Thursday, September 9, 2021

LAST SPECIAL TREAT FROM MY HUSBAND TO ME BEFORE BERPANTANG LAMA



Ini kejadian berlaku tengah hari tadi sebelum suami saya balik ke rumah. Saya kata hari ini hari terakhir untuk saya makan sedap-sedap yang tak boleh makan selepas ni sebab berpantang. Abah tak nak belanja mama ke. Suami saya ketawa kecil. Katanya mama nak minum Starbucks ke. Hihi-hihi suami saya pandai baca fikiran saya. Lalu dia pun pergi ke kiosk Starbucks Untuk membeli akhir dan roti. Alhamdulillah sedap sungguh roti dan airnya.

Kalau anak-anak saya nampak ni mesti ti semua menjerit nak dan cakap tak adil kenapa beli kat mama sorang hihi-hihi gambar ni saya tak akan kongsi kepada anak-anak. Kesian mereka. Allah sebelum ni pun dah banyak kali beli dah cuma mereka minum kongsi-kongsi lah takkan lah I Starbucks nak beli seorang satu untuk enam orang botaklah kepala suami saya. Lagipun anak ni tidak boleh ajar bermewah-mewahan biar sakit sikit anak orang lain Starbucks pun tak pun tak merasa.lagi2 di zaman covidni
Terima kasih suamiku atas segala pengorbanan mu dan kasih sayang mu selama ini. Maafkan aku isteri mu yang selalu tidak bersyukur di atas segala kebaikan mu.





 Ini pula adalah gambar pagi tadi sebelum saya bertolak dari rumah untuk ke hospital Selayang lebih kurang 07:30 pagi. Dua orang bidadari saya keluar untuk menemani saya dan bersalaman setia mencium pipi saya. Biasalah anak perempuan sentimental value punya tu ada. Anak lelaki duk diam saja dalam rumah, salamlah juga tadi sebelum saya keluar. Lain kan anak perempuan dan anak lelaki. alhamdulillah Allah telah kurniakan saya empat anak lelaki Dan insya-Allah tiga anak perempuan amin moga semuanya menjadi soleh-solehah.








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails