Saturday, July 31, 2010

Jangan Makan Panadol!!!!!

PANADOL MERBAHAYA



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.




Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1 : 1 atau 1 : 2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


Wednesday, July 21, 2010

Pentingnya air tangan ibu yang solat

saya pernah terbaca satu article tentang pentingnya ibu yang solat dan impaknya kepada makanan yang di masak olehnya......
tapi lupa pulak kat mana saya membacanya....jadi saya akan ceritakan sediki tentang kisah itu...

dahulu, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Pada suatu hari, dia telah bernazar akan meminum air kencing anjing hitam jika dikurniakan zuriat. selanag beberapa ketika, isterinya telah hamil. Maka lelaki itu terinagt semuala nazarnya. Dia tak sanggup untuk menelan air kencing anjing hitan seperti yang di nazarkannya. dalam syariat Nabi Musa ketika itu, semua nazar wajib dilakukan walaupun apa yang dinazarkan itu haram.Maka dia berjumpa dengan Nabi Musa

Nabi musa berkata, tidak usahlah kamu meminum air kencing anjing hitam itu, tapi aku akan menyuruhmu untuk meminum air yang lebih kotor dan dahsyat daripada itu...iaitu air hujan yang menitis di atas atap orang yang tidak solat.

bayangkanlah air yang menitis dari atap rumah orang yang tidak solatpun dikira lebih jijik dari air kencing anjing hitam....bagaimana pula dengan air dari tangan seorang yang tidak solat?...tentunya lebih jijik dan lebih kotor ....betul tak? bagaimana pula jika tangan itu yang menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak nya setiap hari? bukankah kekotoran dan kejijikan itu akan akan memberi kesan kepada makanan yang disediakan dan memberi kesan kepada ahli keluarga yang memakannya.....

begitulah kepentingan solat kepada seorang ibu dan air tangannya dalam menyediakanmakanan kepada ahli keluarganya.

Monday, July 19, 2010

hai..semua

Asslamualaikum..lama benar saya tak update blog ini....sudah lama kekeringan idea....

kalau ada yang merindui saya...ecehh....ader ker..la~la~la~.....jom kita ber chat kat face book plk.hehhhe

jom...jumpa kat facebook... Norshafida Ghazali.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails