Monday, December 17, 2012

Ber Donut.

Assalamualaikum...

selamat petang semua...apa menu harini. kat rumah kami harini tiada nasi. gara-gara saya berdonut. anak-anak tak mahu makan sangat pagi tadi.

agaknya dah tengaharini lapar agaknya...semua makan. abis . tak tinggal sebiji pun.alhamdulillah. tak membazir.

sekejap tadi saya habiskan sedikit lagi doh pagi tadi untuk membuati mini pizza.

amboi gahnya nama...mini pizza konon.. padahal tak menjadi sangat. saya letak cheese yang budak makan atas roti sandwishtuu...anak-anak tak mahu makan juga.. masin katanya..tak biasa agaknya. aduh..saya yang tua ni juga yang pulun habiskan. makin bulatla saya kali ini. tu ada lagi 1keping dalam oven. nak simpankan untuk suami balik kerja nanti. malas pula rasanya nak tanak nasi. malas nak membuat lauk sebenarnya.

tapi kasihan pula dengam anak-anak ni. tentu mereka lapar. huhuhu. emaknya dah kenyang dan malas mula menguasai diri...masih berfikir-fikir apa lauk yang senang untuk masak buat ank-ank.



Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails