Kari Dada ayam, sayur sawi ( kurang garam😅) dan ikan siakap bakar( sangat sedap, cukup garam dan dibungkus dengan daun kunyit🥰)
Ikan singgang. Mungkin bukan orang kelantan, sedikit manis tapi kurang garam. Hehe. Xapala. Saya ratah ikannya. Ikannya segar
Dada ayam goreng . Saya pun tahu apa nama masakan ini. Pedas sikit aja. Sedap
Sayur ulam raja fresh yg siap di basuh. Saya bukan pengemar sayur. Tapi sebab dah dpt, alhamdulillah habis jugak suku daripada portion nya. Hehehe. Kalau masak sendiri menang tiadalah sayur ni dalam menu berpantang saya😜
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Untuk pantang kali ke lapan ini, saya buat special sedikit. Memandangkan umi tidak dapat datang untuk menemani saya berpantang, saya telah mengambil pakej makanan berpantang selama 14 hari daripada Lulaysya beauty&spa. Diaorang ni sebenarny buat pakej menjaga wanita dan bby termasuklah memasak makanan untuk mereka. Tapi semasa saya bersalin haritu, perkhidmatan Ke rumah masih tidak dibenarkan. Jadi mereka hanya buat perkhidmatan memasak makanan berpantang dan menghantar ke rumah pelanggan.
Ibu-ibu yang bakal melahirkan, jika berminat untuk mengambil pakej makanan berpantang, boleh lihat pada gambar di atas ya. Makanan yang diberikan adalah untuk makan tengah hari dan malam sahaja. Jadi penghantarannya adalah daripada 09:00 hingga 12:00 tengah hari. Kadang-kadang makanan saya sampai 10:30 pagi. Kadang-kadang ia sampai pada 12:30 tengah hari. Jadi saya dah tahu tiada set makanan sarapan jadi saya hanya minum Tamarcocoa dan makan biskut sahaja pada waktu pagi. Kadang-kadang suami yang pergi beli makanan dengan lauk ikan bakar atau ayam bakar di kedai yang berhampiran.
Memandangkan sekarang perkhidmatan berurut dan menjaga ibu dan bayi dalam
Pantang sudah dibenarkan, bakal ibu-ibu bolehlah kiri2 harga untuk perkhidmatan mereka. Menarik semuanya.
Bagi saya makanan yang disediakan alhamdulillah lalu dengan selera. Tukang masaknya arif bab pilihan lauk yang sesuai untuk ibu berpantang, boleh maklumkan bayi jaundice supaya tukang masak tidak memasukkan rempah ratus yang boleh memburukkan lagi jaundis bayi ya. Dan of course dalam pakej ini akan ada menu sayur mayur untuk tambahkan susu ibu. Kalau saya sendiri yang masak, memang jangan harapla saya akan masak sayur mayur dan makan segala ulaman itu semua. Hehehe. Tapi disebabkan kita dah disediakan… maka makanla juga. Alhamdulillah.. susu saya banyak. Kuning bayi memang tak boleh nak kata apa dah, mmg semua bayi saya jaundis walaupun xmakan apa2 rempah. Redha jela kan.
Seperti yang saya katakan, masakannya seperti masakan kampung biasa emak-emak kita masakkan. Bukan ala-ala hotel yang ada ikan salmon sos putih bagaitu ya. Hehehe.Cuma kita boleh pilih kau mahu lauk ikan sahaja atau ikan campur ayam. Kalau ikan sahaja kita kena tambah RM 5 lagi untuk sehari. setakat ini lauk yang diberi ada 3 jenis setiap hari. masakan berasaskan dada ayam, satu masakan berasaskan ikan, dan satu lagi masakan sayur sayuran.
Satu lagi, syarikat ini bercuti pada hari Ahad setiap minggu dan pada hari cuti am seperti hari Malaysia tempoh hari. Tapi tak apa hari Ahad suami kan tak kerja, suami boleh pergi beli lauk ikan atau ayam panggang di kedai tepi jalan tu. alhamdulillah ada juga varity untuk lauk berpantang saya.
Saya pun ada terjumpa pakej makanan berpantang dari syarikat lain yang sangat lazat, mcm hotel2 punya. Memang harganya tak kurang daripada rm1k lah untuk beberapa hari sahaja. Jadi saya yang rakyat maheran dengan duit maheran memang tak mampulah untuk mengambil pakej yang sedemikian rupa jadi saya redho dan mengucap alhamdulillah atas pakej yang telah saya ambil ini. lagipun hanya 14 hari sahaja insya-Allah selepas jahit operation saya sembuh saya dah boleh masak sendiri. Saya tak mahu menyusahkan suami saya yang bekerja work from home dan lima orang anak saya yang PDPR daripada pagi sehingga 05:30 petang setiap hari.
Update: Hari ini Lulaisya whatapp pulak. Banyak pulakla cutinya🥺. Semalam makanan saya tak sampai. Runner tersalah hantar makanan saya ke customer bernama Zuraida dan barangan berpantang Zuraida tiba kepada saya. Barangan seperti mandian rempah ibu bersalin, minyak bayi nonaroguy, bengkung modern dan beberapa item lain yang saya tak tengok sangat. Saya just peeping je dalam bag tu. Tak berani nak selingkar. Barang orangkan. Jadi semalam lauk saya tak sampai. Hurm harini dah sampai tadi, esok bercuti pulak diaorg ni. Aduhai. Xapala. Kita beli sendiri esok. Suamipun cuti.
Alhamdulillah ala kulli hal.
No comments:
Post a Comment