Friday, May 27, 2016

Entry Penghujung Bulan Mei

Assalamualaikum.

Apa Khabar semua... masih bernafas dan masih ada peluang untuk berubah kepada lebih baik untuk saat ini dan hari-hari mendatang....kan.. insyaAllah dan Alhamdulillah.

update aktiviti sekeluarga memang tak terupdate lah... tiada apa yang menarik, cuma sekarang adik bongsu saya Ibrahim, yang berumur 26 tahun.. yang masih tak laku laku tu, telah menamatkan kontraknya sebagai pelombong taik ...eh...silap-silap... geologist....dengan syarikat Italy . maka sekarang dia adalah penganggur terhormat yang kerjanya saban malam  duk mengkaji turun naik pasaran saham..adeh..penat mata saya tgk dia. saya terbangun waktu malam aja, dia tercongok dgn lappynya... asal aja saya bangun, dia dgn lappynya, asal aja dia dgn lappynya saya akan bangun. hahahahahah.  

ada orang nak cari menantu tak... adik saya ni tak laku-laku lagi. nak kawen sangat dahpun orangnya. jodoh xada. hihi. siapala agaknya yangberani nak kan dia ..tengah tanam anggur sekarang. saya agak seronok sekarang, bila balik rumah ada adik yang menyambut. bukan sambut dgn lunch yang terhidang atau air milo ais se jug ya...(berharapla sgt suatu hari nnti...hahhahahhha), tapi ada teman berborak dan teman ketawa. keseronokan sewaktu kecil kini terasa sekali, walaupun kaklong sulung saya nun jauh di Kelantan.(Moga Allah sembuhkan sakitnya, aminnnn)

hujung minggu lepas, kami ke ulu Yam.. seronok. airnya sangatlah sejuk. saya ambil part last sebelum balik. abah pegang Anas, saya menyelam. sejuknya membuatkan telinga saya sakit. masuk khemah, salin baju, baring berdua duaan dengan anas. Seronok sekali. 

dapat melihat Muaz, Faqihah, Asma' dan Umar mandi manda dengan riang, hati saya lapang. 

merenung pepasir dengan aliran air yang tenang dan damai, membutkan saya berfikir...begitu indah ciptaan Allah untuk manusia tatap dan mengkaji kenapa ALlah ciptakan kita, tujuan kita dicipta dan tentang keindahan syurganya yang tiada tandingan di akhirat sana... membawa kepada keinsafan betapa kerdilnya diri ini.. muflis pahala. tidak mampu utk masuk ke Syurga Nya jika pahala yang di ambil kira.

( Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan al-Rahman dan alRahim Mu ya Allah)

solat hanya yang wajib sahaja. itupun entah Allah terima ke tak. asyik nak cepat aja.  asal aja solat, adalahla benda yang  membuatkan hilang khusyuk.

solat lewat pun ia. pahala2 sunat jarang sekali buat.  ...sebut aja sunat sebelum atau selepas solat....... memang xpernah buat lagi tahunni..huhuhhuhuuh...pedih sgguh kenyataaan ituww.  ada sikit sebanyak seperti  membaca doa makan, masuk tandas(kekekkeke)itupun agaknya dah tenggelam dalam dosa-dosa yang dilakukan saban hari.

keindahan air yang menjalar di celahan batu, membuatkan saya takut jika inilah sahaja keindahan ciptaan ALlah yang layak saya tengok. di sana entah masih ada peluang untuk menjenguk syurga-Nya .....Allahu.

xhabis-habis membebel.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails