Monday, November 4, 2013

TAK SEDAP

Perkara yang paking daya benci bila makan kat luar, tiada menu yang menyelerakan tekak saya. Paling benci bila dah beli makanan, rasa ke laut. Macam hampas kelapa. Tawar. Masin tqnpa manis atau manis bodo ajer. Masin xada. 

Geram bila ada sebilangan peniaga kedai makan yang tak pandai masak tetapi nak berniaga kedai makan. 

Macam tadi, otw balik dari Kalumpang, saya yang samagt lapar brrhenti si gerai tepi jalan. Ada makanan nasi ayam atau nasi lemak sahaja. Saya menangis dalam hati kegeraman kerana tekak rasa nak makan nasi putih. Disebabkan lapar, tiada pilihan selain dari memesan nasi ayam. Kivaonya masin!!???  Sambalnya pula masam dan masin??!!!!! Ya Allah. Rasa nak rmmangis saja. Gerem ajer mengengik anak tokey kedai makan tu. Oleh karana kelaparan , saya telan ajer bersama rasa geram, kecil hati dan nak muntah. 

Suami kata lidah saya yang masih alahan merasa semua makanan tak sedap. Emmmm entahla. Lambatnya nak ok mulut dan perut saya yang nak muntah nie. Huhuhuhu. Ye. Cerita kalumpang. Belum saya kingsikan di sini. Insya allah kalau ada masa akn saya kongsikan di sini

Sunday, November 3, 2013

MABUK

Masya Allah inilah kali pertama mendapat alahan mengandung. Ya allah. Baru tahu beginilah penderitaan menahan diri dari muntah dan loya. Menelan air liur masam dan pahit sepanjang hari. 

Anak lima baru tahu apa itu alahan. Sangat berbeza sekali. Harapan saya agar dipermudahkan saya melahirkan bayi saya kali ini dengan selamat dan sihat walafiat. Aminnn. Alhamdulillah walaupun menerima ujian ini saya akan redha. 

Tapi gerampun ada bila seorang rakan sekerja yang tak pandai bergurau bertanya kepada saya tentang kesihatan saya. Saya jawabla tak sihat.  Boleh dia balas " tak apa, penyakit cari sendiri". Allahu akbar...geram juga hati ini.  Bukankah anak itu rezeki dari Allah. Adakah anak yang Allah kurniakan kepada dia tu sb dia yang usahakn??kalau Allah tak nak bagi,buatlah bayi tabung uji pun,tidak akan berhasil. Dengki? Rasanya bukan.  Dia baru sahaja melahirkan ank yang ke 3. Itulah kalau sudah perangainya tak matang. A. K. A.  bodoh.  Selalu membuatkan saya rimas dengan dia. Maybe saya hrus fikirkan ya dari sudut positif. Tapi Hati ini masih rasa sebal bila teringatkan kata kata dia. Adeh. Biarlah dia. Buat apa kita duk bawa sampah busuk dlm hati. Membebankan diri sahaja. Baik kita buanh jauh jauh. Lupakan. Maafkan. Itu yang terbaik. Syurga itu luas. Maka lapangkanlah dada kita. 

Ramai lagi kawan kawan saya di luar sana yang inginkan cahaya mata. Ada yang sudah berumah tangga 5tahun,namun belum lagi mendapat cahaya mata. Ada yang anak sorang, dah besar, dah nak masuk sekolah rendah, tapi masih lagi tidak dapat baby. Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMu. Sesungguhnya ujian Allah itu pelbagai. dia timpakan kepada hambanya untuk menguji iman hambanya. 

Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Allah tidak menciptakan manusia hanya untuk menghuni bumi dan hanya untuk makan minum beranak pinak dan bersuka ria sahaja. Kita akan mati kembali kepada Pencipta. Di sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Itu semua kita paham dan tahu. Namun bila ditimpa musibah. Fikiran kita akan bercelaru. Maka di sjni kita kena ingat dlm al Quran Allah telah berfirman:

Qs. Al-Baqarah : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”
Pandainya saya menasihati orang...diri sendiri sebenarnya begitu juga. Selalu saya mohon dalam doa agar Allah berikan ujian yang mampu saya tanggung. Hanya dialah yang tahu betapa nipisnya iman saya ini. 




 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails