Wednesday, September 10, 2014

OH TAMAR COCO

Assalamualaikum...


Apa khabar semua malam ini.. saya bersiaran di rumah saya bertemankan nak anak yang sudahpun tidur.. Alhamdulillah..

Saya telah mencuba tamar coco.. produl alHaddad dari 
TERENGGANU. cawangannya sudah tumbuh rata riti di Malaysiani.. yelah.. produk tengah hangat dengan kelazatan nya..sehingga tak toleh dah ke milo sekarang ni. Memang mengenyangkan sebab ada tamar di dalamnya.

Oleh kerana kesedapannya.. saya cuba bagitahu rakan rakan yang lain di sekolah dan kepada rakan mengaji.. bukan nak menjual, tapi lebih kepada mahu rakan rakan memboikot barangan Israel.. sekurang kurangnya boikot milo. produk orang Islam sendiri sudah ada yang lagi sedap dan berkhasiat.

Tapi itulah.. memang tiada untungpun kalau kita tolong jual.. tapi kalau anda menjadi stokis maybe ada sedikit untung. jika anda ingin membeli dengan harga ahli..anda hendaklah berdaftar sebagai ahli dahulu dgn bayaran rm3. Duit ahlitupun kena bagi kat stokis. kami sebagai agen hanya menjual rm21 kepada yang bukan ahli dan rm18 kepada ahli.. no untung untung. untung hanya boleh di ambil melali komisyen belian aja. 1 pack yang kita beli kita dapat 70 sen.

Tapi saya tak kisah.. selagi ada daya untuk saya menyertai kempen boikot barangan israel ini.. saya akan teruskan... walaupun tiada untung
Jom kawan kawan... jom membeli  COCO TAMAR dengan mana mana agen alhaddad marketing .

Dan jika anda menjadi ahli..anda layak membeli dengan harga ahli iaitu rm18 sepeket dan 70 sen akan dikembalikan ke dalam akaun anda dengan setiap pek tamarkoko yang anda beli.

Maka jika anda hendak menjadi ahli, jangan lupa berikan:

Nama anda:
Ic anda:
Alamat anda:
No akaun bank anda: ( untuk syarikat masukkan 70sen per pack yang anda beli) 

Mudah dan seronok bukan
. Minum sambil mengumpul duit. Walaupun ciput..alhamdulillah..

Boikot tetap boikot..duitpun dapat.. boleh kumpul untuk beli koko 
tamar lagi..

 Jangan bimbang.. harga coco tamar semuanya sama walaupun dlm bentuk papan/ satche/ cedok manual dgn sudu :) iaitu rm21 untuk yg belum jadi ahli dan rm18 yang sudah jadi ahli

Ayohhhh.... nikmati koko tamar berkhsiat dan mengenyangkan hari ini...




 Jika anda berada di kawasan batu caves... bolehla hubungi saya untuk mendapatkan coco tamar .. COD boleh...

Shafida 019-2298791 (sms/whatapp/telegram)

Bilala korang nak delete program whatapp korang tu.. saya yg dh delete ni pun kena download balik.. ramai yg sms xleh guna telegram. Whatapp tu israel jgk tu...


lagi tentang kebaikan tamarcoca---- DI SINI-

Monday, September 1, 2014

KARIPAP DI PAGI HARI

Hari nie masih cuti... semalam kita menyambut hari merdeka.. moga kita bebas daripada penjajahan jiwa juga..bukan sahaja bebas dari penjajahan  pentadbiran malah juga tidak dijajah minda

Pagi ini..Muaz ada di rumah.. semalam bawa balik dia dr asrama.. ustz kata demam panas.. doktor kata demam virus kot. Darah blum di uji lagi sebab baru sehari demam. Kalau dah 3 hari baru bawa ke hospital utk ambil darah.. sekarang musim denggi .

Ok..sebab semua anak ada di rumah dan bahan pun ado..yang xderpun xper..xpayah bubuh.. saya cuba buat karipap kentang.

Inti karipap.. 
Potong dadu 2,3 biji kentang yang telah dibuang kulit- revus bersama sedikit garam sehingga 2/3 masak.

Bawang merah besar 1 biji
Bawang putih 2,3 ulas .. di dadukan.
Setengah paket kari ayam atau daging
Ayam 2,3 ketul ayam  di dadu.
Sedikit daun kari
Secubit garam..gula

Cara caranya:
1. Tumis bawang berah dan bwg putih sehingga naik bau..masukkan daun kari. 
2.  Masukkan ayam dadu.. dan campurkan air sedikit.bila gelegak dan separuh masak, masukkan kentang yang telah di rebus tadi.. perasan dgn garam dan gula. Kacau sedikit sedikit.. jangan ganas sangat..nati kentang  byk yg hancur .. x best.
3. Biarkan emndidih sehingga inti kita kering..sesuai untuk di jadikan inti

Bahan karipap
3 cawan tepung gandum
2 sudu minyak dan 2 senduk kecil mentega ( panaskan sehingga cair)
Sedikit air garam.

Cara cara

1.Masukkan tepung ke dalam besen kecil..lubangkan di tengahnya.
2.Curahkan minyak dan mentega cair ke dalamnya ( kema suam suam utk merapuhkan karipap nanti)
3.Uli dan masukkan sedik demi sedikit air sehingga adunan todak melekat di tangan..
Bulat bulatkan doh besar skit ari ibu kaki orang tua..hehehehe


Ambil sebiji doh yg dah dibulatkan.. gunakan penggelek ..pengelek saya hilang.. saya tekan dgn tapak tangan aja..tp pstikan sama nipislakannn.leperkan bentuk bulat.. jangan nipis sangat..jangan tebal sangat

Masukkan inti di tengah tengahnya.. tutup dan bklimkan dengan jari..
Kalau xpandai..beli ajer sarang kapit untuk buat karipap kat kedai jual bahan kek..mesti ada lah..

Buat semua sekali sampai habis.
(Perlu diingat doh dan karipap yang sudah siap hendaklah di masukkan dlm plastik atau jagan dibiarkan terdedah lama.. nanti doh keras.



Dah siap... blehla menggoreng.. elok guna minyak banyak.. biar karipap tu dive  dalam kuali dan minyak tu.. ala ala korang dive tengok ikan kat langkawi.
 Saya buat karipap besar.. makan sebijik dah kenyang. Ni yang belum di goreng
Saya sembunyikqn doh dan karipap yang selesai di masukkan inti dalam plastik macamni.. haha.. org kampungkan. Xder bekas canggih manggih.. guna yg mana logik aje 


Resepinya sy ambil dari fb. Fb saya sekarang banyak pasal resepi.. deko rumah dan kabinet dapur.

Pagini dah goreng 5 biji. Suami makan sebijik kot.. tapi xder cakap apapun..xperla dia xpujipun 
 Biar saya puji diri sendiri. Sedapppp sangat. Hahahahah. Suami bagi komen inti dah sedap. Kulit karipap katanya xberapa menjadi lagi. Saya ada resepi karipap pusing. Tp malas nak buat mcm renyeh aje


 Di bawah ni plk adalah resepi puding roti coklat belang putih.. ambik kat fb.. simpan sini dlu.. 

Kira bertunang dlu.. bila ada masa dan bahan..kita kawenla... la la la la....







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails