Saturday, December 8, 2012

SALAH SANGKA

1 situasi dengan tanggapan berbeza

Di meja mkn. Sebuah keluarga makan malam.si ibu memegang anak kecil yang merengek rengek dan dalam masa yang sama melayan anak-anak dan suami makan. Perut si ibu juga lapar,tapi memikirkan untuk makan sambil memegang si anak yang sedang menangis akan membuatkan dia rasa tak selesa untuk makan...maka si ibu hold dulu niat untuk makan bersama sama.si ayah yang sudah mkn tetapi masih ingin meratah sedikit lauk pauk yang masih banyak.  kasihan melihat si isteri tidak makan..dan ingin menenangkan si bayi.lalu si ayah menghulurkan kepada bayi yang dipangkuan si isteri sepotong tembikai.

Si isteri yang dalam hatinya kegeraman melihat si ayah masih tidak mahu bangun dari kerusi dan masih tidak faham untuk bertukar shif pegang bayi mereka semakin membengkekkkk ....bila suami menghulurkan tembikai kepada bayinya..sabarnya terus hilang....kerana sudah beberapa kali diingatkan bayi yang sedang btuk selsema tidak boleh diberi tembikai kerana akan memburukkan lagi tahap batuknya.

Dalam hati si ibu: senangnya nak bagi nak diam agar dia tak pyah nak bagun dan tukar shif jaga anak ...diberikan apa sahaja walaupun memudaratkan kesihatan!!! Pentingkan diri sendiri!!!!


Syaitan terus mencucuk si ibu....maka terkeluarlah kata kata si ibu...kepada suaminya: kalau nak bagi diam sangat tutup ajer hidung habis cerita..bukannya tak tahu tembikaitu dia tak boleh mkan.nanti tengah malm anak batuk..muntah...saya yang berjaga..awaktu tak kisahpun..tido mati aje!!!!!

Syaitan terus bertepuk tangan.
Si suami terasa hati dengan perkataan isteri..syaitan terus mencucuk..

Dalam hati suami: cakap ikut sedap mulut aje..aku nak tolong bagi anak diam ajer...

Suami trus bangun.menuju ke sinki dan matanya hinggap pada bakul-bakul kain yang penuh dengan kain telah dibasuh dan belum terjemur....dalam hatinya: apa bendalah yang dibuat tengahari...kain tak berjemur...rumah bersepah..dapur tak berkemas...sampah tak dibuang..nak tunggu aku jugak yang buangkan....!!!

Syaitan terus berseronok.....

Diantara suami isteri itu tidak pernah meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hati..isteri terus memendam rasa yang membuahkan bibit bibit su' u dhan kepada suami dan suami juga begitu....

Syaitan tersnyum sepanjang malam itu kerana sudah tentu suami isteri itu akan bermasam muka sepanjang malam dan yang amat bernasib baik lagi bagi syaitan itu apabila si isteri@suami terus merajuk..sehingga tidur berasingan....

Masya Allah....begitulah kekuatan syaitan untuk memecah belahkan kerukunan rumah tangga..

To all spause...please have a good communication with our beloved ones ...so that no ones have bad perception to you.....

"Sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pedang, jika tidak menjaganya ia akan memotong engkau."


Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

AisNy said...

Thanks for sharing... nice info...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Pemanggang Ajaib murah disini!..Jemput singgah ya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails