Nikmat mana lagi untuk ku dustakan. Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat dan ujian yang telah Allah berikan. Kini saya berada di hospital di Damansara untuk pembelahan bersalin esok pagi pada 08:30.
Suami saya sangat banyak berkorban dan menolong saya untuk kandungan yang terakhir ini. Oleh kerana saya mengandung dan bersalin ckup bulan kali ke lapan pada umur 40 tahun, saya mengalami banyak masalah kepenatan dan sakit urat. Saya jarang memasak. Suami tidak pernah merungut malah setiap hari dia akan membeli makanan daripada GrabFood tanpa banyak soall terima kasih abah atas segala pertolongan dan kasih sayang ini.
Terlalu banyak sekali pemberian suami sewaktu saya mengandung yang terakhir ini. Suami membelikan mama hadiah kerana mama stress. Suami juga mengikut kehendak mama untuk cat bilik berpantang mama yang baru supaya lebih cantik( konon xnak stress masa pantang. Dinding penuh contengan. Chaitttt) Tetapi abah bukan cat bilik aja, tp satu rumah!!! Abah membeli sofa baru kerana sofa lama sudah koyak teruk hanya kerana saya berjenaka kata malunya misi datang td , tgk sofa mcm kena pembedahan jantung. Tp mmg dah ada 2,3 x suami berura- ura untuk beli sofa baru. Alhamdulillah ada rezeki dari Allah utk membeli sofa baru.
Saya sudah tidak mampu untuk kritik apa-apa lagi terhadap suami saya. Kerana kasih sayang nya terhadap saya dan segala pengorbanannya menjaga hati saya sewaktu saya mengandung. Saya merasa agak sedih kerana dengan kandungan ini saya selalu merungut kepenatan dan sakit. Saya tidak bersyukur atas pengorbanan suami saya selama ini dan tidak pernah bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya. Esok suami saya kata nak menemani saya di dalam operation room jadi suami saya perlu mengambil ujian COVID pada petang tadi. Tetapi ada salah faham sedikit jadi suami saya balik dahulu untuk ambil ujian Rapid test itu esok pagi
10:00 malam tadi baru nurse bagitahu yang saya akan masuk bilik bedah pada 07:30 pagi dan result Rapid test itu mengambil masa selama lebih kurang dua jam untuk keluar .suami saya sekarang on the way ke hospital dan akan tidur dalam kereta supaya 04:00 pagi esok dia boleh ambil rapid test dan Resultnya keluar cepat sebelum saya masuk ke dewan bedah.
Saya sangat sedih kerana begitu besar pengorbanan suami saya untuk datang pada 01:00 pagi dan tidur dalam kereta khas supaya dapat menemani saya dalam dewan bedah .selama ini saya kadang-kadang beremosi bila mengenangkan tujuh kali bersalin sebelum ini dia tidak pernah dapat menemani saya di bilik bersalin. jadi dia mengambil peluang terakhir ini untuk berada di sisi saya esok walaupun terpaksa datang pada 01:00 pagi. Ya Allah nikmat mana lagi yang dpt aku dustakan lagi
Ya Allah selepas ini jadikanlah aku seorang isteri yang tidak lagi marah kepada suami. tidak lagi kritik suami yang tidak lagi mengingat perkara2 kelemahan suami. Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah yang selalu merendahkan suara kepada suami dan selalu membuatkan suami bahagia dan senang dan tenang hati melihat aku. jadikanlah aku seorang isteri yang solehah yaAllah sehingga ke akhir hujung nafasku amin.
Oleh kerana saya banyaktak sihat ssemasa kandungan ini, saya tidak ada mood untuk mengambil gambar. tak ada pun gambar elok saya ambil masa mengandung ke 8 ini. Tetapi malam ini saya rasa sangat menyesal kerana tidak mengabdikan kenangan ini sebaik baiknya jadi saya telah mengambil beberapa keping gambar walaupun pada hakikatnya sangatlah menyesal kerana tidak ambil gambar sewaktu berada di rumah, di ruang tamu dan juga di halaman rumah bersama anak2. Orang kata Better late than never so I took some pictures in this ward.
Alamak. Blogging dengan hp, xdapat nak tarik gambar ke bawah. Semuanya berkumpul di atas. Hehehe. Nantila balik rumah nanti saya edit semula.
pemandangan di luar kamar ward 4 bedded ini.
swafoto sendirian.
buat babybump terakhir saya
sayang baby mama
Dah tua dah. Perangai masih xsemenggahðŸ˜ðŸ˜“😓
No comments:
Post a Comment