Sunday, November 27, 2016

SUSU KAMBING KHALISH

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini? Anak anaknsemua sihat ya. Hopefully semuanya berada alam kesihatan yang baik. Yang mana tak sihat saya diakan moga cepat sembuh dengan izin Allah.
 Anak tuan puan minum susu apa ya? Daya nak kongsikan satu susu berjenama KHALISH. SUSU KAMBING ASLI TANPA GULA.          

Anak bongsu saya setakat ini hehehheehhe yang berumur 1 tahun 4 bulan mengamalkan minum susu kambing KHALISH. ALHAMDULILLAH, setakatni kesihatannya bertambah baik. 

Semasa umurnya 8 bulan, saya mengandung ( tetapi kekeguran). semasa mengandung tu Anas sudah tidak mahu minum susu ibu. Rasa lain agaknya ya kalau kita mengandung. Jadi saya belikan susu anmum. Yah.  Anmum  pun mahal juga. Tp amnum manis walaupun sudah declare suau lembu yang paling sedikit gulanya. Wardina model untuk susu anmum tu.  Sebenarnya  semua ank wardina hanya minum susu ibu. Biasala kan. Jadi Model itu pun satu rezeki.  Apa salahnya kerja jadi model walaupun tidak berkenan dengan produknya. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. 

Tapi kesihatan anas selepas berhenti susu ibu agak merosot. . Selalu kena selsema dan bila dh selsema jadi batuk pula. Haaaa bila dah batuk Anas berkahak dan terus kpd bunyi wizzing dlm dada. Pernah warded 3 hari kerana kahak dan jankitan kuman di paru paru. Setelah itu saya google susu kambing  maka saya temui  susu khalis. 

Uahhh.  Mahal sedikit rm43 untuk 500g. Tapi pada khasiatnya membuatkan saya buat buat tutup mata.  ia lebih baik daripada susu lembu. Sunnah nabi minum susu kambing. Susu lembu dipopularkan oleh barat dan si israel laknatullah banyak membina kilang2 mengeluarkan susu lembu yang dicanangkan terbaikkkk di dunia.   sedangkan israellah pengimport terbesar susu kambing masuk ke negaranya untuk diaorg buat minum ahli keluarga especially ank ank. See.   See.   See.  Bedebah betulkan.satu dunia tertipu. Diaorang punya kuasa duit. Barang yg busuk kalau dah di iklankan kaw kaw pun boleh jadi yang terbaik. Kita semua dah kena tipu. 

Makany saya pun membuat keputusan untuk menggunakan susu khalis untuk anas. Alhamdulillah susu kambing adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. 

🌸ia tidak berlemak. Botol yang anas gunakan tidak berlemak sebagaimana botol yang digunakan utk buat minum susu lembu. Kalau lemak dr susu lembu, adeh... mmg kena guna berus basuh botol dan tonyoh dengan sabun kan.  Persoalannya di sini bukan masalah nk guna sabun mana untuk basuh,tapi memikirkan perut anak kita yang telah minum susu lembutu. Berlemak juga kan. Jdi elok ambik susu kambing. 

🌸bila anas muntah, susu yang keluar tidak  berkeladak semacam susu lembu yang pernah dia minum. Pernah tengok susu lembu basi dalam botol anak2 kita tak? Berkeladak tebalkan?  Susu kambing khalis tidak berkeladak, ia cuma memjadi masam sedikit. Tapi kalau dah tinggal 2,3 hari akan timbul juga keladak nipis lapisan atasnya.  

🌸susu kambing khalis ini lambat basi.  Ala susu kambing memana sekalipun mmg bagus. You named it. WILDAN, LAZZ, RAYYAN. Dan banyak lagi jemana muslim di pasaran sekarangkan. Memang lambat basi. Kalau buat mlm, pagi esk saya boleh minum lagi. 


Hehehe kalau anas minum xhabis, saya minum plk. Sayang nak buang weiiiii.  Mahaiiiibeli, Pastikan tiada setitikpun dibazirkam. . Alah membeli, licin ditelan. Heheh cogan kata baru untuk susu kambing.  Memang toerbaikkkk

Alhamdulillah, sejak consume susu kambing KHALISH ini, kesihatan anas bertambah baik. Selsema pun jarang kena.  dia duduk nursery.biasala budak duduk nursery akan elalu terjangkitbselsema batuk ini.  Anas terjangkit jugabjarang2. Tp alhamdulillah kuasa Allah jua melalui khasiat susu kambing ciptaanNYA, selsema anas tak lama dan kahak pun jarang ada dan tidak merebak jadi lg teruk mcm sebelum2 ni. 

 Alhamdulillahh. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  

Ramai tanya kalau susu kambing tak bau hamis kekambingan ke? Emmm. Meh nak khabaq.  
Kawan saya khairuzzah ( aci kenal tak? Hehehe) dia ambik susu khalish dgn saya. Katanya dia xboleh bau susu kambing hamis.  Jadi saya syorkan susu ni. Dia pernah beli susu kambing jenama W*****, dia kata hamis.  Dan seminggu lepastu jumpa dia. Dia kata KHALISH  DIA BOLEH MINUM SBB TAK HAMIS. ALHAMDULILLAH. 
Tapi percayalah semua susu kambing adalah terbaik. Dan lebih baik dripada susu LEMBU. Cuma tuan puan boleh cuba mana yang tidak bau  dan mana yang berbau hamis. Untuk khasitnya.  Smeua susu kambing adalah terbaikkkk.   



Wednesday, November 16, 2016

MINYAK HABBATUSAUDA PERAHAN SEJUK

assalamualaikum semua.  ðŸ¤“Lama sudah tidak bersua. Kesibukan kerja, anak anak dan rumah tangga membataskan saya. Ada lagike pembaca blog saya yang tak semengah ini. Heheh. Malam ini saya nak memperkenalkan 1 produk terbaru iaitu (xleh guna perkataani dlm karangan bahasa melayu anak anak ya. Iaitu tiada dlm bahasa melayu)


MINYAK HABATUSAUDA' perahan sejuk (cecair)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Habbatus Sauda
Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa. Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.

Pengenalan Habbatus sauda
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.

Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.

Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.




Kebaikan habbatus Sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
P
14. Rheumatisme


P

Sunday, September 4, 2016

CABUT GIGI BERJEMAAH

Assalamualaikum semua.

demikian hari ini, dicatitkan pengalaman pahit buat anak-anak nan bertiga, Muaz, Faqihah dan Asma'... berjemaah mencabut gigi seorang nan sebatang kecuali Asma' ; 2 batang. 

ke Klinik  Pergigian Hijrah. sangat berpuas hari. daripada 10, saya berikan 9. hahahhahah dapat aiscream Malaysia sebatang sorang.  Umar yang tak cabut gigi pun dapat juga sebatang. 

Range harga untuk cabut gigi kanak-kanak adalah rm20-30 sebatang. yang lain tak skodeng pulak.

Layanan staff dan doktor ; saya sangat berpuas hati. Pandai memujuk anak-anak yang ketakutan. Faqihah yang ada bad experince dengan pun alhamdulillah berjaya juga dicabut gigi gerahamnya yang dah goyang. Menangis juga memula masuk pintu. paling dia takut di injek, lepastu menangis lagi bila doktor keluarkan playar untuk tarik giginya keluar.

Asma' paling berani. memang hatinya waja . kalau dimarahipun dia akan menangis, tapi senyap enyap. masa injek setitik air matapun dia xkeluar. tak macam abangnya dan kakaknya... abangnya wlaupun kata tak sakit, tapi bergenang juga air mata di bkelo[ak matanya..

the failure of being a mother make me so sad. saya fail untuk menjaga gigi anak-anak saya dengan baik. tak memantau mereka berus gigi, tidak mengajar mereka memberus gigi dengan betul. gigi anak-anak semuanya rosak dan hitam masa kecil. rongak itu sudah menjadi sinonim dengan anak -anak saya. sepanjang di klinik ...bahkan setiap kali kami ke klinik gigi, perasaan bersalah menghurung hati walang sayang. bagai lalat menghurung taik...huhuhhuhuh... saya berdoa agar saya kuat untuk menjaga dan memantau pertumbuhan igi anas, moga tidak menjadi macam kakak-kakak dan abangnya...hiba sampai bergenang jugalah air mata saya kerana memikirkan kegagalan saya itu.. maafkan mama wahai anak-anakku....

saya salute kepada Ummi saya kerana pandai menjaga dan memantau kebersihan gigi kami adik beradik. semasa sekolah rendah, gigi kami adik beradik tidak pernah belubang atau rongak. tapi caries tu biasalah..memang ada sedikit. kalau ada gigi kami yang bergoyang, dengan rela hatinya kami sendri akan ketuk pintu klinik gigi di sekolah kami, bagitahu nurse nak cabut gigi. nurse selalu puji keberanian kami untuk serah diri .  kebrsihan gigi kami selalu menjadi pujaan hati ku.hahahahhahahaha... tapi alahai.sekali lalgi me...my self... gagal untuk mejaga gigi anak sendiri ...

moga anka-anak membesar dengan sihat, gigi yg buruk akan gugur dan bertukar menjadi cantik..moga semuanya baik baik sahaja.....

Sunday, August 28, 2016

TASIK TITIWANGSA LAGI.

Assalamualaikum semua.
selamat berhujung minggu ya ibu2 dan bapak2 sekalian. moga hari ini penuh dengan aktiviti berfaedah bersama anak-anak dan keluarga.

ya, hari ini sungguh memenatkan. penuh aktiviti.

8.000 pagi - 12.30 tengahari = aktiviti koko di sekolah

12.30-2.30 = ke kedai bundle dan barangan ambak. saya membeli 2 roll (10.5 yard) wall papper dengan harga RM25 setiap satu. tanpa gam. beli gam plk dalam rm 9 . ni stok lama, patutla diaorg jual murah sikit.

2.40 -3.30 = smpai rumah, terus goreng ayam , nasik dah dimasak oleh suami, saya beli gulai patin dan sayur di kedai makan. seterusnya suap anas makan bubur . lapar betul dia. maklumla dr pagi tak makan. pkul 3lebih baru makan.huhuhhuhuhuhu...
pkul dekat pukul 4, minta izin suami  utkke kelas mengaji. 

4.00-5.00 =ke kelas mengaji

5.00-9.30 mlm= ke tasik titiwangsa, anak-anak nak main basikal, dan peluncur dengan batery yang di sewa di sana.. huuuhuh... terbang rm55. xpala untuk celebrate faqihah dan Asmak yang MAQBUL hafazannya. Alhamdulillah. duit tidak boleh membeli kebahagian dan kegembiraan naak..kan.... anas mulai panas badan..demam nih..kena ke klinik pula.

9.30 mlm-10.30 mlm- ke klinik PAuziah. jumpa DOktor MIMI (old Chinese woman) bagus doktrnya...ubat antibiotik utk anas memandangkan ubat demam dan ubat cair kahak sudah ada. anak-anak kat rumah mungkin lapar. suami singgah kedai mamak beli roti canai.

balik rumah, saya suap v=bubur utk anas..persediaan utk makan ubat.hehehhehe. berjaya minum ubat demam dan  aitibiotik licin tanpa tumpah. ubat cair kahak ada disembur keluar skit.. xapala kot.. 

11.00 = saya masuk tidurkan dia.. 

dan nahhhh... sekarang semua dah tidur. masa maamnya plk beraksi dengan laptopnya. nak buat pemarkahan PPIM ni, pastu nak buat isytihar harta kat HRMIS, pastu, nak edit APDM online, ada maklumat murid yang [erlu di update. kemudian nk kena siapkan laporan KBS 1 tepohari..adeh... xtahu sempatke tak ..dah ngantukla plk..

oh, patutla bau ada asyemmm...mamanya xsempat mandi , mandi sekali aja pagi td... sejuk pulak nak mandi tengahmalamni kan...ahhhaahhaha
ni gambar masa pergi kali pertama. kali kedua harini, sama jugak kenderaan yang menjadi pilihan Faqihah dan Asmak, cuma umar ambil basikal roda 4 dan Muaz ambil basikal besar sikit.


Tuesday, August 9, 2016

PRODUK BUKAN MUSLIM PAKAI NAMA MUSLIM

Assalamualaikum semua, bersiaran lagi denganmata yang hampir terkatup...ngantukkkk tapi rasa banyak kerja tak buat, tapi malas nak buat, hup det blog dulu.

baik.....
berkenaan Tajuk di atas....
saya cukup geram, kalau produk bukan muslim, tapi guna nama muslim. nampak tak...nampak tak??? diaorang nak target orang Muslin sebenarnya.....

Produk Kecantikan dan apa sahaja produk makanan termasuk beras, shampoo dan sebagainya yang milik Cha ya nun  Alif tapi dinamakan dengan nama Islam. di Bandar Kota Baharu, sudah banyak kedai-kedai besar milik  Cha ya nun Alif itu dinamakan nama Muslim... contohnya BILAL......lupa dah..byk lagi sebenarnya.. huhhh... memang  ramia betulla Melayu kita yang berkerumun di situ.. Bilal ni menjual barangan dapur samaada periuk ataupun palstik. You  named it..semua baranga dapur dari kelengkapan memasak, alatan memasak, alatan  rumah seperti langsir, perhiasan juga dijual. BUkan murahpun regenya mahai jugakkkk .5 tahun lepas saya membeli Periuk Pengukus di situ dengan harga rm3++. ada penutup cermin.. mahai sungguh....

ok..baik..Antara barangan penjagaan muka milik Non-Musim tapi di islamkan namanya
1. Produk Syaurah-banyak di jual di Mydin.
Jenama Shurah dan Shurah Qaira adalah produk keluaran syarikat Jetaine Corporation Sdn. Bhd yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Jetaine Corporation Sdn. Bhd adalah syarikat yang dimiliki oleh Bukan Islam. Shurah sebagai jenama mempunyai berbagai-bagai produk yang difokuskan kepada produk kosmetik. Antara produk-produknya ialah Pembersih Muka, Skrub, Penyegar, Krim Kecantikan, Serum, Pelembap dan Masker.

bertukarlah kepada jenama pemiliknya juga Muslin iaitu:

 Sendayu Tinggi, De Wajah, SimplySiti , Safi dan banyak lagi
BEras dan bihun juga sudah dipedajalkan.

sebagai contoh Beras Cap Rambutan.... 


Percaya tak kalian , bahawa  SUNQUICK  adalah produk jenama dan milik Muslim.

Sunquick adalah jenama Produk Minuman Pekat yang terdiri daripada Perisa Oren, Tropika, Blackcurrant, Mangga, Lemon, Mandarin, Peach, Berry, Teh Ais Limau. Sunquick adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat BARKATH CO-RO MANUFACTURING SDN.BHD yang berpengkalan di Butterworth, Pulau Pinang. Syarikat BARKATH CO-RO MANUFACTURING SDN.BHD dimiliki oleh orang Islam.

Jenama Beras Cap Rambutan adalah Jenama Bukan Islam yang dikeluarkan oleh OEL DISTRIBUTION (KEDAH) SDN BHD. yang berpengkalan di Kuala Lumpur. OEL DISTRIBUTION (KEDAH) SDN BHD adalah syarikat yang dimiliki oleh orang Bukan Islam. sebagai Alternatif...kamu aa destinantion

ok.. udah udah lerr tu.mata dah tutupni..bye bye ya..jumpalagi kain


Sunday, July 10, 2016

PERJALANAN BALIK DARI KAMPUNG

Alhamduilllah, kami sekeluarga selamat sampai  ke teratak bersepah kami selepas 14 jam mengharungi perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan. Jem...jem..dan jem sepanjang jalan. Suami pula tidak putus-Putus meng waze kan jalan alternanatif untukmengelakkan diri terjeru,us ke dalam kancah jem..


ewahhh..ayat, tak menahan hehhe.

rumah bersepahh!!!!! meninggalkan rumah yang tidak sempat dikemaskan sebelum balik bercuti amat melelahkan. aduhaii.... nampaknya lepas balik sekolah besok, saya nak kena menahan mata dari terkatup nie.... baju bajann kotor dari kampung berlonggok , lantai dan karpet yang berhabuk.. cukup membuatkan saya alagkah nikmatnya orang yang ada bibik..

"bibikk.... tolong mop lantai ya, lepastu basuh lantai dapur, bersihkan bawah sink, cuci tandas y.a.. basuh dan jemur baju., sental tandas sekali ya.. mop lantai rumah sampai atas dan vacum sekali"......
ku cuba tutup mata mengimaginekan  situasi itu.. aduhai...... enak sekali. namun, itu tidak mungkin terjadi. saya masih belum boleh menerima kehadiran orang asing di rumah. tak selesa dan rimas. Kewangan juga  masalah no 2. emak kata bila dah ada bibik, jimatla duit transit umar, dan duit pengasuh anas beberapa ratus.. tapi ketidakpercayaan saya kepada bibik masih menebal dengan tempelan ingatan sedutankisah-kisah benar daripada rakan sejawat dan di dalam tv menbuatkan saya redha dan pasrah akan kebersepahan rumah dan keletihan ini.. ehehehhe

janganla budak UPSR baca coretan ini..kasihan depa.. fail grammer bahasa melayu nanti. huwahahaha.

okeyla ibu-ibu, esok udah sekolahhhhhhhh... mau nengok baju bajan yangnak di iron. misi lepastu, memburu... bukan lagi memburu lailatul qadar.. ( mcm xdapat juga tahunni lailatul qadarnya.. hurmmmm) tapi memburu si tikus MUKUS. sebelum balik kampung haritu, seekor MUKUS masuk dalam rumah, darpada lubang air dlm tandas yang tidak di tutup. xsempat saya nak hentak dia dengan lesung, dah sembunyi di sebalik almari. dan-dan petang tu dah nak bertolak..... ku tinggalkan mukus dalam rumah secara paksa rela....huhuhu..

mgantuknyaaa...


salah satu laluan alternatif kami ptg tadi adalah DABONG- tempat yang terkena banjir teruk di Kelantan penghujung tahun lepas.

saya kongsikan beberapa gambar. 

 jambatan yang terputus dilanda air banjir yang mengganas. kini sudah dibina jambatan sementara daripada besi untuk menghubungkan jalan yang terputus.

 separuh laluan jambatan yang masih ada.. ketinggian jambatan asal jika nak dibandingkan dengan jambatan sementara yang kami lalui.

  besi2 diikat ditepi kiri kanan jambatan untukguide para pemandu agar tidak terjatuh ke dalam sungai. alhamdulillah. sebelum ini sudah ada insiden di mana sebuah kereta terbabas dan terjun ke sungai kerana jambatannya memang muat2 sebijik kenderaan sahaja..

 antara tiang2 tiang jambatan lama yang runtuh.
 jalan/ laluan jambatan lama yang runtuh dan dihanyutkan arus ke tepi sungai.


untuk melalui jambatan ini, skami terpaksa menunggu 30-40 minit kerana mengikut giliran kenderaan dari arah seberang. terima kasih kepada penduduk yang bersusah payah menjadi guard lalulintas untuk kelancaran kami dan pemandu lain menyeberang... Allah.... sungguh mulia hati mereka berjemur di tengah panas semata-mata untuk mengawal laulintas ..

Saturday, June 25, 2016

RAMADHAN DAH NAK PERGI.

MALAM KE 10 AKHIR.. WAHAI RAMADHAN KAU DAH NAK PERGI..ALLAHU...ALLAHU..
MASIH BANYAK YANG KAMI BELUM BUAT.. IBADAH KAMI MASIH SEDIKIT. CEPAT BENAR IA BERLALU.

Layan sebentar- Ramadhan....
 best lagu nie. akan di cadangkan kepada Penyelaras Ihya Ramadhan untuk pasang laguni dalam MajlisPenutup..hehehhehe.




Friday, June 10, 2016

KEGUGURAN- kandungan ke 7

       Semalam saya terjatuh dengan kuat di depan pintu rumah kami. Kesnya Asma' terjatuhkan otol susu nya, pecah tudung, maka semua susunya tumpah. saya pula, terus jirus air sebab tak mahu semut hurung. dalam 3 jug jugalah. kemudian azan berkumandang. maka tak dan saya nak mengelap air yang bekas jirus tu. terus ke dapur untuk berbuka puasa.

        Sedang berbuka puasa, si Anas kat atas pula menangis beria , baru bangun tidur. berlari ke atas untuk ambil dia pula. sampai kat ruang tamu,dia still menangis yang amat.....sambil nyonyot jari, nak susula tu. saya terus buatkan susu. nampak kelaparan sangat, xsempat nak telan dah sedut yang lain. kasihan saya tengok. macamla puasa jugak.xsampai sekerat botol dia nyonyot, suami dan anak-anak balik dari masjid.. saya cuba letakkan anas, dia menangis sebab marahkan cabut botol dari mulut. dia belum pandai pegang sendiri botolnya. 

         kerana kasihan saya pun mendukungnya dan ke pintu untuk bukakan kunci pintu. saya terlupa yang air tadi belum di lap.. makanya.. dummmmmmmm, saya jatuh  sambil pegang anas, untuk menahan anas dari jatuh saya terus terduduk...saya pun tak sedar macammana saya boleh terjatuh begitu. ia berlaku sangat pantas. malam tu, sebelum tidur, saya terperasan sedikit darah keluar. em... saya tak sedap hati, tapi tidur juga.
keesokannya makin banyak darah keluar. 

           saya ke klinik berdekatan. Doktor kata saya mungkin keguguran. dengan kandungan 5 minggu, mungkin tak perlu DNC... hopefully lah.. mak-mak kata kalau DNC rahm aka jadi nipis.. gerunpula mendengarnya. hari ini hari kedua, darah makin banyak keluar. sakit perut, cram makinmenjadi-jadi. anas pula bunyi weezing dada nya yang berkahak makin jelas.. Ya Allah, nak menangispun ada....betul-betul menduga kesabaran saya.....saya terpaksa menahan sakit untuk menyiapkan fail PBBB untuk dihantar hari Isninni. Saya mungkin terpaksa MC lagi memandangkan masih bleeding, namun fail ini tetap kena hantar juga.
tak mampu saya lakukan rasanya... sakit perut saya cuba tahankan. 

anas yang tak jadi nak jadi abang..

 gambar beberapa hari sebelum saya jatuh. orang nak jemur baju,dia sibuk nak menolong. letak dia ke situ. hhahhaha
10 bulan dah saya, masih tak boleh jalan. dah boleh merangkak dengan laju....
Alhamdulillah alal kullihal..mungkin ada hikmahnya kenapa saya keguguran, tapi untuk melepasi ujian ini, perit sekali.. serabut saya pikir pasal fail PBBBB nie.. xada kawan yang boleh tolong keran amasing-masing juga nak siapkan fail sendiri.. markah prestasi tuuu.. moga Allah menolong saya. Kawan-kawan tolong doakan saya dapat siapkan dan hantar fail PBBB dengan sempurna walaupun dalam ujian yang begini hebat.. 

oh ya, saya mahu kongkikan HUKUM SOLAT UNTUK KEGUGURAN YANG KANDUNGANNYA MASIH BELUM TERBENTUK MANUSIA.

ini adalah hasil pertanyaan saya kepada DOKTOR yang merawat saya semalam. 

ibu yang keguguran yang mana kandungannya masih awal iaitu belum terbentuk janin , ia dikira haid. maka tidak boleg melalukan semua perkara yang diharamkan kepada wanita yang dalam keadaan haid. ia akan berterusan sehingga hari ke 15. jika darah masoh keluar selepas hari ke 15, hukumnya sudah bertukar menjadi darah istihadah. maka wajib ibu tersebut membersihkan diri, mandi wajib dan bersolat seperti mana tatacara solat wanita istihadah.



p/s:  ibu-ibu boleh google ya hukum darah wanita. kita kena rajin mentelaah hukum darah darahni. wanita, ibu, perempuan memang tidak dapat lari daripada masalah darah-darahni.

hhuhuuh fail PBBBBBBB !!!!!!!!

Sunday, June 5, 2016

SELAMAT HARI GURU-BACK DATED






 Hehehehe, walaupun dah terlepas lama, saya ingin kongsikan di sini untuk tatapan anda dan untuk tatapan saya di masa hadapan... selamat hari guru buat semua insan yang brgelar guru. kami di sekolah  buat aktiviti sukaneka, pertandingan gubahan, masak bersama-sama di sekolah , dan sedikit anugerah guru paling....paling dan palinggg... antara ketegorinya adalah guru Hensome, guru Cantik, Guru Garang, Guru Sporting, dan beberapa lagi.

 In adalah Guru besar kami ( Puan Raja) dan GPK 1 ( En Azman) 
mereka sungguh sporting. best.

 5 lagi jejaka SKSTB akanberpindah..alahai dahla SKSTB kekurangan guru lelaki dah....huhuhu

 haaa,ni dia gubahan buah yang berbentuk pokok  tamartu, rare kan?



Majlis Rewang-rewang

 saya dan sahabat dunia akhirat insyaAllah, k.la...selalu menasihati dan membimbing saya tanpa jemu.


 ibu-ibu dara yang sedang memasak dan akan memasak.


 yang pakai tudung biru tu mak kenduri. bagi seekor lembu kat diapun, dia boleh buat. serba boleh, semua gubahan dia boleh, gubahan bunga, buah, makanan... you named it....all she's can do


 wuhuuu, dapat makan kebab free di sponser oleh seorang guru yang akan berpindah sekolah kerana naik pangkat kepada GPK HEM, En. Khasrin. moga success selalu abang Rin yea....


 Petugas Kebersihan sekolahkami juga amat sporting...semuanya datang tolong menolong.. nie semua rakyat Malaysia maaaa....


 Jejaka tulangbelakang dan penyeri SKSTB yang masih ada di SKSTB..... yang disebelah kanan tunamanya Cikgu Tarmizi...dia mendapat 3 tahun berturut-turut gelaran Guru Paling Hensome.  kalau nak tahu mukanya sebijik macam hero cerita rindu awak 100%..ape dah namanya...zain ke hape namanya...


 GPK 1 kami yang rajin.. jarang dapat jumpa pentadbir yang sanagt menajga kerja, bertanggungjawab, amanah dan easy going..alhamdulillah, moga beliau tidak pindah ke mana-mana lepasni.. dahla hensome..  uhooppppp......tp bila nak marah,kami semua rasa macam nak masuk bawah meja..huhu



ini saya kongsikan beberapa gambar seputar kejadian menggubah makanan

 gubahan pokok tamarni mnedapat nombor 1 ya..unik sekali.. masani hias xhabis lagini. saya xada pic yang dah siap hias. bila tengok semula dah habis di ngapp..


 
 sungguh mengiurkan .. buah naga...

 yan ni cantikkan. spernah tengok di FB..ada guru yang cuba bentukkan begini..cantik

 aoyo... cantiknya burung putih dikelilingi telur burung.hhehehehhe




ok...itu sahaja ...bye-bye


dapat hadiah pertama daripada anak murid. Umairah namanya.. se ciut namanya.. tq umairah.
selamat hari guru buat semua ya.









KURMA ALHADDAD -SAHARA

Assalamuaikum semua..

bersiaran sekali lagi, kini untuk memperkenalkan.. si SAHARA yang sedapmanis leting...segar dari ladang.... KURMA Al-HADDAD yang telah tiba sempena bulan Ramadhan ini....



klik untuk tumbesarannya :)

pernah dengar KURMA IRAN? ya.. kamijuga telah memboikot kurma daripada negeri SYIAH pembunuh orang Islam itu....

kenapa kena beli KURMA SAHARA ALHADDAD? 

bagi saya 1 yang special dengan kurma ini, ia adalah segar daripada ladang. ALHADDAD telah menempah 1 kontena sahaja Kurma ini dari Negera ALgeria, bila ia sampai,  kami terus jual. alhaddad tiada tempat simpanan yang besar untuk KURMA ini.. kerana itu harganya sedikit mahal..ala, rm17 aja pun... xapakan..

Mengikut CEO Alhaddad, kenapa YUSOF TAYOOOB murah kurmanya, kerana syarikat YUSOF TAYOOOB mempunyai tempat simpanan yang besar untukkermanya.  Kurni ni kalau nak murah kena beli borong.. jadi bila YT beli banyak, dapat murah. bila dah banyak, kurma yang dijual pada tahun ini adalah kurma yang dalam simpanan nya yg mungkin daripada tahun-tahun lepas. kat negara asal dah dalam penstoran juga, kat MAlaysiapun dalam penstoran juga. kerana itu , jalan pelik jika anda makan kurma, dan temui macam sarang labah-labah di dalamnya ataupun ada binatang kecil...ya kerana pemborong sudah menyimpannya beberapa tahun yang lalu sebelum ia dipasarkan..

Ok, jadi kawan-kawan yang nak memiliki kurma ini untuk bulan puasa ini khasnya... bolehla dapatkan daripada stokis alhadad yang terdekat ya.. penduduk Sri Gombak bolehla men whatappp saya ya.. tq guysss... tq kerana sudi membaca. :)





CUTI CUTI SEKELUARGA

Alhamdulillah, cuti minggu pertama ni, kakak saya dari kelantan datang bertandang sekeluarga. Sudah tentu ditemani Ummi saya :) sungguh bahagia sekali.....

Mereka ke Zoo Negara. Ya, sudah lama kami semua tak ke Zoo negara.  rasanya dah 8 tahun kami tak ke sana. oleh kerana kereta Kaklong tak muat untuk semua, masa hanya kirimkan anak-anak 4 orang sahaja untuk pergi berjimba ke sana. saya, anas dan ummi kat rumah sahaja. suami kerja, kalau tak, mesti dapat saya ikut sama..... org kerja swatakannnnnn....ya..kakak dan suaminya dua2 guru...bahagiaaaaa..kan... 

Oh ya, tiketnya...mahallllll sekali ya.  dewasa  rm44. Budak rm16 ( 4 tahun ke atas ) memang kopak duit kalau ramai-ramai ke sana.

Maka saya kongsikan beberapa gambar mereka nanti. Harini pula, kami semua ke Ulu Yam pula. 


foto ke Zoo Negara yang Mahal ituw.....
 ini Panda yang Bertuah. Nak masuk ke sini sudah diingatkan beberapa kali kepada anak-anak, berjalan perlahan-lahan, jangan buat bising, Panda ni sensitip.hehehe. kakalong macam nak jumpa anak raja pulak. ya...anak raja China. ;)
Terima kasih kaklong sekeluarga yang sudi menyaport tiket2 mahal utk anak saudara ni. nak masuk lain tiketnya. nak naik keretapipun lain wehhhhh... rm4 seorang ya anak2 sekalian....


Oh ya, Zoo Negara ada buat promosi untuk bulan Ramadhan . yang pastinya sungguh murah. tapi bulan puasa, hahahahha, siapala yg rajin nak pergi..hahahhah.


SEPUTAR KISAH PETANG SEMALAM>>>>ULU YAM


 kih..kih..kih.. nie minah senget idung kembang mana  pakai kain sarung jadi tudung nih!!!!!..alkisahnya sibuk menyediakan baju dan towel anak, sudahnya baju, tudung dan towel mak sendiri terlupa maa...maka disebabkan nak mandi juga... menyelam ler..masa orang tukar baju saya tukar seluar panjang yang basah dengan kain sarung dan alahmdulillah kain sarung bawa dua helai.. makanya sehelai lagi saya wat tudung..kakakakakka..agaknya korang tergamak tak buat cengginie dpn org.hahahhhhaa...
ada orang belanja aiskrim lepas mandi...sejuk2 pun makan aiskrim ;)



 Ummiku sayang


 
 abang Muaz

 Kami nan 3 beradik. kasihan kaklong kami.. mohon doa semua agar kaklong sentiasa sihat dan sembuh dari penyakitnya ya. saya yang paling...... GUMUKSSsss


moga kami diberi kesempatan untuk berkumpul lagi dilain masa..dalam keadaan sihat walafiat.
 Suami kaklong- abang Adib


usai makan, mandi, makan dan mandi... jam 12.00 kamipun balik...alhamdulillah.... 

Wednesday, June 1, 2016

AYAM LAGI.....

Assalamualaikum, sekali lagi saya war-warkan jihad  kami anak beranak untuk menyepelai kan
( supply)  kepada kawan-kawan kejiranan semua iaitu  AYAM AZZAIN  dan AYAM USTAZ.

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni kan, maka lemahlah segala lutut dan sendi mak-mak serta suri rumah. apolah yang nak di masakkan massa sahur dan berbuka. yang paling digemari anak-anak....tentunya AYAM lerrrr....

bila dah nama nya ayam, nak membeli ayam yang memang dijamin patuh syariah penyembelihannya agak sukar juga. 

Tidaklah saya katanya ayam di pasar segar, pasar borong, pasar malam tu haram... 

cuma... mungkin penyembelihannya kurang jelas. kadang-kadang tukang sembelihnya orang Myanmar.... kadang-kadang pakai aja songkok, bila suruh mengucap, sengeh ajooo

insyaAllah kalaulah penyembelihannya betul-betul patuh syariah, bagaimana pula dengan kendalian ayam tersebut serta proses nak rebus, cabut bulu dan sebagainya????

kebanyakan bila sembelih ayam sekaligus dengan banyak, mereka akan masak air dlm kawah besar, ayam yang sudah syahid akan terus dicampakkan dalam  kawahtu, untuk proses cabut bulu. bila dah cabut bulu, dah togel, licin putih  gebu , baru mereka akan belah isi perut dan keluarkan segala usus dan najis. maka kita akan lihat air panas hasil rendaman ayam -ayam syahid tadi, sudah bercampur gaul semaksimumnya dengan segala najis2 daripada abdomen dan hasil tinja ayam itu sendiri. 

bayangkan, dalam keadaan berendam dengan air panas tersebut, air2 najis meresap masuk ke dalam daging si ayam tu.. huhuhuuu.. tak lalu rasanya nak makan..kesucian nya juga diragui....

maka kami sediakan kepada anda Ayam AZzain serta Ayam USTAZ.

datanglah kepada kami.. ayam-ayam halalan toyibba ini sedang menunggu anda...ekkekekekk (xmenahan sungguh iklannya)

untuk penghantaran sekitar SRI GOMBAK juga boleh, tapi belila banyak sikit.  kalau seekor dua..adeh......kasihanla kami juga. sekarang semuanya ber kos.. InsyaALlah kalau tuan puan ambil banayk sikit, kami hantar tanpa kos penghantaran. (hujung minggu atau waktu mlm bekerja)

Kami juga sangat happy jika anda membeli Tamarcocoa dan menyelitkan juga pesanan utk belian ayam halal ini....

Harini DADA AYAM AZZAIN telah SAMPAI...
maka produkkami sekarang adalah:
1. AYam Daging AZZAIN (seekor dipotong 8)
2. AYam AZZAIN ( peha)
3. AYam AZZAIN ( Peha atas)
4. AYam AZZAIN (Dada) - bukan boneless ya sebab pembekal kata  ayam nya   
    kecil , xdapat nak bagi isi dada yang boneless)

5. AYAM USTAZ.










ayam Ustaz ni pula, bukan seekor ya, tapi beberapa bahagian dengan berat 1.1kg +-


harga??????


AYAM USTAZ  RM16.80
AYAM  DAGING AZZAIN  RM17.50
DADA ATAS    RM 12.50
DADA AYAM  RM12.50
PAHA         RM15.20

JOM DAPATKAN YANG HALALAN TOYYIBA. 

MENCARI HALAL ITU FARDHU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails