- -pengasuh merasa terbeban untuk menyimpan susu saya ke dalam peti sejuknya.
- -pengasuh terbeban untuk memanaskan susu EBM sebelum diberikan kepada bayi saya.
- -Pengasuh tak pandai nam budget pukul berpa nak dipanaskan, dan pukul berapa bayi saya lapar dan nak minum susu.
- -saya risau kalau-kalau pengasuh tidak ingat sudah berapa jam susu yang telah dipanaskan itu berada di luar, kerana susu yang telag dipanaskan hendaklah diberikan kepada bayi jangan lebih dari 1 jam sahaja. dan jika susu yang tidak dihabiskan dalam masa 1 jam , perlu di buang dah. xboleh sambng minum beberapa jam berikutnya walaupun tidak menunjukkan basi.
- memang ada penyelesaiannnya, boleh bgi penerangan ataupun nota dan sebagainya, tapi kesimpulannya ia akan menyebabkan pengasuh terbeban dengan segala macam do and dont untuk kendalikan susu ibu. banyak lagi bayi lain yang dia nak kena jaga, nak masak untuk budak transit, nak kemas mana yang patut dan sebagainya..
Wednesday, September 30, 2015
MENYUSUKAN ANAS DENGAN FULL BREAST MILK?
Sunday, September 20, 2015
Kitchen kabinet
Bagaimana dengan kawan kawan yang sedang buat reno rumah.. Tentunya bahagia bila yang di plan menjadi,kan..Alhamdulillah.
Sayugianya...seusai rumah yang saya belini siap, saya sudah mula mengimpikan sebuah kithcen kabinet yang simple tapi memenuhi citarasa..bermula pada katika itu juga, saya terus mencari cari gambar kitchen kabinet yang variasi di Internet, print screen dan menatapnya hari hari. Bila kami masuk rumah budget tak ada untuk Kc. Maka saya pendamkan segala impian kc dalam pc saya.. Xapa, ada rezeki boleeh buat lain kali.
Sayugianya Kini.. Saya Sedang reno dapur..sekali lagi saya membuka folder kc dalam pc dlu tahun 2010.. Saya INGINKAN kc yang berbentuk u atau L yang sederhana kecil dan bersambung... Senang nak buat kerja dan tak perlukan pergerakan yang jauh.. Org kata segitiga perherakan Tu jauh.. Segitiga ( sinki, dapur dan peti) Sb Tu bntu u lebih praktikal.
Saya sudah penatt dengan dapur rumah umi yanhg memerlukan pergerakan yang banyak.. Ke sinki..ke dapur gas.. Ke tempat gula.. Penat kaki kat dapur.
Kini, walaupun reno belum siap dan kc belum pun tempah lagi..saya dh nampak kc impian saya tidak akan menjadi kenyataan juga. Tetap sejarah berulang di mana ia bukan kc yang saya impikan.. Ia hanya berbentuk panjang dan ada dua bar panjang begitu. Satu pada dinding sebelah kanan.Dan satu.lagi pada dinding sebelah kiri. Nak.buay u xboleh. L PUN XBOLEH JUGA.
ini gara gara pintu yang di Bina di tengah2 dinding dapur dan ada dua tingkap yang besar di Bina di dinding satu lagi... Penat rasanya selamani saya skodeng gambar kc.melayari impian untuk ber u atau ber L yang sempit.. Tak perlu besar kerana saya cepat Lenguh kaki dan sakit urat. Tak betah berjalan ke sana sini di dapur. Makanya.. Reno itu hanya untuk membesarkan dapur, mewujudkan almari2 bawah dan atas untuk tempatkan periuk belanga dan segala barang dapur supaya tak nampak berselerak.. Tapi, untuk memendekkan dan mengecilkan pergerakn saya di ruang dapur, tidak dapat mencapai matlamatnya.
Maka, Ibu ibu yang hendak reno rumah..plan dlu kc anda, baru plan tingkap dan pintu dapur anda..Jika tidak, rugila duit yang anda laburkan hanya untuk luaskan rumah, bukan untuk kerehatan kaki anda anda !!!!!!
Gambar ini bolehla di buat santapan mata ibu ibu yang baru nak reno.Jangan Jadi macam saya.



Monday, September 7, 2015
BREAST PUMP BARU
kenapa saya kata setanding??? ia serupa. ada 2 motor . cuba bagi saya malish illaria lebih hebat.. (huhuhuhuhhu) IA BUATAN RUSSIA.. DENGARPUN DAH RASA HEBATKAN.. MANAKALA LACTE DUET HANYALAH DARI CHINA. BUNYIPUN TAK BESTKAN.. KALU BAHASA KELANTAN, BARANGAN CHINANI MACAM KODDI SIKIT.. HAHHAHAHAHHA.... HOPEFULLY NOT LA KAN, SEBAB SAYA DAH TERBELI. HUUHUHU..
sebenarnya klau ibu ibu sukakan yang kuat, tapi bukan dari brand medela, spectra M1 adalah satu pilihan yang bijak juga. tapi ada kekurangan nya:
1. ia di built in dengan battery. mama ia perlu kerap di service kerana masalah suction yang slow. ini kerana, bila dah built in battery, kita akan terguna juga pamp tu sambil cas dan sambil guna, macam hp juga.. walaupun dah tahu, ia akanmenjadikan battery cepat kong, kita tetap terpaksa guna semasa cas, betul tak?
2. ia menjadi cepat panas kerana untuk guna elektrik sahaja, batry yang ada di dalam akan cepat panas, maka ia pun menyumbang kepada kekerapan service yang perlu dilakukan..
ibu boleh cuba 3 jenis pam yang saya syorkan ini, dan boleh buat pilihan sendiri ya .
lacte duet
malish illaria (double)
spectra M1
dan saya... I vote for Malish ill aria kerana ia buatan Russia, dan sehebat lacte kerana ada 2 motor, heavy user. walaupun suctionnya xberapa lembut, says hanya perlukan lebih masa untuk kosongkan cik B
Saturday, September 5, 2015
ABAH MENJAGA BABY ANAS.
ini bukan kes penat jaga anak, tapi penat merewang kat luar. sejak akhir-akhir ini memang tak duduk diam si abahnya.
kalau cuti aja, ada aja kerjanya. penghantaran barangan alHaddad lah, pasal servey-servey rumah lelong lah, kawan ajak sana sinilah dan macam-macam. makanya cuti bini bersalinpun tak adalah mengaja bini dan baby sangatkan.. bila balik rumah haruslah letih ya...huhuuhhu
Friday, September 4, 2015
ANAS 30 HARI
Tengahari nie, sya akan ke klinik kesihatan untuk dapatkan injection sebulan untuk anas. Moga anas xdemam dengan suntikan ini dan.tiada side effect kepadanya, amin Ya Allah.
Semalam saya berusaha mwncukur rambut anas. Mak kata tak elok simpan rambut asal bayi (maksudnya rambut dri dalam perut) kerana rambuttu kotor entah kotornya di mana,sayapun xfaham. Tapi mak kata, rambut asal akan gugur juga..Dr gugur bertaburan, baik dicukur ( ini boleh diterima aqal bagi saya) Maka semalam.gigih saya mencukur rambut anas dnegan pisau cukur kuning murah ygvdibeli di sppedmart..Alhamdulillah.. Udah gondol kepalany. Oleh kerana tiada bedak sejuk, saya lumurkan dengan Minyak zaitun aja..entah boleh ke tidak.saya tawakal... Ingt bedak.sejuk..ingt pula.bedak sejuk Jenama dak cun dlm cerita mok cun..ekekekekek..

Xberapa licin sanhat sebab kasihan kat anas, pedih kukitvkepala Kalau saya banyak kali lalukan mata pisau di tempat sama. Okla tukan, dr xbuang langsung.

Kakak asma pegang anas..anas nangis.. Xselesa dipegang dalam.kedudukan begitu kot.

Ni kenangan masa nak balik spital..bapak pegang anak ke 6. Alhamdulillah...
Sunday, August 30, 2015
PANTANG HARI KE 25



Tuesday, August 18, 2015
Part 2 Kelahiran anas


Dalam kereta kawan menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Jam 10.30 pagi. Hati berkecamuk Antara Takut sakit dan risau apa yang akan berlaku nanti sebab suami tiada di sisi. napela mata saya sepet aja, macam xleh buka..hahahaha menahan gelora dan kerisauan.

Gambar kenangan. Bby anas masih dlm perut mama.. Bahagia mama rasa.

Alhamdulillah, berjaya masuk ke ward walaupun hanya ward ke3. Hilang satu kebimbangan akan kenangan tahun lepas dihalau balik walaupun jalan dh terbuka 3cm. Terus dipakaikan jarum. Nurse kata in case tumpah darah atau nak masukkan air atau ubat lepas/sblm bersalin.. Sakit sangat. Nak solatpun susha. Tawakal.ambil wuduk hanya sebagai syarat utk solat yang wajib. Lepas bersalin, kena qada semula. Moga Allah ampunkan mama.

Terima kasih kawan dan sahabat.
K.noriah dan kak hartini noh kerana sudi menghantar mama ke hospital.. Rindu abah di Saat ini.. Mama really need him.

Tanggungjawab suami
1. Sebolehnya kosongkan jadual anda sekurang kurangnya seminggu sebelum tarikh due isteri anda. Luangkan masa bersamanya. Bantu isteri anda meregangkan badan,bersenam dan menenangkan mereka. Cuba tenangkan akan ketakutan mereka menanti hari2 genting itu. Ketepikan perkara yang kurang penting.
2. Gembirakan hari isteri anda selepas dia melahirkan bayi anda. Perkara perkara yang simple dan mudah untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pengorbanannya seperti mencium dahinya dengan ucapan Terima kasih. Jika ada budget lebih belikan hadiah, jika tiada budget, cukup dengan keperihatinan anda terhadapnya dengan meluangkan masa. Sebelum dan selepas dia bersalin.. Amaran keras..Jangan berperangai bodoh menyibukkan diri dengan hp sewaktu Melawat isteri anda di wad@ menunjukkan anda letih dengan ingin menumpang tidur sekatil dengan isteri anda yang baru melahirkan ( walaupun anda sebenarnya sememangnya lebih macam baru lari maraton 10 pusingan)
3. Gunakan cuti 7 hari yang diberikan majikan kepada anda untuk meluangkan masa dan menolong isteri menguruskan hal rumah tangga walaupun anda ada penolong di rumah Samaada bibik atau adik atau mertua anda. Jika mertua yang datang, Jangan anda bersenang lenang membiarkan mertua uruskan semua dr kerja membersihkan rumah, membasuh baju, menyidai, dan segala sagalanya.. Mertua datang untuk Menjaga bayi dan isteri anda sahaja. mungkin juga utk menolong memasak dan bertungu ataupun Berbengkung. Anda Jangan menyibukkan diri dengan hal luar rumah, orang lain selain dari isteri, anak anak lain dan rumah tangga. Ingat mertua bukan datang untuk menjadi bibik di rumah anda.. Apa guna cuti 7 hari anda jika semuanya memgharapkan mertua dan anda sibuk dengan aktiviti dli luar pula.jangan biarkan mertua atau isteri anda merasa anda pemalas dan langsung tidak menghargai susah payah mereka dtg menolong, Malah anda Makin culas menjaga rumah tangga.
5. Jangan sesekali menyakiti hati isteri anda di saat melahirkan dan berpantang. Hanya suami yang dungu sahaja yang mementingkan orang lain di Saat isteri melahirkan.
6. Gunakan masa cuti yang diberikan untuk belajar menunggu isteri. Walaupun anda tidak pandai dan tidak biasa, Cuba lihat dan tunjukkan minat hendak belajar semasa Bidan/mertua datang bertungku. Anda boleh menolong isteri sendiri selepas itu. Sampai bila hanya mengharapkan Bidan atau mertua yang datang menungku isteri anda bersalin. apa yang anda buat untuknya, Itulah yang amat dihargai dan diperlukan oleh isteri anda dalm berpantang.
Selamat menjadi bapa yang penyayang.
Thursday, August 13, 2015
Beza bos di Malaysia dan bos mat salleh
Bos di Malaysia, pekerjanya cuti khas seperti isteri bersalinpun dipanggil bekerja. Tak ada sensitiviti langsung. Tak fikirkan kesukaran si isteri dan anak anak, masalah kesihatan si isteri, bayi yang ada masalah jaundis yg perlukan suami bwa ke klinik, Urusan rumah tangga,anak anak dan sebagainya.
Nak kata cetek aqal, belajar tinggi2, kesedaran sivik Tu tidak ada.. Bossy kuku besi.
Suamipun dah tahu masa banyak habis dengan kerja di pejabat, bila sampai di rumah, reti retila letak hp Tu. Di ofis mengadap kerja, di rumah mengadap hp, baik xpyah balik rumah.Sama aja..roh xada,jasad je yg ada. Betul tak.....
Saturday, August 8, 2015
PERJALANAN KELAHIRAN BAYI KE 6
Tanggal 4 0gos, malam 12.00, kakak ipar menelefonku memberitahu nenek tok mok Joh ( nenek suami) sudah meningal dunia kerana sakit tua.memang sudah lama Mok Tok Mok Joh sakit tua. Kak ipar kata tolong sampaikan kepada Jo ( suamiku) Kalau Kalau dia nak balik kelantan.. Aku memegang perutku yang sudah beberapa hari terasa sakit..gusar hati memikirkan perut yang hanya menunggu saat kelahiran...
Bersambung......
Thursday, July 30, 2015
PENYAKIT GARANG
Harini dengan rasminya dan saya merasmikannya..ekkekeke.. Genap kandungan saya 39 minggu.. Hati berdebar debar menunggu pesen kesakitan untuk bersalin kali ini. Org tua kata kesakitan fan katenah bersalin Setiap anak berlainan..huhu..menakutkan..
Sejak 3,4 hari ini saya Makin gatang dengan anak anak. Saya mudah terganggu dengan kebisingan mulut anak anak yang bergurau, menangos dan bertanya macam macam. Daya juga selalu tertekan dengan keadaan rumah yang sering bersepah...Pagi kemas.. Tengahari bersepah. Anak anak balik sekolah, beg diletakkan merata, baju uniform.sekolah di cmpak sana sini ealaupun sudah dipesan banyak kali tempat kumpul baju kotor atau baju yang nak pakai lagi keesokannya..ini membuatkan hati saya geram dan panas.
Bilik bersalin saya yg di kemaspun xkemas kemas. Katil panas masih ada lambakna baju. Saya dah penat melipat, Kemudian ada lagi yang datang.. Bila nak habis semua baju baju ini!!!!! Tention sungguh. Buku cerita anak anak ada du mana mana. Anak anak suka membaca tetapi yang geramnya, dia akan ikut ke mana sahaja saya duduk..Kalau di bilik... Mereka akan bawa bukunmasing Masing. Dekat dengan saya dan membaca sambil barimg.. Kemudian tinggalkan. Ni baru 3 orang..nasibla sorang lagi ada di asrama..Kalau ada yang itu, lagi gegak gempita rumah saya, dia suka memgusik adik adik dan buat mereka menangis dan menjerit jerit..
Macammanala saya nak berpantang jika begini.. Dengar suara mereka bergaduhpun saya rasa macam nak lari masuk.bilik, xnak dengar. Sudha tidak larat untuk masuk campur atau leraikan..ya Allah....kenapala saya tertekan sehingga begini.
Memikirkan bilik air di Tingkat atas belum di sental. Suami sibuk memanjang.Kalau tak diingatkan akan terlepas pandang.
Memasak sudah lama saya tak buat. Tak boleh Berdiri lelama.. Kaki dan.netis rasa Berat sangat.Padahal nerat badan untuk kandungan kali ini tidaklah mencapai atau melebihi Berat kandunagn sebelum sebelum ini. Mungkin faktor umur Ataupun tak mengurut barangkali. Susah betul nakncari bidan yang serasi di sini. Kalaunadapun sangatbmahal sehingga di luar kemampuan..cas tahap datuk datintu.manalah mampu. 1 jam lebih skitpun dah rm150. Ayoyo..... Pergi kepada tukang urut yang biasa pulak, tak diurutnya elok2 ditempat yang sakit. Sekadar jamah jamah, urut sikit2 aja..lenguh betispun tak hilang... Aduhaiiii.. Nasibla badan...
Baby..nila baby nak.keluarni..bikin mama berdebarla...takutpun ada..
Baru dengar kes adik kawan, bersalin normal tapi bayi masuk wad untuk dimasukkan antibiotik kerana jangkitan kuman dari ibu kerana ibu ada keputihan semasa mengandung.. Hai... Sejak bila pula keputihan membahayakan bayi sehingga bayu umur seharipun kena masuk antibiotik. Tention bila dengar.
Berita menyedihkan dari kawan di jelantan, bayinya meninggal 3hari seLepas dilahirkan kerana tertelannair ketuban najis sendiri yangbmengakibatkan jangkitan kuman dalam darahnya. Puncanya bayi berak dalam perut selepas overdue 2@3 hari sahaja.. ALLAHUAKBAR....masa asmak dlu overdue 5 hari dah. Alhamdulillah Allah selamatkan dan memberi kesihatna yang baik kepada asma.
Monday, July 27, 2015
Takut untuk menghadapi sakit bersalin, seriau memeikirkan Apakah masalah dan halangn untuk bersalin kali ini.. Takut sangt Kalau xsempat sampai ke hospital atau tidak macam baby ke 5 hari Tu.. Tengok barang peninggalan baby ibrahim mnyebabkan saya menangis kembali.. Risau
Lelah juga melihat keadaan rumah yang semakin dikemas semakin berterabur. Yang paking banayk dan tak terlipat dan terkemas adalah baju bajan.. Mana saya nak letak semua baju yang bertambun ini.. Benerapa harini barubsedar baju kami terlampau banyak.. Snekejap ja saya boleh duduk untuk melipat, xtahan, sakit pinggang. Untuk berjalanpun terasa sukar sekali.. Bayini dah turun rendah sangat walaupun belum sampai masanya. Berjalan pun sakit. Banyak menyuruh anak lakukan itu ini.. Maklumla anknbaru 8tahun, 5 tahun dan 4 tahun aja yg ada di rumah.. Tak semua yang sayabsuruh mereka paham.. Sudahnya nk marah dan geram pula dengan mereka. Pergwrakan dan kerja saya terbatas sungguh.. Hai..lambat lagi ke baby ini nak keluar
Ya Allah permudahkan segala Urusan ku untuk melahirkan.bayi ini secara nirmal, mudah dan Selamat ibu dan anak. Mohon Doa dari sahabat sahabat Alam maya juga ya..
Terima kasih kerana singgah ke sini.
Monday, June 29, 2015
ALLAH TEGUR DIRECT....MALAM KE 13
Berkenaan dengan kejadian malam ini.. Saya menegur beberapa wanita muslim mynmar atau rohingya..ustaz memberi tazkirah berkenaan dengan kasih sayang kepada Muslim.. Jangan cintakan manusia kerana berkaitan dgn bangsa ataupun status. Jnagan tgk dan benci kepada orang rohinya. Mereka tidak minta dilahirkan menjadi rohinya.. Xminta di lahirkan di mynmar dan di seksa sebegitu. Oh.. Saya suk zhon kepada mereka tadi..
Saya sendri xtahu mana satu.. Tapi semenjak beberapa hari berbuka puasa di sini.. Ada sekumpulan wanita dan beberapa orang kanak kanak turut berbuka sama..tapi bukan di meja yang di sediakan...tapi berbuka di satu sudut yang gelap dan hanya anak2 yang dtg mengambil makanan. Anak2 nya akan dtg ambil dan bawakan juadah kpd ibu ibu mereka. Selepas solat magrib juadah akan dibahagikan. Tapi mereka tidak solat sekali di dalam masjid bersama kami. Mungkin usai makan, mereka akan balik solat di rumah.
Oleh kerana suk dhon saya.. Hati saya berfikir mereka hanya datang untuk makan dan tidak solat. ALLAHU.. Betapa jahat hati saya.
Setelah azan berkumandang, usai makan kurma sebagai syarat berbuka puasa, saya mendekati mereka dan bertanya...
Awk muslim kan.. Jomlah kita solat berjemaah bersama sama di dalam masjid. Seorang daripada yang agak tua menunjukkan kepada anak anak mereka..saya dapat mengagak dia kata susah nak solat dengan anak anak kecil. Takut mengganggu jemaah.saya kata xapa..ramai budak budak dalam masjid. Masjid luas..jom solat dulu kemudian baru makan... Makcik tu nampak berminat dan mengajak beberapa wanita lain.. Saya turut mengajak wanita muda terbabit.. Masam aja mukanya..xsetuju. Saya tinggalkan mereka untuk masuk masjid.
Selepas solat, kami ke tempat makan.. Saya sedar akan niat saya yang xkena masa menegur meraka kerana suk zhon saya yg mereka hanya dtg utk mkn..tapi xsolat.. Saya sedih dan malu pada diri sendri sehingga malu untuk menatap wajah mereka.. Masa berjalan..langsung saya xbengahkan kepala masa ambil makanan dan makan.. Usai makan..baru saya berpaling ke tempatbmereka duduk.tadi... Alangkah terkejutnya saya bila mendapati mereka tiada di situ..
ALLAHU..Rasanya mereka malu untuk makan dan terus pergi dari situ akibat di tegur untuk solat oleh saya.kasiahan mereka.. Tentunya mereka kelaparan..anak anak mereka kelaparan.
Jahatnya saya. ..
Kat masjid ni, lepas 4 rakaat, ada tazkirah pula.. ALLAH nakntegur saya direct, tajuk tazkirah malam ni adalah berkenaan jangan membeci Muslim Rohingya..MasyaAllah... Terus kepada saya.. ALLAH maha mengetahui.
Sunday, June 28, 2015
Teringin nak menjahit lagi
Hati saya berbunga.. Bestnya boleh menjahit.. Kalau menjadi.. Seronoknya rasa. Kalau tak menjadi.. Hadoi.. Nakbamuk satu rumah.. Dengan mesin mesin jahittu rasa menciiiii... Hahahahahha..
Tapi masa tiada. Bulan puasani, hari minggu suami selalu ada di rumah.. Tak boleh menjahit. Nanti dia tegur, tak payahla menjahit. Lebih baaik ambik quran mengaji..Lagi banyak pahala katanya.. Hohoho.. Sangat betul..itu fakta yang tak boleh di sangkal..
Kalaupun dia keluar, tak sampai hati pula saya nak menjahit. Bila melihat keadaan rumah yang macam kapal pecah. Kain jemuran berlonggok tak berlipat, yang tak berbasuh juga melimpahi besen. Pinggan mangkuk sahur juga belum di settle dalam sinki.. Mainan umar bersepah rata riti. Tapi dalam keadaan begitu.. Penat plk mata melihat..Ambik bantal.. Rehatkan bijik mata plk.. Wakakaka..Dah tu apa bendapun xjadi.. Teruk betulkan bila perempuan malasni.. Huhu
Semalam.ke klinik Rassi.. Mahai betulla Rassi cas untuk scan.. Rm90 u allsssss...bukan lamapun xsampai 10 minit.. Tp khabr yang mengembirakan, uri dah naik dan doktor kata boleh bersalin normal. Baby Berat 1.4 kg. Baru masuk 8 kan..Bulan puasa pulaktu.. Xapa.. Kecik di dalam besar di luar.. Senang nak bersalin nanti..aminnnn. Jantina pula masih menjadi tanda tanya.Xnampak sebab ditutup dengan paha. Kata doktr, nampak macam telur tapi pistolnya xnampak.. Jadi doktor tak nak teka,Takut tersalah. Alahai baby..bikin hati mama xsabarlaaaaaaaa..apapun syukur ya alAllah.. Baby sihat walafiat.. Tiada tanda tanDa sindrom dan tiada kelainan dengan abdomen penting . Alhamdulillah..Moga bby mama sihat sempurna. Ya..aminnnnn
Thursday, June 25, 2015
Malam ini malam ke 7 Ramadhan. Kami sekeluarga ke KUIZM untuk berbuka puasa dan solat terawih di sana. Kalau ikutkan hati memang tak larat sangat nak berjalan, tapi kalau di rumah, lepas berbuka puasa memang dah melepek nak solat terawih. Kalau berbuka ramai ramai, tak.Rasa sangat keletihan..
Seperti berada di sekolah, tak rasa sangat penat mengajar, ke sana ke mari, naik kelas tinggi, rendah... Tapi kalau sampai rumah. Mulalah terasa sengal sana sini, letih melepek macam kqin buruk.huhuhu
Lagipun kat masjid atau KUIZM, makanan disediakan...walaupun tidak berapa kena dengan nasfu makan.. Bukan kah puasa itu tarbiah... Xperlu naknmakan sedap sedap sanagt.. Cukup untuk menghilangkan rasa lapar.
Kat sini lepas 4 rakaat terawih, ada tazkirah dalam 30minit. Kemudian sambung semula.
Malamni umar dan Faqihah penat betul. Dah tertidur pun..hehehe.xqpa..nanti abahnya angkatla...Kasihan pula umar, dah 2 hari Duk sebut nak beli layang layang..Alahai.. Kat manala nak main layang2 tu nak oiii..orgvsemua puasa.. Xlaratla nak ke padang layang layang untuk main benda alahtu.. Hohoho


Sunday, June 21, 2015
SUKA DUKA BERSAMA
Alhamdulillah.. ALLAH masih memberi kami peluang, ruang dan rezeki untuk memasarkan tamarcocoa kepada masyarakat di samping menambahkan sedikit pendapatan... Alhamdulillah.
Sepanjang berada dengan Tamarcocoa, kelarisannya memang tidak dapat di sangkal..kadang kadang selang 3 hari kami akan ke stokis negeri untuk restok tamarcocoa dan barangan Alhaddad yang lain.
Bila kami ambil stok, kami Terpaksa guna cash Ataupun transfer dahulu sebelum datang ambil barang.. Nah... Ini part yang paling perit. Banyak keadaan di mana kami kekurangan modal pusingan untuk restok barang. Masalahnya adalah ada segelintir customer yang meng order barangan..minta di hantar ke rumah add captoin di situ.. Nak segera. Malamni juga..lewatpun x apa sebab customer nak esok pagi". Kami pun hantarlah dengan harapan agar customer tersebut membayar penuh jumlah stok yang di beli. Tapi ada kekangan di situ. Customer minta tangguh bayaran sehingga customernya membayar...kadang2 bayarannya di tangguhkan sehingga seminggu dan dua minggu.kadang kadang geram juga dengan orang kitani. Nak berniaga tapi kedekut mahu keluarkan modal. Bila peniaga melayu nak maju jika customer melayupun begitu.. Kami juga tidak mengenakan cas penghantaran memandangkan berapalah sangat komisen yg akan downline akan dpt Kalau sy berkira pasal kos penghantaran.. Kasihan itu memang masalah utama kami..huhuhuhu.
Pengalaman pahit juga bila customer sy dikalangan kawan baik dan Teman sekerja.. Mereka terlupa bayar.. Adeh.. Sakit nya Itu di sini ( sambil tunjukkan buah pinggang sendiri ya.Hihi) untuk meminta hutang yang mereka dah lupa. Saya Cuma berdoa mooga bila mereka ke dapur, masih adalagi saki baki tc atau kopi kacip faitamh yang boleh mengingatkn mereka bahawa mereka belum bayar kpd saya.. Hohoho.
Ada juga kepahitannya bila downline orang lain yang tidak pernah mendapat kefahaman dan bimbingan dr uplinenya.. Datang dan menjdi customer kita... Saya Cuba terangkan kepadanya cara menggandakan komisen dan sbgainya.. Tapi stil tajk faham juga.. Ataupun akaunnya bermasalah yg mana masalah nya itu saya sendiri tak tahu jawapan..hohohoho.. Sedapnya upline atas dia senang lenang daftrkan ahli tanpa sebarang guide dan explaination..lepas tangan aja. Saya yg bukan kena mengena ni... Letih meng ekplain kat ahli tu.. Rasanya dia ssah nk faham kot..kikiki. Tapi Xapalah.. Saya Cuba sedaya upaya..walaupun tidak mendapat sebarang komisen ats belian dan penghantran barangan kpd customer terbabit.. Kita niat bersama membangunkan ekonomi orang islam.
Sekali lagi lelahnya di sini..
Satu lagi yang Sakitnya tu di sini... Tunjuk otak pulak.... Bila customer silap bagi username yang xlengkap dan menyebabkan saya tersalah keyin kepada nama orang lain.. Kemudian dia Whatapp bertanya Kenapa customernya belum di keyin belian.. Menggagaulah saya traking record belian.. Agak susah bila kita keyin belian bukan ahli kita.. Kita xdpt lihat makkumat dirinya kerana mereka downline org lain.. Last sekali jumpa masalah, username yang diberi tak cukup perkataan atau terjarak Antara nor dan nama ke dua dan sebagainya.. Berdebar dan panik di situ...
..Takut kesalahannya dari saya.. Hohoho.
Sebahagian customer malas u.tuk catit dan simpan username ahli downline. Bila buat belIan.. Saya Terpaksa buka downline yang berlapis lapis hanyau UK cek username yg diberi tepat tau tidak..guess what.. Memeng username nya salah.. Haru tak di situ? Ya, memakan banyak masa saya dan lelah memikirkannya..tolongla jaga downlineasing masi.G. Dulu sebelum enjadi stokis, saya cTit dan lakarkan ahli downline saya.. Upaya tiada kesalahan keyin di pihak stokis.. Tapi byk juga stokis terlepas pangan..
Hari ini, suami ke stokis negeri lagi. Terpaksa ambil stok kerana dah licin dan beberapa customer sudah minta.. Duit modal nak rolling tidak mencukupi kerana masih pending lebih kurang 600 daripada customer.. Kami terpaksa korek bank tabung haji... Perniagaan Apakah ini.. Hohoho.. Lelah dan sesak kerana customer yang tak mampu nak bayar stok. Alasan mereka kasihankan saya nak hantr selalu Kalau ambik sedikit.. Tetapi kerap. Kalau ambil banyk, tak susahkan saya hantr banyak kali.. Huhu. Tapi kalau pending bayaran lagi susah saya ni... Dan dtglah sndri ke umah saya jika nak ambil stok yang sedikit (satu atau dua pack shj memang xberbaloi untuk saya hantarkan)dan sesuai dengan budget yang kamu ada ya
Itulah ssedikit kekangan Kenapa melayu tidak boleh maju dalam Perniagaan.. Tidak mahu bersusah dahulu untuk dapatkan stok Hatta nak datang ambil di rumah saya..
Tapi suami kata semuatu kan memang asam garam Perniagaan..kita kena sabar, tabah dan mencari jalan untuk selesaikan masalah ini. Kalau masalah beginipun dah mengeluh Berat, macam mana nak maju.
Saturday, June 20, 2015
BERI DUIT KEPADA IBU BAPA?
Saya terdetik untuk mencoretkan di sini berkenaan dengan tajuk memberi wang kepada ibu bapa.
Memberi Wang kepada ibubbapa adalah harus.. Dan ia menjadi wajib jika ibu bapa ada tanggungan lain yang perlu di pikulnya serta ibubapa tersebut sudah tua dan tidak berdaya untuk bekerja...Sakit Ataupun tiada Punca rezeki untuk dikerjakan..
Jika ibu bapa sudah tidak mempunyai tanggungan.. Hanya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, Ia sudah menjadi sunat sahaja.. Berilah sekadarnya sahaja. Jika adik beradik ramai,bolehlah diutarakan cadangan untuk menyumbang. Beberapa pulh ringgit untuk digabungkan kan agar boleh diberikan jepada kedua mereka. Tidak perlu terlalu banyak sehingga berlebihan...sementelah jika ibuayah sudah ada aset yang boleh memberi pulangan kepada mereka Setiap bulan.. Contohnya hasil tanah dan buah kebun. Walaupun semua Tanah dan kebun tersebut sudah di tukar nama kepada anak anak, ibuayah masih mengutip hasilnya setiap bulan kerana mereka masih hidup... Ia sudah tidak menjadi kewajipan bulanan ke atas seorang anak, lebih lebih lagi anak lelaki yang mempunyai tanggungan keluarga sendiri.. Lebih lebih lagi suami yang menggunakan duit isterinya untuk kecukupan belanja keluarga.
Saya punyai seorang ayah yang sudah tua.. Sudah pencen dengan jumlah yang kecil.. Tetapi punyai dua orang anak kecil dan dua isteri.. Sudah suratan, beliau berkahwin muda di usia emas dan dikurniakan dua orang ank kecil.
Kedua dua isterinya pula tidak bekerja. Rumah isteri keduanya di sewa.. Mana untuk bayar sewa..Mana untuk susu anak kecil dan belanja harian? beliau tidak menpunyai pendapatan tetap.. Ketika beliau masih sihat, beliau menjaja kain rumah ke rumah untuk mencari rezeki.. Sejak akhir akhir ini,mata pencariannya itu sudah sangat tidak sesuai dengan usianya yang sudah menjangkau 64 tahun, berpenyakit gout teruk dan dengan ekonomi yang gawat Sekarang ini. Itu adalah satu contoh di mana anak anak wajib menbantunya. Si ayah sudah di kira termasuk dalam orang yang layak menerima zakat berbanding mereka yg tiada tanggungan dan masih menerima hasil mahsul kebun, getah dan sebagainya..
Dulu saya tidak nampak akan hal ini. Saya biarkan ayah memendam segala kesusahannya... Mungkin kerana marahkan keputusannya untuk berkahwin lagi beberapa tahun lepas, membuatkan saya jauh hati dan membiarkan dia. Tapi beberapa detik ini.. Saya sedar.. Daripada saya memberi duit bayar zakat kepada sesiapa yang tidak dikenali, lebih afdhal saya menolong ahli keluarga terdekat dahulu. Ada hadis berkenaan dengan itu..Nnti saya carikan.
Duit yang adapun akan habis juga.. Tanpa kita tahu ke mana kita sendiri atau orang lain yang ada access kepada duit kita menghabiskannya.. Ada pasangan yang memberikan duit kepada ibubapanya tanpa tahu atau tahu ibubapa pasangannya tidak pula mengambil duit tersebut padahal mereka lebih memerlukan..
Ada beberapa jenis org tua yang berkepelikkan pandangan mereka terhadap duit. Ada yang tidak kisahpun anaknya susah atau hutang berlonggok, asalkan tidak nampak susahnya mereka di mata mereka.. Ia sudah dianggap senang..orang Sekarang.. Di pandangan mata..semua cukup. Punya rumah, kereta besar, belanja Berez... Itubsudah di kira orang senang.. But on the ground.. Mereka tak nampak betapa serbutnya kedia induk keluarga terbabit berantai dengan hutang piutang yang menjerut...Semua milikannya adalah hutang... Senang kah begitu... Bolehbdikatakan 70 peratus warga kota sakit ekonomi mereka.. Kais awl bulan..dpt makan hujung bulan.. Setiap bulan licin.. Mesin atm tupun dhbpenat minta maaf Setiap pertengahan bulan.. # Harap maaf, jumlah baki dalam akaun anda sudah mencapai kadar maksimum. Tidak boleh dibuat pengeluan# hahahahhahaah
Ada ibubapa yang terlalu prihatin sehingga memikirkan Adakah anaknya cukup perbelanjaan setiap bulan dengan hutang keliling pinggang, punyai anak anak kecil bersekolah.. Yuran yang pelbagai sehingga membuatkan mereka selalu ingin memberi bantuan dan sesekali tidak mahu menerima pemberian daripada anak anak..
Bagimanakah status pegangan ibubapa anda.. Tepuk dada.. Tanya hati dan pemerhatian sendri.. Cuba bandingkan.. Tidak salah dibandingkan.... Cuma kita tetap hormati ibuayah kita.. Siapapun mereka.. Apapun perangai mereka, wajib kita hormat. Sila faham istilah hormat.. Jangan sampai memgiakan segala kehendak mereka sehingga menyungkur ke Tanah.. Yang betul disayangi dan di hargai...Yang tak berapa Tepat.. Juga hendaklah di hormati..Jangan sesekali menderhaka..
Kederhakaan ank juga banyak jenis dan pola nya.. Kena bijak merencana dan membuat Keputusan serta tindakan.. Jangan kerana kasih sayang, menyebabkan mereka yang kita sayangi rugi di akhirat sana.
Sekian sahaja pemandangan hati saya. Mungkin ada yang tidak setuju.. Well Setiap orang ada pandangan Masing Masing...kita bebas berpegang kepada pandangan Masing Masing..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Thursday, June 11, 2015
Berat betul untuk ambil berat ni...kan...
Assalamualaikum semua...
Betullah kata kawan saya merangkap motivator saya... Kalau buat sesuatu supaya dihargai..Memang tak sampai ke mana... Hati akan sakit... Dendam akan muncul.. Tidak puas hati akan menghantui... Akhirnya Kebencian akan menebal.. Bila dah ada semuatu, Bagaimana hendak hidup bahagia di atas dunia ini..
Yang paling penting.. Semua perkara mesti di buat kerana kasih sayang dan kerana Allah.. Jangan mengharapkan penghargaan dan.ucapan terima kasih daripada manusia..
Tak kiralah...daripada suami.. Isteri... Kawan kawan atau sesiapa sahaja...
Teringat akan satu kisah... Suaminya mempunyai adil beradik yang ramai.. Yelah...Org kampung Zaman Dlu memang subur subur dan beranak ramai.. Kata Suaminya.. Apa yang nak dI herankan.. Beranak ramai ramaikan bagus.. Tugas mulia.. Memang tugas org perempuan dah beranakntu.. Sakittu Biasala..Boleh ditanggung oleh perempuan.. Dh nama nya Allah buat azali macamtu.. Tiada langsung ucapan terima kasih kerana berbusah payah melahirkan anak untuknya.. Mungkin dia cuma Bayangkan mak dia dulu3 lagi payah melahirkan anak di rumah shj.. Dpt juga 10-11 anak.
Kisah kedua... Bini nak kena operate sebab ada masalah dengan uri.. Katanya..Ala Biasala tu.. Org lain lagi ramai belah masa bersalin.. Kakak dia belah 4 kali bersalin 4 anak.. Sekarang dah ikat.. Normal aja hidup dia...xsakitpun .jangan manja sangatla.
Maka kasihan sungguh kepada isteri yang mendapat suami begini.. Maka hendaklah mereka ubah kefahaman mereka agar hidup tidak tertekan.. Tak puas hati dan sedih kerana suami tidak hargai susah payah dan kesakitannya..
- Betukan Niat.. Lalui kesakitan bersalin normal mahupun operate ni kerana kasih syg kepada anak.. Dan utk mendapat pahala Dari Allah. Bukan utk mndapat penghargaan drpd suami.. Kita syg suami..Jadi kita beri dia hadiah baby.. Cubalah memberi kasih sayang tanpa syarat atau nakkan penghargaan.. ALLAH sudahpun membalas dgn pahala akan kesakitan kita itu
Kalau penghargaan itu kita xdapat.. Kita xrasa sakit hati dan bersedih. Maka janganlah harapkan penghargaan.
Teringat kisah ketiga.. Isteri operate kali ke 3, katanya dia memberi semangat kepada si isteri yang dalam kesakitan selepas hilang ubt bius lepas pembedahan... Keluar air mata jantannya bila membayangkan perut isteri ditoreh2 untuk keluarkan bayinya dengan selamat.. Dia Bayangkan Bagaimana kalau dia yang alami kesakitan itu.. Ditoreh toreh perut nya...
Nah..Bila.Asa isteri yang suaminya kurang ambil.Berat..Mungkin akan kata..alangkah bagusnya jika aku juga mempunyai suami begini.....Bukan? Itu maksudnya isteritu sudah menyalahkan takdirnya.
Bak kata motivator... Sekalilagi kawan saya itu kata...sebenarnya suami Jadi begitu kerana kita sendiri. Kerana kita tidak ikhlas menyayanginya.. Kita pentingkan diri sendiri.. Menyayanginya dengan sebab lain...Maka dia juga begitu.. Kita sendiri kena betulkan niat..ikhlaskan niat dalam menyayanginya.. Maka secara tidak langsung pasangan kita juga begitu.Kita kena ubahbdiri kita dulu..InsyaAllah... Pasangan akan sedar dan juga akan berubah nanti.
Hahahaha...susah tak Rasanya nak buat?. Saya juga rasa susah dan macam Tak logik..sebenarnya logik.. Something wring dengan diri kita sebenarnya.. Maka saya Sedang Cuba try dan test untuk mengubah diri saya agar memberikan kasih saya seikhlas Mungkin kerana Allah Taala. Cuba untuk tidak mengenali mengharapkan balasan.Balik Ataupun penghargaan... Boleh kah...
Kita Cuba yukkkkkk....hohohohoho
Wednesday, June 10, 2015
Friday, June 5, 2015
SUSAHNYA BAJU MINI KURUNG

Lengan belum ada kain.. Entah bila la naknke kedai kain utk beli kain kosong utk lengan ni.. Huhuhu














