Sunday, March 11, 2018

Berpantang keguguran.

Alhamdulillah saya bukan mengandung anggur Alhamdulillah Kini saya sedang menjalani proses berpantang keguguran kata umi orang yang gugur tidak boleh makan sebarang jamu risau Kalau darah kotor akan kering dan melekat pada dinding rahim jadi Biarkan darah keluar semua dulu Bila agak dah nak kering minum air rebusan daun sirih atau air kelapa supaya semua darah turun dan membersihkan Rahim.

Kalau rajin boleh berpantang macam orang bersalin kalau malas jaga jangan makan benda benda sejuk sahaja.

Umi berpesan lagi kalau boleh Jangan mengurut di kawasan perut urutlah di kawasan kaki atau belakang sahaja kerana orang yang keguguran sangat fragile lebih daripada orang bersalin normal.

Maaflah kalau post saya kali ini tiada noktah kerana saya tak larat nak tulis panjang-panjang. Saya cakap dan Google yang tolong tuliskan Mungkin ada spelling yang salah Biasalah robot kan.

Oke saya undur diri dulu Assalamualaikum.


Friday, February 23, 2018

APA ITU MOLAR PREGNANCY


h



BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggurOleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
Pendarahan faraj
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggibagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahajaApa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinomaHampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG.Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.

BERDEBAR DEBAR

Saya berdebar debar menunggu hari esok.. 
esok ada LADAP di sekolah sampai pukul 12.30. Appoinment saya nak scan kat Klinik Fazilah pukul 12. Moga Allah permudahkan saya untuk keluar pukul 11.30. Aminnn..

Apa apapun kena tunggu esok lah.. tapi kalau conferm kandunagn saya adalah molar pregnancy, saya nak buat cepat. Nak bersihkan rahim saya. Bimbang kerana kandungan begitu merbahaya dan boleh menyebabkan barah. Allahualam juga, saya hanya google aja dlu untuk tahu secara roughly. 

Moga Allah berikan saya kesabaran dan ketabahan.. 

Kawan kawan doakan saya ya..

Yuk, besarkan anak anak yang Allah dah kurniakan.











Thursday, February 22, 2018

HIDUP INI BAGAI PUTARAN RODA



HIDUP INI BAGAI PUTARAN RODA,
SEKALI DIUJI TIDAK BERARTI SUDAH BEBAS PERGI
AKN DIUJI BERKALI KALI
SEHINGGA KEBAL ITU MENJADI TANJAK DIRI
KUKUH BERDIRI BERANI MENGHADAPI
TIDAK LAGI BERKELUH KESAH DAN MERATAPI
UJIAN, COBAAN, KESAKITAN, KESEDIHAN DAN BANYAK LAGI,
TAPI MAKNYANYA MEMBAWA SAMA ERTI
UNTUK MENGGONCANG KEIMANAN AGAR BERTAMBAH
BUKAN TIDUR TUNGGUL DI TAKUK LAMA
APA LAGI JIKA SEMAKIN MUNDUR, MENGECIL DAN SEMAKIN MATI

AKU DI SINI TETAP AKAN BERDIRI,
BERPASAKKAN 2 BELAH KAKI,
CUBA BERTONGKATKAN SIKU JUGA DAGU JIKA HAMPIR TERSUNGGUR
MENGGAMIT KESABARAN, KECEKALAN, KEREDHAAN
AGAR UJIAN INI CEPAT BERAKHIR 
DENGAN SELAMATNYA, MENINGGALKAN AKU DENGAN PELANGI NAN IN DAH.


KANDUNGAN KE 8 - MOLAR PREGNANCY
10 MINGGU 4 HARI

Dikedinginan malam, kerinduan ku kepada arwah Ibrahim muncul. sering aku igaukan merahnya tumit kakinya.  perasaan kesal tidak dapat meraihnya kedakapan ku buat kali pertama dan terakhir sangat mencengkam jiwa.

xapala anak, mama jumpa kamu di sana ya. Moga Allah permudahkan urusan dunia dana khirat mama, dapat bertemu danbersama kembalidi Syurga-Nya..

aminnnnn


walapun tidak sempat mendakapmu, hati seorang ibu tetap merasa kehadiran mu di dalam rahim ini, hidup dengan satu helaan nafas bersamamu anakku. 

ibu ini tidak kesal kau pergi dulu, tapi ibu ini kesal kerana tidak dibenarkan meraih sekujur tubuh munggilmu yang tidak bernyawa itu kedalam dakapan ibu ini.. 

Saturday, July 29, 2017

SOKONG BISNES MUSLIM TP MELAYU PUNYA BISNESS MEMANG LOW CLASS

Assalamualaikum,


Korang yang pakai spek daripada zaman sekolah semua, agaknya sampai umur sekarang dah berapa kali tukar spek??? Saya pakai spek dari tingkatan 2, semenjak itu, spek saya akan buat baru paling cepat 1 tahun. Dan paling lamapun 2 tahun setengah aja. Yang setahuntu biasala, anak2 patahkan ataupun kecederaan spek isebabkan kelalian sendri ehingga apek patah, pecah lence dan sebagainya. 

Seumur hidup saya saya buat spek di kedai spek mata melayu hanya 2 kedai shj. Di kelantan saya dah 2 kali buat spek kat kedai ROMIZI depan pasar siti khadijah dlu. Satu saya buat fotogrey dan 1 lagi tinted lense warna pinki.  Alhamdulillah sanagt berpuas hati. Selepas berpindh ke kuala lumour kerana menetap di sini, saya membuat soek di kedai cina ya g pekerjany adalah melayu. Pekerjanya sangatlah profesional. Iap boleh pilihkan spek dan bagi nasihat tentang bentuk spek yg sesuai untuk muka. "Muka kak xbulat dan tak 4 segi, xsesuai pakai yg mcmni, baik kak cuba yang ni, saya rasa sgt sesuai. Yaaaa.  Itu dari segi bingkainya. Dan dari segi lense nya memang dia  recomenkan lense nikon aja untuk kami suami isteri.  Dan kami sangat berpuas hati. Mahal sikit tak apa. Asal mutunya dan keselesaan dan ketepatan power yang kami perlukan adalah tahap A+++.

nak dijadikan cerita , sebuah kedai cermin mata melayu di sri gombak prima, batu caves...kalau saya post begini, risau kalau menyebabkan perniagaan dia malap nnti, tapi untuk peringtan shaja.. kalau ke kedai itu, tlg pastikan ketepatan power yang anda semua dapat. kalau  penjualtu@ juru runding tu kata power anda turun , atau sebelum ini power yg anda pakai melebihi power yang anda perlukan.. jgndengar.....itulah yang terjadi kepada saya... sehingga sekarang, saya masih sgt tidak selesa. saya tidak oleh membca signboard di tepi jalan.  bila berada di tengah2 kelas, saya tidak mampu membaca apa yg saya tulis di papan putih.

selain itu, rupanya kedai itu tiada lab sendiri, jadi semua kanta customer, dia buat kat lab lain. makanya dekat 1 minggu juga baru anda akan dpt spek anda.. dan harganya memang lebih mahal dr kedai lain.. beginike cara orang Melayu berniaga.. kalau laris pun, no return customerla weiiiii... yg menyedihkan memula suami buat kat situ...mmg mahal, dan xpuas hati, katanya spek kurg jelsla.. tp dia tetap positive. xapa nk tlg melayu sama melayu dan mgkin power tu salah diri sendiri ..masa pemeriksaan bgaitahu yg kurang tepat semasa check power mata.. tapi bila saya pergi dan hsilnya sama..sah... that is the first and the lst time we went there. never never never go there again.

kasihan kedai tu, hire  pekerja fresh graduate yg xreti apa. bangga dgn sebut  perkataan2 ccanggih masa dia belajar optimistrist tu konon baru grad kannnnn, tp kecekapan kelaut..

RAMAI DAH RETIRED

Assalamualaikum semua.

Bercakap mengenai retired ni, harini di sekolah kami menyambut hari perpisahan seorang guru yang akan pencen Ustazah Sarimah bt Shahir pada usia 55 tahun. seronoknya melihat beliau dah pencen. seorang yang sangat tekun, teliti dan rajin dalam bab mengajar, membuat RPH dan juga merait buku latihan.. masya-Allah.. sungguh beliau seorang yang berjiwa guru. saya tabik springgg kat dia. dalam hati berkata, jauhnya semangat dia jika nak dibandingkan dengan semangat saya guru muda yang baru 10 tahun bergelar guru ni. huhu saya sangat tidak tekun. Rph huduh ya amat. sekali tulisan lawa, sekali mcm cacing kerawit. buku murid lama baru rait.. dlm seminggu di hantar baru rait...  nasib xbaik, nak masuk minggu kedua kumpul baru rait dan pulangkan.. itupun menguap 40x 100 kali kuasa dua nak habiskan sekelas... macamana nak buattu.. mengajar saya suka..semangat mengajar.. suara memang habis dan nak semua paham. lepas mengajar, rasa mcm nak ambik bantal dan baring sebab semua tenaga dah kehabisan.

Cakap pasal retire jugak... sedih juga. ramai sudah, kawan2  blogger saya yang sudah retired dari dunia blogger... kak mahani dengan blog homeschooling nya, kak baiti juga dengan blog perjalanan home schooling dia semasa berada di brunai.. sekarang dia telah berpindah ikut suami yg bekerja di Mekkah.. rumah sewanya hanya beberpa kilometer shaja dari Baitullah..seronokkan.. blogger Keluargaku Sayang milik  ( lupa dah namanya, kalau xsalah ana nama depannya) ibu muda dr sekinchan yang punyai kehidupan mewah tapi tidak sombong. gayacakapnya langsung tak eksen tapi rumah dan isi rumahnya...mak oiiiii... sangat mewah.. seronok mendengar dia buat laporan tentang perjalanan hidup sehariannya yang sibuk berkejaran dgn urusan anak2 ke sekolah dan memasak..tak lupa juga percutian mewah dan makan2 kat luar. boleh buat hatipun gumbira bila baca ceritanya.. kita xdengki dengan org macamtu, tapi kita turut sama bahagia bila melihat dia bercerita tentang kehidupan dia...tapi dalam nada langsung bukan utk menunjuk2...baguskan...tapi alangkah xbestnya mereka semua dah x nak berblog.. dah pencen.. satu lagi blogger yang saya ikuti tp juga sudah berhenti berblog atas alasan yg tidak diketahui...antara 2 benua kalau xsilap nama blognya... dia punayi seorang suami mat salleh dengan 2 anak perempuan yg rupa ikut bapanya.. ibu ini suka men share masakan ala melayu, ala jawa dan westernnya.. bestttttttttt tau.. suaminya buatkan kotak  lampu khas untuk dia ambik gambar masakannya.. jadi semua gambar masakannnya persis gambar profesional yg masuk tv2 tu..clear dan mengancam bentuk badan..huhu

semuanya tinggal kenangan shj sekarang.. dan kini saya keseorangan di sini.. tak rajin nak melawat blog orang lain sekarang. dihambat kesibukanpun ia jugak..kerja sekolah banyak sekarang woooooooo. lain betul dgn zaman bapak saya jadi guru dulu.huhuuhhuhu.
xapala.. saya still di sini... walaupun dah berzaman x update.. bila rasa nak update,saya bukaj uga ruangan ini..xkisahla ada org baca atau tidak. saya tulis mcm diari aja...

supaya masa saya boring nanti, bolehla baca coretan saya sendiri dan nilaikan sendiri kebodohan penulisan saya ni.huhuuhu..
saya kongsikan sedikit gambar  koleksi  majlis perpisahan Ustazah Sarimah tengahari tadi. kami bertema arabian you alss..hahahhhahahahah .saya huduh sekali



Sunday, November 27, 2016

SUSU KAMBING KHALISH

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini? Anak anaknsemua sihat ya. Hopefully semuanya berada alam kesihatan yang baik. Yang mana tak sihat saya diakan moga cepat sembuh dengan izin Allah.
 Anak tuan puan minum susu apa ya? Daya nak kongsikan satu susu berjenama KHALISH. SUSU KAMBING ASLI TANPA GULA.          

Anak bongsu saya setakat ini hehehheehhe yang berumur 1 tahun 4 bulan mengamalkan minum susu kambing KHALISH. ALHAMDULILLAH, setakatni kesihatannya bertambah baik. 

Semasa umurnya 8 bulan, saya mengandung ( tetapi kekeguran). semasa mengandung tu Anas sudah tidak mahu minum susu ibu. Rasa lain agaknya ya kalau kita mengandung. Jadi saya belikan susu anmum. Yah.  Anmum  pun mahal juga. Tp amnum manis walaupun sudah declare suau lembu yang paling sedikit gulanya. Wardina model untuk susu anmum tu.  Sebenarnya  semua ank wardina hanya minum susu ibu. Biasala kan. Jadi Model itu pun satu rezeki.  Apa salahnya kerja jadi model walaupun tidak berkenan dengan produknya. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. 

Tapi kesihatan anas selepas berhenti susu ibu agak merosot. . Selalu kena selsema dan bila dh selsema jadi batuk pula. Haaaa bila dah batuk Anas berkahak dan terus kpd bunyi wizzing dlm dada. Pernah warded 3 hari kerana kahak dan jankitan kuman di paru paru. Setelah itu saya google susu kambing  maka saya temui  susu khalis. 

Uahhh.  Mahal sedikit rm43 untuk 500g. Tapi pada khasiatnya membuatkan saya buat buat tutup mata.  ia lebih baik daripada susu lembu. Sunnah nabi minum susu kambing. Susu lembu dipopularkan oleh barat dan si israel laknatullah banyak membina kilang2 mengeluarkan susu lembu yang dicanangkan terbaikkkk di dunia.   sedangkan israellah pengimport terbesar susu kambing masuk ke negaranya untuk diaorg buat minum ahli keluarga especially ank ank. See.   See.   See.  Bedebah betulkan.satu dunia tertipu. Diaorang punya kuasa duit. Barang yg busuk kalau dah di iklankan kaw kaw pun boleh jadi yang terbaik. Kita semua dah kena tipu. 

Makany saya pun membuat keputusan untuk menggunakan susu khalis untuk anas. Alhamdulillah susu kambing adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. 

🌸ia tidak berlemak. Botol yang anas gunakan tidak berlemak sebagaimana botol yang digunakan utk buat minum susu lembu. Kalau lemak dr susu lembu, adeh... mmg kena guna berus basuh botol dan tonyoh dengan sabun kan.  Persoalannya di sini bukan masalah nk guna sabun mana untuk basuh,tapi memikirkan perut anak kita yang telah minum susu lembutu. Berlemak juga kan. Jdi elok ambik susu kambing. 

🌸bila anas muntah, susu yang keluar tidak  berkeladak semacam susu lembu yang pernah dia minum. Pernah tengok susu lembu basi dalam botol anak2 kita tak? Berkeladak tebalkan?  Susu kambing khalis tidak berkeladak, ia cuma memjadi masam sedikit. Tapi kalau dah tinggal 2,3 hari akan timbul juga keladak nipis lapisan atasnya.  

🌸susu kambing khalis ini lambat basi.  Ala susu kambing memana sekalipun mmg bagus. You named it. WILDAN, LAZZ, RAYYAN. Dan banyak lagi jemana muslim di pasaran sekarangkan. Memang lambat basi. Kalau buat mlm, pagi esk saya boleh minum lagi. 


Hehehe kalau anas minum xhabis, saya minum plk. Sayang nak buang weiiiii.  Mahaiiiibeli, Pastikan tiada setitikpun dibazirkam. . Alah membeli, licin ditelan. Heheh cogan kata baru untuk susu kambing.  Memang toerbaikkkk

Alhamdulillah, sejak consume susu kambing KHALISH ini, kesihatan anas bertambah baik. Selsema pun jarang kena.  dia duduk nursery.biasala budak duduk nursery akan elalu terjangkitbselsema batuk ini.  Anas terjangkit jugabjarang2. Tp alhamdulillah kuasa Allah jua melalui khasiat susu kambing ciptaanNYA, selsema anas tak lama dan kahak pun jarang ada dan tidak merebak jadi lg teruk mcm sebelum2 ni. 

 Alhamdulillahh. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  

Ramai tanya kalau susu kambing tak bau hamis kekambingan ke? Emmm. Meh nak khabaq.  
Kawan saya khairuzzah ( aci kenal tak? Hehehe) dia ambik susu khalish dgn saya. Katanya dia xboleh bau susu kambing hamis.  Jadi saya syorkan susu ni. Dia pernah beli susu kambing jenama W*****, dia kata hamis.  Dan seminggu lepastu jumpa dia. Dia kata KHALISH  DIA BOLEH MINUM SBB TAK HAMIS. ALHAMDULILLAH. 
Tapi percayalah semua susu kambing adalah terbaik. Dan lebih baik dripada susu LEMBU. Cuma tuan puan boleh cuba mana yang tidak bau  dan mana yang berbau hamis. Untuk khasitnya.  Smeua susu kambing adalah terbaikkkk.   



Wednesday, November 16, 2016

MINYAK HABBATUSAUDA PERAHAN SEJUK

assalamualaikum semua.  🤓Lama sudah tidak bersua. Kesibukan kerja, anak anak dan rumah tangga membataskan saya. Ada lagike pembaca blog saya yang tak semengah ini. Heheh. Malam ini saya nak memperkenalkan 1 produk terbaru iaitu (xleh guna perkataani dlm karangan bahasa melayu anak anak ya. Iaitu tiada dlm bahasa melayu)


MINYAK HABATUSAUDA' perahan sejuk (cecair)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Habbatus Sauda
Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa. Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.

Pengenalan Habbatus sauda
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.

Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.

Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.




Kebaikan habbatus Sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
P
14. Rheumatisme


P

Sunday, September 4, 2016

CABUT GIGI BERJEMAAH

Assalamualaikum semua.

demikian hari ini, dicatitkan pengalaman pahit buat anak-anak nan bertiga, Muaz, Faqihah dan Asma'... berjemaah mencabut gigi seorang nan sebatang kecuali Asma' ; 2 batang. 

ke Klinik  Pergigian Hijrah. sangat berpuas hari. daripada 10, saya berikan 9. hahahhahah dapat aiscream Malaysia sebatang sorang.  Umar yang tak cabut gigi pun dapat juga sebatang. 

Range harga untuk cabut gigi kanak-kanak adalah rm20-30 sebatang. yang lain tak skodeng pulak.

Layanan staff dan doktor ; saya sangat berpuas hati. Pandai memujuk anak-anak yang ketakutan. Faqihah yang ada bad experince dengan pun alhamdulillah berjaya juga dicabut gigi gerahamnya yang dah goyang. Menangis juga memula masuk pintu. paling dia takut di injek, lepastu menangis lagi bila doktor keluarkan playar untuk tarik giginya keluar.

Asma' paling berani. memang hatinya waja . kalau dimarahipun dia akan menangis, tapi senyap enyap. masa injek setitik air matapun dia xkeluar. tak macam abangnya dan kakaknya... abangnya wlaupun kata tak sakit, tapi bergenang juga air mata di bkelo[ak matanya..

the failure of being a mother make me so sad. saya fail untuk menjaga gigi anak-anak saya dengan baik. tak memantau mereka berus gigi, tidak mengajar mereka memberus gigi dengan betul. gigi anak-anak semuanya rosak dan hitam masa kecil. rongak itu sudah menjadi sinonim dengan anak -anak saya. sepanjang di klinik ...bahkan setiap kali kami ke klinik gigi, perasaan bersalah menghurung hati walang sayang. bagai lalat menghurung taik...huhuhhuhuh... saya berdoa agar saya kuat untuk menjaga dan memantau pertumbuhan igi anas, moga tidak menjadi macam kakak-kakak dan abangnya...hiba sampai bergenang jugalah air mata saya kerana memikirkan kegagalan saya itu.. maafkan mama wahai anak-anakku....

saya salute kepada Ummi saya kerana pandai menjaga dan memantau kebersihan gigi kami adik beradik. semasa sekolah rendah, gigi kami adik beradik tidak pernah belubang atau rongak. tapi caries tu biasalah..memang ada sedikit. kalau ada gigi kami yang bergoyang, dengan rela hatinya kami sendri akan ketuk pintu klinik gigi di sekolah kami, bagitahu nurse nak cabut gigi. nurse selalu puji keberanian kami untuk serah diri .  kebrsihan gigi kami selalu menjadi pujaan hati ku.hahahahhahahaha... tapi alahai.sekali lalgi me...my self... gagal untuk mejaga gigi anak sendiri ...

moga anka-anak membesar dengan sihat, gigi yg buruk akan gugur dan bertukar menjadi cantik..moga semuanya baik baik sahaja.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails