Saturday, December 29, 2012

SEJUK PERUT MAK NAK OII

sejuk perut mak mengandunngkan kamu kalau hari-hari macamni tanpa disuruh dan di acu-acukan dengan hanger..huhuhu. Alahmudillah....zuriat penyambung keturunanku nan 4..ehemm...ehemm...4je ke???? ;) semoga semua anak-anak mak menjadi anak yang soleh solehah...mukmin mukminah yang berjaya dunia akhirat.... aaamiiinnnnn ya Robb.
Published with Blogger-droid v2.0.9

BIZI...BIZI....

Assalamualaikum...selamat hari sabtu semua...tak lama dah kita nak buka sekolah balik...minggu ni bermula 26-31/12 sangat sibuk bagi guru-guri kerana panggilan mesyuarat bertubi-tubi non -stop...untuk memulakan sesi persekolahan 2013 nanti...

hari ini saya kena ke sekolah lagi..tapi yang bestnya tak perlu mengilik 2putera dan 2puteri saya seperti semalam. fuhh..lega sedikit. thakz tu cik somi kerana bekorban kelas bahasa inggerisnya kat uiam...sianpun adooo..namun manalah hndak di transitkan anak kami nan berempat itu hari mingguni...pengasuh pulak tengah cuti bersalin. tq abe...jasamu dikenang..namun..jangan mintak upah nak bby lagik pulak..eden ponatttt...

entri pnjng melebar...kes bizi 1
bizi dengan hal anak-anak yang remeh temeh sehingga tak sempat nak jenguk cucu kakak ipar kat PutraJaya..janganla mereka salah anggap..walaupun sebenarnya memang ber chinta nak ke PuteraJaya yang jauh nun....jauhler sangat kannnnn dari batu caves ni.

bizi ke 2..bizi membasuh rumah musim cuti sekolah...basuh semua lantai dari tangga dapur hingga ke tangga depan...walaupun sebenarnya rumah saya tiada anak tangga..main langkah bendul aje....biasalah...dah ada ank nak membesarni kencing dan beraknya ada yang tereksiden. bila dah ada baby nie, asma yang dah nak masuk 4tahuntu saya suruh pi kencing berak dan basuh sendiri..tahu-tahulah bila budak yang kurang cukup mumayiz lagitu masuk tandas..kaki basuh gituw-gitue ajer sebelum keluar.kadang-kadang lupa basuh kaki..was -was betul bila nak solat..time teringat saya pakai selipar..time selipar lesap saya berjengket...time nak cepat saya terpaksa berjalan atas kain buruk..entahlah najis ada di mana-mana aje rasanya...

moleklah kita berwaspada dan sedikit sensitif bab najis dan ibadahni..



makanya cerita membasuh rumahni... berhempas pulaslah saya and the geng cilik nan 3 pulun basuh& bilas rumah cukup 3x dengan air mutlak.. part paling seronok anak-anak adalah time pancut air dalam umah ler. masatu sume buat aksi superman terbang atas lantai..si no4; umar, saya kurung kat ceruk dinding pagar dengan kerusi kayu separa bulat..sian dia..xleh join..kecit-kecit bahaya main lantai basah anak oii..jatuh terhempas kepala..nanges mak oiiii....

bizi ke 3..bizi nak belajar menjahit baju kurung..nama aje bizi nak menjahit..potong leher bajupun belum lepas...tention betui..ilmu yang dapat dr geng sekolah sebelum beranak dulu agaknya lepas sekali keluar dengan uri si umar aritu kot...nampak gayanya kena menuntut semulala....

bizi ke 4..bizi memujuk dan mengajar iqrak kakak faqihah dan abg muaz..cita-cita mak ayah melangit tinggi..nak hantar anak-anak ke tahfiz..tapi tang iqrak pun belum lepas...abg muaz tu dah kronik sangat..mklumlah duku emaknya malas mengajar...sekarang anaknya plk yang malas baca..baru iqrak 5.macammana nak join sek tahfizni. risau betul. tengah pulun utk habiskan iqrak6...tapi macam tak sempat dahni.nk buka sekolah dah anak oiii....

tapi rasanya ziarahtu saya terpaksa bagitau cik somilah..risau jugak..dah lama budaktu beranak..xsampai-sampai lagi saya ke sana...apa pulak di kata kakak ipar nanti..kak ipar tu baik sangat...ambil berat pasal kami semua..sebelum dia jauh hati..baik saya pegi...

sayani nak kena ubah skit perangai...malas nak ziarah orang..bukankah Allah suka orang yang menghubungkan silaturahimmm!!!! insya Allah...Ahadni maybe ajak cik somi pergi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

CINTA TETAPI PAYAH.

Assalamualaikum


Saya sedang bercinta sekarang ini. Bercinta dengan yang sudah lama Saya dambakan. Akhirnya ia sudah ada di riba...namun....amat payah Saya rasa.


PAYAH kerana tidak tahu apa yang perlu Saya lakukan terlebih dahulu. Segala ilmu yang belajar dari rakan pertengahan tahun sudah luput dari ingatan. Mana lubang leher..Mana nak cantum pesak Dan kikik...huhuhu Saya benar-benar lupa.

Selain itu Saya sudah penat mencari gunting kain. 2 hari lepas Saya ada guna. Rasanya si Asma' , anak ke 3 Saya yang mengambilnya. Entah manala gunting Saya. Nak Cuba potong kainni..huhuhu



Alahai asma' wehhh..manala gunting mama..sayanggg oiii..macam tahu-tahu
aje mama nak asah bakat memotong..huwawawa....

Sekarangni Saya Nak Cuba buat seluar panjang dulu. Nampak macam senang...senang bagi orang terer...tapi bagi yang zerro to herro nie..hussss....nk potong kainpun takut salah....mengerikan...

Seperkara lagi...Saya Nak mahir menjahit baju kurung untuk diri Dan anak-anak ...entah bilala cita-cita ini akan kesampaian...

Kat sini upah jahit pun dah rm35 . Itupun baju kurung sahaja. Kalau jahit sendiri Rasanya dalam 10pun tak hqbis kos jahit...banyak Mana dah Saya dapat jimatkan..;((

Pasal mesin jahittu Saya beli Kat warehouse sale SINGER PJ. Masa nak pegi tu memang makan langsat. Tapi buah manisnya memang sangat menghappy kan Saya..ada 2nd hand mesin..tapi bukan orang guna. Ia adalah mesin display Dan test drive Kat kedai SINGER.. Suami kata kalau kereta tat drive..memang lenyek betul Di test drive kan orang...mesin ni cina tu kata berumur 8 tahun.huhuhu..semoga mesin saya kuat ..utuh dan banyak bersabar dengan Saya yang susah nak paham bila belajar ni....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

GO wITH tHE WIND

Alhamdulillah..baru sahaja samapai di rumah...dari sekolah madrasah QAsimul Ulum..hanya 5minit dari rumah.

Saya membawa anak ke 2, Faqihah untuk di interview masuk sekolh itu utk pra 6tahun. Madrasah tersebut lebih kepada tahfiz dan akadamik.

Banyak tahfiz yang ada sekarangni dengan pelbagai penekanan. Ada sekolah tahfiz yang menekankan tahfis sahaja selama 1-3 tahun .bila murid itu dah dapat hafal 1 Quran mereka akan disalurkan ke akademik pula.

Madrasah ini sedikit berlainan kerana akademik dan tahfisnya seiring dan mungkin boleh dikatakan lebih sedikit kepada hafazan. Hati saya sedikit terdetik yang kemungkinan anak-anak di situ lebih sedikit tekanannya. Nak catch up akademik dan dalam masa yang sama catch up hafazan.

Dalam hati ini Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya hati saya bila menjwab soalan bertulis untuk penjaga. Antaranya adakah : bolehkah penjaga mengkhususkan waktu untuk tasmik atau mendengar ank membaca surah hafazannya setiap hari non-stop with no execuses!! Menangis hti mama....mama takut mama pun tak mampu..sekarangni pun nak mengajar mengajipun tak konsisten..bila penat..anak-anak tuang menjagi..anak-anak bersorak dalam diam...

Soalan ke dua...bolehkah oenjaga menjga makanan anak-anak haszan dari makan makanan syubhah seperti ayam di kedai...ajinomoto....bahan2 dalam roti dan kek yang dijual di kedai..sekali lgi hati mama tersentak.

Bukan tidak tahu...sudah sedr sebelum ini memang banyak makanan syubhah yabg telah tersedia di pasran..termasuk roti dan kek...bahan pelembut ada yang terjual tanpa disenaraikan isi ramuan yang betul...ajinomoto....susahnya nak lari..dalam sos tiranpun ada ajinomoto..walaupun mama tak guna ajinomoti,mama selalu gunakan sos tiram untuk menyedapkan makanan.yelah..mama bukan memasak hebat..sering sahaja makanan tak sesedap msakan ibu lain ;(

Hati saya juga masih berbolak balik untuk masukakn abang Muaz sekali untuk tahun 2 sesi 2013 ini.. Mama takut jika Abang Muaz tidak dapat catch up dengan hafazan..kerana Abang Muaz liat dan sedikit kurang rajin (hehehe) untuk mengaji al -Quran...seronokla tuu.

Sebentar tadi result keputusan interview Faqihah sudah keluar. Faihah tidak layak untuk lompat ke tahun 1 kerana lemah dalam bahasa Inggeris dan jawi...mama akui tidak pernah menjagar Kakak Bahasa Inggeris di rumah..maaf sekqli lagi atas kekurangan mama ;( waktu dan kepenatan musuh terbesar mama. Bantulah mama ya Allah dalam mendidik amanahmu nan empat ini...Amiinnn.


Bersambung......



Bila mama dah penat inilah kerja anak-anak....telenggak tgk tv...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

Ber Donut.

Assalamualaikum...

selamat petang semua...apa menu harini. kat rumah kami harini tiada nasi. gara-gara saya berdonut. anak-anak tak mahu makan sangat pagi tadi.

agaknya dah tengaharini lapar agaknya...semua makan. abis . tak tinggal sebiji pun.alhamdulillah. tak membazir.

sekejap tadi saya habiskan sedikit lagi doh pagi tadi untuk membuati mini pizza.

amboi gahnya nama...mini pizza konon.. padahal tak menjadi sangat. saya letak cheese yang budak makan atas roti sandwishtuu...anak-anak tak mahu makan juga.. masin katanya..tak biasa agaknya. aduh..saya yang tua ni juga yang pulun habiskan. makin bulatla saya kali ini. tu ada lagi 1keping dalam oven. nak simpankan untuk suami balik kerja nanti. malas pula rasanya nak tanak nasi. malas nak membuat lauk sebenarnya.

tapi kasihan pula dengam anak-anak ni. tentu mereka lapar. huhuhu. emaknya dah kenyang dan malas mula menguasai diri...masih berfikir-fikir apa lauk yang senang untuk masak buat ank-ank.



Published with Blogger-droid v2.0.9

MEJA TV dan IKAN BARU

.Assalamualikum kawan sekalian...
sang tv kesian ajer...

sebelumni tak ada meja..guna kerusi aje untuk lapikkan dvd player. dan kami selalu menjerit kepada umar yang terkedik-kedik pergi menekan dvd player..

Maka abahnya mempercepatkan pencarian meja tv baru....dan ternyata pilihannya adalh kayu jati. meja tv ini kami rembat kat kedai Pakistan Gombak. Memang kt situ semua perabot jati dijual lebih murah dari kedai perabot jati yang ada di sekeliling Gombak.

Taukey kedai jati Mas pun mengeleng kepala bagaimana si Pakistantu boleh jual murah...hahahaha..hanya satu jawapan si abang Pakistan..mereka mempunyai banyak modal dan beli secara banyak dari Indonesia. maka beli banyak,boleh harga lebih murah dan boleh jual lebih murah.

Petang pakcik Pakistan hantar...malamtu pula abah ghaib sehingga 10malam. Tiba-tiba muncul pula akuarium dengan ikan-ikan comel..waduh...abah dah berminat nak pelihara ikanla pula.. text-align: center; font-size: xx-small;'>Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 8, 2012

SALAH SANGKA

1 situasi dengan tanggapan berbeza

Di meja mkn. Sebuah keluarga makan malam.si ibu memegang anak kecil yang merengek rengek dan dalam masa yang sama melayan anak-anak dan suami makan. Perut si ibu juga lapar,tapi memikirkan untuk makan sambil memegang si anak yang sedang menangis akan membuatkan dia rasa tak selesa untuk makan...maka si ibu hold dulu niat untuk makan bersama sama.si ayah yang sudah mkn tetapi masih ingin meratah sedikit lauk pauk yang masih banyak.  kasihan melihat si isteri tidak makan..dan ingin menenangkan si bayi.lalu si ayah menghulurkan kepada bayi yang dipangkuan si isteri sepotong tembikai.

Si isteri yang dalam hatinya kegeraman melihat si ayah masih tidak mahu bangun dari kerusi dan masih tidak faham untuk bertukar shif pegang bayi mereka semakin membengkekkkk ....bila suami menghulurkan tembikai kepada bayinya..sabarnya terus hilang....kerana sudah beberapa kali diingatkan bayi yang sedang btuk selsema tidak boleh diberi tembikai kerana akan memburukkan lagi tahap batuknya.

Dalam hati si ibu: senangnya nak bagi nak diam agar dia tak pyah nak bagun dan tukar shif jaga anak ...diberikan apa sahaja walaupun memudaratkan kesihatan!!! Pentingkan diri sendiri!!!!


Syaitan terus mencucuk si ibu....maka terkeluarlah kata kata si ibu...kepada suaminya: kalau nak bagi diam sangat tutup ajer hidung habis cerita..bukannya tak tahu tembikaitu dia tak boleh mkan.nanti tengah malm anak batuk..muntah...saya yang berjaga..awaktu tak kisahpun..tido mati aje!!!!!

Syaitan terus bertepuk tangan.
Si suami terasa hati dengan perkataan isteri..syaitan terus mencucuk..

Dalam hati suami: cakap ikut sedap mulut aje..aku nak tolong bagi anak diam ajer...

Suami trus bangun.menuju ke sinki dan matanya hinggap pada bakul-bakul kain yang penuh dengan kain telah dibasuh dan belum terjemur....dalam hatinya: apa bendalah yang dibuat tengahari...kain tak berjemur...rumah bersepah..dapur tak berkemas...sampah tak dibuang..nak tunggu aku jugak yang buangkan....!!!

Syaitan terus berseronok.....

Diantara suami isteri itu tidak pernah meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hati..isteri terus memendam rasa yang membuahkan bibit bibit su' u dhan kepada suami dan suami juga begitu....

Syaitan tersnyum sepanjang malam itu kerana sudah tentu suami isteri itu akan bermasam muka sepanjang malam dan yang amat bernasib baik lagi bagi syaitan itu apabila si isteri@suami terus merajuk..sehingga tidur berasingan....

Masya Allah....begitulah kekuatan syaitan untuk memecah belahkan kerukunan rumah tangga..

To all spause...please have a good communication with our beloved ones ...so that no ones have bad perception to you.....

"Sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pedang, jika tidak menjaganya ia akan memotong engkau."


Published with Blogger-droid v2.0.9

MAAF...nak tempek jugak...

My parents.....



susah diaorang nak ambik gambar begini..biasala orang tua.. sangat malu-malu miaw dengan kamera...sementara diaorang tengah cool ni...saya snap sekeping..puas nak suruh bagi duk dekat-dekat..huhuhuh

semoga mereka bahagia bersama hingga ke syurga..aminn

Wednesday, November 21, 2012

KAKAK FAQIHAH



Assalamualikum dan selamat hari Rabu ye kawan -kawan.

ni Kakak Faqihah. Bulan Januari 2013 ni genaplah umur nya 6tahun. Belum diputuskan lagi ke mana hendak dihantar bersekolah. Di PASTI sudah boring kerana kakak sudah mengikuti kelas tahun 6 diusia 5tahun...

mama pening kepala bila kakak bertanyakan kenapa rambutnya kerinting...kerinting tak lawa mama,katanya sambil menyisir kasar rambutnya...

"mama...kenapa kakak kulit coklat?
kakak nak kulit putih macam adik asma' , abang Muaz..dan baby Umar"... alahaii anakku...

tiada jawapan lain kecuali menerangkan kepada kakak Allah tidak melihat kulit seseorang dan kecantikan seseorang..ciptaan Allh semua bagus dan cantik. Kita kena bersyukur kerana dikurniakan rambut dan kulit yang sihat.. saya pun membuka internet dan tunjukkan kepadanya pesakit kanser yang terpaksa di bedah kepala dan dibotakkan rambut. saya tunjukkan pesakit kanser kulit.Kita kena bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita..kita sihat.

kemudian saya tunjukkan gambar a black woman...kemudian saya tanyakan kepadanya..."kulit sapa lagi hitam? kulit kakak atau kulit dia? dia tersenyum menampakkan giginya yang rongak. orangni lagi hitam..

kemufian saya ceritakan seorang hamba abdi di zaman Rasulullah bernama Bilal bin Rabah...tetapi dia disayangi Allah sehingga di masukkan ke dalam syurga.

Allah tidak melihat kecantikan seseorang..tetapi sayang Allah hanya kepada orang yang beriman...anak soleh, rajin mengaji dan rajin baca Iqra' :)

kemudian kakak terus mengaji..alhamdulillah... buat masa ni dia berpuas hati dengan jawapan saya....semoga dia tidak lagi bertanya benda yang rumit..pening saya mencari idea.huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 19, 2012

PEMBUNUHAN = SEKEPING BURGER McD FREE?




TEPUK DADA TANYA HATI SENDIRI....

ber DIM SUM

Assalamualikum warohmatullahi wabarokatuh semua...

Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia hari ini. Semoga hari ini ibadat kita lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya.

Alhamdulillah, rezeki Allah Taala, dapat jua akhirnya saya merasa nikmat DIM SUM HALAL yang selalu saya igaukan tatkala cik suami selalu bercerita keenakan DIM SUM yang dia makan masa ber kursus (huhu). Memang saya tak pernah makan apatah lagi melihat ghupe bentuk makanan tersebut

Setelah penat menggoggle, akhirnya saya jumpa kedai ini. KEDAI JALAN CARI MAKAN yang terletak di Kota Damansara, KL.  nak tahu alamatnya boleh tanye pakcik google ye.

tak nak cerita panjang..jom lihat gambar...heheheh



                                  saya pun lupa nama dim sum yang saya ambil ni. main sebut aja.

Harga bagi untuk Dim Sum tu sangat berpatutan. Setiap bekas tu ada 3 ketul. harga bagi setiap bekas adalah rm 3.50 sahaja. sesiapa yang nak order semua jenispun tak apa. sebab harganya murah dan mampu poket. 1 lagi yang saya suka adalah air milo ais nya. sungguh enak, kaw dan macam  buat kat rumah pula.

bergambar di hadapan akuarium di dalam restoran. (Minta tolong adik cashier tolong snap kan)



Berhenti sebentar di R&R untuk solat asar. Alhamdulillah, nasib baik kami bersolat asar dulu sebelum meneruskan meneruskan perjalanan balik rumah ke gombak. Kalau tak, memang kena solat atas keretala. Heavy trafic betul selepas  R&R ni. tak tahula kenapa, mungkin musim cuti awal muharram barangkali.
(gambar ambil guna timer adjuster. heheheh)

Alhamdulillah dan terima kasih Allah di atas nikmat makanan yang diberi. Di saat itu terfikir apalah yang ummat Islam di Palastine makan sekarang.  gulp. Dim sum dalam perut mula berkocak. mulut dan tekak terasa mual.

;(






Tuesday, November 13, 2012

KOTA SINGA

Assalamualaikum..ni cerita minggu lepas. Kami ke Kota Singapura.

Tujuan utama adalah kursus suami. Tapi kami mengendeng sekali. Maklumlah jarang nak dapat peluang begitu. Kalau nak pergi saja-saja memang tak akan sampai le gamaknya.

Ternyata bermusafir berkenderaan sendiri dan menginap di kota singa itu sedikit memeningkan kepala.tambahan pula jika kenderaan kita tanpa GPS.

Hp ber GPS? Oh...juga susah. Line malqysia xdapat di sana.terpaksa kena roaming..itupun berbayar dan mahal.line nya pun...masya Allah...asyik putus aja.sehingga kami banyak kali tersesat.

Maka bagi sesiapa yang berhajat untuk ke sana berkenderaan sendiri..buatlah persediaan dari awal.

Perkara paling penting adalah map negara kapitalis itu. Kalau xada..memang akan makan langsat ye....sesatttt

Ke dua...pastikan anda mempunyai GPS dalam kenderaan anda. Sekadar internet hp ia akan putus2...dan mungkib akan menyebabkan anda ingin membaling hp anda keluar kenderaan...kerana itulah Perasaan saya pada ketika itu...bilpun melinjakke rm2++ untuk mnggunakan map goggle..huhuhu

Ketiga..bawa duit yang banyak untuk mendapatkan makanan yang halal....huhuhu..seperti kita tahu 1 dollar nya bersamaan rm2.50 ....huhu..tapi suami saya selalu kata..datang sini jangan pikirkan dalam ringgit.

Sepanjang berada di sana...kami cari nasi sendiri. Buat rugi aje bayar mahal2 dpt percuma breakfast utk berduapun takut nak makan. Albab dekat2 ajer dengan ikan.huhuhu

Ok...udah2 letu story mory benda xbest psal kota singa....next episod cerita pasal pi USS plk..

Sebelum berpisah....saya uploadkn skping gmbar kek yang suami wat suprise magrib semalam.aniversary kami yang ke 8. Terima kasih abe....
.assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Universal Singapore Studio

sedikit gambar semasa berada di sana. tidak banyak permainan yang dapat kami main . saya dengan baby..anak-anak pula tidak melepasi tapisan ketinggian untuk bermain kereta luncur air dan beberapa lagi pernainan lain..sedikit hampa, namun Alhamdulilah untuk segalanya dan keselamatan yang dikurniakan Allah sepanjang kami berada di sana.
 sedang menunggu kenderaan untuk ke USS. mahal parking woo..1jam pertama 7 dolar Singapore..jam berikutnya murah skit...
 menaiki eskelater nk ke USS...mendebarkan. hehehehe

 ambik gambar dahulu di pintu depan USS...ni yang mahal nie..kikiki. trade mark USS
muka Abg Muaz yang sedih..tak tahan asyik kena ajak ambikgambar aje..dia dah xsabar nak masuk USS tu.




 tak perlu beli tiket kat sana. online pun boleh. suami kata kalau beli dengan kredit kad maybank akan dapat diskaun tau...jimat sikit. tapi kami tak guna maybank..cimb aje..xperlaa...

 kalau nak pergi..turun awal2 yer sebab tutupnya 7 mlm, takut tak sempat nak mencuba semua permainan











Monday, October 15, 2012

Ahad sepetang di Port Dikson

ini laporan basi...aktiviti semalam.pagi-pagi lagi saya kejut kan anak-anak. suami nak bawa kami sekeluarga ke PD.bukan untuk bersukaria sebenarnya tapi dia ada kerja kat sana. maka kamipun tumpanglah sekaki.

jauhnyeee rasa...sampaikan kena jamak qosar.huhu..si umar pula demam panas.nasib baiklah saya telah bawa ubat masuk bontot. bertolak pukul 9pagi. sampai di PD pkul 11.kami merewang mencari kedai makan..sumgguh menyedihkan...tuada kedai makan yang buka di waktu siang.puas berpusing..jumpalah sebuah kedai makqn di hadapan pantai..makanannya sungguh tidak menyelerakan..nak nagis rasanya bila lapar ..berjalan jquh..dapat makqnan yang tak menyelerakan.agaknya kedai-kedai ikan bakar di situ hanya buka waktu malam kot.harganya juga amat mahal..tak setaraf dengan makanan yang dibuat.huhuhuhu

sesudah makan...kami ke tepi pantai..melihat beberapa orang sedang mencari sesuatu di atas pepasir..dikorek-koreng...diambil dan dimasukkan dalam bakul yang dibawa..ada juga kumpulan kecil perempuan yang membawa cangkul untuk mengorek2 lubang pasir di situ.rupanya mereka mencari remis.

setelah berkenalan dengan beberapa orang perempuandi situ..kami terus bergerak ke ofis suami yang terletak di JIMAH.jauh juga...sampai di sana kami masuk ke dalam sebuah biik ber aircond lengkap dengan kerusi beserta makanan berupa air kotak dan biskut..tapi hati masih berkeriut meminta nasi dan ikan bakar....huhuhu.oleh kerana kelaparan...habis juga semua biskut kami makan licinnnnn..huhuhuhu...budak demamnipun gembira aje walaupun hidung tak kering-kering dengan hingus yang mengalir...penat??? sangat amat penat..huhuhu




Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

HATI YANG PANAS

Cuaca pagi ini sangat elok...cerah jeriloh orang kelantan kata.namun hatiku terasa hangat dari pagi tadi....

Pepatah berkata jangan marah kan nyamuk kelambu Di bakar...namun itulah kelemahanku. Marahkan si abang...si kakak wat skit aje kesalahn....dia yang kena...sebenarnya saya yang tak kena....putih aje Mata suami bila lihat saya dah membebel..ingin sangat saya nak tahu apalah yang dibicarakan oleh suami dalam HATI kecilnya pasal saya pagini...

Dalam kereta geram saya tak semakin menurun...bercakap dengan abang muaz memang sangat menguji kesabaran..ya Allah...janganlah perangainya ini di bawa sampai.besar..cukuplah sehingga dia dah matang nanti..anugerahkanlah anakku muaz akhlak yang terpuji penyejuk Mata...penawar hatiku sekeluarga..amin ya Allah...

Di sekolah juga api kemarahan saya belum jua padam...nampak sangatlah kesalahan orag lainyang sejemput. yang kesalahan sendiri tak pernah timbul...peribahasa kuman diseberang nampak...gajah mati tergolek Di birai Mata tak nampak pulak...huhuhuhu..biasalah manusia..bila terasa susah sedikit...Marahkan orang lain..walaupun dengan kesalahan yang tidak disengajakannya.

Tetapi kepada kawanku itu...maaf jika aku menampakkan kemarahan pada wajahku ini sehingga dirimu terasa bersalah...jika dia membaca coretan ini...ketahuilah bahawa...sudah lama ku geramkan jika guru yang mengajar a whole class mcm b.Arab atau dapat relief, tetapi mahu longgokan murid ke dalam bilik jqaf juga.apapun alasan..kecuali kaki sakit xleh naik tangga...aku akan gagahi juga untuk ke kelas..walaupun bilik jqaf itu kekosongan murid..maaf sekali lagi kerana tidak mampu ku luahkan apa kegeramanku padamu....kerana ku takut persahabatan kita hambar selepas ini..cuma semasa kita begurau ketawa sudah ku sebutkan dahulu apa yang aku geramm sangat...

Masya Allah...kenapala banyak sangat syaitan atas kepala sayani....mungkin pagini saya tak baca quran kot...ohh..solat dhuhapun sudah lama saya tinggalkan..walaupunku tahu fadhilatnya amat besar...kerana kemalasan aku turukan bisikan syaitan..insya Allah..aku sedang mngheretkan kakiku dengan begitu berat sekali ke surau..moga Di terima Allah amalan sunat ciputku ini.semoga api kemarahanku juga padam setelah menjamah air wuduk nanti...

Wassalam...



Sekarang hadiri ceramah sempena program motivasi tahun 5&6 Di dewan sekolah..bestnya ustz ni..pandai dia bagi ceramah semua murid senyapppp...bagi tumpuannnnn...bagus betul.wan mohd nuh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 4, 2012

MALAS MEMASAK????

kalau dalam kepala kosong dengan idea dan bahan bahan juga tiada...malas mula datang bersarang...seperti td..jam menunjukkan pukul 5.50 petang...30minit lagi suami dan anak-anak akan pulang...makanan belum disediakan....

dalam peti cuma ada telur dan ikan ...ikan yang isinya lembik..tak sesuai untuk digoreng...huhuhu...

terasa nak buat nasi goreng pataya....memandangkan suami membeli telur 2peket semalam...huss..lauk nak letak dalam nasi goreng oula tak ada..kalau ada ayam ka syok juga..udang ke ....hurmmmm....pening memikirkan.takkan nak start enjin dan hangkut sume ank2 ke kedai depan sana untuk beli ayam dan beberapa ekor udang pula...waduh....

Atau bihun ajer???? RAsa macam tak kenyang ajer kalu berbihun sahja...huhuhu

Last sekali suami willingly goreng telurrrrrr dadar bilq nampak isterinya dah berserabutt..huhu
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

CONTACT LeNSE

Assalamualaikum warohmatu Allahi wabarokatuh......

semoga kawan kawan hari ini tetap sabar menghadapi apa jua dugaan.sesunguhnya....Allah sedang menguji dan memberikan pahala kepda sesiapa yang boleh bersabr akan ujiannya....

kaca mata sayapun sedang diuji sekarangni...sudah 2 hari si apek kedai tu menghantar kaca saya ke centre nya...mahu di tunjukkan untuk dapatkan yang baru sebab ia masih lagi dalam warranty...

baru 14/4 haritu saya buat baru..kali ini saya cuba lense jenis Hoya..kata apek tu jenamani bagus...dari jepun juga..saya pun tertarik...sebelum sebelum ini saya pengguna setia Nikon.

baru guna 5bulqn dan peel off permukaan lense nya. bila diperhatikan ada banyak warna warni dipermukaan lense sehingga pandangan saya jadi kabur dan mata saya rasa bersampah ajer...3hari mata saya berair..ingatkan sakit mata..rupa-rupanya lense dah peel off.

bila pegi ke kedai apek tu..dia tanye saya ada basuh dengan air panas ke?nape pulalah saya rerajin nak basuh dengan air panas...tapi kalu bawa memasaktu iyelah....takkanlah saya nak buka spek pula bila nak masak...kang nak goreng ayam..pi goreng ikan pula...nk masukkan sesudu gula pi masukkan 3sudu gula..huhuhu...

kalau nak di kata sebab memasaklah permukaannya peel off memang tak berkualitila si HOYA tu....sedangkan NIKoN pun saya bawa memasak juga 1tahun...2tahun...3 tahun...!!!! ok je...tak perlu tukar...saya tak pernah tukar lense disebabkan peel off... yang tukarpun sebab pecah dan dah naik power ajer saya tukar....

kalaulah center kedai spek tu kata saya tak layak dapat ganti yang bahru..saya dah decide nak tukar kepada lense Nikon semula...

masani...rasa mahujer berlari jumpa DR Muhaya...nak minta ehsan buatkan rawatan laser...huhuhu...rm7000...manalah nak cekau duit sebanyktu...tp kalau difikirkan memng lebih dari rm7000 kos tukar ganti spek sehingga ke hujing nyawa...susah dah nak sembuh orang yang power banyakni..kecuali wat rawatan rm7000 tu..huhuhu...

.kalau Allah bagi saya rezeki lebih..ingin saya bebas dari kaca mata...dari 14 taunlagi saya ber kca mata.sekarang sudah 31 tahun...rasanya dah kebih 2k untuk kaca mta saya laburkan.



indahnya kalau tak betkaca mata..boleh pakai kaca mata hitamm...waktu panas kat pdang sukan sekolh boleh pakai.....kan...tapi kalu dah berkaca mata...takkn nk pakai 2lapis tindan dengan kaca mata hitam pula..wahahhhh...nati jadi orag senget pula..hhahhh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 29, 2012

MANAFAAt KESIHATAN

Assalamualaikum...salam behujung minggu ye kawan-kawan....buat apa malam minggu begini ye...

bila dah ada anak byk peringkat dari darjah 1,5 tahun, 3tahun dan 9bulanni...sesungguhnya amat memerlukan kesihatan yang cemerlang...tambahan pula jika suami selalu tiada di rumah.

....kalau kesihatan kita tidak di tahap maksima....bayangkan bagimana mahu kontrol anak-anak yang pelbagai ragam dan karenah...berebut mainan...sorang anak buka pagar....si baby mula merangkak nak keluar....bila kita tutup...sorg lagi keluar tanpa tutup pagar..bila nak mandi..semua mahu mandi...mandi pula nak mandi sesama...nak syampoo sesama...nak sabun sesama...dah duk dalam tandastu....riuhrendah....berebut pula mahukan shampoo dan paip air...dah sia mandi.....woooooooo....air dari badan dan kaki memasing....lecah abissss....

berlari anaklah si ibu unyuk mengelap lantai yang basah..bimbang anak lain berlari...licin dan....gedebanggggggggg.......

dan bila ayahnya tiada dan suka balik lewat....huhuhuhu...dan maknua pula sedang pening kepala.....huhuhuhu...nak nangis pun ada...

si umar dah makin mengenali tok ayahnyaaa.....tok ayah solat..dia terus merangkak ke depan sejadah....tercongok ajer....



itu tok ayah nya....dah 1 minggu di rumah saya....datang mencari rezeki...maklumla...orang anak kecil 3 orang...kesian dia....kepenatan..tapi apakan daya...bebini ramai di usia tua....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 24, 2012

2hari 2malam

adakah ini percutian???? ke mana??
huhuhu saya ditinggalkan suami selama 2 hari 2malam....terpaksa balik kampung...ziarah ayahnda yang kurang sihat. gout nya menyerang kembali dan kali ini lbih teruk dari sebelumnya...

begitulah adat kita anak perantauan..tinggalkan kampung halaman...tinggalkan ubu ayah dan sawah bendang..apa yg jadi pada sawah bendang ...tidak kita hiraukan.naun bila melubatkan mak ayah...semuanya dah kena jadi no 2...lebih-lebih lagi jika kita sebanagi seorang anak lelaki....saya berharap anak2 lelaki saya juga aka mnjadi seorang anak yang taat dan memelihara kebajikan saya dan suami bila hari tua nanti...amin....

saya tidak keruan memikirkan nak keluar rumah..utk menjeput abg muaz dr sek.menggangkut si baby...asma dan faqihah utk ke sek abg Muaz.pada waktu ptg yg sememangnya waktu tidur Umar..!!!! huhuhuhu....

semoga Allah memudahkan segala urusan saya selama 2 harini...semoga waktu pagi saya dapat berjalan fan diuruskan dengan baik...tanpa terlewwt utk ke sek ...i.Allah..oengorbanan seorang isteri terhadap suaminya..semoga kami bahagia dan mendapat rahmat dan rezeki yg melimpah ruah dr Allah... aminnn



kepada suami....semoga tiba dan kembali dengan selamat abang ye....
gambar 6bulan lepas....
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, September 20, 2012

NAK TIKAR NI...

Assalamualaikum...azan asar sudah berkumandang....saya masih bermalas malasan di dalam bilik...kegetaman drngan umar yang sudah mengantuk tapi masih tak mahu tidyr.....penat memberi susu...sudah kenyang...bangun semuala..huhuhuhu...

tikar?? ye...saya amat minat dengan sejenis tikar ini..ia dinamakan tikar buluh saga merah dan kulit kayu palembang....saya sukakan ketahanan dan kelasakannya walaupun ada orang kata ia sedikit gatal kalau berbaring di atasnya...ya..maklumlah kulit kayu...

namun saya minat untuk memilikinya..kalau boleh saya nk tikar yang panjang...agak-agak berapalah saiz yang paling paling panjang ye?kalau boleh nak yang 24 kaki panjangke..hahahaha...kalu xdepun..bleh beli 2,3 bidang utk panjangkannya...setakat yang saya jumpa saiznya ada 2 jenis.6x7 & 9x10.

harganyapun mahal juga ..maklumlah ..nak pos ke mari dari sarawak dan rm50. orang semenanjung yang nak jualtupun audah tenti dah up kan harga utk upah dia....kebanyakkannya beharga rm350+- sebidang yang 6x7. kalau 9x10 dalam rm450..kalqulah ada kawan yang boleh tolong belikan dan tolong pos kan pada saya...wah seronoknya


ia sanagt tahan lasak tau.saya tak leh guna tikar buluh biasa sebab selalu nak kena basuh..ada ajer yang tumoahkan air manis...makanan dan kencingpun adooo..huhuhu...memang kena beli yang lasak...kaalu boleh yang bako xhangus..digunting tak lut...ditetak tak pecah...



Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 18, 2012

DENDAM ROTI JALA

sedih betul....
tak pernah menjadi saya buat /kirai roti jala..kenapalah tangan sayani kayu sangat.

saya rasa adunan sayapun sedikit sebanyak penyumbang ketidakjadiannya..hahaha tau kenapa??? dlm resepi kena letak susu cair..saya pi tibai susu pekat.kakaka.....saya buat yang tak menggunakan telur sebab ada resepi tanpa telur...itu untuk orang yang xsuka bau telur....

bila kirai pulak..alahai...tangan mcm sakit parkinson dah..

mungkin juga sebab saya guna kuali yabg tak sesuai???mr zul..adakah isterimu prlu membeli kuali leper...khas untuk buat roti jala? ekekekekekeek...yang saya risaukann..nak membelinya aje lebih..dah beli nanti...duk diamje ceper tu dlm almari..huhuhu...

jom kita lihat alatan baru dan lama untuk mengirai roti jala...namun...jangan ingat acuan canggih lebih cantik...kerana nenek moyang kita dulu guna tempurung yang dilubang2kan aje utk kirai roti jala....jangan pula dah tak jadi roti jala...acuan pula dipersalahkan..

satulg tu alatan tercanggih setakat ini..sangat senang nak buat. kawan beli kat DAISO...kalu nk online rm15 skali dengan postage...

yang watna kunibg taik gigi tu saya punya..kini dah tinggal 3muncung..di bedal si asma..patah satu muncung..huhuhu



Published with Blogger-droid v2.0.8

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails