Sunday, September 4, 2016

CABUT GIGI BERJEMAAH

Assalamualaikum semua.

demikian hari ini, dicatitkan pengalaman pahit buat anak-anak nan bertiga, Muaz, Faqihah dan Asma'... berjemaah mencabut gigi seorang nan sebatang kecuali Asma' ; 2 batang. 

ke Klinik  Pergigian Hijrah. sangat berpuas hari. daripada 10, saya berikan 9. hahahhahah dapat aiscream Malaysia sebatang sorang.  Umar yang tak cabut gigi pun dapat juga sebatang. 

Range harga untuk cabut gigi kanak-kanak adalah rm20-30 sebatang. yang lain tak skodeng pulak.

Layanan staff dan doktor ; saya sangat berpuas hati. Pandai memujuk anak-anak yang ketakutan. Faqihah yang ada bad experince dengan pun alhamdulillah berjaya juga dicabut gigi gerahamnya yang dah goyang. Menangis juga memula masuk pintu. paling dia takut di injek, lepastu menangis lagi bila doktor keluarkan playar untuk tarik giginya keluar.

Asma' paling berani. memang hatinya waja . kalau dimarahipun dia akan menangis, tapi senyap enyap. masa injek setitik air matapun dia xkeluar. tak macam abangnya dan kakaknya... abangnya wlaupun kata tak sakit, tapi bergenang juga air mata di bkelo[ak matanya..

the failure of being a mother make me so sad. saya fail untuk menjaga gigi anak-anak saya dengan baik. tak memantau mereka berus gigi, tidak mengajar mereka memberus gigi dengan betul. gigi anak-anak semuanya rosak dan hitam masa kecil. rongak itu sudah menjadi sinonim dengan anak -anak saya. sepanjang di klinik ...bahkan setiap kali kami ke klinik gigi, perasaan bersalah menghurung hati walang sayang. bagai lalat menghurung taik...huhuhhuhuh... saya berdoa agar saya kuat untuk menjaga dan memantau pertumbuhan igi anas, moga tidak menjadi macam kakak-kakak dan abangnya...hiba sampai bergenang jugalah air mata saya kerana memikirkan kegagalan saya itu.. maafkan mama wahai anak-anakku....

saya salute kepada Ummi saya kerana pandai menjaga dan memantau kebersihan gigi kami adik beradik. semasa sekolah rendah, gigi kami adik beradik tidak pernah belubang atau rongak. tapi caries tu biasalah..memang ada sedikit. kalau ada gigi kami yang bergoyang, dengan rela hatinya kami sendri akan ketuk pintu klinik gigi di sekolah kami, bagitahu nurse nak cabut gigi. nurse selalu puji keberanian kami untuk serah diri .  kebrsihan gigi kami selalu menjadi pujaan hati ku.hahahahhahahaha... tapi alahai.sekali lalgi me...my self... gagal untuk mejaga gigi anak sendiri ...

moga anka-anak membesar dengan sihat, gigi yg buruk akan gugur dan bertukar menjadi cantik..moga semuanya baik baik sahaja.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails