Friday, June 10, 2016

KEGUGURAN- kandungan ke 7

       Semalam saya terjatuh dengan kuat di depan pintu rumah kami. Kesnya Asma' terjatuhkan otol susu nya, pecah tudung, maka semua susunya tumpah. saya pula, terus jirus air sebab tak mahu semut hurung. dalam 3 jug jugalah. kemudian azan berkumandang. maka tak dan saya nak mengelap air yang bekas jirus tu. terus ke dapur untuk berbuka puasa.

        Sedang berbuka puasa, si Anas kat atas pula menangis beria , baru bangun tidur. berlari ke atas untuk ambil dia pula. sampai kat ruang tamu,dia still menangis yang amat.....sambil nyonyot jari, nak susula tu. saya terus buatkan susu. nampak kelaparan sangat, xsempat nak telan dah sedut yang lain. kasihan saya tengok. macamla puasa jugak.xsampai sekerat botol dia nyonyot, suami dan anak-anak balik dari masjid.. saya cuba letakkan anas, dia menangis sebab marahkan cabut botol dari mulut. dia belum pandai pegang sendiri botolnya. 

         kerana kasihan saya pun mendukungnya dan ke pintu untuk bukakan kunci pintu. saya terlupa yang air tadi belum di lap.. makanya.. dummmmmmmm, saya jatuh  sambil pegang anas, untuk menahan anas dari jatuh saya terus terduduk...saya pun tak sedar macammana saya boleh terjatuh begitu. ia berlaku sangat pantas. malam tu, sebelum tidur, saya terperasan sedikit darah keluar. em... saya tak sedap hati, tapi tidur juga.
keesokannya makin banyak darah keluar. 

           saya ke klinik berdekatan. Doktor kata saya mungkin keguguran. dengan kandungan 5 minggu, mungkin tak perlu DNC... hopefully lah.. mak-mak kata kalau DNC rahm aka jadi nipis.. gerunpula mendengarnya. hari ini hari kedua, darah makin banyak keluar. sakit perut, cram makinmenjadi-jadi. anas pula bunyi weezing dada nya yang berkahak makin jelas.. Ya Allah, nak menangispun ada....betul-betul menduga kesabaran saya.....saya terpaksa menahan sakit untuk menyiapkan fail PBBB untuk dihantar hari Isninni. Saya mungkin terpaksa MC lagi memandangkan masih bleeding, namun fail ini tetap kena hantar juga.
tak mampu saya lakukan rasanya... sakit perut saya cuba tahankan. 

anas yang tak jadi nak jadi abang..

 gambar beberapa hari sebelum saya jatuh. orang nak jemur baju,dia sibuk nak menolong. letak dia ke situ. hhahhaha
10 bulan dah saya, masih tak boleh jalan. dah boleh merangkak dengan laju....
Alhamdulillah alal kullihal..mungkin ada hikmahnya kenapa saya keguguran, tapi untuk melepasi ujian ini, perit sekali.. serabut saya pikir pasal fail PBBBB nie.. xada kawan yang boleh tolong keran amasing-masing juga nak siapkan fail sendiri.. markah prestasi tuuu.. moga Allah menolong saya. Kawan-kawan tolong doakan saya dapat siapkan dan hantar fail PBBB dengan sempurna walaupun dalam ujian yang begini hebat.. 

oh ya, saya mahu kongkikan HUKUM SOLAT UNTUK KEGUGURAN YANG KANDUNGANNYA MASIH BELUM TERBENTUK MANUSIA.

ini adalah hasil pertanyaan saya kepada DOKTOR yang merawat saya semalam. 

ibu yang keguguran yang mana kandungannya masih awal iaitu belum terbentuk janin , ia dikira haid. maka tidak boleg melalukan semua perkara yang diharamkan kepada wanita yang dalam keadaan haid. ia akan berterusan sehingga hari ke 15. jika darah masoh keluar selepas hari ke 15, hukumnya sudah bertukar menjadi darah istihadah. maka wajib ibu tersebut membersihkan diri, mandi wajib dan bersolat seperti mana tatacara solat wanita istihadah.



p/s:  ibu-ibu boleh google ya hukum darah wanita. kita kena rajin mentelaah hukum darah darahni. wanita, ibu, perempuan memang tidak dapat lari daripada masalah darah-darahni.

hhuhuuh fail PBBBBBBB !!!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails