. Namun jauh di sudut hati, saya pujuk hati memikirkan dia masih belum matang.  Bukan tak mahu beli, tapi sudah tentu kita semua tahu keburukannya kepada anak anak. 

Tapi, oleh kerana dah tebal telinga saya ni mendengar permintaan da setiap bulan dan tangisan serta rajuknya, semalam kami suami isteri bersetuju untuk membelikannya tab.  Kenovo A1000 $4++ di kedai di subang jaya. Di sana rata rata handphone dan tab memang murah. Kedainya penuh dengan pembeli. 

Begitulah keadaan bila adalah alat yahudi ini. Anak saya asyik nak download game. Main tak berapa reti. Main sekejap kalah. Main sekejap boring sebab selalu kalah. Last last nk download game lain. Kami hanya pakai p1wmax. 5 gb ajer setiap bulan. Dan storage tab tu pula tak berapa banyak. Hanya 2 game shaja yang boleh di download. Tu pun makan masa dari malam sampai ke pagi. Aduh. Adeh.  Habisla data pakej saya bulanni. Untuk anak. Sabar ajerla. 

Kemang dah namanya keburukan. Buat macammana pun buruk juga. Mulut bisng mengomen game tak best, cepat kalah, beli tab storage sikit,  kenapa gak beli  memori kad yang banyak sikit. Allahu Akbar. Dugaan untukhati dan teliga saya. 

ya allah, jadikanlah semua anak anakku anak soleh solehah, yang menghormsti orang tua, mudah menerima Nasihat dan tetap solat dan sujud kepadaMu. Mungkin ini kifarah dosa saya yang bertimbun.  Ya allah cepatkanlah matangkan abang Musz, agar dia boleh memahami isi hati dan keadaan kamiini... Sudah penat mulut saya menasihati dia, dah sampai line nak naik tangan dan marah dah bila mulut dia sesedap rasa mengomen mengenai ketidakmampuan kami untuk belikan ipad@psp yang dia mahukan. Dia selalu membandingkan apa yang kawan kawan nya ada. Lain kan dengan zaman kita dulu. Nak beli pen barupun kasihan kepada orang tua. Pen bukannya mahalpun dlu sekitar 80sen sahaja sebatang. Dan dulu kita sekolah kerajaan. Belanja tidak semahal sekarang. YaAllah hanya kepadaMu kami memohon doa, berilah petnjuk kepada semua anak anak dan keturunan kami agar mereka berjayabdunia akhirat. Aminnn





Friday, January 31, 2014

ANENCEPHALY : BAYI KU PENGHUNI SYURGA, INSYA ALLAH

 

















Assalamualaikum... 

... seperti tajuk di atas....rasanya semua kawan kawan dah tahu bahawa saya sedang berbadan dua, kandungan anak ke 5. Alhamdulillah, bak kata orang, seronok melihat saya orang yang mudah 'lekat' dan punyai anak yang comel dan balance lelaki serta perempuan....ya Alhamdulillah... syukur ya Allah atas pinjamanMu itu.

Ketika kandungan menginjak usia 14+15 minggu ...saya ke klinik kerajaan ibu dan anak untuk membuka buku. Oleh kerana tiada scan yang telah dilakukan ,maka saya dikehendakki berjumpa doktor untuk scan...

Di sini kejutan dan kepasrahan bertukar ganti...3 doktor wanita lama memerhati monitor skrin scan mereka...mencari cari di mana kepala bayi saya.... kemudian mereka berbicara sesuatu  yang pada hemat saya amat mencurigakan....

Akhirnya saya dikhabarkan ketidaknormalan kandungan saya dan kesukaran mencari kepala bayi... saya di refer ke hospotal selayang ke bahagian O&G.. maka petang tadi selepas pulang dari sekolah, suamipun ambil cuti separuh hari untuk temankan saya..kami tercanggak di hadapan kaunter pakar O&G... setelah hampir sejam, nama saya dipanggil dan diberitahu hari ini hanya dibenarkan ambil appointmemt sahaja.. suami agak kesal kerana doktor di klinik kesihatan smalam mencadangkan agar saya datang pada waktu petang.namum...akhirnya hampa... 
Maka.suami mengajak saya ke klinik fadzilah, wira damai.
Alhamdulillah Doktor fadzIlah ada...maka setelah scan dijalankan..doktor fadzilah mengiakan bahawa bayi saya  hidup dengan tiada pembentukan tulang kepala i.e. tulang tengkorak...

Kecatatan ini di namakan Anencephaly dan kebarangkalian untuk bayi ini meneruskan kelangsunagn hidup selepas dilahirkan adalah hampir 0%.  tiada perkataan yang mampu saya ceritakan betapa hancur nya hati saya,  kacaunya jiwa dan perasaan saya. seharian saya menangis hingga bengkak mata. namun sebagai seorang Muslim, saya merangkak dalam kesamaran malam, menadah tangan kepada RAbbul Izzati, agar dikurniakan ketabahan menerima apa sahaja ujian dariNya. Alhamdulillah, hari ke tiga saya mampu menerima hakikat. di bawah adalah sedikit kajian mengenai kecacatan ANENCEPHALY.

Jika ada ibu-ibu diluar sana yang menerima ujian yang sama seperti saya, tabahkanlah hati, anggap sahaja ini adalah saham kita untuk akhirat sana. dia tunggu kita di sana. dia sudah tentu penghuni syurga dan akan tunggu untuk heret kita ke dalam syurga nanti, insya Allah.
banayk website luar negara dan dalam negara yang saya rujuk,. dalam FB pun ada group sokongan untuk ibubapa yang mengalami masalah ini, maka saya cuba untuk compile kan di sini.. maaf jika bahasa saya kurang difahami..




Apakah anencephaly



Anencephaly adalah kecacatan kelahiran kongenital . Ia terjadi pada saat terjadinya percantuman sel di dalam rahim.  anencephaly  bermaksud " tanpa encephalon satu ", encephalon adalah 1 setsaraf pusat  yang terdapat di dalam otak. tetapi definisi ini tidak tepat kerana bayi yang lahir dengan anencephaly memang dilahirkan tanpa kulit kepala , tanpa  tengkorak , tanpa meninges , tanpa otak hemisfera dan tanpa otak kecil ,  namun biasanya bayi ini dilahirkan dengan sebahagian daripada serebrum  ( Müller 1991). Bayi dengan anencephaly mungkin masih mempunyai sebahagian korteks serebrum ( Stumpf et al 1990)
Hampir 75% daripada bayi yang dilahirkan di anencephaly dijangka hidupbeberapa jam atau beberapa hari ( Jaquier 2006).
Kira-kira 20 peratus daripada bayi ini mempunyai kecacatan kongenital tambahan ( Botto 1999).

Ringkasnya kecacatanini sudahpun berlaku sebelum ibu itu sedar bahawa dia telahpun mengandung.

Apakah peranan yang otak  ?

Ia mempunyai saraf tunjang, untuk mengawal banyak fungsi
Pergerakan luar kawan badan seperti denyutan jantung  dan
 coordinates most voluntary movements.


KEKERAPAN BERLAKU

Kira-kira1/1000 kelahiran ( Eropah Tengah ). Kadar ini berbeza-beza mengikut populasi. ( Sadler, T.W. 2005)

Kanak-kanak yang paling terjejas :

Anencephaly  kerap berlaku kepada bayi perempuan berbanding bayi  lelaki .

BOLEHKAH IA DIRAWAT:

Dengan teknologi sekarang, tiada  rawatan yang boleh mengubati kecacatan ini, samaada di dalam rahim mahupun setelah dikeluarkan. Ibu bapa juga kebanyakkannya akan redha dengan pemergian bayi mereka apabila ketidaksempurnaan yang dianugerahkan kepada bayi tu. Di situlah keredhan akan muncul bila ibubapa memikirkan  kesensaraan yang bakal dilalui oleh si anak dan mereka sendiri jika Allah tidak mengambil anak mereka. Jiwa akan tenang bila iman bersuara, mereka akan di tempatkan di syurga kerana lahirnya mereka tanpa secalit dosasekurang-kurangnya sudah ada syafaat untuk mereka di akhirat nanti… Allahualam..

Tetapi di negara barat banyak hospital menawarkan penjagaan perinatal. Pendekatan psychology  kepada ahli kluarga yang terlibat untuk menemani  mereka melalui proses sepanjang kehamilan , kelahiran, dan kematian , menghargai  bayi dan juga keluarga bayi itu . Ia sebenarnya bukanlah sejenis hospital yang sebenar tetapi lebih kepada  pusat bimbingan. Ia adalah satu cara memberi nasihat, sokongan kepada ibu hamil, bayi, bapa, dan semua yang terlibat dengan pendekatan psychology. Tapi di Malaysia,
 ibu bapa bolehlah mendapatkan nasihat dan rujukan serta pertanyaan kepada unit psycatries dan sebagainy. Yang lebih megkagumkan  Muslim yang redha dan mererima Qada dan Qada' Allah tidak  terlalu memerlukan semua itu, cukup dengan iman yang meyakinkan bahawa semua ini adalah ujian dan dugaan daripada Allah sebanagi penghapus dosa, meningkatkandarjat mereka di sisi Allah dan hadiah dari Allah untuk mereka di akhirat dimana semua orang mencari pertolongan di segenap penjuru dan  bagi mereka telah tersedia seorang anak yang menunggu untuk merarik mereka ke dalam syurga.. Allahu akbar.

manifestasi :

Anencephaly terjadi dari  kecacatan tiub neural. kecacatan tiub neural ( NTD ) adalah kecacatan kongenital yang berlaku antara hari ke-20 dan 28 selepas persenyawaan ( Sadler 1998). Sel-sel plat neural membentuk ' sistem saraf janin. Dalam perkembangan yang normal, mereka akan berganda-ganda untuk menjadi tiub neural, yang kemudiannya menjadi tulang belakang dan saraf tunjang. Selepas beberapa transformasi, bahagian atasan akhirnya menjadi otak.  proses ini boleh disamakan dgn  duit syiling yang bergabung di tengah-tengahnya . Dalam hal suatu NTD , tiub neural tidak dapat menutup sepenuhnya . Anencephaly berlaku apabila hujung kepala tiub neural gagal untuk menutup . Bayi yang mempunyai masalah ini dilahirkan tanpa kulit kepala dan sebahagian nedar otakdideoan dan tengahl . Meninges mereka, kedua-dua hemisfera otak dan kranium daripada tempurung kepala / tengkorak juga hilang , walaupun mereka biasanya mempunyai sebahagian daripada otak . Baki tisu otak hanya dilindungi  oleh membran nipis.  ¼ bayi anencephalic mati sebelum atau semasa kelahiran ; bayi yang hidup semasa bersalin akan mempunyai jangka hayat beberapa jam atau beberapa hari selepas dilahirkan

APAKAH PENYEBAB BERLAKUNYA ANENCEPHALY

Ia masih tidak diketahui apa yang menyebabkan anencephaly . Ia mungkin dicetuskan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran ( Sadler 2005). Namun kita tahu bahawa mengambil Asid Folik boleh MENGURANGKAN RISIKO anencephaly . Sesetengah ubat ( pil, asid valproic , dadah dan lain-lain antimetabolic ) serta tahap Asid folik yang lebih rendah dalam badan , dengan itu mengambil mereka meningkatkan risiko melahirkan anak dengan anencephaly ( Sadler , 2005).
95% bayi dengan anencephaly dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah kecacatan neural - tiub. Apabila seorang bayi dengan anencephaly telah dilahirkan, risiko meningkat 2 hingga 5 peratus pada kehamilan berikutnya ( Stumpf 1990)
Chromosomal abnormalities, single-gene mutations, and teratogenic causes are indentified in fewer than 10 percent of affected infants (Holmes 1976) 

tambahan dari saya: janganlah ibu-ibu menyalahkan diri sendiri yang tidak makan ubat asid folic dan sebagainya sehingga terjadinya kecactan terhadap bayi. mengikut  Doktor Joe (pakar O&G Selanyang) yang merawat saya, kita ada Tuhan, sebenarnya kecacatan ini Tuhan nak uji kita, jangan salahkan diri sendiri. Asid folic dipercayai boleh mengurangkan risiko kecacatan sahaja, tetapi emak-emak kita dulu berapa ramai yang menelan aisd folic 3 bulan sebelum mengandung. dan semasa mengandung, berapa kerat sahaja ibu-ibu yang boleh menelan asid folic tip top seperti yang diarahkan? yang tak pernah jumpa asid floic pun ramai yang dapat bayi sihat, sempurna. ada juga yang dah telan asid folic, tapi dapat bayi  anen juga. maka serahkan kepada tuhan sahaja.. bagus betul dokrot Singh tu. dan kalau kita yang beragama ISlam nie masih menyalahkan siri dan bersedih alangkah nipisnya iman kita.. kalah dengan singh ni ... Allahu Akbar Allah maha Besar.  

saya bertanya adakah disebabkan saya  adakencing manis? ( saya tiada kencing manis, tapi dikhuatiri  saya ada kencing manis tanpa sedar? Dortor Joe menafikannya. kencing manis yang tinggihanya akan menyebabkan kecacatan sebahagian besar anggota badan bayi seperti kecacatan tangan atau kaki dan bukan kecacatan tiada tempurung kepala. sekali lagi ibu-ibu...jangan menyalahkan diri..ingat!!!!!!!!!!!!!!!! ini ujian dari Allah! HASILNYA iNSYAaLLAH BUAH YANG SANGAT MANIS. BAYANGKAN DIA YANG TELAH ALLAH GANTI DENGAN KESEMPURNAAN DAN KEJELITAN SERTA KE HENSOME MAN, MENUNGGU KITA DIPINTU SYURGA..
DARI : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a1/Anencephaly-web.jpg.



ADAKAH AENCEPHALY DISEBABKAN OLEH  IBUBAPA?


Tidak, tiada siapa yang harus dipersalahkan berlakunya anencephaly

HAYAT BAYI ANENCEPHALY?
Kira-kira 7 % mati semasa mengandung (kematian pranatal ), 20 % mati semasa kelahiran ; 50% mempunyai jangka hayat antara beberapa minit dan 1 hari, 23% hidup lebih daripada 1 hari ( Jaquier 2006).
Hanya sedikt kes bayi anen boleh hidup beberapa minggu atau bulan.
Dapatkan maklumat lanjut: Laporan tentang kelahiran dan kehidupan bayi dengan anencephaly

BILAKAH  MASALAH KECACATAN INI BOLEH DIKENALPASTI?

Anencephaly boleh dikira didiagnosis pada 11-14 minggu kehamilan melalui imbasan ultrasound (Johnson SP et al. 1997). Dengan kemajuan dalam teknologi ultrasound , diagnosis boleh dilakukan lebih awal.
Tahap AFP boleh diukur melalui ujian saringan serum ibu ( ujian darah). Jika tahap AFP yang tinggi, terdapat risiko bahawa kanak-kanak mungkin mengalami NTD.jika  Ujian lanjut perlu maka dijalankan ( imbasan ultrasound atau amniosentesis ) untuk menentukan sama adabayi itu  benar-benar ada masalah. Pemeriksaan mesti berlaku antara hari ke 15 dan minggu ke-20 , masa yang terbaik adalah pada minggu ke-16.

Apakah AFP ?

 melalui air kencing ibu yang mengandung,  ada cecair protein amonia.. Ia  dikenali sebagai alpha- fetoprotein (AFP). Tisu bayi yang mengalami NTD mengeluarkan kuantiti yang lebih besar AFP ke dalam cecair amnion. AFP kemudian memasuki aliran darah ibu melalui plasenta dan dengan itu boleh diuji kandungannya.

PERATUS KETETAPAN DIAGNOSIS

Anencephaly adalah kecacatan yang sangat mudah untuk melihat pada imbasan ultrabunyi. Jika seorang pakar yang berkelayakan telah membuat diagnosis imbasan ultrasound selepas minggu ke-11 , kemungkinan  kesalahan dalam diagnosis adalah sangat jarang.
Dengan "A positive maternal serum screening test" npleh menunjukkan terdapatnya  risiko yang lebih tinggi bahawa bayi itu mempunyai Trisomi 21 atau 18, atau kecacatan tiub neural. Kebanyakan wanita yang menguji kelahiran memberi positif kepada bayi yang sihat. Ujian tambahan perlu dijalankan untuk menentukan sama ada bayi itu mengalami salah satu daripada penyakit.

ADAKAH  KANDUNGAN INI MEMBAHAYAKAN NYAWA IBU?

 Kehamilan tidak terjejas .hanya 1/4  daripada kes,mengalami masalah  terlalu banyak cecair ammonia di dalam rahim( polyhydramnios ). Ini kerana  bayi anen yang dikandung ibu tidak mempunyai tindak balas reflek untuk  menelan cecair amnion. Jika isi padu cecair berlebihan , ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa untuk ibu . Bkelahiran  awal dari jangka boleh berlaku, atau air ketuban pecah terlalu awal juga boleh terjadi. Satu amniosentesis boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah cecair ( amniodrainage );  cecair ini boleh  dikeluarkan dengan picagari dengan cara tusukan melalui pusat ibu terus ke kantung bayi untuk menyedut keluar cecair tersebut. Ini boleh memberikan keselesaan sementara kepada ibu ( lebih kurang 3 minggu- sebulan) kemungkinan kaedah ini perlu diulang kerana cecair itu akan bertambah semula


BAGAIMANA RUPA DAN BENTUK BAYI ANENCEPHALY?

Bentuk badan bayi anencephalic tidak cacat sepenuhnya. hanya tengkorak  kepala dari atas dahi ke atas sahaja yang tiada.. Tepi kepala sehingga ke belakang kepala biasanya dilindungi oleh kulit dan rambut. Terang gelap tisu neural merah dilindungi oleh membran nipis yang dapat dilihat melalui ruang yang terdedah  di kepala. Saiz bahagian otak yang terdedah ini berbeza-beza dari satu anak yang lain. Bola mata boleh tersembul kerana kecacatan daripada mata soket, itulah sebabnya kanak-kanak kadang-kadang anencephalic pejoratively digambarkan sebagai kelihatan seperti katak.

Apakah  daya kemampuan bayi anencephaly?

Doktor akan memberitahu ibu bahawa seorang bayi anencephalic tidak melihat dan tidak dapat mendengar, juga merasa sakit. . Walau bagaimanapun,pengalama dari banyak  keluarga yang mempunyai anak anencephalic mengatakan bahawa bayi mereka dapat bergerakbalas kepada sesetengah ransangan . Otak yang terjejas berbeza pada setiap bayi yang dilahirkan. maka tisu otak boleh mencapai peringkat pembangunan yang berbeza. Sesetengahbayi dapat menelan, makan , menangis , mendengar, merasakan getaran ( bunyi yang kuat ) , bertindak balas untuk menyentuh dan juga kepada cahaya. Namun yang paling penting , mereka bertindak balas terhadap cinta kita : anda tidak memerlukan otak yang lengkap untuk memberi dan menerima kasih sayang -apa yang anda perlukan adalah hati yang !

Apa yang berlaku semasa kelahiran anak anencephalic ?

Biasanya , bayi normal akan membantu untuk mencetuskan contraction dengan kelenjar pituitari dan suprarenals (kelenjar buah pinggang) . Walau bagaimanapun , bayi anencephaly mungkin kehilangansepenuhnya  daya untuk mencetuskan contraktion ini, oleh itu ibu kebanyakkan tidak mampu merasai kontaksion secara semula jadi. Maka  ramai ibu yang meminta untuk di induce pada akhir kehamilan mereka. Oleh kerana vault of the cranium daripada tengkorak yang hilang , air ketuban tidak perlu dipecahkan terlalu awal supaya ia boleh memberi tekanan yang diperlukan pada serviks untuk membuka jalan keluar untuk bayi membesar . Jika  cecair ketuban mencukupi maka  kelahiran bayi anen ini akan normal seperti kelahiran bayi  yang lain . Pengalaman ibu-ibu kanak-kanak anencephalic telah menunjukkan bahawa pemecahan air ketuban terlalu awal oleh doktor boleh mengurangkan peluang bayi yang dilahirkan hidup ( Jaquier 2006).


Apakah kadar berulang ?

Dalam kebanyakan kes, tidak mungkin akan  berlaku lagi dalam keluarga yang sama . Statistik, kadar berulang bagi seorang wanita yang telah mempunyai anak anencephalic ialah 4%.

Anencephaly boleh dicegah?
Pada masa kini, hasil kajian mendapati bahawa  Kecacatan Neural Tube adalah disebabkan diet dan faktor persekitaran. Kajian klinikal telah mengesahkan bahawa pengambilan vitamin yang dikenali sebagai Asid folik mampu mengurangkan risiko  kecacatan Tube yang Neural. Jika semua wanita dalam usia melahirkan anak mengambil 0.4 SKM Asid folik setiap hari sebelum mengandung dan sekurang-kurangnya sehingga akhir tempoh pertama kehamilan , 50 hingga 70 % daripada kes-kes potensi anencephaly dan spina bifida boleh dicegah ( Ceizel dan Dudas , 1992).

Apa penyelidikan yang sedang dilakukan ?

Institut Gangguan neurologi dan menjalankan Strok dan menyokong pelbagai kajian yang meneroka mekanisme kompleks perkembangan otak yang normal. Pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini asas menyediakan asas untuk memahami bagaimana proses ini boleh pergi jauh menyimpang dan oleh itu, menawarkan harapan untuk cara baru untuk merawat dan mencegah gangguan otak kongenital termasuk kecacatan tiub neural seperti anencephaly .

maka kepada ibu-ibu yang membuat keputusan untuk terminate kandunganmereka, itu adalah pilihan ibu-ibu sekalian, saya hormati keputusan itu. tak kira apapun keputusan ibu, terus hingga term atau terminate, kedua dua keputusan itu sangat berat dan hanya satu sahaja  resultnya: kita tetap akan kehilangannya..now or letter. maka dengan mengambilkira beberapa sebab saya dan suami bertekad untuk meneruskan kandungan ini hingga term jika diizinkan Allah. cuma doa saya agar Allah permudahkan hari-hari mendatang saya tanpa sebanrang risiko kepada saya dan Allah memeberi saya rezeki untuk melahirkan bayi ini secara normal, mudah dan selamat, Amin ya Robb. 

PLEASE PRAY FOR ME TOO. 
DUE DATE SAYA 9/7/2014
SAYA MUNGKIN BERSALIN DI KAMPUNG HALAMAN SAYA, KELANTAN  UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA PROSES PENGKEBUMIAN DAN LAIN-LAIN HAL...

(SENYUMKU BUKAN TIADA DERITA, CUMA MEMUJUK HATI NAN LARA.. MOGA ALLAH MENJADIKAN SAYA SEORANG HAMBANYA YANG TETAP BERIMAN, SABAR DAN REDHA)

WASSALAM.

MUNGKIN SELEPAS INI SAYA CUBA KONGSIKAN HASIL PENCARIAN SAYA MENGENAI HUKUM  TERMINATE KANDUNGAN YANG TIDAK SEMPURNA ATAU BERPENYAKIT PULA, INSYA ALLAH



















Friday, January 3, 2014

SUKA DUKA TAHUN BARU

Alhamdulillah masih bernafas di tahun baru. 1/1/2014.... adakah semua orang bahagia bila menyambut tahun baru? Tentu sekali ada juga yang masih berduka ...sedang berduka...baru mula berduka..

Kenalan saya dari alam blogger masih berduka kerana ank perempuan yang disayanginya masih lagi lumpuh seluruh badan dengan kerosakan bahagian otak selepas koma semasa bersalon ank kedua pertengahan tahun 2013 yangblepas. Sangat berduka dengan nasib yang meninpa ank perempuannya yang masih muda, cantik, bekerjaya sebagai seorang doktor,punyai seorang suami dan 2 anak lelali yang hensome dan ciut....walaupun tiada masalah kewangan..hati tetap berduka....

Ada insan yang baru berduka kerana barubkematian suami.. hilang tempat bergantung. Punyai 4 orang anak dan dia sendiri masih muda ...semuda saya yang masih memerlukan belaian seorang suami... masih memerlukan seorang teman hidup untuk menjaga ank anak yang masih kecil.

Ada insan yang berduka...bersedih di atas kenaikan harga barang juga... tahun baru...yuran persekolahan anak anak meningkat. Yang terpaksa menyekolahkan anak anakndi sekolah swasta ...amat merasa bebanan nya... tidak bmyak pilihan untuk ibupada yang mahukan pendidikan akademik,diniyyah dan tahfiz yang di tanggung oleh kerajaan buat masa sekarang... swasta memang semuanya berbayar.. yuransekepala di naikkan sehingga rm100... yuran makanan juga terpaksa di naikkan berikutan kenaikan harga barang dan bahan api juga. Gaji guru guru awasta juga mahu di naikkan  walaupun tudak selumayan gaji guru so sekolah kerajaan... yuran bas dan transit juga terpaksa di naikkan kerana mereka juga manusia biasa yangvterkesan dengan kenikan semua perkhidmatan dan barangan sejak akhir akhir ini...

Oleh kerana bebanan bebanan ini ada diantara ketua  keluarga yang tidak mampu mwmbayar sewa ...sewa rumah tertunggak hampir 4bulan. Bagaimana dengan tuan rumh sewa. Juga bukan dari kalangan orang senang. setiap bulan perlu bayar ansuran rumah sewa itu kepada bank juga. Pemilik rumah sewa terpaksa mengutip segala sisa yang ada untuk melunaskan bayaran bulanan kepada bank tetapi penyewa tak mampu melangsaikan sewa yang tertunggak... di mana keadilannya.. mahu dihalau penyewa, lasihan menebal di dada. Orang susah, punyai isteri dan anak. Tapi diri sendiri juga punyai masalah bila sewa 4bulan tidak diterima. moga Allah memberikan rezeki yang halal dan berkat untuk kedua dua nya.

Keluarga yang menghadapi masalah kewangan ....amungkin bahagia kah? Suami terpaksa meminta gaji isteri.mungkin terpaksa dihabiskan.nah...di sinilah pentingkan komunikasi berkesan, ambil hati, agar tiada pihak yang terasa dipergunakan. Suami hendaklah merendah diri untuk memberitahu isteri akan jjmlah jumlah duitbyang digunakan. Bukan berlagak di hadapan kawanatau keluarga lain dengam duit isteri sedangkan iseri tidak tahu ke mana duit gajinya dihbiskan. Tidak susah mengambil hati isteri jiga pandai caranya.. bukankah isteri itu sudah banyak korbankan diri dan hartanya untuk keluarga.. sekurang kurangnya jagalah perasaanny di saat suami mengambil duit gajinya untuk keperluan keluarga.

Bagi kami pula.... tahun baru ini  terasa sempit sekali. Dengan yuran ank ank yang naik, barangan dan ubatan juga naik. Bayangkan semalam bawa 2 orang anak yang demam dan alergik ke klinik swasta... bayarannya adalah rm91 ..klinik juga sudah menaikkn harga ubat dan servisnya.... aduhai.. wahai pemimpin...siapa yang tersepit sekarang nie... kami rakyat maheran yang tersepiy.. bermula dengan kenaikam baham api..kemudian kenaiakan harga elektrik..terus kepada kenaikan harga barang makanan dan bahan mentah....

Semoga tahun 2014 ini masih diberikan Allah rezeki yang halal dan melimpah ruah unyuk kita semua... semoga pimpin punyai cara untuk meningkatkan luasa beli rakyat maheran... turunkn harga barang atau naikkan gaji agar sesuai dengan kenaikan  harga barang.. bukan bonus sekali setahun yang kami minta..bukan brim yang kami damba kerana bahanakanan dan ubat ubatan bukan sekali setahun ai guna..malah seyiap saat kami perlukannya... moga Allah bukakan hati pemimpin ki untuk membela nasib rakyat. Bukan tembolok sendiri sahaja.

Jom amalkan doa untuk jadi kaya

Monday, November 4, 2013

TAK SEDAP

Perkara yang paking daya benci bila makan kat luar, tiada menu yang menyelerakan tekak saya. Paling benci bila dah beli makanan, rasa ke laut. Macam hampas kelapa. Tawar. Masin tqnpa manis atau manis bodo ajer. Masin xada. 

Geram bila ada sebilangan peniaga kedai makan yang tak pandai masak tetapi nak berniaga kedai makan. 

Macam tadi, otw balik dari Kalumpang, saya yang samagt lapar brrhenti si gerai tepi jalan. Ada makanan nasi ayam atau nasi lemak sahaja. Saya menangis dalam hati kegeraman kerana tekak rasa nak makan nasi putih. Disebabkan lapar, tiada pilihan selain dari memesan nasi ayam. Kivaonya masin!!???  Sambalnya pula masam dan masin??!!!!! Ya Allah. Rasa nak rmmangis saja. Gerem ajer mengengik anak tokey kedai makan tu. Oleh karana kelaparan , saya telan ajer bersama rasa geram, kecil hati dan nak muntah. 

Suami kata lidah saya yang masih alahan merasa semua makanan tak sedap. Emmmm entahla. Lambatnya nak ok mulut dan perut saya yang nak muntah nie. Huhuhuhu. Ye. Cerita kalumpang. Belum saya kingsikan di sini. Insya allah kalau ada masa akn saya kongsikan di sini

Sunday, November 3, 2013

MABUK

Masya Allah inilah kali pertama mendapat alahan mengandung. Ya allah. Baru tahu beginilah penderitaan menahan diri dari muntah dan loya. Menelan air liur masam dan pahit sepanjang hari. 

Anak lima baru tahu apa itu alahan. Sangat berbeza sekali. Harapan saya agar dipermudahkan saya melahirkan bayi saya kali ini dengan selamat dan sihat walafiat. Aminnn. Alhamdulillah walaupun menerima ujian ini saya akan redha. 

Tapi gerampun ada bila seorang rakan sekerja yang tak pandai bergurau bertanya kepada saya tentang kesihatan saya. Saya jawabla tak sihat.  Boleh dia balas " tak apa, penyakit cari sendiri". Allahu akbar...geram juga hati ini.  Bukankah anak itu rezeki dari Allah. Adakah anak yang Allah kurniakan kepada dia tu sb dia yang usahakn??kalau Allah tak nak bagi,buatlah bayi tabung uji pun,tidak akan berhasil. Dengki? Rasanya bukan.  Dia baru sahaja melahirkan ank yang ke 3. Itulah kalau sudah perangainya tak matang. A. K. A.  bodoh.  Selalu membuatkan saya rimas dengan dia. Maybe saya hrus fikirkan ya dari sudut positif. Tapi Hati ini masih rasa sebal bila teringatkan kata kata dia. Adeh. Biarlah dia. Buat apa kita duk bawa sampah busuk dlm hati. Membebankan diri sahaja. Baik kita buanh jauh jauh. Lupakan. Maafkan. Itu yang terbaik. Syurga itu luas. Maka lapangkanlah dada kita. 

Ramai lagi kawan kawan saya di luar sana yang inginkan cahaya mata. Ada yang sudah berumah tangga 5tahun,namun belum lagi mendapat cahaya mata. Ada yang anak sorang, dah besar, dah nak masuk sekolah rendah, tapi masih lagi tidak dapat baby. Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMu. Sesungguhnya ujian Allah itu pelbagai. dia timpakan kepada hambanya untuk menguji iman hambanya. 

Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Allah tidak menciptakan manusia hanya untuk menghuni bumi dan hanya untuk makan minum beranak pinak dan bersuka ria sahaja. Kita akan mati kembali kepada Pencipta. Di sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Itu semua kita paham dan tahu. Namun bila ditimpa musibah. Fikiran kita akan bercelaru. Maka di sjni kita kena ingat dlm al Quran Allah telah berfirman:

Qs. Al-Baqarah : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”
Pandainya saya menasihati orang...diri sendiri sebenarnya begitu juga. Selalu saya mohon dalam doa agar Allah berikan ujian yang mampu saya tanggung. Hanya dialah yang tahu betapa nipisnya iman saya ini. 




 

Wednesday, October 23, 2013

SAH!!!!! BERJANGKIT SUDAH

ASSALAMUALIKUM,


apa khabar semua kawan alam maya sekalian... berkenaan tajuk di atas dan  sambungan dari cerita saya minggu lepas..... maka sahlah penyakit kaklong saya sudah saya jangkiti..\Allah Maha Berkuasa. 

semalam saya ke Klinik Hasniah Elani untuk berjumpa doktor Elani yang menjalankan utra sound kepada saya sebulan yang lepas. masa tu saya tengah period hari kedua.. kesakitan yang tidak dapat saya tangung membawa saya ke klinik. meminta doktor scan rahim saya untuk mencari sebab musabab kesakitan setiap kali haid setiap bulan. bulan lepas doktor \elani gagal melihat keseluruhan rahim kerana usus menutupinya. semalam saya datang sekalilagi dengan pundi kencin yang penuh..senak menahan nk buang air..itu pesan doktor kalau nak scan . maka lain yang hendak di scan, lain pula result yang dapat..sah saya mengandung 4 minggu. huuhuhuhuhu

bila doktor mengesahkan saya mengandung, air mata saya keluar. Namun saya sendiri tidak mengerti akan emosi saya pada ketika itu.. saya rasa sebak kerana semingggu dua ni saya sudah merasa sanagt penat dengan sedikit gangguan alahan dan menguruskan ank-anak , adik umar yang kuat meragam dan lelalin ketentionan.....siapa yang tak gembira nak ada baby baru.. of coure saya gembira, namun bila memikirkan kepenatan jasad dan emosi yang kian tidak stabil, mata saya berkaca di hadpan doktor. entah dr Elani perasan atau tidak...

maka doktor menjangkakan due datenya awal bulan 6 tahun hadapan. tetapi masih belum dapat ditentukan dengan tepat kerana kandungan masih baru. 

ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..anugerahkanlah aku kesihatan dan kesabaran serta hikmah untuk aku uruskan segalanya...bantulah aku mendidik ank-anakku untuk menjadi khalifahmu yang berjaya di dunia dan soleh solehah....

pinjam dari blog dr zubaidi

Tuesday, October 8, 2013

UJIAN KESAKITAN

Allah menguji setiap hambanya..ujian Allah itu bermacam cara....melalui kekayaan...melalui masalah rmh tangga...masalh di tempat krja... masalah anak-anak ..masalah kesihatan....

Saya hari ini telah diuji dengan masalah kesihatan..bukan saya...tapi kepada anak ke empat saya..Umar.... tonsil dia bengkak.... malam ini malam ke empat saya berjaga suhu demamnya naik tinggi....

Magrib semalam kami ke hospital selayang...Alhamdulillah...orang tak ramai..dan kami tidak memunggu lama... doktor muda berbangsa cina..dan hensem sekali... (ewah...sempat lagi melihat hensem tak hensem pulak dahhhh) doktor tu kata tonsil Umar bengkak tapi nasib baik belum bernanah.. dia nasihatkan jangan makan makan an suam atau panas...keraspun xboleh.... masak nasi bubur yang oembut dan biarkan pada suhu bilik...baru boleh diberi .begitu juga dengan air susu...yang suam kalau boleh elakkan.... bagi aiskrim perisa vanilla ....

Arini pemberian ubat tidak berjalan lancar... Umar sakit tekak...tak mahu menelan...luluh hati saya melihatnya nak sangat minum susu...tapi tidak boleh menelan..sumgguh sensara jiwa raga saya....

Magrib td secara tak sengaja meneropong anak tekaknya..Masya Allah...ada bintik putih di tonsilnya yang membengkak...adakah itu nanah??!!!!!! Ya Allah...hati saya sangat risau

Malamni saya cuba mngoogle maklumat pasal tonsil bernanah... memang sudah dapat saya pastikan ia memg nanah...hati saya haru......

INVESTIGATION YANG GAGAL

Semalam, saya membeli gula-gula sugus yang berbentuk jelly untuk anak-anak..tiap seorang dapat satu bungkus. sesampai di rumah, saya kuncikan pagar dan terus bergegas ke dapur untuk memasak makan malam. agak sempoi nak masak petang tu kerana suami tiada...dia ke kursus di Pahang..tak balik .



Dipendekkan cerita semua membuka plastik gula-gula masing-masing. tapi si Umar ni makan 2,3 biji dah tak nak, bagi pada saya untuk di simpan. maka sayapun simpan atas meja depan tv. lepas maghrib, Umar mahukan semula gula-gula sugusnya.....teka...apa yang saya dapati...ia....ia telah hilang bersama plastiknya sekali..setelah banyak kali bertanya kepada 3 orang abang kakaknya, semua mengilingkan kepala dan tidak mengaku. mana mungkin tiada orang ambil...tiada budak lain yang masuk ke rumah kami.

last-last, saya naik angin...nasihat dah saya berikan, marah pun dah, ugut pun dah..akhirnya saya dah tak sabar, setiap aorang saya pukul bontot dengan hanger 2 bijik sorang... tanya lagi...mereka tak mengaku juga...maka saya ambil tapi tingggang kecik, saya sebat atas bontot, merak amsih tidak mengaku...akhirnya saya penat sendiri..saya gagal unutk memujuk anak-anak supaya mengaku jika ambil....tp saya dapat rasakan memang ank-ank ada ambil.....

saya gagal menemukan jawapan pada kes itu....apakah yang harus saya lakukan sebenarnya. gula-gula itu bukanlah satu masalah besar, cuma saya mahukan kejujuran  dan keikhlasan mengaku akan kesalahan mereka... huuuhu

Monday, September 23, 2013

Abang Umar

Haip. Nape mama nya dah panggil umar sebagai abang umar. Wahahahhaha.   Jangan.   Jangan. Jangan.  Kerana abahnya selalu sangat menyebut abang umar ni sudah besar.   

Sejak akhir akhir ini.  (Selepas umar demam teruk tonsil bernanah minggu lepas) makin menjadi jadi perangainya. Awal dia makin bertambah. Dan perangai manjanya makin menjadi jadi. Makin nak di dokong ajer. Memalam pula bila nak susu menangis macam kena sengat. Terpaksa dokong ke dapur untuk buat susu. Huhuhuhu. 

Abah umar dah nak baby baru nampaknya. Amat mendebarkan mama nya. Semalam kaklong mama call bagitau berita mengejutkan dan mnggusarkan hati. Dia mengandung lagi. Mama risau akan kesihatan dirinya memandangkan 3 kelahirannya yang lalu menyebabkan kesihatan dirinya berada di tahap kritikal. Ya Allah Kau Maha Kaya. Ya Allah,Kau Maha Kuasa,Kau berilah kesihatan dan keselamatan kepada kaklongku. 

Mengikut sejarah 3orang anaknya juga saya akan terjangkit sama. Adakah kali in juga saya akan terjangkit.  Huhuhuhuhuhu. Tak mahu. Tapi mahu. Serba salah pula. Mahu kerana mahu lari dari kesakitan period setia bulan. Tak mahu bila memikirkan kepenatan menguruskan anak anak dengan sakit urat yang sangat hebat tatkala banyak berjalan. Mahu menguruskan plajaran anak anak juga amat mencabar sekali. 

Ya Allah apapun yang telah Kau rancangkan buatku, akau berilah aku hidayah, petunjuk serta permudahkanlah segala urusanku. amin. Amin. Amin. Di sini di tempek gambar abang Umar yang sukakan basikal. Mama dqn abah belum cukup duit untuk belikan abang Umar basikal sendiri. Maka dia suka mngheret basikal kakak Asma' nya. Ragam mengalahkan pomen basikal kat kedai ramasamy beskal kat batu caves.  Heheheeh  membesarlah anakku. Moga menjadi Seorang huffaz alQuran yang berjaya dan muslim hebat dinmasa depan. Teringat akan niat semasa memangkunya buat kali pertama dan saya sendiri mengazankannya seusai "mengeluarkannya" kedunia ini.  Saya wakafkan dia, Umar, anakku untuk menjadi huffaz al quran. Semoga Allah perkenankan. Aminn. 
 






Friday, September 13, 2013

Tanpa sedar

Tanpa saya sedar anak sukung saya akan menginjak umur 9 tahun..tahun depan..... masya Allah.... 

Saya dapati dia sangat lemah dalam bahasa inggeris dan matematik.... pelajaran lain juga lemah tapi semua yang laintu boleh di terrer kan dengan pembacaan... namun 2 subjekni memerlukan bimbingan..latihan.... kesabaran...waktu....semangat, minat kerajinan dan pengorbanan dari mama nya jua...

Muaz masih terkulat kulat dalam darab kerana tidak menghafaz ssifir..... malas??? Ya..memang dia malas hafal sifir...saya ada menbeli buku teknik hafalan roya...guna jari tangan je...namun... tak pernah sempat untuk study..maka xpernah ajar anak guna cara tu..yes... my laziness. 

Saya tidak peduli langsung akan penguasaan bahasa Inggeris nya...salah saya...memang salah saya....buku cara membaca tupun saya ada... faqihah pernah gunakan buku tu di sekolah...tapi saya sering mencipta alasan kepenatan untuk tidak mengajar abang muaz membaca mengikut buku itu....

Saya sudah membuat kesalahan yang besar terhadap amanah Allah ini.. saya kena berubah..saya kena lebih kuat untuk tepis kepenatan dan kena lebih kuat menahan sabar setiap kali muaz kemalasan..... itulah sebenarnya penyebab kegagalan ...saya juga banyak bersungut akan tanggungjawab abah unuk menengikkan pelajarannya juga. Ia membuatkan saya membiarkan Muaz tanpa pemantauan. Harapkan abahnya. Memang berharap jerla. (Tgktu..... Semoat lagi menyalahkan orang lain!!!)  abahnya pulang magrib. Sudah capek di kantor dan di jalanan kerna jem teruk. Mana mungkin mau duduk melihat buku ank  dengan semanagt. Huhuhuhuhu. Makanmamanyalah yang harus ke depan. Jangan mikiran orang lain. Kamu sendiri yang kena  jalanin dulu kok.  Huhuhu

YA Allah..... berilah emak yang lemah ini suatu kekuatan agar dapat membimbing dan mendidik anak anaknya yang telah Kau AMANAHKAN....agar mereka berjaya.

Maafkan mama abang Muaz....kerana mama abang  Muaz lemah dalam pelajaran... mama terlalu sibuk dengan benda  yang remeh dan kepenatan. ...semiga Allah tolong kita dengan memufahkan kefahaman Muaz dan kekuatan untuk mama  meraduk kepayahan ini demi pelajaran anak anak...
Maafkan mama

Di zaman ini ibubapa tidak boleh menyerahkan 100% pndidikan anak anak kepada sekolah. ..kalau anak yang dah diberikan kebijakan semula jadi tiada masalah.... tapi kakau ank yang suka main dan sedikit malas....parent kat rumah harus mengambil inisiatif lain agar anak dapat menguasai silibus yang diajarkan....
Keranakutahuajujuaseorangguru...... ; (((




Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum semua..
 Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kerana syawal masih berbaki lagi. Sudah habos ganti puasa semua para ibu-ibu dan saudari anak dara sekalian....saya masih berbaki 2 hari untuk cukupkan 6 hari.

Minda masih terinagt akan video video di facebook tentang pembunuhan kejam orang islam di Syria dan Mesir..... doa dan mengeluh lah sahaja yang mampu saya lakukan..nrtapa lemahnya kita ...orang islam yang ramai..tetapi tidak mampu menyelamatkan saudara kita yang diinjak injqk oleh kuffar di sana..... 

Itulah yang digambarkan hadis nabi di akhir zaman muslim qkan dikerumuni oleh kuffar untuk dibunuh... maka sahabat bertanya adakah waktu itu muslim aedikit bilangannya hingga tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka...maka nabi menjawab...bukan aedikit..bahkan muslim ketika itu banyak sepweti buih2 di lautan... namun ukhuwah mereka tidak  kuat....sekali dihempas ombak...mereka akan berkecai dan teraoung2 tanpa tujuan..mudah ditolak ke sana ke mari..mudah di goncang keutuhan ukhuwwah mereka..itulah kita...sedih kan.....

Semua muslim mengimpikan kematian yang husnul khotimah..... saya mengimpikan kematian yang mulia..mati ketika sujud solat....kematian yang diredhai semua di langit dan di bumi..kematian yang tidak menyakitkan. ... alamgkah bertuahnya insan yang terpilih...

Namun orang yang mendapat husnul khotimah itu tidaklah mendapatkannya dengan mudah..mereka berusaha... amalan mereka banyak.... sedekah dan amal mereka ikhlas, khusyuk dan tawadduk... sungguh jauh sekali nak dibandingkan dengan kita... ehemm..ehem...maksudnya  jika nak dibandingkan dengan saya.... bagaimana mungkin Alalh mahu kurniakan nikmat itu kepada saya... yaAllah.... berikanlah kami husnuh khotimah dengan rahman dan rohimMu..... aminnn

Thursday, August 22, 2013

Bbanyak video tebtang kezaliman tentera alasad di mesir....
Lebih meruntun hati video anak2 syria yg tgh nazak tetkena bom kimia tentera assad laknatullah....

Tak mampu untuk saya melihat video itu sehingga tamat ....terbayang anak anak sendiri

Friday, June 21, 2013

ROTANLOGY @ PAKSALOGY @ PSYchology

Tolongla bagi cadangan kepada saya. Saya buntu. Anak sulung saya Muaz begitu low confident dalam pelajaran. Setiap kali ujian atau peperiksaan Muaz akan cakap tak guna belajar pun mama. Muaz tak akan dapat jawab.

Perlukah saya memaksa sehingga tahap merotan untuk mengajaknya membuat kerja rumah atau mengulangkaji pelajaran? Saya tidak suka memaksa kerana pada pendapat saya dengan memaksa mereka tidak akan ikhlas dan bila tidak ikhlas mana mungkin oelajaran tu boleh dihadam dengan baik dalam diri mereka.   Adakah pendapat saya ini salah??

Huhuhu. Apa sahaja yang saya nasihatkan, dia akan balas dengan negatif. Saya tahu saya tak boleh putus asa untuk memotivasikan anak saya., tapi saya penat. Saya buntu. Saya tak pandai. 

Adakah saya tak pandai bercakap dengan anak? Ya Allah. Tolonglah hambamu ini. Tolonglah anak hambamu ini. Berilah semangat kepadanya. Telangilah hatinya dengan sinar kefahaman, kerajinan dan semanat yang tinggi agar dia menjadi seorang hambaMu yang kuat menghadapi cabaran, dugaan dan ujian hidup. Amin.     


 

 

Sunday, June 9, 2013

BERCUTI SEKOLAH

Assalamualaikum diari burukku,
lama sudah saya tak ke sini mencoretkan sesuatu buatmu, memandangkan seharian yang menghambat kepenatan dan kemalasan.

harini dah hari Ahad, esok dah mulai sekolah semula. kertas periksa belum siap bertanda.hahahha bangun pepagini sebenarnya dengan misi mencari plastik kertas pereksa dan segala pen penku, namun sebatang pen pun tidakku temui. kena tanya Asma' esok nih, selalunya dialah tukang menganbil pen pen saya.. ahlamdulillah, plastik kertas periksa walaupun belum di jamah, ia berjaya ditemui dengan selamatnya.. ngeh..ngeh..ngeh

mengenai tajuk di atas..hahaha..orang lain start cuti berjalan-jalan time mula2 atau pertengahn cuti, tapi kami bercuti di pengakhiran cuti... ke mana? ke GAMBANG, misi mencari PATIN TEMERLOH SEDAP  dan bermesra dengan si GAJAH.

di sini adalah diantara gambar-gambar yang sempat di snap. nampaknya badan saya makin gemuk, perut pun makin ke depan ...(bukan mengandung ye,,jgn silap paham) dan mukapun makin banyak jerawat hhuhuhuhu)
sila abaikan kegemukan ku....huhhuu

sebenarnya kami jumpa trade mark Gambangnipun masa nak keluar dari tempattu.memang xpenyabar semua.... baju saya dan suami tidak bertukar, basah lencun kerana lupa nk bawa sekali  baju tukar.muka kepenatan. abg Muaz tu tiba-tiba demam panastu ( mybe byk terletan air klorin) , nampak monyok jer muka...semua keletihan.

sesi menyalin pakaian untuk mandi manda. kami pakai baju harian ajer, xder nak beli baju renang bagai.heheheh, bukannye selalu pi mandi bandaun..kalau setakat mandi lata...jeram atau sungai tu, xpayah ber baju renang..hehehehehe. CABANA tu kami sewa dalam rm35. senang kami nak parkingkan barang-barang dan tempat umar tidur nanti. Cabana dilengkapi dengan 2 buah tilam nipis getah. setelah penat berendam, memang syok berehat atas tilam tu

anak-anak nak pelampung pulak, kami sewa dalam rm12 dan deposit rm10, kalau2 kita curik dan xpulangkan.ehhehehe

ini di COCOLAND . pantai buatan, ada pasir memutih dan airnya berombak. lagi2 kalau di tepian , memang ganas lah ombaknya..kalau naik pelampung memang boleh terbaliklah...tambahan bila orang penuh, pelampung berlaga2..heheheh.. nak ambik gambarpun susah, anak sibuk dengan aktiviti memasing. nak juling mata saya untuk mengawal dan menyelia pergerakan anak-anak..risau kalau2 lemas dalam ombak buatan manusa......humm..kekadang kita sendiripun lemas dlm perbuatan dan kesalahan
 sendiri...tiba-tiba mood bersalah sebab xrait lagi kertas peksa, esok dah skolah..ayakkkkkk,,ber blog plk dahhhh.. huhhuhuhu



penat di pantai buatan, kami ke sini pulak. tempat kanak-kanak....walaupun namenya kanak-kanak sahaja, mak budak nipun turut berperanan besar main gelongsor air..back up temankan si Asma' yang takut untuk gelongsor seorang diri,,eceh...eceh....2x lima mak budakni main. ;)

 selepas keluar dari taman air, kami singgah kat cafe nye. sebenarnya semasa menyewa CABANAdan pelampung tudapat  vaucher percuma air bikabonat @ gas 1, kentang goreng 1 dan 5 air mineral cawan..pandai mereka menarik pelanggan. orang lepas habis main air ,tentunya lapar, mereka beri vaucher kentang dan air , tentunya rugi kalau tak pergi tebuskan.....nila dah tebus sesungguhnya perut nan lapar tidak boleh bertahan dengan kentang sahaja, maka memesanlah akan mereka makanan lain...dan abahnya memesan chiken chop yang berharga rm16..alhamdulillah..makan sikit dorg, bolehla alaskan perut sebelum kami sampai ke tempat menginap malam ini.


dan kami bermalam di sini malam itu. Arabian Bay. ia terletak mula2 masukdari pintu Gerbang Gambang Resort... semalaman sahaja...xmampu bermalam malam..hehehehe

 aisey mannnnnn....kat situpun ada kolam jugak...melompatla anak-anak..huhuuhhu..walaupun penat , keesokan paginya seawal 8 pagi anak-anak dah mengajak abahnya ke kolam....maka mengheret kakilah ayahndanya ke sana. saya?? hehehehhe masih bersenang lenag di atas katil sambung tidur....dengan alasan si UMAR DAN ASMA' MASIH TIDUR LAGI.



 skodeng dari tingkat 6...haihhh seronoknya depa...tempat Faqihah masuktu jakuzzi...setakat pinggang kita aje, jadik budakpun boleh masuk situ.

sejam je lepastu kamipun join ler sekali...badan dah lemau2 nak demam ni.huuhuu



masa nak check out, tepat jam 12 tenghari. di belakang kaunter pertanyaan Arabian Bay ada unta-unta padang pasirrrrr,,,,,unta buatan juga, tapi memang macam real kan....

 ambikla gambo sekojapppp.

 dalam perjalanan balik, kami berhenti di sini.....melihat si gajah, tapi hanye ada anak gajah dan xleh naik gajah, sebab dah pukul 4.30. kalau anda semua nak melihat mak dan bapak gajah dan mungkin berpeluang untuk menaiki gajah , kena datang pkul 2 tau.

 si gajah di belakang,,bukan si @gajah berbaju belang dan bertudung di depantu ye,,ekekkekek..kami besar macam gajah ke?? tak kannnnn?? :) kami cuma pasangan yang bahaga di perut..especially me ;)

 ada pengunjung..budak lagituuuuu. amat berani dan tak geli memberi gajah makan kacang kecik dari atas tapak tangannya..yekkkkkk...melekat air liur gajah tu.. nampak tak muncung gajah tu, muncungtulah yang bertindak menguis bijik kacang masuk dlm mulutnya..kalau kita,,muncung mult kitalaa tu...hehhehe..cuba kuis guna idung plk...ape mcm..hehe..

 maka anak-anak yang ingin mencuba juga. saya hanye belikan tebu ajer...rm3. kacang dalam 10 keping... xperla sedekah kat gajah dapat pahala jugakkan.. :) beli 2 berkas sebab anak2 xpuas hati ... kalau beli kacang lagi banyak kali bole bagi makan..sepelastik tu..tapi gelilaa...ayaq liuqqq dia lekat kat tangan,,huhuhuhu

  adik umar yang berani
 abang muaz juga berani
 aikss.....makin berani.nasib baik xnangis nk naik belakang gajah.heehhee

lubang hidung si gajah..hehehehhehe..sama macam manusia ek,,,Masya Allah, Allah Maha Besar.

Petang tu kami terus bertolak balik ke batu caves...dalam kehujanan..cuaca gelap kami anak beanak tidur keletihan..tinggallah  incik Zul drive seorang diri....
ALHAMDULILLAH DI ATAS NIKMAT HOLIDAY INI.. WALAUPUN CUMA SEHARI, ANAK ANAK SANGAT GUMBIRA... MAK AYAH KEPENATAN...ZZZZZZZ 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails